Bab 38

Drama Series 2016

Bab 38~

Awal pagi subuh itu,kami berdua solat berjemaah di tengah ruang.Selesai memberi salam,Rayyan menadah tangan sambil membaca doa.Aku yang berada di belakangnya turut menadah tangan untuk mengaminkannya.

Selepas solat bersama,Rayyan bersiap-siap memakai baju kemeja kuningnya serta seluar slack hitam.
Hari ini,dia tampak begitu bersemangat dan asyik tersenyum sepanjang pagi itu.

"Hai,asyik senyum tak habis-habis ni.Seronok sangat ke?",aku sengaja mengusiknya yang sudahpun memakai kasut hitamnya itu.

"Mestilah seronok.Selama kerja kat sini,ini baru kali pertama orang hantar pergi kerja tau?",Rayyan mencuit hidungku.Aku hanya ketawa.

"Kesiannya dia,selama ni pergi kerja tak berteman ye?Tak pe,lepas ni tak payah risau dah,InshaAllah sayang akan ada di muka pintu setiap kali abang pergi dan balik kerja.Aku terus menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya.Kemudian,dia mengucup dahiku seperti biasa setiap kali bersalaman.

Setelah Rayyan menghilang dari pandangan,aku mengunci pintu dan hanya duduk di dalam rumah sehingga waktu tengah hari.Sebab,Rayyan sudahpun berpesan agar jangan buka pintu sembarangan.

"Ingat sayang,sini kawasan bahaya.Sunyi pulak.Jangan bukak pintu sangat sampai abang balik.Kalau bosan,tonton je TV tu,okey?"

Awal jam 9 pagi,aku hanya membuka tingkap sedikit agar ada udara yang masuk dalam ruangan rumah.Sesekali aku menghendap ke luar rumah.Sunyi dan sepi.Tiada jalan raya mahupun bangunan yang dapat aku lihat.Jiran dari sekeliling juga aku masih tidak kenal.Aku yang berasa lapar hanya menjamah roti biskut yang ada sementara menunggu Rayyan Fahmi pulang tengahari.Aku hanya memesan air milo ais untuk dibungkus.Aku menonton TV sepanjang hari sambil melipat kain baju yang berselerak di tepi meja.

Tepat jam 5.20 petang,kedengaran bunyi enjin motor di hadapan rumah.Aku menyambut Rayyan pulang dengan senyuman.

"Macam mana sayang?Okey ke duduk sini?",Rayyan bertanya pada petang itu sambil menyalin pakaiannya.Dia yang baru pulang dari tempat kerja,singgah di sebuah kedai menjual nasi dan lauk pauk tengah hari.Rayyan membawa pulang dua bungkus nasi putih bersama ayam goreng serta sedikit kuah.Dia juga membungkus dua air milo ais dan nescafe ais.Kami berdua duduk di atas lantai tanpa sebarang alas,dan menjamah makan petang itu dengan penuh selera.

"Boleh lah.Sementara nak biasakan diri.Susah lah nak dapatkan line telefon kat sini.",aku membalas sambil menjamah nasi bersama ayam goreng.

"Sini hutan,sayang.Memang payah sikit.Sebab tu dulu abang malas nak video call,asyik stuck je".

Selesai makan petang itu,aku terus mandi dan solat asar berjemaah bersama Rayyan.Kemudian,kami berdua hanya duduk di hadapan pintu rumah sambil memandang kehijauan alam.Terlihat 2 ekor monyet yang sedang membelek kepala pasangannya itu dengan penuh khusyuk.Rayyan memandangku.Dia melemparkan senyuman sinis kepadaku.

"Apa dia?",aku pura-pura bertanya kepadanya.Seolah-olah aku tidak mengerti maksudnya.

"Tolong tengok kepala?",soalnya sambil melentok kepalanya di hadapanku.Aku terus ketawa.

"Oh! Nak jadi macam monyet yang kat atas pokok tu lah?Nak manja-manja dengan sayang ni?",aku ketawa nakal dan terus membelek kepalanya sepertimana monyet tadi lakukan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dalam tak sedar,sudah seminggu aku di sini bersama suami tercinta.Sudah seminggu jugak aku menghantarnya pergi kerja di muka pintu.Setiap pagi,Rayyan akan belikan aku sebungkus nasi lemak kerana aku tidak dapat untuk memasak apa-apa lagi.Bahan masakan masih belum dibeli,dan tidak boleh membeli sesuatu yang basah,kerana bilik Rayyan tidak mempunyai peti sejuk untuk menyimpan sisa makanan.Setiap kali kami membeli makanan,kami harus menghabiskannya dalam masa sehari.

Aku menghidupkan suis televisyen selepas mandi pagi itu.Aku hanya duduk di hadapan televisyen itu sambil menonton siaran yang ada.Nasi lemak yang dibeli pagi tadi aku jamah dengan penuh selera.Sejak belakangan ini,seleraku semakin bertambah-tambah. Mungkin kerana pembawakan budak menjadikan aku begitu.

Pada petang khamis setelah Rayyan Fahmi pulang kerja,aku menyambutnya pulang dengan wajah yang mencuka.

"Kenapa abang?Ada masalah kat tempat kerja ke?",aku yang sedang melipat kain cuba menduga.Kain baju yang dari semalam petang,sudah dikeringkan masih lagi berada dalam longgokan di satu sudut.Rayyan Fahmi memandang sekeliling bilik yang sempit itu.Aku yang hairan dengan sikapnya turut juga melihat sekeliling seperti Rayyan.

"Tengok ke tak bilik ni?Nampak elok ka di mata sayang sekarang?",dia bertanya dengan nada mendatar.

Aku berasa terkejut dengan sikapnya.Sekelip mata emosinya berubah.Jika pagi tadi dia menyapaku mesra,tetapi sekarang sikapnya begitu ketara .Dia memarahiku,tetapi hanya mendiamkan diri.

"Apa yang tak kena?Abang tak suruh sayang buat apa-apa pun..",aku berhenti di situ.Air mata tiba-tiba memgalir hangat membasahi pipi.Rayyan Fahmi memdengus kuat terus bangun menuju ke bilik air.

Beberapa minit kemudian,Rayyan Fahmi keluar dari bilik air dan terus berdiri di hadapan pintu besi.Aku yang sudah selesai melipat kain,bersandar sebentar di dinding kerana mula berasa lenguh bahagian belakang badan.Rayyan Fahmi kemudiannya duduk di sudut katil kayu itu sambil memerhatikan aku.Kali pertama dia memandangku dengan pandangan yang menakutkan.Dia merenungku dengan tajam sambil melihat sekeliling rumah.Pada waktu yang sama,perutku berasa lapar kerana terakhir aku makan ialah pagi tadi.Aku memandangnya penuh simpati,mengharapkan dia mengerti.Namun,sebaliknya dia mula meluahkan perasaannya ketika itu.

"Sayang buat apa ja dari pagi tadi,hah?Abang balik kerja penat-penat,dengan panasnya,lapar lagi.Apa yang abang dapat?Rumah semak macam rumah bangla!",dia melampiaskan amarahnya yang sudah lama pendam.

Aku terkedu mendengarnya.Aku bagaikan tidak percaya Rayyan Fahmi yang aku kenal itu,menjadi seorang yang memendam rasa.Kami hanya berdiam diri antara satu sama lain buat seketika waktu.
Malam itu,aku hanya tidur bertemankan air mata.Rayyan Fahmi langsung tidak menghiraukan aku dan terus lena membelakangiku.Aku tidak dapat lena dengan tenang malam itu,sesekali terjaga dan melihat ke arah Rayyan.Mengharapkan dia akan datang kepadaku dan meminta maaf,tapi aku tahu,itu hanya akan menjadi sebuah harapan.Dalam beberapa saat,akhirnya aku jua terlena setelah mata ini berasa agak berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience