BAB 33
Tok.. Tok..
"Masuk saja Dian." Laung Juliana sambil melihat sebuah fail.
Tengku Ethan yang mendengar laungan Juliana terus masuk Hairul memandang ke arah pintu sambil menelan liurnya kelat.
"Wow.. Lama tak jumpa kenapa sayang tak bagitahu hubby dulu kalau nak balik Kuala Lumpur." Ujur Tengku Ethan yang masih berdiri di depan pintu.
"Hubby, hubby buat apa di sini." Soal Juliana dengan wajah terkejut.
"Hubby datang nak jumpa sayang la. Kenapa sayang tak mahu jumpa hubby ke." Balas Tengku Ethan sambil duduk di sisi Hairul.
"Tak bukan macam tu ar.. " Ucapan Juliana terhenti apabila Tengku Ethan memotong.
"Kenapa takut nak bagitahu hubby kalau sayang datang dengan kekasih baru sayang ni ke." Kata Tengku Ethan sambil menunjuk kepada Hairul.
"Bro aku bu.." Baru Hairul nak cakap tapi Tengku Ethan terlebih dulu memotong.
"Kau diam kau ni macam tak ada perempuan lain isteri aku juga yang kau nak." Kata Tengku Ethan dengan kasar.
"Hubby kenapa kasar sangat bila cakap dengan Abang Arul." Ujur Juliana.
"Wow berabang-abang dah sekarang. Lepas ni apa." Tanya Tengku Ethan sambil berpeluk tubuh.
"Hubby jangan melampau ye." Kata Juliana sambil bangun berdiri.
"Aku melampau. Kau tengok tu siapa yang melampau sekarang. Betul la apa yang Julia cakap kau dengan dia ada hubungan istimewakan kalau tak macam mana perut tu boleh ada isinya." Ujur Tengku Ethan dengan nada yang kuat.
"Saya dengan abang Arul memang ada hubungan yang istimewa dan hubungan tu tak lebih dari.." Kata-kata Juliana dipotong oleh Tengku Ethan.
"Tak lebih dari apa dah kalau sampai pregnant macam ni kau ingat aku ni bodoh sangat ke. Eh sudah la malas aku nak cakap lebih-lebih dengan korang ni buang masa saja." Balas Tengku Ethan dan terus berlalu keluar dari bilik kerja Juliana.
Setelah Tengku Ethan keluar Juliana terduduk diatas sofa yang ada didalam bilik kerjanya itu. Hairul terus berlari keluar mengejar Tengku Ethan.
"Ethan wait dengar dulu penjelasan dari aku." Ujur Hairul sambil meyentuh bahu Tengku Ethan.
"Jangan nak sentuh-sentuh la. Kau nak jelaskan apa lagi kau nak kata yang kau cintakan isteri aku macam tu. Eh.. Kau dengar sini aku takkan sesekali lepaskan Juliana walauapa pun yang terjadi faham." Kata Tengku Ethan dengan kuat dan terus keluar dari butik itu.
"Abang Arul kenapa ni." Tanya Dian dengan berkerut dahinya.
"Tak ada apa cuma salah faham sikit saja. Dian kalau saya nak minta tolong awak sikit boleh tak saya sudah tak tahan lagi dengan masalah diorang ni." Ujur Hairul sambil berpeluk tubuh.
"Abang Arul nak minta tolong apa insyaallah kalau say boleh tolong saya akan tolong." Balas Dian.
"Saya nak awak dapatkan nombor telefon Ethan sebelum tengah hari faham. Awak cari la dalam telefon Lia ke kat mana ke lepastu awak terus chat saya." Kata Hairul dan terus berlalu keluar dari butik itu.
Setelah Hairul keluar dari butik itu Dian terus masuk ke dalam bilik kerja Juliana. Dian melihat Juliana sedang menangis sambil di pujuk oleh Dahlia.
"Puan Lia saya nak pinjam telefon kejap boleh saya nak coll telefon saya tadi lepas saya coll Haziq saya lupa saya letak telefon saya di mana." Tipu Dian sambil berdiri di hadapan Juliana.
"Boleh awak ambil la." Jawab Juliana dengan tersedu sedan.
"Thanks Puan Lia." Ucap Dian.
Setelah mengambil telefon Juliana, Dian terus keluar dari bilik kerja Juliana. Tanpa melengahkan masa Dian terus mencari nombor telefon Tengku Ethan setelah dapat dian terus tulis di sekeping kertas setelah itu Dian terus mendail nombor telefonnya.
"Okey dah harap-harap Puan Lia tak syak apa-apa la." Gumum Dian sendiri.
'Abang Arul ni nombor telefon Tengku Ethan.'- Dian.
'Okey thanks Dian. Awak tolong bagitahu Lia yang saya pergi jumpa kawan kejap ye.'- Abang Arul.
'Okey baik.'- Dian.
Setelah menghantar chat kepada Hairul, Dian terus masuk kedalam bilik kerja Juliana. Dian melihat Juliana sudah tersenyum kembali.
"Ini Puan Lia thanks ye Puan Lia." Kata Dian lalu menghulurkan telefon itu pada Juliana.
"Welcome awak letak telefon awak dimana Dian." Tanya Juliana sambil menggusap perutnya.
"Er.. Telefon saya jatuh di belakang sofa lepastu saya tertinggal masa Abang Arul kejar Tengku tadi." Balas Dian sambil duduk di hadapan Juliana dan Juliana hanya membalas dengan anggukkan.
"Oh ye Puan Lia tadi Abang Arul pesan dia pergi jumpa kawan kejap nanti dia datang balik." Sambung Dian.
"Okey." Jawab Juliana ringkas.
Mereka keluar dari bilik kerja Juliana dan duduk di sofa depan kaunter. Beberapa pelanggan masuk ke butik Juliana, Dahlia dan Dian terus melayan pelanggan-pelanggan itu.
'Bro kalau kau nak tahu perkara sebenarnya yang terjadi baik kau datang ke Kafe Zawara Coffee sekarang aku tunggu kau di meja No8.'- Unknown number.
'Siapa ni baik kau tunggu aku akan datang.'- Tengku Ethan(Adik iparku).
Setelah menbalas chat itu Tengku Ethan terus memandu ke Kafe Zawara Coffee secepat yang boleh. Setelah parking di Kafe Zawara Coffee Tengku Ethan terus menuju ke kaunter.
"Tumpang tanya meja No8 dimana ye." Tanya Tengku Ethan kepada penjaga kaunter itu.
"Meja No8 ada di sebelah sana Encik itu yang ada seorang lelaki yang memakai baju warna kelabu itu." Balas Penjaga kaunter itu.
"Okey Thanks ye." Ucap Tengku Ethan. Penjaga kaunter itu hanya membalas dengan anggukkan.
Tengku Ethan terus menghampiri lelaki itu setelah sampai Tengku Ethan terus memegang bahu lelaki itu. Hairul terus memalingkan wajahnya dan melihat wajah Tengku Ethan yang ada di belakangnya.
"Kau." Kata Tengku Ethan dengan sedikit kuat.
"Silakan duduk dulu sebelum marah-marah dan tolong diam semasa aku jelaskan apa-apa." Ujur Hairul dengan tegas.
"Baik cepat aku tak ada masa nak layan kau." Kata Tengku Ethan sambil memandang kearah lain.
"Sebelum tu nama aku Mohd Hairul Bin mohd Haikal. Yes aku ada hubungan istimewa dengan Juliana tapi tak lebih dari seorang abang dan untuk pengetahuan kau aku Abang Susuan Julia dan Juliana. Tentang kandungan Juliana yes itu bukan anak aku mesti kau hairankan macam mana itu boleh berlalu kalau yang itu kau boleh tanya diri kau apa yang kau sudah lalukan pada adik aku." Terang Hairul dengan jujur.
"betul ke kau abang susuan Ana." Soal Tengku Ethan sambil berpeluk tubuh.
"Ye betul aku, Julia dan Juliana sama umur aku lahir awal 3 bulan dari diorang. Masa diorang lahir Mama Jas tak boleh menyusukan diorang sebab keadaan mama Jas tak berapa sihat jadi abah aku memberi cadangan pada papa Joe supaya Ibu aku jadi ibu susuan diorang. Dan jadilah aku dan diorang sebagai adik beradik susuan dan kalau kau tak percaya boleh tanya mama Jas dan papa Joe." Jawab Hairul dengan panjang lebar.
"Habis Juliana pregnant baby siapa." Tanya Tengku Ethan. Hairul yang mendengar terus menepuk dahi.
"Dah dia isteri kau sudah tentu itu baby kau." Balas Hairul sambil berpeluk tubuh.
"Kandungan Juliana sudah berapa bulan." Soal Tengku Ethan sambil meletakkan tangan dia diatas meja.
"Sudah masuk 6 bulan dah pun." Jawab Hairul.
"See kalau dia pregnant anak aku pun mesti la dalam 4 bulah lebih macam itu." Kata Tengku Ethan dengan nada yang sedikit tinggi.
"Itu memang anak awak sebab Doktor bagitahu yang Lia bunting pelamin." Ujur Seseorang dari belakang Tengku Ethan.
"What!!! Bunting pelamin." kata Tengku Ethan dengan kuat semua yang ada di situ turut pandang ke arah mereka.
Share this novel