BAB 1 ~
Aku sedang duduk di sebuah kerusi kayu yang tersedia dalam mall itu.Suasana yang hanya ditemani dengan lagu dan iklan dalam mall itu,membuatkan Queensbay tidak rasa begitu sunyi.Sementara menunggu Fatihah beratur untuk membeli ais krim yang diperbuat daripada yogurt itu,aku melayan Tiktok yang sememangnya menjadi satu aplikasi utama bagi setiap orang muda. Ada konten yang membawa faedah,dan tidak kurang
juga konten yang boleh membuatkan orang rasa tidak senang untuk melihatnya. Hampir 15 minit menunggu,akhirnya terpacul juga Fatihah di depanku bersama dua cawan ais krim yogurt.
"Nah,satu untuk kau." , Fatihah menyua ais krim yogurt yang berlimpahan coklat dan cornflakes. Dan, di tangannya ada satu lagi ais krim yogurt yang berlimpahan sos strawberry dan potongan kecil buah strawberry.
" Thanks,Teha.Kejap lagi aku bayar kat kau eh? Aku belum tekan duit cash lagi lah.", aku tersengih sambil menyuapkan ais krim itu ke mulut. Nikmatnya aiskrim itu,jarang sekali aku dapat makan.Jika selalu nak membeli aiskrim itu , memang tak lah jawabnya.
" Faham dah. Tak pe,aku percaya dengan kau.Kau tak pernah lupa setiap hutang yang kau pinjam.Dari dulu lagi kan kau macam tu. Macam lah tak biasa." , Fatihah selamba duduk di sebelahnya sambil menyuap sedikit demi sedikit aiskrim ke dalam mulutnya.
Orang ramai lalu-lalang di hadapan kami yang sedang duduk di atas kerusi kayu hujung sudut kedai F.O.S. . Sedang asyik menikmati ais krim bersos coklat itu,tiba-tiba Fatihah menunjukkan skrin telefon bimbitnya.Aku bagaikan bingung. Ditunjuknya gambar seorang lelaki yang tidak dikenali.
"Siapa pulak tu?", soalku sambil membelek rupa paras lelaki itu melalui telefon bimbit Fatihah.Hensem ,detik dalam hatiku.Mulutku masih lagi menelan aiskrim yang masih bersisa dalam cawan itu.Fatihah tersengih-sengih malu.Aku mula faham dengan reaksinya.
"Ada lagi la tu!" , aku cuba menduga sambil memandang wajahnya. Dia masih tersenyum malu sambil menjamah ais krim nya sedikit demi sedikit.
"Aku kenal dia dari aplikasi OMI.", jawabnya ringkas.
"Oh..apa benda OMI tu? Kena download ke? " , Aku bertanya dengan rasa ingin tahu. Aku jarang sekali berkenalan dengan lelaki yang tak dikenali melalui sosial media.Kecuali seorang lelaki yang benar-benar hampir musnahkan masa depan ku.
"Ye lah,kena download lah baru boleh guna.Aku sarankan baik kau cari lelaki yang lebih baik dari dia dalam ni.Daripada kau terus nak bercinta tanpa ada hujung pangkalnya." , tegas Fatihah bersuara padaku walaupun aku tahu jauh dari sudut hatinya dia sangat menjaga aku daripada tersasar jauh dari perkara yang tidak sepatutnya.
Ya ! Betul kata Fatihah itu. Sampai bila aku nak terus menanti dengan harapan palsunya itu ? Aku masih lagi ingat janji nya tiga tahun lalu.Ya , sudah tiga tahun janji itu, tapi tidak pernah sekali pun dia tepati.
'Sayang tunggu abang ya. One day, abang akan datang meminang sayang okey ? '
Kalau diingatkan semula, memang sakit hati ini. Ye lah, sampai bila aku nak menolak setiap lelaki yang datang hanya semata-mata kerana lelaki yang memberi harapan palsu itu !
"Hah ! Fikirkan apa pulak tu ? ", suara Fatihah membuatkan aku tersedar semula dari khayalan. Aku hanya menggeleng kepala.
"Kau still contact mamat buaya tu ke? " , soal Fatihah. Tersedak aku tiba-tiba dengar dia menggelar lelaki itu 'buaya'.
"Eii..Tak baiknya kau. Jangan lah panggil dia macam tu." , aku mula berasa tidak selesa. Aku pasti, Fatihah tak pernah putus asa cuba untuk meleraikan hubungan yang salah ini. Hanya dia saja sahabat baikku yang tahu luar dalam tentang diri aku.Best friend forever lah katakan.
Ya ! Salah ! Salah sebenarnya apa yang aku lakukan sekarang ini. Bukan aku tidak sedar,cuma masa yang masih belum mahu menghentikan semua ini. Aku cepat-cepat beralih semula ke topik yang asal.Tak mahu terus disoal macam-macam lagi tentang aku.
"Jadi,bila kau plan nak jumpa dengan dia? " , aku mengikis sisa aiskrim dalam bekas itu.
" Mungkin bulan depan kot.Sebab dia sekarang ada di Johor,travel ke sana hantar barang. Lagi dua minggu baru balik Penang." , Fatihah menjawab sambil mengelap bajunya yang kotor gara-gara aiskrim tertumpah di atas blouse putihnya itu.
Aku mengangguk faham.Usai makan aiskrim itu, kami terus bergerak ke sebuah lot dalam mall yang agak bising . Kedengaran sayup-sayup orang dari dalam bilik-bilik Redbox mula bernyanyi,ada yang menjerit-jerit.Sesekali terdengar orang ketawa dari dalam bilik yang tersedia.Aku dan Fatihah wajib dalam sebulan melepaskan segala rasa tekanan,perasaan dan masalah remeh di situ. Bilik karaoke yang menjadi tempat untuk kami bersuka-suka dan meluangkan masa.
Aku duduk di hadapan skrin televisyen kecil yang menyiarkan tajuk-tajuk lagu dan penyanyi.Tanpa membuang masa,aku terus memilih dua buah lagu kesukaan ku dan kemudian memberi ruang pada Fatihah pula untuk memilih lagu yang akan dia nyanyikan sebentar lagi. Aku bersedia sambil memegang mikrofon itu, meniup perlahan ke arah permukaan mikrofon . Kami terus bergelak tawa di dalam bilik yang kedap suara,yang pasti tiada orang lain akan mendengar apa yang kami nyanyikan atau bicara di dalam bilik itu.
Kami bersilih ganti menyanyikan lagu kegemaran sambil minum air oren yang kami pesan. Hampir 3 jam di dalam bilik karaoke itu,tidak sedar masa pun telah tamat.Kami ketawa antara satu sama lain.Setelah keluar dari bilik itu, aku terus berasa sedikit pening kerana sedari tadi kami duduk di dalam bilik yang agak kelam.
Kami mula berjalan perlahan sambil bersembang antara satu sama lain,menuju ke eskelator untuk turun ke bawah.
Kami keluar dari bangunan Queensbay itu dan duduk di atas batu-batu besar yang menghadap air laut.Mendengar deruan ombak yang perlahan itu membuatkan perasaan ini menjadi lebih tenang.
"Eh,Lisa.Kau tak nak cuba pakai aplikasi yang aku pakai ni ke? Mana lah tahu,tiba-tiba dapat jodoh ! ", Fatihah mula memecahkan kesepian antara kami berdua. Ish ! Tak kuasalah aku nak mulakan semula apa yang telah terjadi. Cukup lah dengan kekecewaan yang diberikan oleh mamat pilot TUDM tu.
"Bukan aku tak mahu,Teha.Tapi,aku macam belum bersedia lagi lah.Aku takut, pisang berbuah dua kali lagi ! ", uraiku dengan penuh rasa hampa.
'Makanya jatuh cinta mikir dulu..', Fatihah sengaja menyanyikan baris lagu itu tuju kepadaku. Aku hanya mencebik bibir. Kemudian,dia terus ketawa terbahak-bahak melihat reaksi wajahku yang monyok itu.
"Halah,kau ni. Jangan lah serius sangat.Tapi,aku serius ni.Nak tolong kau keluar dari bala ni.Lagipun,tak baik kalau kau teruskan hubungan ni lama-lama..", Fatihah berkata dengan nada yang serius kemudiannya.Terlihat kejujuran dalam anak matanya itu sungguh-sungguh mahu bantu aku mencari jalan yang hakiki.
Aku hanya mendiamkan diri.Sepi seketika antara kami,hanya terdengar deruan ombak laut yang sesekali berkocak.Nak dilepaskan berat,nak ditahan sia-sia.Entah ! Berkecamuk akal fikiran ku jika difikirkan lagi. Tiba-tiba, Fatihah menyinggung bahuku.Dia mengangkat keningnya.
"Apa lagi,Nur Lisa Wahyuni? Ajak kau keluar pun,asyik menung je.Kejap-kejap menung.Entah apa lah yang kau angankan.", Fatihah membebel kepadaku.Aku cuma ketawa.Terus aku mengajaknya untuk pulang kerana hari pun kian gelap.Sekali kami berjumpa,memang berjam-jam lamanya.Payah nak berenggang macam tiada hari esok.
Tepat jam 7.40 malam,aku pun selamat sampai di hadapan rumah pangsaku.Aku menutup perlahan pintu kereta Fatihah.Dia membuka sedikit cermin tingkapnya.
"Lisa,kau balik nanti kau jangan lupa download tau ! Aku yakin kau akan jumpa yang the best in your life okay? Kau lupakan jelah mamat haprak tu, tau ? " , sungguh-sungguh Fatihah mengingatkan aku.Aku terus menghamburkan tawa sambil melambai ke arah kereta Bezza putih yang mula bergerak meninggalkan aku di belakang.
Aku mula melangkah masuk ke dalam lif dan menekan punat yang bertulis angka 2. Kemudian,aku keluar dari lif menuju ke arah sebuah pintu bewarna merah hati dan mengetuknya perlahan. Akhirnya, aku tiba jua di rumah. Mak dan bapak yang masih berada di ruang tamu,menonton televisyen sambil menjamah nasi.Sudah menjadi kebiasaan kami,masih makan nasi walaupun jam sudah pun menginjak pukul 8.00 malam.
"Pergi mana je tadi?Habiskan duit lagi ke? Bila nak mula mengumpul ni? Orang lain semua dah kahwin,beranak pinak.Mak ni tengok Lisa masih lagi tak de kawan.Jual mahal ke dengan diorang semua? ", mak menyambut kepulanganku dengan bebelannya lagi.Aduh! Sudah hampir setahun , mak bertanyakan soalan yang sama.Letih juga untuk aku menjawabnya acap kali.
"Bukan jual mahal,mak.Tapi,belum jumpa yang betul-betul lagi lah.Nanti dah jumpa,ha kahwin je terus.", aku menjawab selamba sambil duduk di sebelah mak dan bapak yang masih lagi menikmati makan malam.
"Mak kau tu bukan memaksa.Cuma ye lah,risau tengok Lisa sekarang ni.Dah semakin berani nak keluar sampai malam.Kadang-kadang,lepas Isyak turun ke bawah nak jumpa kawanlah katanya.Entah siapa yang Lisa jumpa malam semalam tu? Lelaki ke perempuan?", Bapak menyampuk tatkala melihat Mak mula hampir hendak melampiaskan amarahnya.
Aku mula berasa serabut.Lantas aku menghentak kerusi yang aku duduk tadi.
"Dah lah! Rimas lah asyik tanya soalan yang sama.Cuba lah bagi kebebasan sikit pada Lisa. Lisa bukan budak kecik lagi.Dah besar.Tahu lah apa yang Lisa buat! ", aku mula membentak.
Terkejut dengan sikap ku, bapak dan mak tidak mampu berkata apa-apa.Ya,anaknya yang sudah menginjak usia 27 tahun itu mula berubah.Barangkali letih membuatkan aku tidam mampu control emosiku.Letih seharian berjalan terasa di penghujung hari.Aku terus masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu.Kedengaran mak memanggil namaku berkali-kali.Tapi,aku lebih memilih untuk tidak menyahut dan berdiam diri.
Entah kenapa aku bersikap sedemikian sebentar tadi.Tiba-tiba air mataku mengalir di pipi.Ya Allah, apa yang baru saja berlaku tadi? Kenapa aku berkasar dengan mak bapak tadi? Ya Allah,ampunkan aku !
Setelah 20 minit,keadaan agak tenang.Aku keluar dari bilik untuk mandi dan mengambil wuduk.Aku membentangkan sejadah di hadapan ku dan menunaikan solat fardhu Isyak.Usai memberi salam terakhir,aku menadah tangan dan berdoa sesungguhnya memohon keampunan.Aku khilaf! Aku telah melampaui batasku ! Ya Allah,ampunkan aku!
Malam mula terasa semakin sepi.Lampu telah pun dipadam sedari tadi,hanya menyalakan lampu kecil di atas meja sebelah katil.Aku menatap telefon bimbitku.Tiada mesej yang masuk.Barangkali dia sudah benar-benar sibuk dengan kerjanya.Bagi meredakan perasaanku yang sebentar tadi marah,aku mula menjelajah aplikasi OMI yang tempoh hari aku download.
'Banyaknya orang dalam ni', aku berbisik pada diri sendiri.Aku menetapkan jarak dan umur yang tertera dalam aplikasi itu , dan mula swipe untuk memilih dengan siapa yang aku mahu berkenalan.
Melihat pelbagai orang yang ada di dalam aplikasi itu,kadang kala membuatkan aku berasa lucu dengan deskripsi mereka. Ada yang sudah pun berusia 50 an,tetapi masih lagi mencari jodoh dalam aplikasi OMI.Tidak kurang juga,yang sudah pun berisiteri,tapi mereka hanya sekadar mencari teman baru untuk menambah kenalan.Aku hanya mampu untuk memilih 10 orang sahaja kerana aplikasi itu berbayar.Jika aku nak memilih lebih lagi,aku harus bayar. Jadi,aku cuma perlu menunggu jawapan dari mereka yang aku pilih tadi atau keesokannya aku harus memilih lagi buat kali keduanya.
Mataku mula terasa berat. Aku terus menutup lampu bilik dan rebahkan kepalaku di atas bantal empuk .Mataku terpejam rapat.Nyenyak sehingga tidak menyedari apa yang berlaku sekelilingku.
permulaan yang membawa kepada perubahan hidup.Hidup Nur Lisa Wahyuni yang sebelumnya sangat kucar kacir,akhirnya menjadi lebih baik setelah bertemu dengan lelaki yang sempurna. Apakah yang terjadi seterusnya?
Share this novel