Bab 33 ~
Aku menyerahkan sepucuk surat kepada bos tengah hari itu.
"Muktamad dengan keputusan Lisa?",bos bertanya saat membaca surat perletakan jawatanku.
Aku mengangguk.
"Dah 3 tahun Lisa bekerja dengan kami,Lisa tak rasa sayang ke?Lepas ni nak buat apa?", bos masih cuba untuk bertarik tali denganku.Kak Izan keluar dari bilik pejabat dan berdiri di sisiku.Dia memegang sekeping kertas putih yang bertulis itu.Dia membaca dengan penuh teliti.Kemudian,dia memandangku.
"Suami bagi kerja ke lepas ni?",itu soalan yang terpacul dari bibir Kak Izan.
"Saya mengandung,Kak Izan..Sebab tu yang suami tak bagi saya bekerja lagi.Tambah-tambah ni anak sulung kami..",aku menjawab tersipu malu.
Reaksi Bos dan Kak Izan serta merta berubah.Wajah mereka terlihat begitu teruja dengan berita gembira itu.Bos mengangguk-angguk kepalanya,tanda dia mulai faham akan keputusanku.
"Kalau macam tu lah ceritanya,saya tak mampu nak halang.Saya faham apa yang Lisa rasa.Tak apa,Lisa boleh kerja sini sampai hujung bulan dengan syarat!",bos mengangkat jari telunjuknya.
"Apa dia bos?"
"Lisa settlekan dulu semua dokumen sekolah termasuk kehadiran pekerja sehingga hujung tahun.",kemudian bos menerangkan beberapa tugas yang perlu aku selesaikan sebelum aku tamatkan perkhidmatanku di sana.
"Siap bos!",aku terus naik ke atas dan duduk di kerusiku.
Saat itu pelbagai persoalan merasuk mindaku.Aku bersandar di kerusiku.Aku memejamkan mata buat seketika.Apakah benar keputusanku?Tidak menyesalkah aku nanti bila dah berhenti?Tapi janji Rayyan juga yang membuatkan aku lebih yakin dengan keputusanku.
"Alah,sayang berhenti sana,duduk sini dengan abang.Sini berlambak kerja yang sayang boleh pilih.Sepanjang pekan Kuah ni,ada kerja menanti.Lagipun,sayang pregnant.Better duduk rumah jaga makan minum abang ja.'',sungguh-sungguh Rayyan ingin aku menjadi suri rumah sepenuh masa.
Tapi,jika mendengar kata suami itu lebih baik,kenapa aku mahu menidakkan?Mahu atau tidak,surat perletakan jawatan sudah diberi.Keputusan sudah dibuat!
"Weh,Lisa!",suara Nazurah mengejutkanku.
"Betul ke ni hang dah nak berhenti?",Nazurah mendekatiku sambil merenungku dalam-dalam.Aku hanya mengangguk lemah.Kemudian,dia kembali ke tempat duduknya.
"Patutlah tadi,masa aku jumpa bos,dia suruh aku belajar dengan hang semua benda.Aduh! Banyak lagi la kerja aku nak kena buat..",Nazurah mengeluh.
"Aku akan settlekan dokumen sepanjang tahun sebelum berhenti.InshaAllah,yang mana sempat aku buatkan.Nanti,hang just edit nama ja.",aku memberitahunya.
"Untuk kehadiran pekerja,aku akan print siap-siap.Macam tu jugak dengan setiap profil company.Semua aku akan sediakan,nanti bila hang nak,hang just akan ambil je kat belakang tu.",aku menerangkan kepada Nazurah.
"Yalah..nak buat macam mana..Last-last kena tinggal sorang.",Nazurah mengeluh lagi.
"Baby kan ada..Alah,dulu aku kerja sorang-sorang okay aje.",sengaja aku memanaskan hatinya.Kemudian,dia sekadar mencebik.
Aku bangun dan berjalan menuju ke belakang.Aku mengambil beberapa helaian dokumen untuk difotokopi.Kami berbual rancak sambil melakukan tugas.
"Aku ada berita nak bagitau hang ni.",ujarku dengan nada gembira.
"Apa dia?",dia memandangku.
"I'm pregnant!",aku tersenyum-senyum kepadanya sambil mengusap perutku.
Terbeliak biji matanya saat itu.Antara percaya atau tidak,dia tetap gembira dengan berita yang baru aku sampaikan tadi.
Aku bermundar mandir di bahagian belakang menyusun dokumen-dokumen yang perlu aku siapkan.Ada yang bersepah di lantai,dan jugak di meja.Ada yang masih lagi di dalam mesin fotokopi.
Ketika aku hendak mengangkat sebuah kotak kecil,tiba-tiba Nazirah menyergahku.
"Lisa!Jangan angkat kotak tu!", dia segera meluru ke arahku dan mengambil kotak itu daripadaku.
"Astaghfirullahalazim!Aku lupa,Zura!",aku segera mengusap perutku yang masih lagi kempis kerana baru 7 minggu usia kandungan.
"Macam mana boleh lupa?Ish lah!Dah kahwin,mengandung pun lupa lagi.Esok-esok ada anak,lupa pulak mana satu anak hang.",Nazurah memarahiku sungguh-sungguh sambil kembali ke tempat duduknya.Aku tersengih.
"InshaAllah lepas dah ada anak,aku tak kan lupa.Harap-harap macam tu lah",aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal itu.
Kami meneruskan kerja kami sehingga jam berdetik pukul 5 petang.Petang itu,bapak yang datang menjemputku.Aku melambai ke arah mereka dan terus masuk ke dalam perut kereta.Dalam sesaat,kereta terus bergerak hilang dalam beratus kenderaan di jalan raya.
"Lisa dah inform ke tentang nak berhenti tu?",bapak membuka topik itu saat berhenti di traffic light.
"Dah..",aku menjawab perlahan sambil memandang ke arah luar tingkap.
"Tak pa lah,bagitahu awal senang bos nak cari pengganti.Buat sementara duduk ja kat rumah dulu.Dah bersalin nanti baru cari kerja semula.",giliran bapak pula memberi pandangannya.
Aku berasa bersyukur kerana dianugerahkan insan-insan yang prihatin di sekelilingku.Alhamdulillah!
Satu mesej masuk petang itu.
'Esok abang balik Penang.Jumpa esok.Miss you,my wife.',Rayyan menghantar mesej itu tiba-tiba.Aku tersenyum lebar.Rasa rindu mula menerpa,dua minggu tidak bertemu terasa bagaikan sebulan lamanya.Pastinya Rayyan tidak sabar mahu bertemu dengan malaikat kecil yang dianugerahkan ini.Sekali lagi,aku mengusap perutku dengan rasa penuh syukur.
'Alhamdulillah ya Allah dengan segala nikmat rezekiMu'.
Share this novel