Bab 5

Drama Series 2016

Bab 5 ~

Bunyi bising jam gerak yang berulang kali bunyi itu mengganggu telingaku.Gara-gara melayan K Drama semalam sampai ke pagi,membuatkan aku terlambat bangun hari ini.Melihat jam yang tertera pukul 8.15 minit pagi ,aku terus kelam kabut terjun dari katil dan mandi secepat yang mungkin.Aku marah pada diri sendiri.Salah ku menonton drama korea yang berjudul 'While You Sleeping' lakonan Lee Jung Suk itu sehingga aku terlewat bangun pagi ini.Sepantas kilat aku menyarung baju T Shirt dan seluar slack yang sedia tergantung belakang pintu dan tudung bawal yang sudah siap diseterika semalam.Aku mencapai kunci kereta dan keluar dari rumah terburu-buru.

"Mak,hari ni Lisa makan kat ofis je.Lambat dah ni." , seruku sambil menyua tangan untuk salam mak dan terus menyarung kasut sepatu hitamku di luar rumah.Belum sempat mak berkata apa-apa,aku sudah pun berlari keanak-anakkan ke arah lif.Aku melangkah laju selaju yang boleh kerana aku cuma punya masa lagi 20 minit sahaja untuk masuk kerja.Dan jarak antara rumahku dengan pejabat adalah dalam 30 minit sekiranya jalan tidak sibuk.Tetapi,seandainya aku terperangkap dalam kesesakan jalan raya waktu pagi,terpaksalah aku menghantar pesanan ringkas kepada bos untuk memaklumkan kepadanya sebelum dia menelefon aku.

Aku tidak dapat memotong kereta di hadapanku kerana terlalu banyak kereta yang berpusu-pusu ke arah yang sama.Lorong Lebuh King yang dipenuhi kenderaan besar dan motosikal membuatkan aku tidak dapat mengelak lagi dari kesesakan ini.Jam di pergelangan tangan sudah pun menunjukkan pukul 8.45 pagi.Bermakna aku cuma punya masa lagi 15 minit sebelum waktu masuk kerja.

Kereta di hadapanku bergerak begitu perlahan.Lenguh kakiku yang sekejap-sekejap menekan brek dan kadang-kadang aku terpaksa menukar gear 'D' kepada gear 'N'.

'Menyesal bangun lambat hari ni', keluhku berseorangan.

Hari Isnin memang merupakan hari yang sangat sibuk dan jalanraya semestinya akan sesak . Aku sesekali memerhati telefon bimbitku takut jika bos membalas whatsappku.

Tepat jam 9.10 minit pagi,aku telah pun tiba di tempat parking yang berdekatan dengan bangunan pejabat yang aku sedang bertugas.

''Dah lewat 10 minit ni.Aduh ! ", aku terus berlari keanak-anakan menuju ke pintu masuk kedai motosikal yang terkenal di Pulau Pinang itu.Tetapi,aku bukan bekerja di syarikat motosikal itu,aku bekerja di tingkat 2,bahagian atas di bawah pengurus yang sama.Ismail Bin Daud namanya.Dia memiliki beberapa buah company kebersihan serta mengurus syarikat penjualan motosikal itu.Walaupun bos aku sangat baik,tetapi aku tetap tidak boleh mengambil kesempatan terhadap kebaikannya.Aku masih perlu menjaga kerjaku dengan baik dan amanah.Aku menolak pintu pejabat.Terlihat Nazurah yang sibuk dengan kerjanya,tidak sedar akan kehadiranku.Aku masuk perlahan-lahan dan lantas mengejutkan Nazurah.Dia terus istigfar sambil mengusap dadanya.

"Hang la Lisa,kalau tak buat macam ni kat aku memang tak sah lah!",Nazurah memandangku dengan pandangan yang agak kurang berpuas hati,namun jauh dari sudut hatiku,aku sudah masak dengan bebelannya.Aku ketawa sambil membuka suis komputerku.

"Amacam dengan data pekerja baru yang semalam Mamu bagi tu? Dah daftarkan dalam sistem ke semuanya? " , aku menyoal sambil membelek dokumen yang sudah aku susunkan sejak minggu lepas lagi.Setiap awal bulan,sememangnya kami akan menjadi lebih sibuk dari pertengahan bulan.Tapi,kami tetap enjoy dengan kerja kami walaupun cuma 2 orang pekerja yang ada di dalam bilik pejabat yang luas itu.

"Ada lagi 20 orang nak kena key in.Lenguh jari jemari aku ni dari tadi menekan keyboard.", Nazurah menunjukkan jari jemarinya yang sedikit kemerahan gara-gara mengetik keyboard itu lama-lama .

"Alah,biasa lah tu.Nama pun kerja ofis.Mana ada kerja yang tak menggunakan komputer dalam ofis ni.", selamba aku menjawab sambil membuka folder yang sedia tersusun di dalam skrin komputer. Nazurah hanya menjeling.Aku ketawa kecil.

Seperti biasa kami terus dihanyut dengan kerja rasmi,sehingga melihat jam dinding yang berdetik sudah menghampiri pukul 1 petang.Tiba-tiba,perutku bernyanyi begitu menggila sehingga sesekali aku menekan perutku.Nazurah yang perasan akan reaksiku lantas mendekatiku.

"Kenapa dengan hang? Macam sakit je?", Nazurah berdiri di tepi meja.

"Aku tak sempat makan pagi tadi.Gara-gara K Drama,aku sampaikan bangun lewat.",aku menjawab.

Nazurah mula menyinsing lengan bajunya.Sudah dapat mengagak apa yang akan terjadi selepas ini.Terpaksalah aku menadah telingaku.

"Orang dah tahu esok tu nak kena bangun awal,kerja sepatutnya tidurlah awal.Baru lah sempat nak menjamah makanan,nak bersiap elok-elok.Apa faedahnya melayan drama tu sampai 2 ke 3 pagi? ", Nazurah membebel seorang diri sambil berjalan kembali ke tempat duduknya yang berada di belakangku.

Melihat dia memegang dompet dan telefon bimbitnya,dan terus menghampiriku kembali.

"Dah,jum.tinggalkan semua ni dulu.Dah waktu rehat.Jumlah makan dulu.", Nazurah berjalan menunggu di hadapan pintu bilik.

Aku membawa dompet bersama telefon bimbit juga dan kami terus menuruni anak tangga untuk menuju ke bawah.Belum sempat keluar dari pintu belakang itu,aku terdengar satu suara yang memanggil.

"Oit,Lisa! Nazurah! Nak pi mana tu?", suara Asrul kedengaran lantang dari bengkel motor.

"Beli makan lah,dah waktu rehat.Nak pi mana lagi?", Nazurah membalas sambil berjalan tanpa menoleh ke arah Asrul.

Memang menjadi tabiat Asrul yang suka mengusik Nazurah.Nazurah pulak suka mencari pasal dengan lelaki itu.Nasib saja Asrul tu dah kahwin,kalau tidak barangkali berjodohlah mereka.

Kami terus berjalan melalui jalan belakang menuju ke gerai Nasi Dalca yang tidak jauh dari pejabat.Hanya dalam beberapa langkah sahaja.Tidak begitu ramai orang lagi yang datang,kami cepat-cepat mencari tempat duduk yang kosong dan memesan 2 pinggan Nasi Dalca Ayam. Sambil mengunyah nasi di dalam mulut,aku memulakan bicaraku.

"Ada yang nak kenal dengan aku jugak ni."

Nazurah bagaikan terkejut.Dia tahu serba serbi tentangku kerana kami banyak menghabiskan masa berdua setiap minggu kecuali hari Sabtu dan Ahad.

"Siapa dia tu? Hensem tak? " , soalan pertama yang terpacul dari mulut Nazurah membuatkan aku ketawa sekejap.

"Itu je kan point hang.Mesti nak tengok rupa.Kalau tak hensem reject lah? " , aku sambung ketawa lagi,meski pun sedar mamak Nasi Dalca yang tidak jauh dari kami sedang memerhati kami berdua.Nazurah pula menyambung.

"Yelah,tapi apapun mestilah kena selidik dulu latar belakang dia.Macam yang hang cakap kat aku lah kan?", kini giliran Nazurah pula memberi nasihat kepadaku.

Aku mengangguk setuju.Pastinya aku harus berhati-hati walaupun luarannya nampak baik dan biasa-biasa saja.

"Bagi aku,boleh tahan lah.Memang taste aku",aku menjawab sambil ketawa . Nazurah mencebik.Cemburu lah tu!

Setelah selesai makan tengah hari,seperti biasa kami akan melaksanakan solat Zohor sebelum meneruskan kerja pada sesi petang.

Ting!

Bunyi whatsapp masuk membuatkan aku terhenti seketika dari terus leka menaip kertas kerja.Aku memandang ke arah skrin.Mataku bagaikan bersinar,senyuman lebar terukir setelah melihat nama yang menghantar whatsapp itu.

'Dah makan ke?', soalan yang simple tapi mampu mencairkan hati wanita.

Aku membalas whatsapp nya sambil membereskan kerjaku.

'Rayyan,kejap lagi kita sambung ye.Yuni nak settlekan kerja dulu.Take care' , aku membalas sebelum terus fokus untuk menyiapkan kerja ku.

Tepat jam 5.30 petang,aku mengemas mejaku yang berantakan dengan kertas kerja.Aku menyusun semula setiap kertas itu mengikut fail yang tersedia.Aku dan Nazurah menutup suis lampu dan air cond sebelum mengunci pintu bilik itu.Kami berjalan bersama menuju ke bawah dan masing-masing terus pulang ke rumah.

Aku masih bersandar di dalam kereta,sambil mengenakan penghawa dingin .Memejamkan mata seketika sebelum memulakan perjalanan pulang . Dalam masa 10 minit aku hampir terlelap,aku dikejutkan dengan bunyi telefon.Aku segera menjawabnya.

"Hello.." ,aku memulakan dahulu perbualan itu.

"Hello,Lisa.Tengah drive nak balik dah ke? Mak nak minta tolong belikan sedikit barang dapur ni.Dah alang-alang on the way balik",mak yang berada di hujung talian itu.Aku menggosok-gosok mataku sambil berbual di telefon.

"Ya,tak pelah.Nanti mak hantar je kat whatsapp.Lisa pun baru nak gerak balik.Terlelap tadi,letih sangat.", aku menjawab sambil membetulkan kedudukanku di kerusi pemandu.Selepas 5 minit berbual,aku mematikan panggilan.Aku melihat beberapa mesej yang masuk dari nama 'Rayyan Fahmi'.Tetapi,aku tidak sempat untuk membalasnya lagi kerana harus mengejar waktu.

Jam di dashboard menunjukkan pukul 6.45 petang.Aku selamat tiba di perkarangan rumah.Aku terus parkir di tempat yang kosong dan mengunci kereta sebelum naik ke atas rumah.

"Assalamualaikum", aku menyeru sebelum memulas tombol pintu rumah.Aku masuk ke dalam rumah dan terus meletakkan barang yang dibeli tadi di Kedai Runcit Pak Samad di atas meja makan.

"Nah,ni semua barang yang mak nak.", aku memberitahu ibuku. Kemudian ,aku terus masuk ke dalam bilik menyalin pakaian ,dan keluar semula untuk mandi petang.Nasib tadi petang aku sempat menunaikan solat Asar terlebih dahulu di pejabat sebelum pulang ke rumah.Jadi,aku mampu untuk mandi dengan tenang.

Habis mandi,aku menyapu ruang tamu yang sedikit berantakan dengan barang mainan yang bersepah.Aku mengutip dan menyimpannya semula ke dalam kotak.Dzulqarnain tampaknya lena keletihan di dalam buaian.Aku membuka suis penghawa dingin lalu duduk berehat di kerusi meja makan.Sambil menghirup air milo ais yang sudah pun dibancuh oleh mak tadi petang,aku membuka pesanan mesej yang dihantar oleh Rayyan Fahmi.

"Awak tengah buat apa tu?Saya ganggu ke?" , aku tersenyum sendirian tanpa disedari.Rupanya ada yang memerhatiku dari jauh melihat aku yang tersenyum sengih seorang diri.

"Amboi,mesej dengan siapa tersenyum macam tu?",Kak Syahirah bertanya sambil menghampiriku membawa sepinggan mee goreng yang baru digorengnya tadi.Kakak sulungku itu memang suka mengambil tahu tentang adik-adiknya walaupun kadang kala aku berasa sedikit rimas dengan caranya itu.Tetapi,jauh dari sudut hatinya,dia cuma sekadar bertanya kerana ingin bersama berkongsi perkembanganku.

"Ish,sibuk lah kak long ni.Biarlah nak mesej siapa pun.Bukan urusan Kak Long pun.", aku sengaja membalasnya secara kasar.Sengaja menyakat kerana aku tahu sikapnya yang sensitif itu akan membuat dia mengadu kepada mak.

Aku menjerit kuat tanpa disengaja.

"WHAT??"

Terkejut dengan pesanan mesej yang baru saja diterima olehku sekarang ini.Aku menggosok mata berkali-kali seakan tidak mempercayai dengan apa yang aku baca.

'Saya cuma nak mencari seseorang untuk dijadikan isteri sekarang ini.Kalau boleh ,hujung tahun ini jugak saya nak kahwin.", beritahu Rayyan Fahmi dalam mesejnya.

Aku bagaikan terkedu.Masakan aku boleh sesenang itu untuk menerima lamarannya yang secara tiba-tiba itu.Gila apa lelaki ini! Terdesak kah dia sampaikan nak kahwin secepat ini.

'Maaf,sekurangnya bagi masa pada saya untuk mengenali diri awak.Saya tak kenal awak pun.Baru sehari kita kenal,awak dah berani ajak saya untuk berkahwin dengan awak.Awak tak takut ke,kalau saya scam awak ke? ", aku cuba menarik tali.

"Tak apa,saya yakin dengan jodoh Allah.Hati saya memang terpaut dengan awak dari hari pertama kenal lagi", ujar Rayyan Fahmi.

Biar betul lelaki ini ! Tidak kah dia berasa pelik seperti yang aku rasa.Aku tidak pernah mengenalinya bahkan tidak tahu asal usulnya.Bagaimana untuk aku menerima lamarannya itu?

"Beri kita sedikit ruang untuk berkenalan.InshaAllah,selebihnya kita serah pada Allah,ya?",aku masih cuba bertenang.

Aku bersandar di kerusi kayu jati itu.Aku memikirkan tentang hasrat lelaki itu.Apakah dia benar-benar ingin mengenaliku atau sama saja dengan lelaki-lelaki lain yang sebelum ini hanya sekadar ingin berkawan sebagai teman? Bukannya aku ingin menolak jodoh,tapi memikirkan seandainya dia itu benar-benar jodoh bagaimana? Ahh! Aku sudah tidak keruan jadinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience