Bab 3

Drama Series 2016

Bab 3 ~

Hari jumaat telah pun tiba. Hari yang pastinya sangat sibuk buat aku dan Nazurah. Kami akan berada seharian di dalam pejabat tanpa menghiraukan apa saja yang berlaku di luar sana.Kadang kala,kekalutan itu membuatkan kami sampai terlupa untuk menyicip sarapan pagi yang awal-awal lagi dibeli di kedai mamak sebelah. Aku yang sibuk menyusun dokumen-dokumen tender sekolah,dibahagikan mengikut syarikat ,manakala Nazurah yang pantas mencatat setiap nama pekerja di atas tiga ratus lima belas envelop putih.Kami harus bersedia kerana pada bila-bila masa sahaja duit yang berjumlah hampir RM120,000 itu akan berada di tangan kami.Bukan jumlah yang sedikit diamanahkan kepada kami.Jadi,memang harus berhati-hati saat menghitungnya.Sebab,sekali dah dimasukkan ke dalam envelop,adalah mustahil untuk dibuka satu persatu semula jika ada yang tersalah langkah.

Dalam masa 30 minit,semuanya telah tersedia kemas di atas sebuah meja besar . Cuma menunggu panggilan dari Bos untuk menghantar wang tunai dan diserahkan kepada kami.Amanah yang dipikul ini memang sangat besar buat kami.Andai apa-apa yang berlaku,sememangnya cuma aku dan Nazurah saja lah yang akan dicari dahulu !

"Belum habis penat nak settle gaji, dah pulak Anwar whatsapp aku minta buatkan surat rasmi untuk dia .", Nazurah mengeluh seorang diri . Dia menghempaskan telefon bimbitnya di atas meja sambil memicit kepalanya yang tidak sakit itu. Aku tertawa kecil.

"Anwar memang suka bagi kerja last minute macam tu.Nak-nak pulam suka bagi dateline yang cepat.Nak marah, tapi tak boleh",kami berdua ketawa bersama.Serentak itu,pintu bilik dikuak luas oleh Bos dan Sabri,salah seorang penyelia sekolah.

"Okay,duit sudah sampai.Kira elok-elok.Kalau perlu balik malam pun okay ,kan? Kira OT lah hari ni.", bos menyusun duit yang diikat berkeping keping itu mengikut setiap company.Kami hanya mengangguk.

Seperti biasa,aku dan Nazurah akan memulakan kerja kami tanpa diganggu oleh sesiapa pun untuk masa 3 jam itu. Tidak ada yang dibenarkan buat bising di dalam bilik itu mahupun masuk keluar sesuka hati kecuali bos !

"Aduh,lenguhnya badan.Baru siap satu company.", aku mengeluh pada Nazurah.Dia masih lagi fokus dengan kira-kiranya. Aku mengikat semua envelop yang berisi wang ringgit itu dan letakkannya di satu sudut meja sebelah.Tidak mahu bercampur aduk,kami harus profesional dalam membahagikan setiap senarai sekolah.

Aku melihat jam di pergelangan tanganku.Sudah menunjukkan pukul 1 petang. Nazurah mencuit tanganku.

"Kak Mariam panggil kita turun makan sekali.Bos beli nasi tomato dengan ayam hari ni.Jum,aku dah lapar sangat ni ! ",Nazurah menolak tepi semua kertas kerja dan terus berlari ke muka pintu.Dia terhenti .

" Lah ,Lisa.Cepatlah.Jum makan dulu.Nanti sambung lah balik.", Nazurah yang muda daripada aku 3 tahun itu,sikapnya masih seperti kebudak-budakan.Tetapi,bab kerja dia memang sangat matang. Tip Top! Mengalahkan aku yang sudah bertahun kerja di sini.Aku mengekori langkahnya setelah menutup dulu semua suis dan pintu.Keselamatan tetap perlu dijaga walaupun cuma kami sahaja yang naik turun pejabat itu.

" Jum,makan sekali." , Kak Mariam yang sudah menyediakan bahagian nasi kami duduk dan membuka bungkusan nasi nya.

Kami menjamah terlebih dahulu sementara pekerja lelaki termasuk bos pergi ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat.

"Macam mana kira duit hari ni? Semua okay ke? ", Kak Mariam bersuara memecahkan kesunyian antara kami bertiga.

"Macam biasalah kak.Selagi belum habis kira,tak kan tahu apa masalah yang ada." , aku terus ketawa mendengar jawapan Nazurah.

"Ya lah, setiap bulan kalau tak dak salah,bukan Lisa dan Zura lah namanya.", aku berkata sambil ketawa.

Nazurah memukul ku perlahan. Dia tidak setuju dengan kata-kataku.

"Eh,hello.Yang selalu buat salah tu hang.Bukan aku,okay? " ,Nazurah memang terkenal dengan sikap tidak mengalahnya itu. Kami ketawa.

"Lisa bila nak kahwin? ", soal Kak Mariam tiba-tiba.Aku yang sedang menjamu selera tiba-tiba tersembur dek persoalan itu. Soalan yang sama lagi? Again ?

"Alah,semalam dah diajukan soalan ni.Hari ni ada lagi.Memang nak sangat Lisa kahwin ke? ", aku membalas dengan tawa yang perlahan.

" Ya, lah.Hang tu dah lama sangat dok membujang.Orang lain dah kahwin beranak pinak,hang tak kahwin-kahwin lagi." , Nazurah menyampuk. Kalau bab nak bebel, boleh serah pada Nazurah,sebab dia memang terkenal dengan sikap bebelnya itu.

"Halah..sabarlah.Nanti cinta datang dengan sendirinya.Gitu.." , kami ketawa bersama. Mendengar suara azan Zohor berkumandang, kami menghabiskan sisa makanan dan membersihkan meja teelebih dahulu sebelum melangkah ke surau di atas untuk berehat.

Aku dan Nazurah mengambil masa dalam 15 minit untuk melelapkan mata sebelum bangun untuk menunaikan fardhu zohor.Pada jam 1.55 minit petang,kami berdua berjalan menuju ke bilik pejabat yang hanya beberapa langkah sahaja dari surau.Aku menolak pintu bilik pejabat dengan rasa segar.

"Wah! Syoknya dapat tidur kejap tadi.Lega rasanya,boleh sambung kerja dengan semangat." , aku menggenggam tangan ku menunjukkan tanda semangat untuk memulakan kerja di petang hari.

Sebelum aku memulakan tugasku,tiba-tiba aku terdetik untuk melihat siapa yang membalas 'swipe' aku kelmarin dalam OMI itu.

"OMG ! Zura . ", aku membuat wajah terkejut sambil menggamit memanggil Nazurah yang belum pun sempat duduk. Aku menunjukkan handphone padanya.

"See? Ada orang PM aku lah ", aku ketawa mengekek sambil tersenyum sendiri.

" Okay lah tu.Ada jugak feedback tu.Tapi,jangan happy sangat.Banyak kerja hari ni nak settle ya.Tolong beri kerjasama ,sebelum pukul 5.00 petang kena bagi siap" , Nazurah mengingatkan aku tentang realiti kerja.

Ya, aku harus fokus semula.Walaupun dalam hati terasa berbunga-bunga.Rasa berdebar pun ada juga.Ish ! Tak boleh jadi ni.Aku kena letak telefon ni ke tepi dahulu.Kalau tidak,lagi lambat kami akan balik jika belum siap semuanya.Aku mengambil senarai nama sebuah company dan mula memasukkan jumlah wang yang ditetapkan ke dalam setiap envelope yang bernama.Kami masing-masing berhati-hati melaksanakan amanah itu dengan sebaiknya sebelum diikat mengikut sekolah dan bilangan pekerja. Ya, kami akan dipertanggungjawabkan seandainya apa-apa masalah berlaku nanti.

Akhirnya,tepat jam 6.30 petang kesemuanya tersedia disusun kemas mengikut setiap sekolah.Sekali lagi,bos yang lebih dikenali orang sebagai Abang Boy itu melangkah masuk bersama-sama penyelia yang diamanahkan untuk menjaga setiap sekolah yang ditentukan.

Saat bos mula menyemak dan membahagikan setiap ikatan envelop itu,aku menjadi sedikit cemas.Ya,walaupun sudah 3 tahun buat kerja yang sama,namun aku tetap berasa sedikit cemas di saat-saat begini.Tiba-tiba,bos memandang aku dengan pandangan yang agak serius.Ah,sudah! Apa pulak kali ni?

" Ke..kenapa bos? Ada yang tak kena ke? " , aku menjawab sedikit gagap.Ya , risau dan cemas mula menguasai ku.

Bos mengangkat ibu jarinya menunjukkan tanda bagus. Lega rasanya hatiku melihat bos yang begitu senang hati.

" Cantik ! Semua cantik ! Bagus kerja kali ni.So,semua boleh bersurai." , bos membahagikan semua wang yang di beri tadi kepada setiap penyelia.Mereka menyimpan wang itu semua di dalam beg masing-masing dengan berhati-hati. Aku berasa sangat lega. Setelah semuanya mula bersurai,aku dan Nazurah turut bersiap sedia untuk pulang merebahkan badan di atas tilam yang mula memanggil-manggil. Lampu pejabat dipadam.Pintu pejabat dikunci.Pintu grill besar ditarik ke bawah dan dikunci.Kamk saling melambai antara satu sama lain sebelum masing-masing membawa haluan pulang.

Aku duduk di satu sudut yang berdekatan kedai sambil membelek apa yang tergendala petang tadi.Ada satu nama yang tiba-tiba mengirimkan mesej kepadaku.Entah,tiba-tiba aku berasa sangat berdebar.Satu rasa yang aneh.Sukar ditafsir.Kenapa aku berasa aneh hanya dengan satu mesej yang dikirim oleh orang yang aku tak kenali ini.Cepat-cepat aku meredakan perasaan ku, dan mula membalas mesejnya.

'Hai..'

Itu lah ayat yang dikirim dan itu jugalah ayat yang aku balaskan kepadanya.Sekadar ingin bermain tarik tali,biarlah aku hanya melihat sejauh mana keikhlasannya ingin berkenalan dengan ku.

Sebuah kereta exora berwarna biru berhenti tepat di hadapanku.Aku berasa sangat senang hati.Bagaikan ada yang menyeru,dan memanggil namaku.Aku yakin,cinta telah datang.Aku melangkah masuk ke dalam isi perut kereta yang besar itu,dan ia terus meluncur laju di atas jalan raya yang sedikit sesak ketika ini.

Sepanjang perjalanan pulang,aku hanya menyandar di kusyen sambil memejamkan mata sebentar.Bunyi bingit hon dan kenderaan tidak langsung aku peduli.Bapak masih fokus memandu kereta perlahan-lahan kerana banyak kereta yang sekejap berhenti,dan memotong barisan.Jalan yang agak jammed itu membuatkan kami lewat sampai ke rumah.

Tepat 6.30 petang,kami berdua tiba di perkarangan rumah.Aku menolak pintu rumah dengan berhati-hati kerana takut jika ada yang bersembunyi di sebalik pintu.Tiba-tiba,aku dikejutkan oleh seorang kanak-kanak lelaki yang tiba-tiba melompat dari belakang pintu rumah.

"Opocot! " , aku mengurut dadaku sambil beristighfar.Rupa-rupanya Dzulqarnain yang mengacahku.

"Abang! Tak baik tau buat Ngah macam tu.Kalau Ngah pengsan macam mana? ", aku terus mendukungnya dan membawanya duduk di atas kerusi ruang tamu.

Dzulqarnain memang seorang anak yang manja.Anak sulung kakakku itu sememangnya sangat lembut hati dan rajin.Walaupun baru berusia 5 tahun,tetapi dia sudah pandai menolong jika kami meminta dia untuk berbuat sesuatu.

Aku meletakkan beg di atas meja dan terus menyalin baju dahulu.Terasa lelah seharian ini dan ingin merebahkan badan dahulu sebelum aku mandi membersihkan diri.Sekelip mata,mataku perlahan-lahan tertutup rapat dan mula berada di dalam dunia mimpiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience