Bab 26 ~
Suasana sepi sepanjang melepasi kesesakan jalan raya.Sehingga kereta waja itu mula menaiki jambatan Pulau Pinang,radio dihidupkan dan lagu 'Cinta Tersimpul Rapi' dimainkan.Aku hanya melayan lagu di radio sementara Rayyan pula fokus memandu sepanjang jalan.Aku masih tidak tahu ke mana arah tujuan kami.Aku hanya melayan pemandangan di luar kereta .
"Abang nak bawak sayang ke mana ni?", soalku setelah lama saling menyepi.
"Pak Mat Western", balasnya sepatah.Aku agak teruja kerana ini kali pertama aku akan ke tempat makan yang sedang diviralkan sekarang.Namun,keterujaanku mati tatkala Rayyan bersuara kembali.
"Sapa lelaki tadi?Bukan main rapat lagi.Rancak bersembang.",ucapnya sambil memandu di jalanraya Seberang Perai.
Aku merasakan seperti Rayyan memandu sedikit laju daripada biasa.Aku hanya diam.
"Kawan tempat kerja lah.Jealous ke?",aku sekadar bertanya.Tapi,dia masih terus berdiam diri.
Setelah 40 minit,kami telah pun sampai di hadapan Pak Mat Western.Aku melihat ke dalam kedai yang begitu ramai orang.Jam sudah pun menunjukkan pukul 7 malam.Kereta Rayyan berhenti di belakang bangunan Pak Mat Western,kerana di hadapan semuanya sudah dipenuhi.
"Tak lambat ke nanti?Ramai jugak orang ni.", aku bertanya sambil bersedia untuk keluar dari tempat duduk kereta.
"Allahuakbar!!", tidak semena-mena Rayyan menjerit.Kemudian,serta-merta dia menghempas kuat pintu kereta semula.Aku agak tergamam dengan kelakuannya.
"Dah ! Jum balik.Tak dak mood dah nak makan.",dia menghidupkan enjin dan terus keluar dari persimpangan kedai makan besar itu.
Aku yang belum sempat membuka pintu kereta tergamam dengan tindakan serta mertanya itu.Kereta dipandu laju selaju 120 kilometer per jam.Aku memegang apa yang boleh kerana takut terhentak .
Abang,slow sikit boleh tak?Apahal tiba-tiba ni?Tak semena-mena tadi nak balik bila dah sampai.Ni bawak pulak laju-laju.Apa masalahnya?",tanganku masih berpaut pada pemegang di bahagian atas.
"Fikir lah sendiri!Sendiri yang punca,lepas tu boleh tanya lagi .",Rayyan sekadar menjawab acuh tak acuh.
"Apa dia pulak ni?Tadi ni kata lapar.Lepas tu,dah sampai,tak nak turun.Bebal macam ni,tak akan menyelesaikan masalah pun.", aku masih bingung.Entah apa yang merasuki Rayyan saat itu.
"Lain kali aje lah makan sana.Bila-bila pun boleh pergi lagi selagi ada rezeki kita.Entah lah esok nanti,kita ni masih bersama ke tak..",dia memperlahankan nadanya di hujung ayat. Apa maksudnya itu?Aku masih tidak mengerti apa yang terjadi.
Lama aku kembali mendiamkan diri,akhirnya aku bersuara untuk berhenti seketika di kawasan rehat.Dia memberhentikan keretanya,dan aku turun menuju terus ke tandas perempuan di sana.
Aku yang sedari tadi menahan air mata,akhirnya menitis jua.Aku bermati-matian memikirkan apa silapku.Apakah sekadar dia melihat aku dengan Asrul petang tadi membuatkan dirinya marah sampai begitu?Tidak mungkin! Aku tidak melampaui batasku,aku masih tahu adab dan batasku.Terlalu cemburukah dia?Tapi,sekarang bukan saat yang tepat untuk menjelaskan apa-apa lagi,dek kerana hati yang masih membara.Dia tidak akan menerima sebarang alasan yang dilemparkan.
Selesai mencuci muka,aku keluar kembali ke kereta.Wajahnya masih merah padam.Dan,aku masih berdiam diri.
"Hantar balik je lah.Tak larat dah.Letih.",hanya itu ayat yang mampu ku ucap.
Tanpa sebarang kata,Rayyan kembali memandu,tetapi kali ini lebih tenang dari yang tadi.
Pada jam 8.40 malam,kereta diberhentikan di hadapan restoran mamak.Berdekatan dengan pejabatku.Aku memandangnya,tanpa sebarang kata.
"Jumlah,makan.Satgi balik lapar pulak.Keluar lah."dia memanggilku saat dia sudah pun berdiri di sebelah pintu kereta.Mahu tak mahu,aku tetap perlu menurutinya.
Dia memesan 2 set naan cheese dan ayam tandoori berserta air nescafe ais dan milo ais.Kami menjamah makan malam itu dengan sepi.Tanpa berkata-kata,mahupun berbicara.Seolah-olah,kami sedang menikmati hidangan di meja yang berasingan.
Habis menikmati makan malam itu,Rayyan terus menghantarku pulang.Saat tiba di tepi jalan,aku hanya menatap rumah flat yang sudah berusia lebih kurang 28 tahun itu.Rasa di jiwa bagai di siat-siat.Peristiwa petang tadi masih teringat-ingat.
"Tak nak balik ke?",soalan Rayyan memecah khayalanku.
"Bawak pusing satu kali boleh?Ada benda nak dicakap.",aku memandang tepat ke arah anak matanya.Matanya merah menyala bagaikan nak terkam mangsa.Aku kembali menatap jalan raya yang sunyi itu saat kereta mula bergerak.
Akhirnya,dia berhentikan keretanya di tepi jalan,berdekatan dengan sebuah sekolah jepun,di belakang bahagian rumah pangsapuriku itu.
Aku melihat kelilingku yang terang ditemani lampu jalan.Kemudian,aku memusingkan tubuhku menghadap Rayyan.Perlahan aku mencapai jari jemarinya.
"Abang,kalau sayang buat salah,sayang minta maaf.Sayang kadang-kadang tak sedar apa yang sayang dah buat.Apa salah sayang.Tapi,kalau abang masih nak marah,marahlah sayang sepuas puasnya.Tak apa,sayang terima dan dengar.",aku menatap wajahnya mengharapkan simpati.
Dia menoleh ke arahku.Perlahan-lahan dia menarik tangannya daripadaku.Aku tersentak dengan perbuatannya,namun wajahku masih lagi ditemani air mata yang menitis laju.
"Hmm,sudahlah nangis tu.Tak kan jadi apa-apa pun.Sekarang keputusan kat tangan sayang.Abang rasa,sayang pun dah kenal abang kan?Cukup 7 bulan kita kenal.Jadi,sayang boleh buat keputusan sekarang sebelum terlambat.",ayatnya begitu pedih di halwa telingaku.Kenapa tiba-tiba sahaja dia berubah sikap?
"Apa maksud abang ni? Tak ada angin,tak ada ribut,nak cakap pasal keputusan pulak.Keputusan apanya?Sayang tak faham.",aku mengerutkan keningku.
"Ye lah,abang tahu sayang dah tak tahan kan dengan perangai merajuk abang yang tak tentu pasal ni.Lepas ni,kalau kahwin,sayang nak hadap lagi banyak karenah abang.Daripada sakit hati memanjang,lebih baik buat je keputusan dari sekarang."
"Astaghfirullahalazim!Abang,bawa mengucap.Abang sedar tak apa yang abang tengah cakap ni?", giliranku pula yang mula hendak berasa marah.
Marah dengan perkataannya.Entah apa yang di fikirannya saat ini.Dia masih diam membisu.Aku juga buntu.Buntu untuk berkata apa-apa.
"Dah,hantar sayang balik.Kita tenangkan diri seketika dulu.Tak perlu contact sementara waktu.",aku memutuskan untuk memberi ruang antara kami.
Aku yakin,ini fasa perkenalan kami.Kami tidak pernah mengenali dengan betul antara satu sama lain,apatah lagi bertemu dengan kerap kali.Mungkin ini ujian pertunangan.Aku yakin,pasti ada jalan yang terbaik untuk menyelesaikan setiap masalah.
Sebelum aku keluar dari perut kereta wajanya,Rayyan menahanku sambil memegang tanganku.
"Masih ada waktu lagi andai nak undur diri.Abang tak nak nanti sayang terbeban nak melayan karenah abang",kemudian perlahan-lahan dia melepaskan tanganku semula.
Aku keluar dari keretanya dan menutup pintu kereta rapat.Dalam sesaat dua,dia terus memandu ke hadapan tanpa menunggu sesaat pun.Dia langsung tidak memujuk.Dan,aku melangkah longlai pulang ke rumah.Tidak mahu memikirkan apa-apa lagi,aku hanya mahu berehat.Merehatkan minda dan jiwa yang tidak tenteram.
Jodoh kiriman Tuhan ini sentiasa membuatku runsing dengan sikapnya yang sekejap dingin,sekejap okey.Setelah aku selesai membersihkan diri,aku mengenakan baju tidurku yang berwarna ungu bersama seluar bercorak petak.Kemudian,aku merebahkan tubuh di atas tilam.Badan yang sedari tadi berasa sangat lenguh,mula merasa selesa saat sudahpun berbaring di katil.
Share this novel