Bab 19

Drama Series 2016

Bab 19~

Seawal 5.30 pagi aku sudah terjaga dari lena yang hanya beberapa jam.Inai yang mengering di setiap jari tangan aku tarik satu per satu.Kemudian,aku mandi segarkan diri sebelum azan Subuh bergema.

Usai mandi,aku terus mendirikan solat wajib 2 rakaat itu dengan tenang dan khusyuk.Aku membaca doa begitu panjang,memohon pada Allah SWT agar hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang .Selepas menggantung semula telekung ungu yang pernah dihadiahkan oleh seseorang pada suatu masa dulu,aku menatap kalendar kuda yang dilekatkan di dinding bilik.Aku memerhati angka yang tertera dalam bulatan merah.

20 ! Ya, hari ini sudah 20 haribulan Jun 2020.Hari yang ditunggu-tunggu dan bermakna bagiku setelah tertangguh lama.Aku bernyanyi gembira seorang diri tanpa sedar sedang diperhatikan.

"Amboi,seronoknya sampai bernyanyi sakan.Seronok nak kawen?",mak yang berdiri sedari tadi saat aku sedang menari-nari ,tiba-tiba mengejutkan aku.

"Lailahailallah ,mak! Kenapa mak masuk bilik tak bagi salam ni? Terkejut Lisa tahu.",aku mengurut dadaku yang berdegup laju tidak semena mena.

Mak terus masuk ke dalam bilik melepasi aku tanpa menghiraukan aku.Dia meneliti satu per satu hantaran yang diletakkan di atas katil.Kemudian,dia melihat jari jemari ku yang dihiasi inai merah.Lantas dia membuka seutas gelang di tangannya dan sarung ke tanganku.

"Nak bertunang ke kahwin ke,mesti kena ada gelang atau rantai emas .Biar nampak seri.", mak memberitahuku sambil membelek gelang yang baru sahaja dia pakaikan untukku.

"Kan elok ni pakai gelang.Nanti tak lah nampak kosong je bila nak sarungkan cincin.Mak andam sampai pukul berapa?",tanya mak.

"Katanya pukul 7 nak datang dah.Tapi,Lisa mintak lewatkan sikit 30 minit sebab nak prepare dulu kan.Mak pun mandi lah siap-siap nanti tak lah kalut.",aku cuma menjawab sambil kembali berbaring di atas katil.Aku masih lagi mengenakan baju T Shirt dan seluar tracksuit biasa sebelum nanti aku tukarkan kepada baju kurung pink yang sedia tergantung di dinding.

"Lisa rehat dulu,awal lagi.Kejap lagi sebelum mula make up,pastikan makan dulu.Jangan biar perut kosong,takut majlis ni lama ke atau mula lambat,nanti sakit pulak perut tu.",mak bercakap sambil dia menuju ke arah dapur.

"Chill lah,mak.Lisa makan nanti.",aku membalas sambil menghantar whatsapp pada Rayyan.Entah dah bangun ke belum mamat ni?

'Good Morning,sayang.Abang dah bangun dan dah solat Subuh pun.Kejap lagi pukul 8 lebih baru nak bertolak ke Penang.Happy tak sayang hari ni?' , Rayyan membalas whatsappku.

Aku tersengih tanpa henti sambil membalas whatsappnya.Hari ni aku merasakan dunia ini bagai ana yang punya.

'Happy bercampur takut.Rasa macam tak percaya yang kita nak bertunang.Rasa macam mimpi!' , aku membalas.

'See you soon,my future fiance', ayat Rayyan membuatkan jiwaku bergetar.Ya Allah,permudahkanlah urusan kami hari ini.Amin.

15 minit kemudian,aku bangun dan menjamah sedikit roti yang disapu kaya dan air teh o panas.

Pada 7.30 pagi,seperti yang dijanjikan Kak Eyla,dia sudah terpacak di hadapan pintu rumah.Sebuah bilik sudah tersedia khas untuk bersiap-siap dan make up.

"Hai,Lisa.Dah makan pagi ke?",tanya Kak Eyla sambil menyusun barang-barangnya di atas meja untuk persiapan tugasnya pagi itu.Aku hanya mengangguk.

Ternyata,rasa gementar semakin terasa apabila waktu semakin dekat.Aku membersihkan wajah tanpa mencalit sebarang skincare,dan menadah wajahku sepenuhnya untuk 'diconteng' oleh Kak Eyla pada pagi itu.

"So,nak make up yang macam mana? Yang soft ke atau nak nampak garang-garang sikit?", Kak Eyla memegang beberapa botol foundation dan SPF yang berbeza.

"Kalau nak request yang ala-ala pinky sikit boleh tak?Saya suka pink-pink ni.Hehehe",aku membalas sambil tersengih.

