Bab 12

Drama Series 2016

Bab 12 ~

"Hai,adik.Sihat ke?" ,suara itu kedengaran semula setelah sebulan lebih menghilang.

"Abang! Adik sihat,alhamdulillah. Abang ada dekat mana ni?", aku tidak dapat menyembunyikan ekspresi wajahku saat itu.Gembira,sedih semuanya ada tatkala mendengar suara lelaki itu.

"Abang baru sampai Sarawak.Adik dah balik kerja ke ni?"

"Baru nak balik.Lamanya menyepi.Ingatkan dah lupakan adik",aku sengaja merajuk.Kononnya ingin dipujuk oleh lelaki itu.

Ya,lelaki itu kembali tiba-tiba.Hazrie yang sudah sebulan lebih pulang ke Sabah,kini kembali ke Sarawak untuk bertugas.Namun,aku masih belum mampu untuk berterus terang dengannya lagi.Tambahan,dia baru sahaja menelefonku.Entah,tiba-tiba jiwaku bagai disiat-siat memikirkan hal ini.

"Rindu kat adik,dah lama tak call.Sorry abang sibuk sikit sebulan ni.Balik Sabah,tak dapatlah nak contact.Abang ganggu ke ni?", aku bagai tidak mampu untuk menghentikan perasaan ini,tapi aku harus juga berterus terang dengannya.Boleh kah dia menerimanya?

"Em,tak ganggu pun.Tapi adik ada sesuatu nak beritahu.", aku jujur dengannya saat itu.

"Adik ada kenal dengan seseorang sekarang ni,abang..Adik tak boleh lama-lama macam ni terus dengan abang.Rasa berdosa,rasa bersalah.Maafkan adik,ya abang?", aku memberitahunya.

Diam dan sepi.Dia tidak merespon akan diriku.Sesekali terdengar dia menarik nafas panjang.

"Alhamdulillah,akhirnya kan? Jadi,tak boleh dah la abang nak contact selalu.Kita kena jarakkan diri.", mudah sahaja jawapannya.

Seharusnya aku tenang dan gembira,kerana aku sudah tidak terkongkong perasaan dengannya lagi.Tapi,tiba-tiba saat itu juga air mataku jatuh serta merta.Dia menyambung lagi.

"Adik janganlah menangis.Sepatutnya ini jadi satu berita yang gembira buat abang.Akhirnya,adik jumpa jugak pilihan hati.Siapa lelaki yang berjaya tawan hati adik tu?, dia bertanya ingin tahu.

Aku menceritakan segalanya tentang pertemuan aku dan Rayyan serta restu dari kedua orang tuaku.

"Ye lah,dia single kan? Mestilah mak bapak adik setuju.Tak apa lah,apapun semoga berbahagia.Okay,abang nak off dah.Abang ada kerja malam nanti.Take care,assalamualaikum.", dia mematikan telefon.

"Waalaikumsalam..", jawabku perlahan namun air mata ini menitis laju.

Melihat jam di tangan sudah pukul 5.20 petang,aku harus segera pulang.Fikiranku melayang saat aku memandu kereta.Jiwaku tidak tenang,bagaikan meronta ingin menjerit sepuasnya.Sebuah perpisahan itu amat menyakitkan.

Salah aku kerana jatuh cinta dengan abang angkatku sendiri.Salah aku kerana memilih orang yang sudah berstatus tinggi.Sepatutnya dari awal lagi aku hindarkan diri.Tetapi,apakan daya nafsuku saat itu lebih menguasi diri.

Kereta sudah pun masuk ke perkarangan rumah flat yang setinggi 10 tingkat itu.Longlai kaki melangkah untuk naik ke atas.Sampainya aku di rumah,aku terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.Aku melepaskan perasaanku habis-habisan agar aku tidak lagi menanggung beban di hati.

Tidak sedar aku terlena hampir 45 minit.Aku bangun dengan rasa berat kepala.Aku memegang kepalaku.Aku duduk sebentar sebelum terus bangun untuk mandi petang itu.

Sehabis memberi salam pada waktu solat asar,aku menadah tangan dan berdoa.Berdoa sesungguhnya pada Yang Esa di saat aku sangat-sangat memerlukan pertolonganNya.

"Ya Allah,Kau bukakanlah hatiku untuk orang yang selayaknya.Jauhilah aku dari melakukan zina dan dosa,janganlah Kau menguji aku dengan hal yang tidak mampu.Sesungguhnya,aku ini insan yang sangat-sangat lemah.Pimpinlah aku ke jalanMu yang benar.Jika benar jodohku telah tiba,maka Kau pertemukanlah aku dengannya dalam keadaan yang sempurna.Amin ya Rabbal Alamin." , aku menekup kedua belah tangan ke wajah sambil mengusap air mata yang menitis.

Kemudian,aku bangun dan keluar dari bilik.Baru sempat untuk menatap handphone dengan tenang saat ini.Melihat satu mesej yang membuatkan jiwaku menjadi sayu,lidahku kelu untuk berkata.Apakah Allah telah menjawab doaku?

'Lisa,Rayyan suka sangat dengan Lisa.Rayyan nak kahwin dengan Lisa.Rayyan tak nak orang lain.' -Rayyan Fahmi

Haruskah aku memberinya peluang? Memberi diriku juga peluang untuk mengubati duka di hati yang baru mula tumbuh? Aku takut seandainya aku cuma mempermainkan perasaan lelaki polos itu.Dia nampak sangat-sangat ikhlas untuk berkawan dengan aku.
Tiba-tiba,jemariku auto menaip untuk membalas padanya.Apa yang terlintas di fikiran ,itulah yang perasaanku inginkan.Apa saja risiko yang mendatang,aku akan tetap tempuh.Andai dialah jodohku,maka aku terimanya dengan hati terbuka.

'InshaAllah,dengan izin Allah ya,Rayyan.Lisa tak nak berharap,takut nanti sakit kalau apa-apa berlaku nanti antara kita.Biarlah masa menentukan.', aku membalas padanya.

Tiba-tiba,telefonku berdering.Nama 'Rayyan Fahmi' tertera di skrin itu.Kenapalah dia perlu call saat-saat ini.Bagaimana aku nak menjawab dengan jiwa yang masih lagi kacau bilau ini.Tetapi,tidak mahu mengecewakannya,aku menjawab juga.

"Hello,Rayyan.."

"Hai,Lisa.Sorry call tiba-tiba ni.Rayyan cuma nak dengar suara Lisa je.Entah tiba-tiba rasa rindu.", dia berkata.

Aku terkedu.Rindu? Sungguhkah rindunya itu pada aku?

"Lisa?Rayyan ganggu ke ni?Sorry lah kalau Rayyan ganggu Lisa.Tak pe,esok-esok pun boleh cakap lagi", Rayyan membuat aku tersedar semula ke alam nyata.

"Eh,tak lah.Lisa tak buat apa pun.Cuma,mood je tak okay sikit.", aku sudah mula mengadu.Untuk seketika,ya aku sangat memerlukan perhatian dari seseorang.Dan,seperti orang mengantuk disorongkan bantal,tiba-tiba Rayyan Fahmi muncul tepat pada waktunya.

"Laa,kenapa ni sayang?Ceritalah dengan saya,saya dengar.",suara Rayyan mendayu memujukku.

Ah!Kawal perasaan kau Lisa! Jangan mudah untuk memberi hati pada orang lagi.

"Tak ada apa lah.Rayyan,esok kita call ya?Saya betul-betul letih hari ni.Nak rehat.Good night.",aku cepat-cepat mematikan telefon tanpa sempat Rayyan menjawabnya .

Fikiranku masih lagi memikirkan tentang lelaki yang selama 4 tahun aku kenal itu.Hatiku masih lagi berdetak menyeru namanya.Ya Allah ! Apa yang Kau sedang uji aku ini?Aku cuma mahukan hidup yang sempurna seperti orang lain.Kau tunjukkanlah aku jalan yang benar.Amin.

Air mataku masih lagi menitis saat ini.Jam sudah berdenting nyaring menandakan sudah pukul 2 pagi.Dan,aku masih lagi belum mampu tidur.Esok pula aku harus bangun awal untuk bekerja.Kalau aku begini terus,jiwaku pasti kacau.Aku cuba juga untuk memejamkan mata sambil mendengar zikir melalui handphone.Perlahan-lahan mataku tertutup rapat dan terus dibuai mimpi indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience