Bab 16 ~
Aku curi-curi mendengar perbualan antara mak dan mak Rayyan,yakni bakal mertuaku tak lama lagi.
"Tak pa lah,kak.Nak buat macam mana.Bukan kehendak kita.Ini semua takdir Tuhan.Kita berserah aja lah,nanti bila ada berita yang gembira,barulah kita fikir-fikirkan semula tarikh yang sesuai.", mak bercakap dengan nada yang lemah lembut.
Selepas meletakkan panggilan itu,aku terus mendekati mak.Wajah mak yang cuba tersenyum itu aku mengerti,dia menyembunyikan 1000 rasa di sebalik senyumannya itu.Rasa sedih dan kecewa itu sudah pasti.Tapi,takdir Tuhan itu tetap lebih indah.
Aku bersandar di sebelah mak.Mengusap tubuhnya yang jauh termenung seketika selepas panggilan tadi.
"Mak tak harapkan menantu yang kaya.Cukup baik dan beriman serta mampu jaga Lisa dengan baik macam mana kami jaga selama ini.", mak memegang tanganku sambil menggenggam erat.Kata-katanya penuh makna tersirat.Aku mengangguk.Kemudian,mak menyambung kembali.
"Banyakkan berdoa,solat hajat dan istikharah minta petunjuk.Walau sekuat mana pun rasa kasih kita pada seseorang,mestilah kena ada Allah di antaranya.Faham?", mak menasihatiku ringkas dan jelas.
Kemudian,mak terus bangun dan berlalu.Aku masih diam di situ.Entah kenapa perasaan berdebar itu kembali lagi.Betul kah dengan keputusan yang aku sedang lakukan ini?Benar kah aku memilihnya sebagai pendampingku sepanjang hayat nanti?
Tiba-tiba aku teringatkan lelaki pilot yang pernah bertakhta di hatiku sebelum ini.Apakah aku kini sudah benar-benar melupakannya?Semudah itu kami melepaskan janji antara satu sama lain walau hakikatnya apa yang diimpikan itu tak akan pernah terjadi antara kami.Kerana itulah,aku tekad untuk lebih memilih Rayyan Fahmi.Tapi,dia juga sendiri yang menyatakan jika aku sudah menemui seseorang,dia rela melepaskan aku.
'Andai suatu hari,adik bertemu dengan lelaki yang betul-betul sayangkan adik,jadi pada saat itu akan tamatlah hubungan kita.Abang tak nak jadi penyebab apa-apa nanti.'-Hazrie
Itulah ayat yang pernah dibicarakan.Dan,sekarang aku harus memberi sepenuhnya tumpuan dan perasaan pada orang betul-betul berada di hadapan mataku dan ikhlas menerimaku.
Petang itu,aku hanya melakukan aktiviti PKP pertama kami di rumah.Aku mengeluarkan oven yang sekian lama tersimpan,berhabuk di atas lantai.Aku mengelapnya dan membasuh segala peralatannya.Dzulqarnain menghampiriku sambil tercengang melihat aku membersihkan oven hitam itu.
"Angah buat apa ni?",panggilan Mak Ngah yang sepatutnya dipanggil telah bertukar menjadi Angah kerana pelatnya semenjak kecil.Malah melekat panggilan itu hingga kini.
"Angah tengah lap-lap oven ini untuk buat kek,buat kuih sama-sama.Abang nak tolong tak?",aku bertanya kepada anak buah terunaku yang seorang itu.Kerana dia anak buah yang paling sulung,jadi kami lebih semang menggelarnya 'abang' supaya nanti adik-adiknya yang lain lebih hormat padanya nanti bila besar.
"Nak tolong jugak.Abang nak buat kuih dinosour boleh?", dia bertanya sambil membelek alatan 'baking' itu.
Aku ketawa geli hati mendengarnya.Pastinya,budak-budak lelaki,memang itulah aje yang boleh difikirkannya.
"Mestilah boleh.Nak buat robot boleh tau?",aku lebih meyakinkannya.
Selesai membasuh segala perkakas,aku mencari resipi kuih paling mudah.Ya ! Biskut Susu . Cuma gunakan 3 bahan sahaja.Mentega,susu pekat dan tepung jagung.Semuanya lengkap ada.Tinggal untuk buat sahaja.
Sambil membaca resepi dan menyediakan bahan-bahan.Dzulqarnain begitu teruja mencuba untuk membuat kuih 'dinosour' nya itu. Entah pelbagai corak yang terjadi,aku hanya melayan sahaja kehendak anak buahku itu . Setelah siap penuh 1 tray kuih yang pelbagai bentuk itu,aku terus masukkan ke dalam oven yang sudah dipanaskan.
"Okay,kita tunggu selama 45 minit.Nanti dah siap ,dia bunyi 'ting' baru boleh bukak okay?",aku mengajak Dzulqarnain untuk mengemas dahulu tepung yang bersepah dan berterabur di lantai.
Sementara menunggu,aku bangun membersihkan diri sebelum jam menginjak pukul 6 petang.Habis comot sana sini gara-gara Dzulqarnain membaling sedikit tepung ke arahku tadi.Kemudian,aku menunaikan solat Asar terlebih dahulu sebelum melihat kuih yang dibakar tadi sudah siap.
"Yay! Dah siap pun kuih pertama kita.",aku mengeluarkan kuih itu apabila sudah mula sejuk.Perlahan-lahan,aku mengubah satu per satu kuih ke dalam bekas kosong kecil.
"Wah! Kuih dinosour abang lah ! Sedapnya.Boleh makan ke angah?", Dzulqarnain nampak begitu teruja melihat hasil tangannya sendiri.
"Eh,mestilah boleh.Kuih yang abang buat kan? Apa pulak tak boleh..",aku mengusiknya sambil menggigit sedikit kuih 'dinosour'nya itu.Terus dia menangis,dan mengadu kepada mak nya.Aku hanya ketawa.
"Lisa ! Telefon bunyi ni !", suara lantang kakak kedengaran dari dalam bilik.
"Siapa yang call?", aku menjerit bertanya semula.
"My Love kononnya",terus dia ketawa. Aduh, malu lah macam ni. Sekali kakak dapat tahu,habislah sampai ke esok hari nanti kena perli !
Share this novel