Bab 22

Drama Series 2016

Bab 22 ~

"Sayang suka tak cincin yang abang bagi tu?",Rayyan bertanya saat kami sedang bervideo call malam selepas seminggu kami bertunang.

Aku memandang cincin yang sudah pun berada di jari manisku.Aku mengangguk sambil memberikan senyuman manis.Dia menarik nafas lega seketika.

"Abang hanya mampu bagi tu ja untuk sayang.Nanti akad nikah kita,tak ada apa dah nak dibagi.Jangan mintak tau!Pokai dah abang ni.",Rayyan sengaja mengusikku yang masih lagi melihat lihat cincin di jari.

"Sayang tak nak apa dah.Sayang cuma tunggu untuk dapatkan abang secara halal aje",terus aku tersengih-sengih seperti kerang busuk.

"Sayang..",panggilnya lembut.Matanya yang redup menatapku.Dia mengukir senyuman manja.

Ah!Makin tergoda aku dengan lelaki ini.Entah kenapa,terasa semakin jatuh hati dengan dirinya.

"Sayang sudi ke hidup dengan abang nanti?Abang tak dak rumah mewah,kereta mahal.Abang cuma duduk rumah kampung,tak dak aircond.Sanggup ka sayang duduk dengan abang nanti.",soal Rayyan Fahmi sambil memandangku redup sayu.

Aku terdiam dengan pertanyaannya.Namun,bibirku masih mengukir senyuman yang lebar.

"Sayang tak kisah pun kalau abang tak berharta,janji kita sama-sama susah senang.Kalau boleh,sayang nak sama-sama kita melengkapkan kekurangan antara kita.Janji apa saja masalah antara kita,kita cuba settle elok-elok.",aku mengatakan janji kepada Rayyan.

Perasaanku yang semakin lama mula terbit rasa sayang terhadap lelaki yang bernama Rayyan Fahmi.Sungguh lelaki itu membuatkan aku membuka mata seluas luasnya.Dalam 1001 lelaki di dunia ini,pasti ada seorang yang benar-benar berjaya membuka hati ini dengan cara yang ikhlas.

"Abang dengar,ujian bertunang ni banyak.Dan,susah nak hadap.Silap-silap boleh putus kalau tak tahan", Rayyan memulakan bicaranya selepas beberapa minit mendiamkan diri.Aku menunjukkan reaksi tidak berpuas hati setelah mendengar ayatnya.

"Ke situ pulak abang ni.Kenapa nak ikutkan orang lain?Kita ada pendirian kan?Kalau kita jaga antara satu sama lain,InshaAllah,pasti apa yang kita nak tu akan tercapai.",aku cuba meleraikan segala yang terkusut dalam jiwanya.

"Dah,jumlah tidur.Esok abang nak keluar awal pagi ke pekan.Ada kerja sikit.Lepas tu,nak balik Langkawi dah.", Rayyan mula menguap.Matanya sudah layu.

"Pi mana?Ada nak beli barang ke?"

"Ya,abang nak cari barang kereta.Esok sibuk sikit,nak repair kereta lepastu siap-siap pukul 7 nak balik naik feri."dia menjawab sambil berdiri bersedia untuk menutup suis lampu.Aku hanya mengangguk.

Setelah menamatkan panggilan video itu,aku mengeluarkan sebuah buku khas yang dibeli minggu lepas untuk persiapan perkahwinan.Aku menulis barang-barang yang akan dibeli nanti untuk majlis perkahwinan.

Jam yang sudah menunjukkan pukul 11 malam,membuatkan mataku semakin berat untuk diangkat.Lalu,aku memadamkan lampu kalimantang di dalam bilik dan terus terbaring di atas katil.Aku teringat akan ayat kakak iparku tempoh hari saat hari kenduri tunang.

"Tahniah dik,InshaAllah kalau jodoh tak ke mana ber ipar duai lah kita nanti.Harap adik boleh masuk dengan keluarga kami nanti.Semoga jodoh adik dan Rayyan berpanjangan.", ujar Kak Yati ketika duduk di sebelahku selepas sesi menyarung cincin.

Selepas beberapa minit,aku terus terlena tanpa sedar.Mula diulit mimpi indah sebelum matahari terbit pada keesokkan pagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience