Bab 23 ~
Pada khamis suatu pagi itu,Rayyan menghantar mesej kepadaku.Mesej yang membawa seribu makna.Aku tersenyum sendiri saat sedang menghadap kerja yang menimbun.
"Cik Lisa oi!Tau lah dah nak kawen,tapi kerja tetap kerja.Dok berangan tak habis,haih!",suara Nazurah yang memecahkan lamunanku.Aku ketawa mengekek.Kembali fokus pada set dokumen sekolah yang sudah pun selesai untuk bulan lepas.Aku harus memasukkan segala data dalam dokumen-dokumen itu ke dalam perisian komputer.
"Zura,Mamu Dollah ada bagi tak surat rasmi dari Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Zainul Abidin?Aku tak ingat lah sama ada dia dah bagi ke belum?",aku bertanya sambil mencari-cari surat tersebut yang masih tersimpan dalam envelop putih.
"Kan semalam dia dah bagi kat tangan hang?Tak kan lupa kot?Jangan main-main Lisa,surat tu penting tau !",Nazurah mengingatkan aku.
Ish! Kat mana lah aku letak ni.Aku mengomel seorang diri.Dahiku berkerut-kerut mengingatkan kembali di mana aku letak.
"Ha tu lah! Berangan lagi tak habis-habis.Minggu depan dah sibuk dengan gaji pekerja lagi untuk hujung bulan.",Nazurah menyakatku yang masih lagi termenung memikirkan hal tadi.Dia melemparkan senyum sebelum berlalu keluar turun ke bawah.
Aku bangun dan menuju ke almari kaca besar yang berada di belakang.Aku membuka satu per satu fail sekolah dan menyemak.
Sudah ku duga.Pastinya ia terselit dalam salah satu fail.
"Kat sini rupanya aku simpan.Macam mana lah boleh terlepas sampai ke dalam fail ni.",aku menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.Seraya itu,telefon bimbit pejabat berbunyi.Aku bergegas menjawab panggilan itu.
"Hello,Perniagaan Mutiara Tanjung Office",aku mulakan dahulu.
"Hai,boleh saya bercakap dengan Cik Lisa?",suara seorang perempuan kedengaran di hujung talian.
"Ya,saya.Ni siapa ya?",aku sedikit bingung.Entah siapa yang menelefon dan ingin bercakap denganku.
"Saya Nadia dari company Intan Permata Enterprise.Saya nak minta salinan SSM dan SSR syarikat boleh ke?"
"Oh,Nadia..Nanti saya inform bos dulu .Kalau boleh,saya akan terus emelkan pada Nadia nanti ya."
Aku terus mematikan panggilan itu.Dengan sebuah buku nota kecil serta sebatang pen,aku berjalan keluar dari bilik pejabat turun menuju ke pejabat bos di bawah.
Melihat ke luar kedai motorsikal itu,hujan lebat membasahi bumi.Entah bila masa ia turun,aku sendiri tidak sedar.Aku melihat Kak Mariam yang khusyuk menaip sesuatu pada komputernya.
"Kak,bos ada ke?",aku bertanya saat dia menoleh ke arahku.Aku melemparkan senyuman.
"Ada tu dengan Nazurah.Kenapa tu Lisa?"
"Oh,tak.Nak jumpa bos kejap.Ada hal nak tanya",sambil aku memegang 2 buah fail di tangan.
Melihat ke dalam bilik,Nazurah yang sudah pun berdiri tanda untuk keluar dari bilik,aku menarik nafas panjang sebelum kemudiannya masuk ke dalam bilik bos.Saat Nazurah menyusur keluar,aku melihat air mata bertakung di kelopak matanya.Aku yakin,pasti ada sesuatu yang tidak kena membuatkan bos naik angin.
Aku mengetuk pintu perlahan.Bos ataupun senang dipanggil Abang Boy itu sedang duduk bersandar di kerusi besar berwarna hitam itu.Dia memandangku dengan sebuah senyuman.
"Ya,Lisa.Ada apa?",soalnya tenang setelah memarahi Nazurah sebentar tadi.Aku yang tergagap-gagap mula hilang fokus.
Kenapa saat ini aku perlu terlupa apa tujuan aku ke sini.Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
"Err..err..tadi saya nak jumpa bos.", aku bersuara sedikit gagap.
"Ya,Lisa ada depan saya mestilah ada tujuan.Kenapa?",dia merenungku tajam.
Ah ! Sudah .Pasti mati aku kali ini,kena marah dengan Bos.
"Lisa!Saya tanya ni.Awak turun ke bawah ni,nak jumpa saya sebab apa?",soalnya sekali lagi apabila aku masih berdiam membisu.
Aku terpandangkan 2 buah fail di tangan yang aku bawa bersama ketika turun tadi.
"Oh,ya.Baru saya teringat.Tadi Nadia dari company Intan Permata Enterprise call.Diorang nak kan salinan SSM dan SSR syarikat.",terus aku menjawab sambil menyerah fail hitam itu.
Bos memandangku seketika.Kemudian,dia menggeleng kepalanya.Dia menyelak helaian demi helaian dan menunjukkan kepadaku dokumen yang harus aku scan dan emelkan kepada Nadia.
"Scan semua yang bertanda ni dan bagi pada dia.Faham?",bos merenung dalam ke arah ku.
Aku mengangguk.Kemudian,aku terus keluar dan naik ke atas semula untuk menyambung tugasanku.Aku begitu khusyuk membuat tugasan kerja sehingga masuk waktu tengah hari.Badan yang sedari tadi asyik duduk tegak menghadap skrin komputer mula terasa sengal.Aku bangun dan melakukan sedikit senaman badan untuk merenggangkan otot badan.
Nazurah masih leka dengan kerjanya.Melihat wajahnya yang agak stress,aku sudah duga pasti ada sesuatu yang membebankannya.
"Tadi pagi aku tengok hang menangis lepas keluar dari bilik bos.Kenapa?",aku menyoal sambil membuka tudung botol air mineral.Aku meneguk sedikit air mineral itu sekadar membasahi tekak.Kemudian,aku menutup semula dan letak di atas meja.
"Hmm,ni semua pasal Mamu Dollah lah.Dia yang salah bagi duit pada pekerja dia,lepas tu bos salahkan aku pulak duit tak cukup.",Nazurah bercerita dengan riak wajah yang mencuka.
"Aku dah pernah kena banyak kali.Seingat aku,selalunya aku kira betul-betul sebelum nak bagi pada pekerja,tapi bila dah sampai kat pekerja,tak cukup pulak.Entahlah,kenapa selalu sangat jadi macam tu.Macam ada yang tak kena.",ujarku sambil mengerutkan kening.
"Entahlah Lisa,apa pun aku tetap kena tanya Mamu mana duit tu pergi.Kalau tak,aku kena potong gaji sampai RM 400 ringgit.",Nazurah menjawab selepas itu dia menekup wajahnya yang agak sugul itu.
Aku melopong besar mendengar jawapan Nazurah.Agak mencurigakan,mustahil hilang sampai ke RM400.
"Eh ! Banyak tu hilang! Tak rasa ke ada yang cuba masuk poket sendiri masa terima duit tu?",aku sekadar membuat andaian sendiri.Tapi,hati ini sangat yakin,pasti ada sesuatu yang tidak kena.
"Tak boleh nak menuduh sesiapa.Mungkin salah aku,mungkin jugak salah Mamu.Tapi,siapa nak mengaku kalau dah melepas di tengah jalan kan?Hmm,redha ja lah.Apa nak jadi pun,aku terima ja.", saat selepas aku menjawab,pintu pejabat diketuk lantang.
Share this novel