Dia menganggukkan kepalanya.Dan,dia terus memulakan kerjanya pada wajahku yang kosong ini.Sambil Kak Eyla 'make up'kan aku,kami berbual seketika untuk menghilangkan rasa resah dan debaran yang begitu kuat memukul di dada . Ya! Aku mula terasa takut dan gementar.

"Ini kali pertama ke nak jumpa dengan family bakal tunang?",soalnya sambil melukiskan keningku.Aku memejamkan mata bagi memudahkan kerjanya.

"Ya,kali pertama.Saya tak pernah sembang pun dengan family dia,termasuk parents dia.Sebab perkenalan kami agak singkat.",aku menerangkan padanya jika itulah kali pertama untuk aku bertentang mata dengan seluruh keluarganya.

"Oh,patutlah nampak takut.First time lah ni,nak jumpa mentua?",dia tersenyum mengusikku.

Aku sekadar tersengih.Tak mahu terlalu banyak bercakap takut akan mengganggu kerjanya.Kak Eyla mekapkan wajahku dengan begitu berhati-hati dan perlahan.Setiap kali hendak menyapu sesuatu pada wajah aku,pastinya dia akan bertanya terlebih dahulu supaya sama-sama tidak mengalami perasaan tidak puas hati.Memang aku berpuas hati dengan cara kerjanya,dari hasil yang aku lihat melalui Facnya,begitu banyak 'client' yang suka dengan sentuhannya itu.

Sudah 2 jam lebih aku menadah wajahku kepadanya,dan deringan telefon memaksanya untuk berhenti seketika.

"Hah?Dah sampai?Kejap-kejap!Tak siap lagi ni!", aku agak tersentak dengan panggilan itu.

Aku keluar dari bilik dalam keadaan separa siap terus mencari sosok badan mak. Aku terlihat Kak Long yang sedang sibuk mengurus ruang tamu,menyediakan pinggan dan cawan plastik di atas meja luar.

"Kak Long!Depa dah sampai!Cepat-cepat settlekan semua.",kelam kabut kami jadinya saat ini.

Aku bergegas semula ke dalam bilik untuk menghabiskan sesi make up dan bersiap sebelum mereka tiba.Aku terus menghantar pesanan ringkas pada Rayyan Fahmi.

'Tunggu kejap dalam masa lagi 20 minit,boleh?Sayang belum siap lagi ni.Nanti sayang dah siap sayang whatsapp abang.' -Lisa

Selepas 5 minit,dia membalas 'OK'. Aku menadah semula wajah kepada Kak Eyla untuk menghabiskan apa yang dimulainya.Dia juga cepat-cepat memakaikan aku selendang pink yang sudah tersedia bersama veil dan akhir sekali meletakkan cekak seakan 'crown' di atas kepala sebagai perhiasan.

'Ok,dah siap.Boleh datang'-Lisa

Aku keluar dari bilik untuk menghantar Kak Eyla pulang.Semua ahli keluargaku yang berada di ruang tamu itu kelihatan terpana melihat hasil yang dikenakan oleh Kak Eyla tadi.Mereka bagaikan tidak percaya kalau yang sedang mereka lihat itu adalah aku,terutamanya pak cikku,Abah Ab.

"Cantiknya adik..",Kak Ilah memujiku. Ah! Merah habis pipiku.

Kak Adah yang curi-curi mengambil gambarku,tersenyum-senyum sambil memegang tanganku.

"Jarang-jarang adik mekap,sekali mekap lawa sangat!", Kak Adah juga bagaikan terpana.Apatah lagi reaksi mak,Kak Long dan adik bongsuku Suhaila.Mereka juga terpukau melihat wajahku yang berseri-seri.Aku yang melihat wajahku sendiri di hadapan cermin juga,bagai tidak percaya kalau itu adalah diriku sendiri.

Aku kembali duduk di dalam bilik,di atas pelamin yang di'request' olehku daripada Yunus Pelamin.Yunus yang sudah kami kenali begitu lama,merupakan seorang yang bisu dan pekak,tetapi cukup pandai membuat kerja-kerja pelamin.Pelamin yang berwarna putih campur merah jambu dan biru itu,dimeriahkan dengan lampu spot light yang terang .

Dan,aku mula terdengar orang yang memberi salam antara satu sama lain di luar bilik.Hatiku yang tenang seketika tadi mula berdebar bagai nak pecah saat itu.Kak Ilah dan Kak Adah berdiri di sisiku menemani untuk meredakan perasaan gemuruh.Berkali-kali lidahku membaca doa perlahan sambil menarik nafas panjang.

'Ya Allah,permudahkanlah urusanku hari ini.', doaku sekali lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience