Bab 7~
Bos melemparkan senarai nama kedatangan untuk Bulan Januari 2020 di hadapan ku. Dia begitu marah.Aku hanya menunduk.Nazurah juga tidak berani bersuara.Bos memandangku tanpa berkelip langsung !
"Dah hampir 3 tahun,Lisa buat kerja yang sama.Tapi masih jugak sentiasa ada salah! Apa masalah ni? Benda dah bagi dari awal lagi segala maklumat.Kenapa jadi macam ni?", bos bersuara tegas.Jangankan aku,isterinya juga tidak mampu menyampuk bila melihat suaminya mula berubah menjadi singa.
"Banyak kali dah saya pesan,apa-apa tolong rujuk saya.Bukan dengan orang lain.Kenapa suka sangat buat kerja memandai ni? ", bos sambung lagi. Melihat nafasnya naik turun. Bos yang lebih senang digelar 'Abang Boy' memang baik,tetapi jika bab kerja memang dia tegas.Semestinya seorang bos nak kan hasil kerja yang baik.Kami masih berdiam diri.Hanya menunduk.Kemudian,bos sambung lagi.
"Hari ni jugak,saya nak Lisa dan Zura settle benda ni.Kalau tak settle jangan balik.Penyelia dah mula mengamuk,depa nak tanda kehadiran susah.Tolong settlekan !", bos terus bangun laju dia berjalan meninggalkan pejabat.Hentakan kakinya terdengar sehingga dia turun ke tingkat bawah. Aku kembali ke tempat dudukku dan bersandar.
Nazurah mula membebel seorang diri di tempatnya.Entah apa yang dibebelnya,aku tidak ambil tahu.Banyak perkara yang harus buat.Aku perlu perbetulkan senarai nama yang salah itu dengan segera.Jika tidak,pastinya aku akan berada dalam masalah lagi.
Nasib baik isteri bos tiba-tiba naik ke atas hanya semata-mata untuk membantu kami menyelesaikan kerja.Dia membantuku untuk update senarai nama sebelum diserahkan kepada Nazurah untuk dia 'copy' dalam senarai kedatangan.
"Terima kasih Kak Izan sebab bantu kami.Kalau tidak,kusut kepala kami nak buat satu persatu." , aku mengucapkan terima kasih kepada isteri bos.
"Tak perlulah ucap terima kasih Kak Izan just bantu apa yang boleh.Buat kerja elok-elok tau.Mood bos tak okay lagi tu!", kak Izan sempat ketawa kecil sebelum berlalu pergi melalui pintu tolak bilik pejabat kami.
Aku dan Nazurah bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja hari ini kerana esok pastinya sibuk dengan dokumen tender yang harus disiapkan sebelum tempoh.Ada beberapa lagi dokumen yang harus aku dapatkan tanda tangan bos.Aku mengambil beberapa helaian dokumen berserta pen hitam dan terus berjalan menuruni anak tangga menuju ke bilik bos.
Aku mengetuk pintu biliknya sebelum masuk.Melihat bos bersama dengan 2 orang kawannya yang sudah lama mengenaliku,aku hanya mengangguk tanda hormat kepada mereka.
"Nah,bos.Ada beberapa helaian yang kena tanda tangan.Hari Rabu nanti , bos ada site visit tau.",aku mengingatkan bos semula.Dia mengangguk.
"Dekat Pejabat Daerah Seberang Perai kan esok?", bos ingin memastikan.Aku pula mengangguk tanda mengiyakan.Setelah selesai dia menandatangan,aku terus keluar dari biliknya dan naik ke atas semula.Menyambung kerjaku seperti biasa sebelum pulang ke rumah 5 petang nanti.
Waktu makan malam,mak menghidangkan meggi goreng bersama ayam goreng.Makanan yang cukup simple tapi menyelerakan.Aku mencedok sedikit dan mulai menjamah sedikit demi sedikit. Mak yang duduk di hadapanku sambil menghadap telefon bimbitnya,kusyuk melayani lagu-lagu yang dimainkan melalui youtube.Mak memang suka mendengar lagu-lagu lama di youtube.Aku perlahan-lahan memanggil ibuku.Entah bagaimana hendak aku mulakan.Risau kalau mak tak setuju.Melihat mak yang masih melihat skrin telefon,aku menyentuh tangannya perlahan.
"Mak..", aku memanggilnya.
Mak melihatku.Dia mengangkat kening seolah olah bertanyakan aku kenapa.
"Esok,kawan Lisa nak datang.Nak jumpa Lisa.", aku memberanikan diri untuk bersuara.
"Siapa dia? Lelaki ke perempuan?", mak menyoal.
"Lelaki,mak..", aku menjawab gugup.Entah kenapa,takut seandainya mak marah kerana aku suka-suka mengajak lelaki datang ke rumah.
"Siapa dia tu? Kenal mana? " , mak bagaikan tahu kalau anaknya ini tidak punya begitu ramai kawan lelaki.Pastinya dia dapat menghidu.
"Dari OMI,mak.Kenal melaluk online.Tapi,dia nampak baik.Ikhlas nak kenal.Tak macam yang lain-lain." , aku membalas.Mak mendiamkan diri.Memandangku dengan pandangan serius.
Aku menelan air liur.Ah! Pasti kena marah ! Pandai-pandai ajak orang tak kenal datang rumah. Tiba-tiba,mak tersenyum.Aku terkedu.Seolah-olah merestui kedatangan Rayyan Fahmi.
"Orang mana? Nama apa?", soal mak lagi.Sambil meletakkan telefon bimbitnya ke tepi.
Aku terus membuka galeri mencari gambar lelaki itu dan tunjuk kepada mak.
"Orang Kedah,mak.Nama Rayyan Fahmi.Umur tua setahun dari Lisa,mak." , aku menjawab sambil menghulur telefon kepada ibuku.
Ibuku masih mendiamkan diri.Tapi terlihat wajahnya yang sedikit ragu-ragu denganku.
"Tak pa lah, dah dia nak datang.Biarlah dia datang dulu.Kenal-kenal dulu.Jangan terburu-buru.Faham?", mak mengingatkan aku.Aku mengangguk faham.
Aku seperti tidak mampu tidur lena malam itu dek kerana asyik memikirkan tentang esok.Apakah esok akan baik-baik saja? Harapnya begitulah. Aku merasakan debaran di dada yang makin rancak berdetak.Segala macam perasaan mula bercampur baur.
Ya Allah,mudahkanlah urusanku esok hari.Mudah-mudahan segalanya sempurna.
Share this novel