Bab 15~
Masa yang dinanti hampir tiba. Baju sudah pun tersedia,barang-barang hantaran juga banyak yang dah siap.Cuma tinggal lagi 3 hari sebelum hari pertunangan aku dan Rayyan Fahmi diadakan.Rasa bahagia itu melonjak tatkala melihat persiapan disediakan.Aku dari awal sudah mengambil cuti 4 hari sebelum hari bertunangku. Tinggal pelamin sahaja yang belum dibuat.Saudara-mara yang hadir pada malam itu banyak membantu aku untuk menyiapkan hantaran-hantaran yang akan diberikan kepada pihak lelaki.Pastinya,aku serahkan semua itu pada Kak Ilah yang cukup mahir dengan perkara-perkara sebegini.
"Adik,kak ilah deko coklat-coklat ni bentuk kapal cantik tak?",dia menunjukkan kepadaku hasil tangannya.Memang menakjubkan bagiku.Aku mengangkat ibu jari tanda setuju.Dari dulu sampai sekarang,kalau ada kenduri kahwin saudara mara memang bab hantaran serah pada Kak Ilah.Hingga 3 ke 4 pagi pun dia sanggup buat walau tidak berbayar.
Hantaran yang sudah siap disusun dengan kemas di atas katil bersama dulang.Hampir 97 peratus persiapan tunang selesai.Doa selamat yang diketuai Pak Cik Wahab,atau senang dipanggil Abah Ab diadakan sebelum semuanya pulang ke rumah masing-masing.
Setelah suasana menjadi sepi,aku tanpa membuang masa terus mengemas rumah dan menyalin pakaian tidurku.Badanku sudah meminta untuk berehat dari bekerja.Jika malam ini sudah berlalu,maka aku cuma tinggal lagi 2 hari untuk memakai inai di jari.Melihat jariku yang kosong itu,aku mula membayangkan bila tiba tepat masa,jari manis ini akan disarungkan sebentuk cincin emas yang cantik.Tambah-tambah lagi,apabila aku tidak pernah memakai sebarang barangan kemas sebelum ini.Sebelum tidur,seperti rutin harian wajib untuk saling mendengar suara masing-masing.
"Abang dah belikan cincin ke?", aku bertanya kepada Rayyan,atau lebih tepat bakal tunangku itu.
"Mestilah dah.Tapi bukan satu tau!", aku mendengar suaranya begitu ceria pada malam itu.
Bukan satu? Jadi dua kah bilangan cincinnya? Atau ada lagi selain cincin tunang? Aku cuma memberinya ukuran cincin untuk jari manisku.Dan aku tidak meminta lebih dari itu,sekadar memudahkan urusan pertunangan kami.
"Nanti dah sampai harinya tengok lah sendiri.",ujar Rayyan Fahmi.
Dia sudah mula pandai bermain teka teki denganku.Dia sengaja membuatkan jiwaku semakin resah dan gelisah memikirkan tentang hari yang mendatang.Dekat 1 jam kami berbual,akhirnya aku mengundur diri kerana terlalu letih setelah bertungkus lumus untuk menyiapkan persiapan tunangku nanti.
Aku hanya mampu melelapkan mata untuk selama 4 jam sahaja sebelum azan Subuh berkumandang.Habis membaca doa tidur,aku terus terlena tanpa sedar apa yang berlaku sekeliling.
...........................................................
Petang itu,TV 1 menunjukkan berita yang amat menggemparkan untuk seluruh negara atau hampir seluruh negara.Headline berita yang memberitahu tentang kes Covid 19 yang sudah tidak mampu untuk dibendung memaksakan seluruh negara melakukan 'Lock Down' kecemasan dalam tempoh segera.Aku yang seakan akan terpinga pinga mula memahami bahawa tiada seorang pun yang mampu untuk keluar dari rumah buat masa sekarang atau keluar bekerja.Semua rakyat diarahkan untuk hanya berada di rumah sahaja sepanjang tempoh lock down dijalankan.Jadi,bermakna aku tidak boleh bertemu dengan Rayyan Fahmi? Aku memicit kepala ku yang mula hendak pening.
Melihat persiapan yang sudah tersedia di atas katil membuatkan jiwaku sedikit luluh.Apatah lagi ,apabila aku mendapat panggilan dari mak andam dan juga butik pelamin yang terpaksa menangguhkan majlis kami sehingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.Bunyi mesej masuk saat itu.
'Sayang..kita dah tak boleh nak jumpa lagi sekarang ni.Kena tunggu sampai depa tamatkan perintah ni'
Aduh! Lebih perit yang aku rasakan.Ujian apa lah ini? Mungkin inilah ujian sebelum bertunang.Sudah hampir siap semuanya,tetapi sebaliknya pula yang berlaku.
'Sabarlah,nanti kita bincangkan semula ya untuk hari bahagia kita ni.' ,aku cuba menenangkan dia sekaligus menyedapkan perasaanku.
'Kita kahwin jelah terus.Saya dah ada duit dah ni.Semua dah prepare.'
Terkedu aku membacanya.Bukan aku tak gembira dengan ajakannya,cuma aku masih perlukan masa untuk mengenalinya.
'Macam ni lah, apa kata nanti bulan 6, habis PKP kita bertunang,boleh?", aku memberikannya satu tempoh singkat untuk mengikat pertalian ini.
Dia mengeluh.Sesekali mendengar dia mengeluh lagi.
"Rayyan..",aku memanggil namanya.
"Hmm..Nak buat macam mana?Dah dugaan kita macam ni.Tak semangat dah nak fikir tentang kahwin ni.",dia bercakap dengan penuh perasaan kecewa.Dengan nada lemah,dia bersetuju.Mahu tak mahu,tetap perlu mengikuti perkembangan Covid 19.
Semua barang hantaran terpaksa disimpan semula di tempat yang selamat.Entah bila pula boleh mengadakan majlis pertunangan kami.Hari yang sepatutnya menjadi satu kegembiraan sekelip mata bertukar menjadi sepi.Tiada siapa yang boleh ke mana-mana kerana pihak polis berada di serata tempat.Hatta,di hadapan flat aku juga ada beberapa anggota polis yang mundar mandir .
Cuti yang diambil untuk hari bertunang diteruskan dengan cuti sepanjang tempoh lock down.Bos terpaksa untuk menutup kedai,dan tiada yang boleh berurusan jual beli sepanjang tempoh itu berjalan.Sepi.Tiada satu kenderaan pun boleh bergerak di atas jalan raya.Tiada satu orang pun yang boleh keluar bermula esok hari.Jadi,kami cuma punya 1 malam sahaja untuk membeli bekalan makanan untuk selama entah berapa hari yang dikurung di dalam rumah masing-masing.
Malam itu,aku dan keluargaku keluar ke supermarket membeli bahan keperluan sebelum semuanya habis.Saat kami masuk ke dalam Tesco,terlihat begitu ramai pelanggan yang bersesak sesak untuk membeli barang keperluan dan beratur begitu panjang untuk membayar.Dan,paling menakutkan,ada yang sampai bergaduh kerana stok makanan yang hendak dibeli itu cuma tinggal 1.
Kami hanya mengambil apa yang perlu dan apa yang ada sahaja untuk bekalan.Selebihnya nanti akan difikirkan kemudian.Habis sahaja mengambil barang-barang dapur dan keperluan diri,kami beratur panjang untum membayar.
Hampir setengah jam juga berdiri menunggu giliran membayar.Setiap troli berisi barang yang sangat penuh.Entah apa yang dibeli oleh mereka sampaikan terpaksa menunggu hampir 10 minit untuk setiap seorang.
Selesai membayar,kami terus pulang ke rumah untuk berehat.Esok,akan bermulalah satu rutin kehidupan yang baru untuk kami semua.Norma baharu untuk setiap rakyat Malaysia.Tahun ini merupakan tahun yang paling bersejarah buat kami semua.
Share this novel