Bab 45

Drama Series 2016

Bab 45~

"Abang nak balik! Abang takut nanti jalan tutup.Abang nak tidur kat kampung.Tolonglah faham sayang!", Rayyan Fahmi bagaikan hilang akal selepas ditahan oleh mak aku.Mak tidak membenarkan Rayyan balik kerana tahu bila-bila masa sahaja aku akan melahirkan anak.Memandangkan sekarang kandunganku sudah berusia 37 minggu.

"Tapi abang,kan doktor dah cakap anytime Sayang boleh beranak! Sayang takut kalau Sayang sakit tapi abang tak dak dengan Sayang.",aku mula menitis air mata tanpa sedar .

Ya Allah,aku berharap sangat agar suamiku berada denganku di saat aku sangat memerlukannya.Rayyan Fahmi kelihatan masih termenung,namun wajahnya sangat sugul.Kini,giliran mak pula cuba memujuknya.Perlahan-lahan mak melangkah masik ke bilik dan mendekatinya.

"Rayyan,Lisa tu dah ada tanda-tanda nak bersalin.Mak risau kalau tiba-tiba masa Rayyan dah balik,Lisa nak beranak.Sapa nak teman Lisa?Mak tak boleh nak teman sebab kena jaga bapak tak sihat.Mak yakin,tak lama dah Lisa nak bersalin tu.Mak doa supaya esok dia bersalin.",ucapan mak terus membuatkan degupan jantungku semakin laju.

"Abang,duduk lah eh?Temankan Lisa..Lepas ni entah bila pulak abang boleh balik dengan halangan rentas negeri ni.",aku pula cuba memujuknya.Akhirnya ,dia akur bersetuju.Hatiku berasa lega.

Malam itu,aku tidur dalam keadaan yang agak gelisah.Rasa sakit diseluk oleh doktor pagi tadi makin terasa.Doktor ada memberitahuku bahawa bukaan sudah 1 cm.Tapi,sekarang aku merasakan seperti lebih dari itu.Perutku sekejap mengeras,sekejapnya okey.

"Abang!", aku menjerit kesakitan pada malam itu.Suasana gelap yang samar-samar itu membuatkan aku rasa tidak senang.

"Abang,bangun!" ,sekali lagi aku menggoncang tubuhnya yang masih tidur lena.

"Kenapa?Ada apa?",nadanya seakan marah kerana mengganggu dia tidur.

"Bukak lampu sat! Sayang rasa lain macam.",aku meminta pertolongannya sambil memegang perutku yang sangat mengeras ketika itu.

Saat lampu terbuka,aku melihat darah yang bertompok di atas katil.Saat itu,Rayyan Fahmi membuka matanya seluas luasnya.

"Sayang!" ,dia bagaikan terkejut.

"Panggil mak cepat.Sakit !" , aku bagaikan sudah tidak mampu menahan.

Dalam keadaan yang kelam kabut itu,aku menyarung baju jubah dan sempat meneguk segelas milo panas.Sebelum melangkah pergi ke hospital,aku bersalaman dengan ahli keluargaku dan memohon kemaafan sebelum melahirkan.

"Hati-hati bawak kereta Rayyan.Doa banyak-banyak.Bapak doa semuanya selamat.", bapak sekali lalu mengingatkan Rayyan.Dia hanya mengangguk dan kami terus berlalu pergi.

Dalam perjalanan menuju ke hospital,Rayyan tidak sekalipun melepaskan tangannya dariku.Dia menggenggam erat jari jemariku.

"Abang,sayang minta maaf kalau sayang ada dosa dengan abang.Maafkan sayang,doakan sayang mudah urusan melahirkan anak kita.",aku mengucup tangannya berulang kali.

"Abang dah lama maafkan sayang.Abang doakan keselamatan sayang dan anak.InshaAllah".

Dalam masa 30 minit,Rayyan sampai di bahagian pintu kecemasan.Aku terus di tolak dengan kerusi roda ke bilik menunggu.

Sementara aku di dalam bilik itu ,melakukan swab test ,Rayyan Fahmi di Kaunter Pendaftaran untuk mendaftarkan aku.

Kemudian,aku terus ditolak ke wad biasa dahulu untuk menyalin baju.Rayyan Fahmi masih lagi mengurus pendaftaran ku.

"Okey,Miss Lisa.Sekarang saya nak drip ubat dan air ya.Tahan sedikit ya..", Misi cina yang ada di kiri dan kanan ku terus menyucuk lenganku serentak.Aku hanya menahan kesakitan itu.Perutku makin terasa bagai ingin meletup.

Aku meronta kesakitan di atas katil itu.Setelah mereka menyucuk ubat,aku bagaikan lali seketika.Aku merasa seolah olah aku sedang ditolak ke dalam sebuah bilik yang gelap.Saat aku sedang menutup mata,aku mendengar suara yang sangat aku kenal menghampiri ku.

"Sayang.."

Aku perlahan-lahan membuka mata.Aku sudah berada di dalam bilik bersalin.Ya,bila-bila masa sahaja aku akan bersalin.Ya Allah permudahkanlah urusanku.Rayyan mengusap kepalaku sambil membaca doa.Dia tak henti-henti memberikan aku semangat.Kemudian,aku kembali terlena.

Tiba-tiba,aku merasakan seolah olah ada yang menolak perutku dengan begitu kuat.Mataku terus terbuka luas.

"Abang !" ,aku menjerit kesakitan saat itu.Aku bagai orang tidak terurus saat itu.Sakit yang aku rasakan bagai hampir hilang separuh nyawaku.

"Ya Allah,Kau selamatkanlah anakku dan aku.Mudahkanlah urusanku." , mulutku tak henti-henti membaca doa Nabi Yunus yang diajar dari awal oleh mak.

"Sayang,abang ada dengan Sayang.InshaAllah sayang,semua akan selamat", Rayyan yang berada di hujung kepalaku tak henti-henti memberiku semangat.

Dalam masa 10 minit,aku mendengar suara tangisan bayi.Hanya untuk seketika.Aku mengucapkan syukur di dalam hati.Kemudian,aku kembali pengsan sebelum sempat melihat wajah anakku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience