Bab 25 ~
Jumaat yang dinanti telah tiba.Tengah hari itu,kami dijamu dengan nasi kenduri oleh 'bos'. Setiap hari jumaat,kerapkali bos akan belanja kami sebagai pekerjanya dengan pelbagai jenis hidangan.Jadi,aku hanya akan membawa bekal pagi seperti biasa.
"Lisa,nak tambah lauk lagi boleh ambil kat belakang.Banyak lagi ayam yang ada.",bos mempelawaku sebelum dia melangkah keluar ke masjid untuk menunaikan solat jumaat.Aku yang masih lagi menjamah nasi minyak bersama kurma kambing itu hanya mengangguk.Nazurah yang belum habis makan itu dengan cepat bangun menuju ke belakang untuk mengambil lagi lauk tambahan,kemudian dia kembali semula di sisiku.
"Amboi,bertambah! Selera sungguh makan nasi hari ni.Lapar sangat ke?",aku sengaja menyakat Nazurah yang menambah seketul ayam dan sedikit nasi dalam pinggannya.
"Lapar lah.Dah lah sedap,rugi tak tambah.",Nazurah tanpa segan silu terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Tak takut gemuk ke?",aku terus ketawa sambil berdiri untuk mencuci tangan.Dia hanya menjeling ke arahku.
Sekembalinya aku ke meja,melihat Nazurah yang bersandar kekenyangan.Aku terus ketawa.Nasi di dalam pinggannya masih lagi bersisa.
"Tu lah,tamak haloba.Tengok,tak habis.Sayangnya rezeki.",aku masih lagi ketawa.Nazurah sudah tidak mempedulikan gelak tawaku.
Usai makan tengah hari dan solat zohor,kami kembali ke pejabat untuk meneruskan kerja pada hari ini.Memandang jam yang masih berbaki 4 jam lagi untuk aku bertemu dengan Rayyan,hatiku menjadi tidak sabar.Aku tersenyum di hadapan komputer yang masih terpapar Microsoft Words.
Tak menafikan nasi minyak tadi benar-benar membuatkan aku kenyang hingga saat ini.Nasi minyak yang ditempah dari Restoran Hameediyah yang terkenal di Pulau Pinang itu sememangnya digemari orang ramai termasuk pelancong asing.
Aku menaip surat rasmi yang diarahkan oleh Anwar pagi tadi.Aku perlu siapkan 3 helai surat rasmi itu pada petang ini.Nazurah yang mula tenggelam dengan kerjanya tidak menghiraukan keadaan sekeliling.Penghawa dingin yang dihidupkan sedari tadi mula terasa hingga ke tulang.Aku mematikan suisnya.
"Sejuknya Ya Allah ! Macam duduk dalam kutub utara.",ujarku selepas menekan suis off pada remote control.
"Baru nak rasa?Yang aku ni dari tadi menahan rasa sejuk.Ingatkan hang kulit tebal macam gajah!",seloroh Nazurah sambil menggosok-gosok badannya.
Aku tersengih lagi.Selesai mencetak 3 helai surat rasmi tadi,aku membawanya bersama sebatang pen turun ke bawah untuk mendapatkan tanda tangan bos.
Memandang ke dalam pejabat bos yang cerah dihiasi lampu terang kuning itu,aku melihat 4 orang lelaki yang sedang berkumpul.Bos,Anwar,Abang Farid dan Abang Izham.Mereka sedang rancak bersembang dan tidak menyedari kehadiranku di situ.Kak Mariam sibuk melayan pelanggan yang datang .Dia sekejap naik ke atas dan turun semula bersama beberapa buah fail.Melihatkan dirinya yang sarat mengandung itu,masih gagah untuk mencari rezeki .Aku kagum dengan wanita yang sudah beranak empat itu.Aku mengetuk pintu sebelum bos mengarahku masuk.
"Ni semua surat nak kena sign.",aku meletakkan surat-surat itu di atas meja.Semua yang ada di situ diam seketika setelah aku masuk ke dalam.Bos membelek-belek dahulu surat-surat itu sebelum dia nenanda tangan.Tiba-tiba,dia menarik sehelai dari surat-surat itu dan melayangkan kepadaku.
"Apa ni Lisa?", dia bertanya sambil menyerah surat itu kepadaku.Aku memerhati seketika.
Aduhai!Macam mana aku boleh tersilap begini.Aku mengetap bibir.
"Lisa tak baca dan tak semak dahulu ke sebelum nak bawa turun?Benda simple macam ni pun boleh salah.Haih!",bos mengeluh seraya menoleh pandangan kearah komputernya.
Mereka yang ada di dalam pejabat itu hanya memandangku dengan satu pandangan sinis.Barangkali mereka juga sudah tahu dengan sikapku.
"Lisa dah nak kahwin kan hujung tahun ni?Macam mana nak handle rumah tangga kalau asyik lupa?", Abang Farid bersuara.
"Saya rasa Lisa bukannya masih baru buat kerja ni kan?Dah lama kan kerja sini?",Abang Izham pula bertanya.
Aku hanya mengangguk.Menunduk malu.Bos memandangku dengan satu pandangan yang tidak puas hati.Namun,dia masih cuba mengawal keadaan.Dia seakan memahami apa yang aku rasakan saat ini.
"Tak pa.Ada masa lagi nak perbetul.Saya nak semua ni pada hari Selasa depan.Dan,nanti bagitau Nazurah,hari ni balik pukul 4.30 petang.Jangan lambat turun,saya nak kunci kedai ni awal.",bos mengarahkanku sebelum aku keluar dari pejabatnya.
Aku terus melangkah naik ke atas dengan langkah yang longlai.Sampai di pejabat,aku menghempas kertas-kertas itu ke mejaku.Aku terus bersandar di kerusi.Nazurah yang sedang sibuk fotostat di belakang sedikit kehairanan melihat diriku.
"Apehal pulak ni?Monyok tetiba?",dia bertanya sambil tangannya lincah menekan-nekan butang yang ada di mesin.
Aku menarik nafas hela panjang.Entah,apa yang aku rasakan saat ini.Malu.Sedih.Terkilan.Semuanya ada setelah aku diperlakukan seperti itu.Gelak tawa mereka masih terngiang di halwa telinga.Terasa seperti dipersendakan.
"Bos cakap hari ni balik awal,4.30 petang turun bawah.",aku hanya berkata sekali pintas sebelum mula menaip sesuatu di keyboard komputer.
Nazurah bersorak keriangan persis anak kecil.Tiba-tiba,aku teringat akan janji temuku bersama Rayyan petang ini.Pantas aku menghantar whatsapp kepadanya.
'Petang ni sayang balik awal,4.30 petang'
'Okay,abang datang awal.'
Semangat yang tadinya mula hilang tiba-tiba menjadi lebih bersemangat apabila teringatkan janji temu petang nanti.
Aku sedaya upaya menghabiskan kerja ku sebelum jam menginjak pukul 4 petang.Aku menyapu karpet pejabat dan mengemas fail-fail yang tidak tersusun rapi.Kemudian,aku mengemas pula meja bos yang tersusun banyak dokumen yang masih belum disemaknya .Jiwaku berkobar kobar untum bertemu cinta hati.Aku membelek cincin di jari manisku.Membayangkan hari pernikahanku nanti,pastinya indah seperti yang dirancang.
Jam di pergelangan tangan tepat menunjukkan pukul 4 petang.Kami yang sudah bersiap sedia dari tadi terus turun ke bawah selepas mengunci pintu pejabat.
"Jumpa minggu depan!",aku melambai ke arah Nazurah sebelum berlalu pergi.
Tiba-tiba,suara Asrul kedengaran dari belakang.
"Amboi,sejak jadi milik orang,makin sombong sekarang eh?",Asrul mengusik.
"Mana ada.Aku sibuk sikit lah sekarang.Banyak kerja nak settle.Tak dak masa nak melepak.",aku ketawa kecil sambil menutup mulut..
"Balik dengan sapa?Bapak mai ambik ka?Nak aku hantarkan?",usik Asrul sambik menghidupkan suis motornya.Pada masa yang sama,sebuah kereta Waja silver berhenti tepat di hadapan kami.Seorang lelaki kelihatan dari dalam kereta itu.Aku tersenyum.
"Tu! Dah sampai pun.Aku balik dulu lah ye,Asrul.Bye!",terus aku melangkah masuk ke dalam kereta.Hanya lambaian sahaja diberikan kepada Asrul sebelum kereta mula bergerak menyusuri kesesakan jalan raya.
Share this novel