Bab 35

Drama Series 2016

Bab 35~

Pagi itu,Hospital Lam Wah Ee sangat sibuk.Hospital yang berjarak cuma selama 30 minit dari kawasan rumah itu penuh dengan pesakit dan pelawat.Rayyan terus parking di kawasan yang sedikit jauh dari bangunan hospital.Kemudian,kami bersama-sama masuk ke dalam bangunan dan terus naik lif ke Tingkat satu.

"Sayang rasa berdebar sangat nak check up.Ish,rasa teruja lah!",aku berjalan dengan penuh perasaan gembira berbaur gementar.Setelah mendaftar,sambil berpimpin tangan kami menuju ke tempat menunggu di hadapan bilik doktor.

Nombor giliran kami akan dipanggil lebih kurang selepas daripada 5 pelawat yang lebih awal mendaftar.Aku tidak sempat sarapan pagi tadi kerana lewat bangun.Jadi,Rayyan hanya membeli sekotak air laici bersama roti bun sebagai alas perut.

Selepas hampir 30 minit,jururawat cina yang memakai suit putih itu memanggil namaku untuk proses sebelum masuk ke bilik doktor.Selepas itu,barulah kami berdua bertemu dengan Doktor Aw Linda yang bertugas sebagai mak bidan dari awal mengandung sehingga melahirkan anak.

"Hai,Nurlisa Wahyuni ya?",doktor yang sedang duduk sambil membelek sebuah buku di atas mejanya sambil sesekali melihat skrin komputernya menyapaku.

"Ya,saya doktor.",aku yang kali pertama berdepan dengan situasi begini berasa agak berdebar.Rayyan hanya berdiri di sebelahku menemani.

"Ini anak sulung awak berdua ke?"

"Ya,doktor.Ini anak sulung kami.",aku menjawab sambil memandang wajah Rayyan.Tampak teruja pada reaksi wajahnya.Dalam pada masa yang sama,kami berdua jugak agak gementar untuk melalui proses pemeriksaan ini.

"Okey,saya nak tengok perut awak dulu.Encik suami sila tunggu sebentar ya.",doktor Aw Linda melemparkan senyum kepada Rayyan sebelum membawaku ke sebuah katil untuk mengimbas perutku yang masih kecil itu.Dia menggerakkan pengimbas itu di seluruh perutku sambil menekan pada beberapa bahagian.Kemudian,aku bangun dan duduk di hadapan doktor semula .

"Okay,everything is okay.Kandungan pun baru je 3 minggu.So,it is still so small.Macam biji kacang hijau aje.",terang doktor kepada kami berdua sambil menunjukkan slip scan kandungan.

Kami melihat slip yang hitam putih itu sambil mengucapkan rasa syukur.

"Boleh tahu jantina dah ka doktor?",soal Rayyan dengan rasa terujanya.Aku hanya ketawa mendengar persoalannya.

"Baby belum jadi bentuk sempurna lagi.After 6 or 7 months selalunya baru boleh tahu jantina.",Doktor Aw Lin Da menerangkan sambil menyerahkan sebuah fail nipis.

"So,keep this file nicely.Everytime you come for an appointment,you should bring this together",aku mengambil fail putih itu daripadanya.

"Doktor,macam mana dengan due date?Boleh tahu ke bila akan bersalin nanti?",Rayyan bertanya lagi sebelum kami hendak melangkah keluar dari biliknya.

"See at the top of the slip.You can see there 'EDD' stands for Estimate Delivery Date.It shows you lebih kurang dalam bulan September nanti.",Doktor Aw Linda menunjukkan di sudut atas slip itu.

Kami mengangguk dan kemudiannya terus keluar dari bilik itu dengan perasaan yang lega.

Semasa sedang berjalan menghampiri lif,Rayyan menggenggam jari jemariku erat.Dia senyum kepadaku.

"Syukur sangat sayang.Alhamdulillah.Rezeki Allah beri ni.",Rayyan mencium tanganku dengan penuh kasih.

"Alhamdulillah,janji abang bawak sayang balik Langkawi.",aku mengenyitkan mata kepadaku.Serta-merta wajahnya berubah.Dia mencuka sebentar.Pintu lif terbuka,dan kami sama-sama melangkah masuk dalam keadaan sepi.

Sepanjang Rayyan memandu kereta,dia hanya mendiamkan diri.Perangainya yang sebelum ini muncul semula.Ah,kenapa di saat gembira begini harus ada yang membisu.Aku tidak mahu merosakkan moodku dengan melayani sikap tak endahnya.

"Abang,singgah kejap kedai makan.Nak beli nasi goreng.",aku sekadar berkata sambil memandang ke hadapan.

Dia hanya diam,tapi masih memandu dengan tenang.Dia membelok ke kanan berhadapan dengan stadium bola Pulau Pinang.Di situ ada astaka yang menjual pelbagai jenis makanan termasuk lauk pauk tengah hari.Dia memberhentikan keretanya di bawah pohon besar.

"Nak makan nasi goreng apa?Abang turun pergi beli."ujarnya saat dia bersiap hendak keluar dari kereta.

"Nasi goreng ayam.",aku menjawab.

Kemudian,dia terus turun dari kereta dan menuju ke salah satu gerai yang menjual nasi goreng.Aku hanya menunggu di dalam kereta sambil membelek slip scan kandungan pagi tadi.Walaupun belum terlihat bentuk tubuh,tapi aku tetap gembira dan bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk merasakan nikmatnya yang paling besar untuk setiap wanita.Aku mengusap perutku sambil teringatkan kata-kata doktor pagi tadi.

"Apa yang you makan,automatik anak you pun makan.Incase lepas you makan,tiba-tiba you muntahkan balik,it's mean the baby does not like it.Demi keselamatan,better you elakkan ya?",doktor Aw Linda memberitahu serba sedikit mengenai kandunganku yang baru 3 minggu itu.Maknanya sudah hampir sebulan aku mengandungkan anak sulungku ini.

Rayyan yang tiba-tiba muncul di muka pintu membuatkan aku terkejut seketika.Dia terus masuk dengan muka yang mencuka.

"Tak sedar ke dari tadi abang berdiri kat luar kereta?Dengan panas lagi.",Rayyan memarahiku dengan tiba-tiba.

"Apa masalahnya tiba-tiba marah-marah ni?Tak ada angin,tak ada ribut nak bebal.",aku menyimpan semula slip itu dengan kemas dalam fail biru.Aku hanya menahan emosiku yang sejak dua menjak ini cepat terusik.

"Entah apa yang dilamunkan sampai tak sedar orang dah berdiri di muka pintu kereta.",dia menjeling ke arahku sambil memandu menuju pulang.Aku hanya diam.Tidak mahu lagi menambahkan api dalam minyak.

Setelah kami berdua naik ke atas rumah,Rayyan terus masuk ke dalam bilik tidur.Aku hanya duduk sebentar di ruang tamu.Mak dan bapak yang ada di ruang tamu itu hanya diam,memandang Rayyan yang menuju masuk ke dalam bilik tanpa bertegur sapa.

"Macam mana Lisa,okey ke?Doktor cakap apa?",bertubi-tubi soalan daripada mak.Aku berasa sedikit letih,tapi melihat wajah mak yang teruja itu menaikkan kembali semangatku untuk menunjuk slip kandungan kepadanya.

"Alhamdulillah,semua okey.Doktor bagitahu baby masih lagi kecil.So,kena hati-hatilah.",aku menerangkan.Mak mencium dahiku dan mengucapkan syukur.

"Mak..",aku memanggil perlahan.

Mak memandangku.Dia duduk di hadapanku.

"Nak ikut Rayyan balik boleh?",aku mengajukan soalan yang sama kepada mak.Mata mak membulat tiba-tiba .Kemudian,dia memandangku dengan pandangan yang redup semula.

"Lisa..bukan mak nak halang.Tapi Lisa baru sangat pregnant.Awal-awal kandungan ni kita kena jaga elok-elok.Sebaiknya,duduk dulu sat kat sini.Nanti Rayyan balik la minggu-minggu jumpa Lisa.",mak memujukku sambil mengenggam tanganku.Aku menangis semahu-mahunya saat itu.Di situ.Mak cuba mengawal perasaanku yang sedih kerana tidak mahu aku terlalu melayani perasaan.

"Jangan menangis macam ni Lisa.Tak elok untuk baby.Lisa sayang anak Lisa kan?Kuat semangat Lisa.",mak juga turut mengalirkan air matanya.Hati ibu mana yang tidak berasa luluh apabila melihat anaknya sedang bertarung dengan emosi dalam keadaan begini.

"Dah,pergi tidur dan rehat kejap.Nanti dah bangun makan ya?",mak memujukku lagi.Aku mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik.

Melihat Rayyan yang begitu asyik lena keletihan,aku menutup tirai tingkap untuk membiarkan bilik itu sedikit kelam dan menghidupkan penghawa dingin.Kemudian,aku terus berbaring di sebelah Rayyan sambil memeluknya.

Tepat jam 5 petang,setelah waktu asar,Rayyan mengejutkanku perlahan-lahan.Aku yang sedang mamai masih lagi berasa mengantuk.Namun,ianya tidak lama setelah Rayyan memberitahuku bahawa dia sudah hendak pulang semula.

"Sayang nak ikut abang..",aku menangis merayu di hadapannya.Aku sudah menjadi tidak segan silu di hadapan keluargaku.

"Janganlah macam ni sayang.Nanti minggu depan abang balik lah.Sayang duduk la sat.",Rayyan memujukku kali ini.

Dia mengusap rambutku sambil mengesat air mataku.Aku memeluknya erat seolah-olah tidak mengizinkannya untuk pulang.

"Nak ikut abang ..Sayang nak duduk dengan abang..",air mataku semakin menderu menitis saat itu.Aku sudah bagaikan kena rasuk,tidak mahu melihat pemergian Rayyan.

Mak menghampiriku sambil memujukku.Namun,aku tiba-tiba memberontak dan diriku sudah menjadi tidak terurus ketika itu.

Rayyan menghampiriku dan memegang kedua belah lenganku erat.

"Abang janji lepas 2 minggu abang datang bawak sayang balik,okey?Sayang rehat dulu.",terus dia melepaskan pegangannya sambil menggalas beg.

"Tak pa,Rayyan balik je dulu.Biar mak handle Lisa.Balik je Rayyan.",ujar mak sambil memegang tubuhku dengan kuat.Aku cuba untuk melepaskan diri daripada pegangan mak,namun aku gagal sehingga melihat Rayyan yang sudah hilang dari pandangan.

Saat itu,air mata ku tidak henti menitis dan aku hanya bermenung di dalam bilik sepanjang masa.Mak datang untuk memujukku mandi petang itu,tetapi aku menyuruh mak keluar dari bilik.Bagaikan ada yang merasukiku.

"Keluar! Lisa tak mahu sapa-sapa pun datang dekat Lisa.Pergi! Pergi!",aku menjerit sambil menolak mak yang datang untuk membawa makanan kepadaku petang itu.Aku terus mengunci pintu bilik sehingga mendengar suara adikku,Suhaila.

"Kakak,jangan macam ni.Kesian dekat mak bapak tau,mak jugak menangis tengok hang macam ni .Keluarlah kakak,pergi mandi makan.Kesian kat anak dalam perut tu,hang nak seksa dia ka?",Suhaila cuba memujukku.Aku memegang perutku.Ya,aku masih ada seseorang untuk dijaga.Nyawaku,jiwaku dan cintaku yang akan membesar dalam perutku ini.

"Demi anak hang,kakak.Keluarlah..",sekali lagi suara Suhaila kedengaran.

Akhirnya pintu dibuka.Mak terus memelukku sambil mengusap air mata di pipiku.

"Lisa mandi lepas tu makan ya?",mak juga turut menangis saat itu.Aku hanya mengangguk.Aku memandang sepi telefon bimbit yang tidak berbunyi sedari tadi sebelum melangkah keluar dari bilik untuk menyegarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience