BAB 63

Romance Series 53070

BAB 63

Setelah 3 minit berlalu Doktor Suria melihat Juliana masih belum ada reaksi apa-apa dia mengambil keputusan untuk memulakan percakapannya.

"Maaf Puan Juliana saya mahu lakukan satu ujian kepada Puan boleh." Tanya Doktor Suria kepada Juliana.

"kalau boleh saya tahu ujian apa tu Doktor." Soal Juliana kepada Doktor Suria kembali.

"Ujian ultrasound untuk melihat sama ada Puan betul-betul pregnant atau tidak." Jawab Doktor Suria kepada Juliana dengan senyuman.

Setelah mendengar jawapan dari Doktor Suria, Juliana berfikir sejenak sambil menundukkan kepalanya. Doktor Suria yang melihat Juliana menundukkan kepalanya begitu lama terus menegurnya.

"Bagaimana Puan boleh atau tidak." Tanya Doktor Suria kepada Juliana.

"Boleh juga Doktor sekurang-kurangnya kita tahu apa punca suami saya jadi begitu kan." Balas Juliana kepada Doktor Suria dengan senyuman.

"Baik kalau begitu Puan boleh baring atas katil dulu nanti saya datang." Ucap Doktor Suria kepada Juliana.

Setelah mendengar ucapan Doktor Suria, Juliana terus naik ke katil yang ada di dalam bilik itu. Setelah 5 minit berlalu Doktor Suria bangun menghampiri Juliana yang sedang berbaring diatas katil itu.

"Baik Puan boleh kita mulakan sekarang." Tanya Doktor Suria dengan senyuman.

"Boleh Doktor." Balas Juliana kepada Doktor Suria.

"Baik boleh Puan angkat sikit baju Puan Maaf ya." Kata Doktor Suria dengan senyuman sambil tangannya meletakkan gel biru di alat yang hendak digunakan. Juliana hanya menurut apa yang dikatakan oleh Doktor Suria itu.

"Baik kita mulakan sekarang ya. " Ujur Doktor Suria dan terus memulakan tugasnya.

"Alhamdulillah Puan dugaan saya benar tentang Puan. Sekarang disini kandungan Puan sudah memasuki 8 minggu dan disini saya melihat ada dua kantung baby. Besar kemungkinan Puan akan mendapat baby kembar." Ucap Doktor Suria kepada Juliana.

"Alhamdulillah Doktor rezeki saya dapat anak kembar lagi." Balas Juliana dengan senyuman dan mara yang berkaca-kaca.

"Sebelum ni anak Puan kembar juga ke." Tanya Doktor Suria kepada Juliana.

"Ya Doktor anak saya sebelum ni semua kembar." Jawab Juliana dengan senyuman.

"Alhamdulillah rezeki Puan dan Tengku. Saya doakan Puan dan babies sihat hingga lahir ya. Oh ya Puan sudah boleh bangun." Ujur Doktor Suria kepada Juliana sambil tangannya mengelap alat ultrasound tadi.

"Baik Puan saya mahu tanya Puan mahu buat buku kehamilan sekarang disini ke atau di hospital lain." Soal Doktor Suria kepada Juliana.

"Buat sekarang lah Doktor dah alang-alang disini saya buat terus la senang." Jawab Juliana dengan senyuman.

"Baik saya akan buatkan buku kehamilan untuk Puan sebentar ya." Ucap Doktor Suria kepada Juliana dan terus bangun kearah satu almari yang ada di belakangnya.

"Baik Puan saya akan tanya beberapa soalan untuk tulis di buku ini ya." Kata Doktor Suria kepada Juliana dan dia terus menulis sesuatu pada buku berwarna pink itu.

Sementara Juliana di dalam bilik Doktor Suria, Tengku Ethan sudah pun sedar dari pengsan nya. Tengku Enara dan Tengku Ethar sedang berbual disifatkan tanpa menyedari akan Tengku Ethan.

"Mummy, angah." Panggil Tengku Ethan perlahan.

"Mummy, kak long ni lama lagi ke pergi jumpa Doktor Suria tu." Tanya Tengku Ethar kepada ibunya itu.

"Mana mummy tahu kita tunggu sajalah kejap lagi datanglah kak long kamu tu." Balas Tengku Enara sambil jarinya mengetik sesuatu di telefonnya.

Prag..

Bunyi sesuatu pecah telah mengejutkan mereka berdua. Mereka berpaling ke arah Tengku Ethan yang sedang melihat ke arah bawah katilnya. Tengku Enara dan Tengku Ethar terus menghampiri Tengku Ethan dengan berhati-hati kerana kaca gelas yang pecah tadi.

"Ya Allah along kenapa tak panggil kami tadi. Along nak air ke kejap mummy ambilkan." Ujur Tengku Enara kepada anak sulungnya itu dan terus menuangkan air untuk Tengku Ethan.

"Kejap ya mummy, angah pergi panggil cleaning services untuk uruskan kaca gelas ni ya." Ucap Tengku Ethar kepada Tengku Enara.

"Yalah angah cepat sikit ya." Jawab Tengku Enara sambil memberi Tengku Ethan minum menggunakan straw.

Setelah memanggil petugas kebersihan Tengku Ethar kembali dengan seorang petugas kebersihan ambil membawa peralatan di tangan wanita itu. Tengku Ethar dan petugas itu masuk ke dlam bilik rawatan Tengku Ethan dan wanita itu terus melakukan tugasnya. setelah siap wanita itu meminta diri dan Tengku Enara, Tengku Ethan dan Tengku Ethar mengucapkan terima kasih kepada wanita itu. Petugas itu keluar dengan senyuman yang manis dan kembali ke tempatnya sebelumnya.

"Mummy dengan angah datang berdua je ke Ana tak datang ke." Tanya Tengku Ethan kepada Tengku Enara dan Tengku Ethar.

"Lia datang tapi tadi dia pergi jumpa Doktor yang rawat along kejap lagi datang la tu." Balas Tengku Enara kepada anak sulungnya itu dengan senyuman.

"Oh okey. Doktor ada bagitahu tak apa penyakit along tadi." Soal Tengku Ethan lagi kepada adik kembarnya itu.

"Tak ada pula. Nanti kak long datang kita tanya okey." Jawab Tengku Ethar kepada abangnya itu dengan senyuman.

setelah 30 minit berada dalam bilik Doktor Suria akhirnya Juliana keluar dan terus menuju kearah lift. selepas masuk kedalam lift Juliana terus menekan butang lift tingkat tempat Tengku Ethan dirawat. Setelah sampai Juliana masuk dengan perlahan-lahan dan dia melihat Tengku Ethan dan yang lain sedang berbual-bual.

"Eh sayang macam mana doktor kata apa." Tanya Tengku Ethan kepada isterinya.

"Em sebenarnya.. Sebenarnya.." Kata Juliana dengan gugup sambil melihat suaminya, ibu mertuanya dan adik iparnya silih ganti.

"Sebenarnya apa kak long, kak long ni buat suspen la. Kenapa along ni ada penyakit serius ke kak long." Soal Tengku Ethar pula.

"What!! No, no sayang bagitahu hubby apa yang Doktor bagitahu pada sayang kejap tadi." Soal Tengku Ethan dengan nada yang sedikit tegas.

Juliana yang mendengar nada bicara suaminya bertukar sedikit tinggi terus menundukkan kepalanya. Tengku Ethan yang sedar akan kesilapannya terus meminta maaf kepada isterinya itu.

"Sorry sayang, hubby tak bermaksud nak tinggikan suara pada sayang tapi.." Kata-kata Tengku Ethan dipotong oleh Juliana yang masih menundukkan kepalanya.

"Doktor cakap sayang pregnant 8 minggu." Ujur Juliana sambil menundukkan kepalanya.

"What!! Pregnant!!." Ucap Tengku Ethan, Tengku Ethar dan Tengku Enara serentak.

"Ya dan tadi Doktor Suria sudah buatkan buku pink kehamilan sekali." Kata Juliana sambil mengambil buku berwarna pink dari dalam beg tangannya.

"Alhamdulillah Ya Allah." Ucap mereka bertiga serentak lagi.

Juliana yang mendengar ucapan syukur itu terus mengangkat kepalanya melihat 3 orang dihadapannya itu. Mereka juga melihat Juliana dengan senyuman yang manis sehingga berkerut dahi Juliana.

"Mummy tak marah." Tanya Juliana kepada ibu mertuanya itu.

"Taklah buat apa nak marah kalau Allah nak bagi rezeki kepada kamu berdua dan mummy lagi suka kalau ramai cucu. Syukur alhamdulillah Ya Allah." Balas Tengku Enara dengan senyuman yang manis.

"Sayang, hubby nak minta maaf pada sayang sebab hubby dah janji mahu beri sayang masa untuk rehat tapi sekarang sudah ada buah hati kita lagi dalam ni." Ujur Tengku Ethan kepada Juliana sambil mengusap perut isterinya yang masih datar itu.

"Tak apa sayang faham." Ucap Juliana dengan senyuman sambil tangannya diatas tangan suaminya yang masih di perutnya itu.

Tengku Enara dan Tengku Ethar yang melihat dua sejoli itu gembira mereka juga ikut gembira. Setelah tamat waktu melawat Tengku Ethar dan Tengku Enara pulang ke rumah dengan senyuman gembira.

Share this novel

Zainabzety
2024-10-10 16:20:39 

hai subur sungguh


NovelPlus Premium

The best ads free experience