Bab 29

Drama Series 2016

Bab 29~

Sedar tak sedar,cuma tinggal lagi 3 minggu sebelum ijab kabul dilafazkan.Baju nikah yang ditempah khas sudah pun siap dijahit.Warna putih seakan-akan mutiara itu ,dihiasi dengan manik-manik putih di renda baju.Baju nikah yang berbentuk kurung moden itu tampak begitu cantik dan padan dengan diriku.Aku menggayakan baju itu di hadapan cermin.Namun,masih terasa seperti ada yang kekurangan.Lantas aku mencari-cari sesuatu dari dalam beg baju itu.Veil ! Ya,aku terus menggayakan baju itu bersama veil di atas kepala.Walaupun belum sempurna sepenuhnya,namun masih tampak cantik di mataku.

Pintu bilik dikuak luas oleh mak.Memandang aku yang sedang memperagakan baju nikahku sendiri.

"Cantik tak anak mak?",aku bertanyakan sambil memusingkan tubuh badanku ke kiri dan kanan.

Mak mengangguk dan tidak semena-mena air matanya jatuh.Bibirnya berkali-kali mengucapkan perkataan cantik kepadaku.

"Lepas ni,anak dara mak ni dah jadi milik orang.Bila dah kahwin,kita bukan setakat berkahwin dengan suami kita.Tetapi,sekali dengan keluarganya.",ujar mak lembut kepadaku.Kemudian,dia menarik tanganku untuk duduk bersamanya di hujung katil yang sudah pun dihiasi dengan cadar biru yang cantik,dan dipenuhi dengan dulang-dulang hantaran.

"Dengar cakap mak,layan lah mertua kita ni baik-baik macam kita layan mak bapak sendiri.Apa-apa yang lebih kurang tu,maafkan dan halalkan.Jangan terlalu ambil hati atau bermasam muka lama-lama dengan keluarga mertua.",nasihat mak panjang lebar.Dia berhenti seketika.Aku melihat ada air mata jernih di kelopak matanya.Mak memandangku dengan penuh kasih sayang.

Aku memegang jari jemari tuanya dengan kemas.Nampak jelas garisan halus dan kedutan di wajahnya.Namun,demi anak-anaknya wanita ini masih gagah untuk menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang mak.

"Ingat,jangan ulang peristiwa lama lagi.Sikap cepat melenting tu kena ubah,faham?",tiba-tiba mak mengingatkanku .

Peristiwa lama . Aku sudah lama tidak berhubung dengan lelaki itu semenjak dari mula mengenali Rayyan Fahmi.Apakah dia baik-baik saja sekarang ini?

"Baik lah mak.Lisa faham.Lisa dengar dan Lisa janji akan jadi isteri yang Solehah!",aku mengangkat lima jariku kepada mak menunjukkan bahawa aku benar-benar berjanji bahawa aku akan berubah.Kemudian,kami ketawa bersama.Aku memeluk tubuh mak dengan erat.

Bapak yang memerhati gerak geri kami sedari tadi dari luar bilik ,cuma berdehem untuk menarik perhatian.

"Bapak! Apa perasaan bapak bila anak bapak dah nak jadi isteri orang?",sambil aku memperagakan baju nikahku kepadanya pula.

"Alhamdulillah,lepas dah satu tanggungjawab bapak untuk anak yang sorang ni.Lega rasanya boleh pass dosa pahala pada orang lain.",sengaja bapak mengusik.

Aku mencebikkan bibir.Namun,tubuh besarnya itu dipeluk jugak erat-erat.

Selesai aku menyalin pakaian,aku menggantungkan baju nikahku itu di satu sudut.Aku sudah menyediakan setiap keperluan untuk hari pernikahanku dengan rapi.Aku membayangkan hari bersejarah itu berjalan dengan amat indah dan lancar.Segera aku mencapai telefon bimbitku dan mendail nombor insan yang tidak jemu melayan karenahku.

"Assalamualaikum,abang.", aku memberi salam terlebih dahulu .

"Waalaikumsalam.Ada apa call?",soalnya dengan nada yang agak garang tetapi tegas.

"Ganggu ke ni?Saja sayang call.."

"Ohh..",itu sahaja jawapannya.

Kami diam seketika.Entah kenapa,aku merasakan kelainan.

"Abang sibuk ke?Macam mengganggu je?",aku bertanya setelah beberapa detik tidak bercakap.

"Sibuk sikit.Banyak benda nak settle.Nanti je lah call ye?Bye,Assalamualaikum.", terus dia mematikan panggilan.

Terkedu aku dengan sikap dinginnya tiba-tiba.Mungkin dia benar-benar sibuk,sehinggakan tidak sempat untuk berbual denganku walaupun sekejap.Aku cuba mengabaikan perasaan serba tak kena itu dengan menyibukkan diri mengurus hal-hal perkahwinanku.Aku memerhati setiap bungkusan hantaran yang sudah pun dibungkus rapi di atas katil.Hantaran yang berkonsepkan 'hidden' dibalut kemas dengan kain satin berwarna 'metallic purple'.Lima bungkusan hantaran terletak rapi di atas katil berlapikkan dulang emas.

Pada jam 4 petang,aku keluar ditemani mak untuk mencari inai segera.Saat-saat akhir begini,baru teringatkan yang inai belum lagi dicari.

"Dari awal lagi mak dah ingatkan tentang inai ni.Ingatkan Lisa dah tempah!", mak membebel sepanjang dalam perjalanan ke Giant.

"Kalau tak pakai tak boleh ke?Wajib ke pakai?",aku menyoal pada mak sambil memandu kereta Viva milik Kak Long.

Mak memandangku dengan perasaan tidak puas hati.Sekejap-sekejap dia menggelengkan kepalanya.

"Nasiblah mak cuma ada sorang je anak yang meneningkan kepala.",ujar mak sambil memicit-micit kepalanya.Aku hanya ketawa.

Setibanya di Giant,kami terus menuju ke lot kedai yang menjual inai segera.Inai yanh sudah dibancuh siap,cuma tinggal celup dan pakai sahaja.Mudah sekarang untuk mencari apa sahaja.Semuanya ada di merata-rata.

Selepas membeli inai dan sedikit barang untuk kenduri nanti,aku dan mak terus menuju ke kedai pelamin untuk membayar separuh deposit seperti yang dijanjikan.Kemudian,kami terus balik ke rumah.

Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum majlis dijalankan.Moga-moga dipermudahkan segalanya hingga hari kejadian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience