Bab 48~
Pagi itu,seperti biasa aku akan menghantar Rayyan Fahmi sampai di muka pintu.Cuma kali ini, dia lebih banyak bergerak awal pagi dari rumah dari yang sebelum ini.
"Abang,nanti sampai whatsapp tau.Nak tengok sampai sana pukul berapa.", ujarku sebaik menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki yang ku gelar suami.
Rutin harian kami itu masih lagi sama sehingga kini.Tidak pernah berubah melainkan aku yang tidur mati ! Tidak sedar akan pemergiannya ke tempat kerja.
Melambainya dari kejauhan membuatkan hatiku sedikit sayu.Entah kenapa,terasa akan perubahan yang berlaku semenjak Rayyan berpindah tempat kerja dari Langkawi ke Pendang. Ya ! Memang itu hasratnya,ingin pulang ke daratan setelah tiga tahun merantau di tempat orang.Tapi,takdir Tuhan membatasi segalanya.Rayyan ditempatkan di Pendang berbanding Alor Setar. Aku terus menutup pintu rumah itu dengan perlahan dan berjalan menuju ke tandas untuk mengambil wuduk. Jam sudah menunjukkan pukul 6.30 minit pagi. Lebih baik aku menunaikan solat dua rakaat itu terlebih dahulu sebelum aku meneruskan lenaku yang tergendala dek kelmarin malam.
Usai solat Subuh, aku terus berbaring di atas katil.Menjadi rutin setiap hari akan bermain handphone sekejap. Tiba-tiba, satu whatsapp masuk. Aku tersenyum seketika.Ya , akhirnya dia selamat tiba di tempat kerjanya tepat jam 7.15 minit pagi. Aku terus sambung tidur dengan tenang.Memejamkan mata,merehatkan minda yang terganggu dengan bunyi bising dari bumbung malam semalam.
Hampir satu jam merehatkan badan,aku membuka mataku.Melihat anak gadisku masih lagi dibuai mimpi,aku segera bangun untuk membuatkannya susu sebelum dia terjaga dan menangis. Aisy Safiya jarang sekali menangis jika aku terlambat memberikannya susu.Paling tidak pun kalau terjaga,dia hanya akan berdiam diri sahaja.Kadang-kadang,aku sendiri tidak sedar bahawa Aisy Safiya sudah pun terjaga dari tidurnya.
Seakan benar telahanku,balik saja semula aku ke bilik tidur,terlihat anak ku sudah pun membuka matanya sambil memberikan senyuman paling manis.Senyuman yang kadang-kadang sukar untuk aku marah kepadanya.
"Lah,anak ibu dah bangun rupanya.Good Morning sayang ! ", aku terus baring di sisinya sambil menyua botol susunya.Dicium pipinya yang gebu itu bertalu-talu,sampaikan Aisy Safiya rimas.Dia menolak wajahku.Kemudian,kami ketawa bersama.
Dalam masa tiga minit sahaja,anak kecil itu menghabiskan susunya.Dia menayangkan botol kosong kepadaku.
"Ibu,dah habis", katanya masih pelat lagi.
"Good girl.Okay,Safiya duduk depan dulu boleh? Ibu nak mandi dulu.Nanti ibu mandikan Safiya pulak okay?",ujarku sambil mengambil tuala merah di penyidai yang tersedia dalam bilik.
Kami bersama-sama melangkah keluar dari bilik , dan anakku sudah pun berlari duduk di atas kerusi.Aku menyediakan nya sebuah buku untuk diconteng dengan pensil warna yang baru dibeli kelmarin .
"Safiya warna dulu okey ? Nanti ibu habis mandi,ibu mandikan Safiya pulak.", aku cuba menarik perhatiannya untuk leka dengan buku warnanya.Aku terus menuju ke bilik air yang terletak dekat dengan dapur. Terlihat ibu mertuaku yang berdiri di dapur,mengacau air milo dalam cawannya itu.Aku sekadar memberi isyarat bahawa cucunya sudah pun bangun dari tidur dan berada di hadapan ruang tamu berseorangan.Aku terus masuk ke dalam bilik air tanpa membuang masa.
Habis mandi selama 20 minit,aku terus bersiap hanya mengenakan baju T Shirt biasa dengan seluar tracksuit. Seperti biasa , aku akan terus memandikan Aisy dan menyiapnya. Kemudian,kami akan menjamah nasi lemak sebungkus itu bersama-sama. Air milo ais wajib ada jika Aisy Safiya hendak makan nasi.
" Ibu,adik nak air milo.", aku terus menghulur kepadanya dan dia mula menghirup laju.
Habis makan pagi,aku akan menemani anakku bermain sebentar di ruang bawah rumah. Ruangan yang luas dipenuhi dengan sebuah katil bujang,televisyen,kusyen dan juga kabinet. Aisy Safiya mula menunggang bas mainan nya yang diisi dengan barang mainan, bersepah di atas lantai. Dia tampak begitu gembira bermain walaupun keseorangan.
Sambil menemani Aisy Safiya,aku hanya membaca sebuah buku novel untuk menghilangkan rasa sunyi dan bosan.Sesekali menjeling ke skrin telefon takut-takut ada mesej yang masuk.Begitu masa berlalu,sedar-sedar jam menunjukkan sudah pukul 12.30 tengah hari.
Aku mengintai ke dapur,terlihat ibu mertuaku sudahpun di dapur.
"Mak nak masak apa hari ini ? ", soalan yang sama setiap kali aku aju apabila melihat sosok tua itu mula mengeluarkan bahan-bahan masak.
"Mungkin ayam masak merah kot. Kalau Lisa ada nak masak apa-apa ,buat aje lah.Semua ada dalam peti sejuk.",ujar mak sambil sambil membasuh ayam di dalam sinki. Aku segera membuka peti sejuk dan mengambil dua butir telur dan sebiji bawang di dalam raga atas meja dapur. Aku membasuh dahulu telur itu sebelum dipecahkan ke dalam mangkuk bulat.Ditaburkan sedikit lada dan hirisan bawang.Aku mengocak laju campuran bahan yang disediakan itu di dalam mangkuk dan dituangkan ke dalam kuali yang panas. Aku membantu mak memasak untuk makan tengah hari nanti.Telur goreng,ayam masak merah,ikan keli goreng serta sayur goreng tersedia di atas meja makan. Nasi yang sudah pun ditanak awal-awal lagi ,aku panaskan dengan menekan suis 'warm' pada periuk nasi itu.
"Nak makan dulu,makan lah.Jangan tunggu mak,lambat lagi nak makan." , ujar mertua ku sekali lalu. Aku hanya mengangguk mengiyakan.Tetapi,perutku masih belum terasa lapar.
Melihat jam tepat menunjukkan pukul 1 petang,aku terus menghantar mesej kepada suamiku.Bertanyakan soalan yang sama setiap harinya. Aku perlahan-lahan menuju ke bawah rumah untuk melihat Aisy Safiya.Kelibatnya tiada di tempat mainannya.Aku mencarinya pula di dalam bilik ku.Juga tiada. Ah! Sudah. Di mana anakku?
" Safiya ! Safiya ! " , aku menjerit namanya berulang kali.Tetapi,tiada yang menyahut.Aku mula berasa bergetar tubuh badan.Ya Allah, di mana anakku? Lindungi lah dia.Saat aku melintasi semula ruang tamu, aku terlihat pintu rumah sedikit terbuka.Aku yakin,dia pasti di luar.Aku melangkah keluar dari rumah,melihat sekeliling.Tetapi,masih jua tidak terlihat kelibatnya.Aku mula hendak hilang arah.Ingin berlari semula mendapatkan mak.Tiba-tiba, aku terdengar suara kanak-kanak yang ketawa mengekek.Aku keluar mencari suara itu.Terlihat,ada seorang kanak-kanak di celahan pokok. Allah ! Aisy Safiya !
"Ibu! Ibu! " , anakku yang melihat aku menghampirinya mula memanggil aku untuk ke sana.Rupanya,dia tidak keseorangan.Ayah yang terlindung di sebalik daun-daun pokok rupanya sedang melayani anak kecil itu.
"Pandainya dia ni keluar sorang-sorang tak bagitahu ibu pun ye.Bahaya tau Aisy keluar macam ni." , aku membebel sambil memimpin tangannya kembali untuk masuk ke dalam rumah.Aku menyuakan kepadanya 'makanan' yang boleh membuatkan dia leka sebentar,tetapi aku menghadkan masanya.Hanya lebih kurang 40 minit hingga 1 jam sahaja Aisy Safiya boleh memegang telefon bimbit itu . Aku tidak terlalu memanjakan anakku sedari kecil.Banyak yang Aisy belajar walaupun baru umur 3 tahun .
Aku berbaring di sebelahnya untuk melepaskan lelah sebentar setelah penat bertarung di dapur yang agak panas selama hampir 1 jam. Aku memejamkan mataku sebentar sementara Aisy Safiya bermain dengan telefon bimbitku.
Tiba-tiba,aku mendengar suara Aisy Safiya yang terkekek ketawa dari kejauhan.Aku membuka mataku.Memandang ke arah jam yang tepat menunjukkan pukul 2.30 petang.Rupanya aku telah tertidur hampir 45 minit.Aku segera bangun mencari suara anakku. Melihat dia yang sedang bermain basikal di hadapan pintu rumah sambil mengusik Pak Ngahnya yang singgah sebentar untuk menghantarkan ais ketul untuk kegunaan kami.Sememangnya tugas Abang Firdaus,abang iparku yang bekerja sebagai pemandu lori ais di sekitar kawasan rumah kampung Gunung Keriang itu.Aku hanya membiarkan Aisy Safiya bermain di luar rumah dengan pengawasan mak .Aku masuk kembali ke dalam untuk sembahyang Zohor terlebih dahulu sebelum makan tengahari bersama anakku.
Usai solat Zohor,aku mencedok nasi dan lauk ayam masak merah dan ikan keli goreng sedikit.Air milo yang sememangnya dari awal aku bancuh aku keluarkan dari dalam peti sejuk.Aku terus duduk di meja hadapan dan memanggil Aisy Safiya untuk makan dahulu sebelum sambung main mainan yang bersepah di tengah ruang tamu itu. Di saat aku sedang menyuap Aisy Safiya makan,aku termenung tiba-tiba.Mengenangkan apa yang telah aku lalui sekarang.
Entah lah,perubahan masa yang membuatkan aku terasa jauh dengan Rayyan Fahmi walaupun masih tinggal sembumbung juga. Kesibukannya bekerja di siang hari dan malam pula sibuk urus berkaitan kereta kesayangannya. Geram ! Sememangnya geram . Tetapi,dalam waktu yang sama , Rayyan masih juga menunaikan kewajipannya terhadap kami walau tidak sesempurna dahulu.
"Abang tak dapat nak cari rumah sewa asing lagi.Sini semuanya mahal,sayang.Abang tak mampu." , Rayyan Fahmi menerangkan kepadaku sewaktu kami keluar bersama pada hari Jumaat lepas.
"Tapi sampai bila nak tumpang rumah mak abang.Abang pun tahu kan , sayang tak selesa nak duduk lama-lama dekat rumah mak.Semestinya sayang pun nak kan privasi jugak", aku menerangkan tentang perasaanku.Semestinya,aku juga ada keinginan untuk mengurus rumah tanggaku dengan sempurna.
Suara anak kecil itu menyedarkan aku kembali ke alam nyata.
"Ibu,cepat suap.Adik Safiya lapar." , masih bercakap denga pelatnya sedikit.Aku terus menyuap Aisy Safiya dengan penuh kasih.Sampai licin pinggan anak daraku makan nasi hari ini.Aku mengucapkan syukur.
Habis melayan Aisy Safiya yang asyik bermain mainannya itu,aku keluar dan duduk di atas pangkin besar yang sedia ada di luar kawasan rumah.Sekadar ingin mengambil udara,sambil menikmati keindahan alam hijau sekelilingku.Mak kelihatan sibuk memetik daun-daun di pokok,sambil meletakkannya di dalam bakul yang ada di atas kerusi berdekatan dengannya . Ayah pula masih belum pulang dari kedai runcit sedari tadi.
"Ibu! Tok !", terdengar suara anak kecil yang memanggil dari pintu rumah.Aisy Safiya sudah terbiasa dengan sekeliling rumah kampung yang luas ini.Sememangnya,dia bebas untuk berjalan dalam kawasan luar rumah,akan tetapi masih juga perlukan pengawasan. Kadang kala ada yang tersembunyi di balik pohon-pohon besar yang aku tidak sedar dan nampak.Anak yang sangat cerdik itu mula menghampiriku dan duduk di sebelah ku.
Tiba-tiba ada sebuah kereta Myvi yang membelok masuk ke perkarangan.Aisy Safiya yang cukup kenal akan pemilik kereta itu,mula menjerit girang.
"Ayah! Ayah balik,ibu." , cepat-cepat dia turun dari pangkin dan menghampiri pula kereta Myvi itu.
Akhirnya penantian selama 12 jam itu telah pun berakhir untuk hari ini.Rutin baru yang harus aku terima saat ini adalah sangat memeritkan ,namun takdir Allah itu lebih indah.Aku yakin pasti akan ada yang lebih baik untuk kami pada masa akan datang.
Amin! , ucapku dalam hati.
Share this novel