Bab 43

Drama Series 2016

Bab 43~

Hari yang paling berat bagiku telah tiba.Hari ni,aku akan tinggal di Penang bersama keluargaku seperti yang dijanjikan.

"Sayang duduk sat nah.Sini lebih selamat.Ramai boleh tengokkan sayang.Abang janji nanti setiap hujung minggu abang mai tengok sayang okey?",Rayyan Fahmi mengusap rambutku sambil mengesat air mataku yang tidak berhenti mengalir sedari pagi tadi.

"Abang..",dalam sedu sedan aku memanggil namanya.Menarik tangannya untuk duduk sebentar di sisiku.

"Awat sayang..?",Rayyan mengusap kepalaku.

"Jangan tinggalkan sayang..Sayang tak mampu buat semua ni sorang-sorang tanpa abang.",aku menangis semahu mahunya di sisi Rayyan.Sekali lagi ,peristiwa yang sama berulang lagi hari ini.

"Kuatkan semangat sayang.Abang bukannya tinggalkan sayang lama-lama.Nanti abang balik sini tengok sayang.Jangan sedih sangat,tak elok untuk baby kita.Nanti dia pun ikut sedih.",Rayyan mengusap perutku sambil memeluk bahuku.

"Sapa nak teman sayang pi check up nanti?Sayang tak mau pi hospital.",aku memberontak saat itu.Rayyan Fahmi cuba untuk mengawal diriku.

"Jum,kita rehat sat ya sayang?Tidur dulu,abang temankan.",Rayyan baring di sebelah ku sambil menepuk badanku seperti anak kecil.Layanannya membuatkan aku sedikit berasa lega.Dia memandang tepat ke arah anak mataku dan mencium dahiku.Bibirnya melafazkan ucapan 'I Love You' tanpa suara.Aku membalasnya dengan senyuman.Air mata masih lagi mengalir hangat di pipi.Aku mulai terlena tanpa sedar,dan saat aku membuka mata,tubuh Rayyan Fahmi sudah tiada di hadapanku.

Aku bangun mencari beg galasnya,juga sudah tiada.Aku keluar dari bilik untuk mencari sosok tubuhnya,juga tiada.Aku kembali duduk di atas katil sambil terus menangis.Aku sudah tidak mampu lagi mengawal perasaanku.Jiwa yang meronta membuatkan aku seakan separuh hilang akal.Dan aku mula terngiang-ngiang akan janjinya.

'Sayang duduk sini kejap.Nanti abang datang ambil sayang balik.Kita duduk sekali ya?'

Selepas aku mandi petang,aku menjamah nasi ayam bersama air milo ais di ruang tamu.Mak dan bapak yang masih lagi tidur,hanya tinggal Dzulqarnain dan Maryam yang masih bermain bersama-sama antara mereka berdua.Maryam mendekatiku sambil memandangku.

"Angah tak ikut Pak Ngah balik ke?",Maryam bertanya kepadaku sambil tangannya memegang kereta mainan.

"Tak,sayang.Angah duduk sini kejap.Nanti,Pak Ngah datang ambik Angah balik sekali.",aku sekadar berbual dengan anak buahku yang baru berusia 3 tahun itu,tetapi petah berbicara.

"Dalam perut Angah ada baby ke?",dia bertanya kepadaku sambil memegang perutku.Aku menarik tangannya untuk merasa gerakan kecil dalam perutku ini.

"Maryam rasa baby gerak lah",dia segera menarik tangannya sambil ketawa.Kemudian,dia terus berlari ke arah abangnya dan memberitahu Dzulqarnain.

Dzulqarnain yang juga teruja menyentuh perutku sambil kedua mereka ketawa riang.

"Bila baby Angah nak keluar?Nanti abang boleh main tak dengan baby Angah?",Dzulqarnain yang sekarang sudah 5 tahun itu menunjukkan reaksi yang sama seperti adiknya.

"Nanti,baby dah keluar boleh lah main sama-sama.",aku tersenyum melihat mereka berdua yang teruja.

"Abang nanti boleh kahwin dengan baby Angah tak?",soalan anak kecil itu membuatkan mataku membulat.Ya Allah,masih kecil tapi sudah pandai berbicara tentang kahwin.

"Amboi.Kecik-kecik dah pandai eh?Angah pun tak tau lagi baby ni lelaki ke perempuan.Nantilah,tunggu dulu okey?",aku ketawa melihat gelagat mereka yang berbicara sesama sendiri.Kemudian,mereka berdua terus berlari kembali ke bilik untuk sambung bermain.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sedar tak sedar,sudah masuk 6 bulan usia kandunganku.Perutku yang sudahpun kelihatan tidak dapat disembunyikan.Baju-baju yang ada sudah mula tidak muat.Jadi,aku memesan online beberapa helai baju dress mengandung untuk dibuat salin.

Minggu depan,adalah hari untuk 'check up' baby.Jadi,minggu depan rayyan akan balik.Hatiku yang sangat merinduinya mula berkobar-kobar setiap kali dia hendak pulang.Walaupun sebelum ini,setiap minggu Rayyan tetap pulang menjengukku.Tapi,kali ini perasaan ku lebih teruja kerana check up kali ini akan menentukan jantina anak kami.

"Abang,nanti kan kalau dah tau baby apa,sayang nak letak nama.Sayang dah ada pilihan nama",aku memberikan pendapat semasa dalam telefon tempoh hari.

Namun,Rayyan langsung tidak memberikan sebarang reaksi.Dia hanya mendiamkan diri.Aku hanya terus menyebut nama-nama pilihan yang sudahku pilih.

"Tak boleh ke kalau tak ada Nur di depan nama?Wajib ke nama 'Nur' tu?",Rayyan mengeluh.Dia menunjukkan reaksi tidak berpuas hati.

"Kan family sayang semuanya mula dengan Nur..Abang ada cadangan lain ke?",aku menyoalnya kembali.

"Hmm,abang dah ada cadangan nama tu.Nantilah bagitahu.Lepas dah tahu jantina,baru kita fikirkan.Jum lah tidur.Abang dah mengantuk ni.",Rayyan seraya mengucapkan selamat malam sebelum dia mematikan panggilan.

Jawapan Rayyan serba sedikit membuatkan hatiku terkilan.Mungkin saja alahan mengandung membuatkan aku cepat terasa.Namun,aku mengabaikannya demi kesihatan diri .

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Aku mula membelek barangan bayi di dalam talian secara online.Beberapa helai baju bayi yang berwarna putih dipilih.Sesuai untuk bayi lelaki ataupun perempuan.Aku tidak kisah jika dikurniakan bayi lelaki atau perempuan,janji anak itu membesar dengan sihat.

Masuk pesanan ringkas dari Rayyan Fahmi.Ya,malam ini Rayyan Fahmi akan balik.Aku yang begitu teruja mula berasa ingin membuat kek coklat kegemarannya.Aku yang bertungkus lumus di dapur membuat sebuah kek coklat special untuk suami tercinta.Bau kek dari dalam oven menarik selera orang yang ada di dalam rumah.

"Wah,Kak Lisa buat kek lah.Sedapnya,nak rasa nanti.",Suhaila yang menghampiriku menunggu di hadapan oven menanti kek itu dibakar.

"Eh,hello.Ni untuk Abang Rayyan okey,tak boleh makan.",aku melayangkan jariku kepada Suhaila menandakan dia tidak boleh memiliki kek itu.

"Abang Rayyan nak balik ke malam ni?Patutlah beria-ia masak kek bagai.Hmm,tak pe lah.Makan jelah kat Abang Rayyan tu,tak kisah pun",Suhaila mula merajuk sambil berlalu ke ruang tamu,tapi dia sempat menjeling ke arahku.Aku terus ketawa.

"Alah!Alah! Nanti lah,tunggu Abang Rayyan rasmi dulu.Nanti,kita makan lah sekali.",aku memujuk Suhaila.Dia hanya mencebikkan bibirnya.

"Eh,Kak Lisa dah 6 bulan kan?Dah boleh tahu jantina lah ni?",tiba-tiba Suhaila beralih kepadaku.Aku mengangguk.

"Ha,apa dia?Girl ke boy?",terlihat keterujaan di matanya.Aku ketawa sekali lagi melihatnya.

"Mana lah aku tahu lagi.Esok baru nak pergi check up.Tu yang Abang Rayyan balik malam ni.",aku membalas sambil kembali untuk memeriksa keadaan kek di dalam oven panas itu.

"Kalau girl,boleh lah jadi kawan aku.Tapi,kalau boy hmm sorrylah.Aku tak nak kawan dengan dia.Sebab dia mesti nanti gaduh dengan aku.",Suhaila terus mengomel seorang diri.

Aku ketawa mendengar alasan adikku itu.

"Lepas ni,boleh lah ocu jaga anak kita pulak.Anak kita tak buas.",aku mengusap perutku yang besar itu.Tiba-tiba,ada gerakan kecil dari dalam perut.

"Ha,tengok.Anak aku bagi reaksi.Dia tendang perut ni.Tandanya dia setuju lah tu.",aku ketawa lagi.

"Assalamualaikum", suara Rayyan kedengaran di muka pintu.Aku terus meluru mendapatkan Rayyan dan bersalaman dengannya.

"Nasib kek dah siap,tunggu kejap nak deco sikit lepas tu kita makan ramai-ramai.",aku kembali ke dapur untuk menghias kek coklat yang masih lagi panas.

"Kak Lisa tu kedekut tau,abang Rayyan.Nak minta rasa sikit pun tak boleh,suruh tunggu Abang Rayyan rasmilah kononnya.",Suhaila mengadu kepada abang iparnya yang baru sampai itu.

"Tak pa,nanti kita makan sekali.Kita makan berdua je.",Rayyan sengaja mengusik sambil memandangku.Aku membulat kan mata sambil memandangnya.Dia hanya mengabaikan aku dan bersalaman dengan mak bapak pula.

Selesai makan malam ,masing-masing terus masuk tidur.Rayyan yang memang letih dari awal sampai tadi,terus baring di atas katil.

"Esok nak check gender.Abang rasa baby apa?",aku sekadar berbual dengannya sebelum masuk tidur.

"Hmm,baby sayang.",jawab Rayyan acuh tak acuh.Aku terus memukul badannya perlahan.

"Ish,abang ni.Orang tanya betul-betul tau.",sengaja aku memalingkan tubuh tanda merajuk.
Dalam kelam malam,dia memelukku dari belakang dengan erat.Aku bagai terikat dengan lengannya yang sasa itu,tidak mampu bergerak.Saat itu,satu bisikan hinggap di telingaku.

'Abang rindu sayang dan baby',ucap Rayyan Fahmi sambil mengucupku bertalu-talu.Dia mula memberi salam sebelum membuat aku terus hanyut dalam pelukannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience