Bab 40~
Selepas aku siap mandi pada pagi itu,aku hanya keluar dari rumah untuk menyidai tuala basah.Cuaca yang panas terik itu mampu mengeringkan tuala mandiku dengan lebih cepat.Ketika aku berpusing untuk masuk ke dalam rumah,aku memandang ke arah sekumpulan semut hitam yang berkumpul di sekeliling tiang rumah.
'Ee..gelinya tengok semut-semut ni.Aduh..Apa aku nak buat eh?',gumam aku sendiri.Tiba-tiba,aku terlintas untuk mengambik air yang masih panas untuk menjirus ke arah semut-semut itu.Mungkin kerana alahan mengandung membuatkan aku berasa tidak senang melihat semut-semut yang banyak begitu.
'Lega rasa tengok dah tak bergerak.',aku yang berasa puas terus masuk ke dalam rumah.Menunggu kepulangan Rayyan seperti biasa dengan menonton siaran yang ada di televisyen.
Aku memesan nasi lemak Mc Donalds pada pagi itu bersama air Milo ais.Aku makan nasi lemak itu sambil menonton siaran 'Astro Shop' yang nenunjukkan produk-produk promo.Sesekali aku menukar siaran kepada drama Melayu yang disiarkan pada pagi itu.
Masaku dihabiskan dengan hanya menonton televisyen sepanjang hari dan berehat.Aku bagaikan buntu kerana tiada apa yang mampu aku lakukan di dalam bilik yang kecil itu.Line telefon bimbit juga tidak dapat dikesan sepanjang hari menbuatkan aku lebih memilih untuk tidur.Dalam antara sedar dan tidak,aku mendengar ketukan pintu berkali-kali.Ketukan pintu yang semakin kuat membuatkan aku tergopoh gapah menuju membuka pintu.
"Tidur mati ke tak dengar abang ketuk pintu dari tadi?",wajah Rayyan yang tersembul di muka pintu agak garang dan pandangannya tajam melihatku.
"Sorry,terlelap tadi.Tak dengar abang ketuk pintu.",aku menjawab perlahan sambil mengambil begnya dan letakkan di atas katil kayu yang dijadikan seperti meja.Dia membuka kasutnya satu per satu dan terus meluru ke bilik air.
Aku menuangkan segelas air kosong sementara menunggu Rayyan keluar dari bilik air.Selepas 10 minit,Rayyan keluar dan duduk di sudut katil kayu itu.
"Abang,nak tahu tak?",aku yang sedikit teruja mula menunggu respon Rayyan.Dia hanya mengangkat keningnya.Aku mula menceritakan apa yang telah terjadi pada pagi tadi dengan penuh perasaan.
Tiba-tiba,Rayyan terus berdiri dan menolak pintu besi,keluar dari bilik itu.Aku yang terkedu tidak terkata apa-apa.Hanya melihat dia keluar sambil mengekorinya dari belakang.Rayyan menatap ke arah tiang yang aku maksudkan.
"Abang,dengar tak sayang cerita?",aku bertanya kepadanya.
Dia tetap diam.Rayyan bersandar di motosikalnya sambil memandang ke arah langit.Aku yang setia di sisinya hanya menemani tanpa sepatah kata.
"Apa yang sayang buat?",tiba-tiba dia bersuara keras.Matanya memandangku seolah olah meminta penjelasan.
"Sayang cuma geli tengok semut-semut tu,sayang ambik air panas curahkan sekeliling tiang tu.",aku menjelaskan kepadanya.
"Sayang tau tak berdosa buat macam tu? Sayang tak boleh tengok,jangan keluar! Biar ja semut-semut tu kat situ Nanti cuaca panas,dia lari lah.Kenapa sampai nak curah air panas semua?"
Rayyan meninggikan suaranya tiba-tiba.Air mata mula menitis laju saat itu.Jiwaku semakin sensitif semenjak aku mengandung.Aku hanya menundukkan kepala.
"Sayang tak terfikir pun..",belum sempat aku menghabiskan ayat,Rayyan segera memotong percakapanku.
"Tak terfikir yang benda tu salah?Ya Allah,apa nak jadi dengan sayang ni?Makin hari abang tengok,sayang macam makin serabut!",Rayyan masih lagi menatapku dengan dadanya yang berombak laju.Aku terus menangis di situ tanpa menghiraukan sekeliling.Rayyan Fahmi hanya menggelengkan kepalanya.
Kami tidak bercakap untuk beberapa saat.Aku masih lagi berdiri di tempat yang sama,dan Rayyan masih bersandar di motosikalnya.
Kemudian,Rayyan segera bangun dan hendak melangkah masuk ke dalam rumah.Sebelum dia masuk,Rayyan memalingkan wajahnya yang kesal itu ke arahku.
"Minggu depan,siap beg semua.Abang hantar balik Penang.",terus dia masuk ke dalam rumah dan membiarkan aku sendirian di luar sana.
Aku bagaikan terkunci mulut pada saat itu.Jiwaku yang meronta ingin keluar dari situ,tapi aku tidak mampu untuk ke mana-mana.Aku masih harus menatap dirinya yang cuba mengasingkan diri daripadaku.
Malam yang sepi membuatkan suasana antara kami seolah olah tidak wujud.Rayyan langsung tidak menegurku mahupun menjemput aku untuk makan sekali pada malam itu.Dia menjamah sebungkus nasi goreng itu seorang diri,kemudian terus lena dihanyut mimpi.Aku berasa lapar.Tapi,kejadian petang tadi membuatkan aku tidak lalu untuk makan.Aku hanya memandang ke arah Rayyan dalam kegelapan malam itu.Aku tidak boleh lena selagi tidak bermaafan dengannya.Namun,lidahku seakan terkunci setiap kali aku ingin mengucapkannya.Akhirnya,aku hanya mampu ucapkannya dalam hati.
Keesokkan pagi,aku hanya sedar setelah mendengar bunyi bising loceng jam handphone.Aku yang langsung tidak sedar dari tidur memandang ke arah jam yang menunjukkan sudah pukul 8.30 pagi.Entah waktu bila Rayyan Fahmi berangkat ke tempat kerja.
Hari ini,aku berasa sangat berbeza.Sikap dingin Rayyan membuatkan aku berasa terkilan dan sedih.Namun,dalam saat aku bersedih,Allah menghantarkan aku seseorang untuk memujuk kembali jiwaku.
'Lisa,aku nak jemput hang datang rumah aku petang ni.Nanti aku datang sana ambil hang okey?',Fina menghantar pesanan ringkas.
Aku hanya menghantar pesanan ringkas kepada Rayyan untuk meminta izinnya.Setelah mendapatkan keizinan dari Rayyan,aku terus mengemas rumah dan membereskan apa yang patut sebelum aku keluar pada petang nanti.Perutku yang semakin membesar itu membuatkan aku sukar untuk memilih baju yang sesuai.
'Baju apa eh nak pakai?Semua dah mula ketat.',gumam hatiku sendiri.Akhirnya aku memilih baju dress labuh berwarna kuning yang dibeli tahun lepas.Disebabkan fizikalku yang sememangnya tembam sedikit dari sebelum berkahwin,jadi aku dapat memakai baju-baju lama sepanjang aku mengandung.Aku terus mandi petang itu dan bersiap-siap sementara menunggu Fina datang.
Share this novel