Bab 4

Drama Series 2016

Bab 4 ~

Aku masih lagi bergolek di atas katil walaupun jam sudah pun menunjukkan pukul 11.00 pagi.Letih semalam masih terasa.Belakang badan mula berasa lenguh,mata bagaikan ingin berehat secukupnya.Hanya inginkan privasi untuk hari ini sahaja tanpa sebarang gangguan.

Aku sekadar scroll telefon bimbitku untuk update maklumat peribadi dalam 'OMI' sambil swipe untuk mencari teman baru. Aplikasi 'OMI' yang kononnya dikatakan untuk bertemu jodoh,mahupun sekadar mencari kawan baru dari alam maya. Mesej semalam dari lelaki yang menegurku itu masih lagi kekal sama.Tidak membalas.Kemudian,aku terus mencapai tuala mandi dan pergi menyegarkan diri. Setelah 20 minit,aku bersiap sekadar berpakaian baju T Shirt biru biasa dan berseluar panjang hitam.Menghampiri meja makan di dapur,melihat bapak yang masih lagi menggaul nasi di dalam kuali.

Tiba-tiba,ada notifikasi dari OMI masuk dalam peti masuk.Aku membuka hampir lima mesej yang masuk daripada orang yang berbeza.Aku tertawa sendiri.

"Ingatkan tak ada yang nak kan aku.Rupanya cantik jugak aku ni ye? ', aku tertawa kecil.Membalas satu persatu sambil menyuap nasi goreng yang tadinya sudah dicedokkan ke dalam pinggan ke dalam mulut. Dalam banyak-banyak mesej yang dihantar,ada satu sahaja yang benar-benar membalasku sejak semalam.Aku membelek profilnya.Boleh tahan,bisik hatiku.Lelaki itu memulakan bicaranya.

'Hi,boleh saya kenalkan diri?Saya Rayyan Fahmi,27 tahun,asal Kedah.Awak pula?'

Aku tersipu-sipu senyum sendirian.Membalas kepadanya.

'Hi,saya Nur Lisa Wahyuni,26 tahun,asal Pulau Pinang.'

Kami saling berkenalan antara satu sama lain,saling bertukar cerita peribadi.Tiba-tiba, Rayyan Fahmi mula cuba untuk lebih mendekatiku.

'Cantik ye awak.Berkaca mata.Memang idaman saya.'

Hampir tersembur air teh o panas yang aku sedang minum. Pujian yang entah ikhlas atau tidak dari lelaki yang bertubuh tinggi dan kurus itu,membuatkan hatiku berasa sedikit berbunga.Dia membalas lagi.

'Boleh saya minta nombor telefon awak? Kita whatsapp saje lah senang sikit.'

Aku terkedu. Nak bagi ke tidak ye? Aku mula berfikir.Risau akan scammer yang kini makin berleluasa.Mudah sungguh zaman sekarang untuk mencari duit.Mereka tidak takut akan rezeki yang tidak berkat.Tiba-tiba,Rayyan Fahmi menghantar lagi.

'Saya ikhlas cuma nak cari untuk dijadikan isteri je.Bukan untuk main-main'

Gila apa? Kenal pun belum, dah ajak untuk dijadikan isteri.Tetapi,entah jari jemariku pantas menekan nombor telefonku dan terus hantar kepadanya.Aku menepuk dahi. Apa benda aku dah buat ni.Kalau dia betul-betul whatsapp macam mana? Aduh !

Aku tidak mampu melakukan apa-apa.Setelah menghantar nombor telefon ku , antara kami terus sepi.Dia juga tidak mengirimkan sebarang mesej kepadaku.Mungkin dia dah bosan agaknya? Aku meneka. Ah ! Biarlah. Siapa peduli. Lebih baik aku melakukan sesuatu yang berfaedah daripada terus menatap handphone sedari tadi. Aku meletakkan telefon bimbitku yang bewarna putih itu di atas meja solek.Menghampiri meja kecil yang di atasnya ada sebuah balang kecil berisikan ikan-ikan berwarna warni.Aku menabur sedikit makanan ikan yang tersedia di tepi meja ke dalam balang ikan itu.Melihat ikan yang berenang-renang di dalam air itu membuatkan hatiku tenang.

Aku kembali melihat telefon bimbitku.Kosong.Entah kenapa perasaan ku tiba-tiba mengharapkan sesuatu dari lelaki tadi.Ah ! Sudah. Aku harus mengabaikan perasaan ini.Aku pun tidak langsung mengenalinya.Kenapa aku begitu teruja menanti mesej dari dia. Hatiku masih lagi terpaut dengan lelaki yang sudah lama aku kenali.Cuma bukan takdir aku untuk memiliki.Aku mula teringat akan perbualan antara kami.

"Abang nak sangat sayang jadi isteri abang yang ke dua" ,Hazrie menyatakan ayat itu untuk ke dua kalinya.Aku bercelaru.Sudah tiga tahun,kami menghubungi diam-diam antara satu sama lain.Tanpa pengetahuan sesiapa,kecuali teman baikku yang seorang itu.Fatihah!

"Abang mampu untuk menjaga keduanya.Tapi,sayang kena duduk asing.Kalau kita kahwin,abang janji abang akan melawat sayang tiap minggu." ,janji lelaki itu yang membuatkan aku buntu.

Aku hanya duduk termenung di hadapan akuarium kecil itu sambil melayan ikan peacock yang berenang ke sana ke mari di dalam akuarium itu. Bagi aku, melepaskan itu mudah,tapi melupakan itu tidak semudah melepaskan. Bagaimana nanti kalau aku berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan aku. Aku masih lagi ingat,bahwa aku pernah hampir dijodohkan dengan anak Mak Cik Faridah.

"Yuni,mak cik ada seorang anak lelaki yang sebaya dengan Yuni.Mak cik berkenan sangat tengok Yuni.Nanti kenal-kenal dengan anak mak cik,mana tahu boleh jadi menantu mak cik" , Mak Cik Faridah menyatakan hasratnya ketika aku singgah di kedai kuih muih yang dikendalinya itu.

Mak Cik Faridah meniaga kuih muih di tepi jalan berdekatan dengan kawasan rumah aku. Anaknya pula bekerja di pejabat veterinari di Sungai Pinang.Di waktu malam,Hazwan anak terunanya akan berniaga burger di hadapan kedai kuih ibunya.

Hazwan sememangnya punya rupa paras yang elok,tetapi hati ini tidak mampu untuk berkenalan dengannya.Kami pernah berhubung seketika sewaktu didesak oleh orang tua kami.Hazwan tidak pernah menyetujui dari awal perkenalan kami.Aku juga begitu.

"Yuni minta maaf sepanjang tempoh kita berkenalan.Mungkin saja jodoh kita dengan orang lain yang lebih baik.Semoga Hazwan mendapat jodoh yang baik",itu lah ayat terakhir yang aku hantarkan kepadanya melalui whatsapp.

Aku mendongak sedikit melihat jam yang tergantung di dinding ruang tamu.Jam menunjukkan pukul 1.00 petang.Kejap lagi akan masuk waktu Zohor.Aku terus bangun dan menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk siap-siap.Aku melangkah masuk ke dalam tandas dan mula membuka pili air.Satu per satu tertib wudhuk aku laksanakan dan akhir sekali menadah tangan membaca doa selepas wudhuk.Aku menghamparkan sejadah dan menyarung telekung yang baru dibeli di Kelantan dua bulan lepas.Sangat sedap dipakai dan selesa.Tapi,sayangnya aku hanya membeli sehelai sahaja kerana aku sudah membelikan cenderamata lain untuk ahli keluargaku di sini.Terdengar azan Zohor berkumandang,dan aku bersiap untuk bersujud pada Yang Satu.

Usai melaksanakan perintah wajib itu,aku menadah tangan berdoa.

'Ya Allah,ampunkan lah dosaku,dosa kedua orang tua ku,berikanlah kesihatan yang baik buat mereka dan panjangkanlah umur mereka.Berikanlah aku pendamping yang mampu membawa aku menuju ke jalanMu bersama.Amin'

Aku menekup kedua tangan ku ke wajah sebelum membuka telekung untuk disimpan.Aku menggantung telekung ku di penyidai di dalam bilik dan melipat sejadah diletakkan di satu sudut. Aku kembali menatap handphone sambil melipat kain baju yang bertimbun di dalam bilik.

Melihat nombor yang tidak dikenali tertera di atas skrin handphone ,sudah membuatkan aku dapat mengagak siapa gerangannya. Aku tersenyum tetapi tetap merasa debarannya.

Aku hanya melayan setiap mesejnya itu tanpa sebarang harapan.Rayyan Fahmi menghantar beberapa keping gambarnya kepadaku.Aku menatapnya satu persatu.Salah satu adalah gambar keluarganya.Dia bertubuh tinggi lampai ,berkulit agak sedikit 'warm tan' dan berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja.Belum kenal sehari,tetapi Rayyan Fahmi begitu mesra berbual dengan ku. Kemudian,kami berhenti bermesej seketika kerana dia ada urusan yang perlu diuruskan.Dan aku juga sama perlu menyelesaikan kerja rumah yang tergendala dan aku perlu menggosok baju untuk dipakai hari Isnin nanti.

Hari yang mulai gelap.Melihat awan yang sedikit mendung itu menandakan bahwa malam ini akan turunnya hujan.Segala barang yang perlu dibawa ke pejabat esok telah pun sedia tersusun di atas meja peribadiku di dalam bilik.Tiada siapa yang berani menyentuhnya.Saat aku sedang membersihkan meja,terdengar dari luar hujan yang sangat lebat turun membasahi bumi.Aku mengucapkan syukur.Sudah hampir sebulan kami menghadap panas terik yang berpanjangan.Azan Maghrib mula berkumandang.

Usai aku menunaikan fardhu Maghrib,aku terus membaca notifikasi mesej yang sedari tadi mengganggu aku yang cuba kusyuk untuk solat.Oh! Rupanya lelaki misteri itu yang menghantarnya,Rayyan Fahmi.Dia menyatakan ingin menghubungiku seketika.Aku berdebar.Risau kalau aku ada bercakap sesuatu yang tidak sepatutnya.Telefon berdering.Aku menjawabnya dengan perlahan.

"Assalamualaikum,Lisa ke?",lelaki itu memulakannya dahulu.Suaranya yang kedengaran garau tetapi lembut itu membuatkan jiwaku berdetak lebih laju.

"Ye,saya.Tengah siap-siap mengemas baju ke?Sorry lah ganggu." , aku sekadar mengambil berat supaya ada point untuk bersembang.Aku masih berasa gementar.Entah kenapa,tetapi masih mahu untuk berbual dengannya.

"Ya.Tak ape lah.Awak temankan saya je boleh? Sembang-sembang je dengan saya.Tak lah saya berasa bosan buat sorang-sorang.", Rayyan Fahmi sudah mula cuba untuk merapatkan diri denganku melalui perbualannya.

Aku berbual dengannya hampir tidak sedar jam sudah menginjak ke pukul 11.00 malam.Aku meminta untuk mengundur diri kerana aku masih belum menunaikan solat Isyak.Selepas mematikan panggilan,aku terus berwudhuk dan laksanakan solat Isya.

Habis aku solat Isya,aku terus berbaring di atas katil.Aku mula berangan-angan sendiri.Lelaki misteri itu terus membuatkan fikiranku tidak tenang dan tidak keruan memikirkan tentangnya walaupun dia bukan sesiapa bagiku.

'Ish,dah kenapa aku ni asyik fikirkan dia.Baik aku layan drama K lagi bagus.Hero pun hensem-hensem.Hero idamanku' , aku tersenyum seorang diri sambil sambung menonton drama 'While You Sleeping' yang sekarang live di chanel TV.Cuma aku yang malas nak menonton melalui TV,jadi aku hanya mengikuti setiap episodnya melalui Netflix.

Aku terus menonton sehingga tidak sedar yang aku mulai terlena sambil drama itu masih dimainkan.Entah waktu bila aku terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience