BAB 42
Setelah balik dari rumah Dato Jonatan, Tengku Ethan terus naik ke biliknya dan terus mengemas pakaiannya untuk ke Terengganu. Tengku Elly yang baru keluar dari biliknya terus mendekati Tengku Ethan yang berada di tangga dengan sebuah beg galas besar.
"Along, Along nak pergi mana ni." Tanya Tengku Elly sambil membuka headfon dikepalanya.
"Along nak pergi Terengganu nak jemput kak long balik sini kenapa." Balas Tengku Ethan sambil menggalas beg pakaiannya.
"Wow bestnya along kalau acik nak ikut boleh tak." Soal Tengku Elly dengan gembira.
"Em.. boleh la ada juga teman along bercakap nanti. Sudah acik pergi siap sekarang along tunggu dalam kereta Vell ye." Jawab Tengku Ethan dan terus turun ke ruang tamu.
Selepas mendengar jawapan dari Tengku Ethan, Tengku Elly terus berlari masuk ke dalam biliknya. Selepas 15 minit mengemas pakaiannya Tengku Elly terus turun ke bawah dan terus masuk ke dalam kereta yang dikatakan oleh Tengku Ethan sebentar tadi.
"Lamanya along ingat tak jadi tadi." Kata Tengku Ethan selepas Tengku Elly masuk kedalam kereta.
"Jadi la masa enggak acik dah rindu gila dengan kak long tak sabar nak peluk kak long." Ujur Tengku Elly dengan gembira sekali.
"Nak peluk boleh tapi jangan kuat sangat bahaya." Ucap Tengku Ethan kepada adiknya itu.
"Bahaya kenapa pula." Soal Tengku Elly dengan berkerut dahinya.
“Tak ada apa-apa la nanti acik akan tahu juga. Beg dah masukkan kedalam kereta belum." Tanya Tengku Ethan kepada adiknya itu.
"Sudah tadi kebetulan Saiful lalu jadi acik minta tolong dia masukkan beg acik dalam kereta." Balas Tengku Elly sambil memakai seatbelt.
“Okey Zarul kita gerak sekarang ikut alamat yang aku bagi tadi tu." Arah Tengku Ethan kepada pemandunnya.
"Baik The biggest bos.” Ucap Zarul dan terus memandu kereta.
Setelah 4 jam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu akhirnya Tengku Ethan dan Tengku Elly sampai dihadapan rumah Puan Hanis. Tengku Ethan keluar dari kereta dan terus memberi salam.
"Assalammualaikum ibu." Tengku Ethan memberi salam.
"Waalaikummussalam kejap ya." Jawab Seseorang dari dalam rumah.
"Ya nak cari siapa." Tanya Puan Hanis sambil membuka pintu.
"Ibu." Panggil Tengku Ethan dengan senyuman yang manis.
"Ya Allah Ethan ke ibu ingat siapa tadi mari masuk dulu." Ujur Puan Hanis.
"Tak apa ibu saya datang ni nak cari Ana. Ana ada tak ibu." Soal Tengku Ethan sambil mencari keberadaan Juliana.
"Lia tak ada Ethan dia keluar dengan Arul pergi pantai katanya." Jawab Puan Hanis.
"Oh yeke tak apa la ibu kalau macam tu saya pergi pantai dulu ye ibu dan ini adik saya Elly. Acik duk dengan ibu dulu along nak pergi cari kak long kejap." Kata Tengku Ethan dan terus berlari ke pantai.
Setelah 15 minit mencari akhirnya Tengku Ethan menemukan keberadaan Juliana. Tengku Ethan melihat kearah Hairul dan Hairul juga melihat kearah Tengku Ethan. Tengku Ethan terus mengisyaratkan supaya Hairul diam. Hairul hanya menjawab dengan anggukkan saja.
"Bro kau balik la dulu aku akan jaga Ana." Kata Tengku Ethan dengan berbisik-bisik.
"Okey bro bincang baik-baik aku gerak dulu." Balas Hairul dan terus berlalu pergi.
Selepas Hairul pergi Tengku Ethan menghampiri Juliana yang sedang duduk di sebuah batang pokok. Tengku Ethan yang berdiri dibelakang Juliana hanya terdiam bila mendengar Juliana bercakap sendiri sambil mengusap perutnya.
"Baby nanti lepas baba kahwin dengan auntie Jue kita akan ke Paris dan menetap disana ye sayang." Ucap Juliana sambil mengusap perutnya.
"NO hubby takkan izinkan sayang pergi sana." Kata Tengku Ethan dengan tegas.
"Awak buat apa di sini lebih baik awak balik siapkan persiapan perkahwinan awak dengan Kak Jue. Awak tak perlu risau pasal saya, saya akan menjaga anak kita dengan baik nanti kalau ada masa saya akan bawa dia jumpa dengan awak." Ujur Juliana sambil berdiri.
"NO hubby takkan kahwin dengan Julia itu semua rancangan Julia untuk pisahkan kita. Hubby datang ni pun nak jemput sayang balik Kuala Lumpur." Balas Tengku Ethan.
“Sudah la saya penat saya nak balik." Kata Juliana sambil menahan rasa peningnya.
"Sayang please dengan dulu hubby nak cakap ni sayang." Ujur Tengku Ethan ingin menyentuh tangan Juliana tapi Juliana cepat menarik tangannya.
"Dah la awak, saya nak." Kata-kata Juliana terhenti apabila pening yang dialami olehnya semakin teruk.
Tengku Ethan masih menunggu Juliana menghabiskan kata-katanya tapi Juliana hanya diam sambil memegang kepalanya. Akhirnya Juliana jatuh tapi Tengku Ethan sempat menyambutnya.
"Sayang.. sayang bangun Ya allah." Ucap Tengku Ethan dan terus mengambil telefonnya dan terus menelefon Zarul.
"Hello ya The biggest bos." Jawab Zarul.
"Hello Zarul bawa kereta datang sekarang dan bawa juga semua orang yang ada di rumah itu sekarang juga NOW!!." Ujur Tengku Ethan dengan tegas dan kuat.
"Baik The biggest bos." Balas Zarul dan terus menamatkan panggilan itu.
Setelah menamatkan panggilan itu Zarul terus menghampiri Puan Hanis, Hairul dan Tengku Elly yang sedang ada di pangkin. Tengku Elly yang melihat kegelisahan di wajah Zarul terus bertanya.
"Ada apa Abang Zarul gelisah saja Elly tengok." Tanya Tengku Elly.
“Kejap tadi Tengku coll suruh pergi pantai segera semua disuruh pergi sana. Dari suara Tengku macam ada sesuatu yang telah terjadi." Balas Zarul dengan cemas.
"Dah kalau macam tu kita pergi sekarang." Ujur Puan Hanis dan terus manuju ke kereta Tengku Ethan diikuti oleh Tengku Elly, Hairul dan Zarul.
Mereka bertolak ke pantai dimana Tengku Ethan dan Juliana berada. Semua terkejut bila melihat Juliana sudah terbaring dipangkuan Tengku Ethan. Setelah Tengku Ethan mengangkat Juliana ke dalam keretanya mereka terus bertolak ke hospital.
Share this novel