Bab 34

Drama Series 2016

Bab 34~

Hari ini hari yang paling senang buat diriku.Rayyan sampai di Pulau Pinang awal pagi tadi,dan dia singgah di flat terlebih dahulu.Aku masih di pejabat menguruskan kerja-kerja yang masih banyak.Seperti biasa,makanan tengah hari akan disponsor oleh bos.Kali ini bos belanjakan nasi beriani ayam.Cukup ambil bau sudah boleh membuatkan perut berasa lapar.

"Lisa last bila?",Mamu Ali bertanya saat semua berkumpul makan tengah hari itu.

"Minggu depan,Mamu.Lepas tu,Lisa ikut suami balik Alor Setar.",aku menjelaskan sambil mengunyah nasi bersama ayam itu.Nikmat dan aroma nasi itu benar-benar sedap dan mengasyikkan.

"Dah pergi klinik cek ke?",Kak Mariam pula bertanya seakan berbisik.

Aku mengangguk.

"Dah,tapi esok nak pergi hospital Lam Wah Ee pulak cek dengan Rayyan.Nak bagi dia happy dapat tengok sama-sama ", ujarku gembira.

Setelah selesai makan,masing-masing mula sibukkan diri.Aku di dalam pejabat masih meneruskan kerja yang sama,menyiapkan segala dokumen tender hingga hujung tahun.

Jam menunjukkan pukul 5 petang.Aku yang dari awal sudah meminta izin untuk pulang lebih awal satu jam itu mula bergerak untuk pulang.Rayyan yang setia menunggu di hadapan kedai menyambutku dengan senyuman mesra .

"Dah habis semua kerja?",Rayyan bertanya saat kereta mula bergerak.

"Belum lagi.Tapi,apa pun sebelum minggu depan nak kena settle semua.",aku menjawab.

"Hm,abang boleh teman sayang sampai esok aje tau..Bulan depan abang dah sibuk jaga pusat kuarantin.",Rayyan memberitahuku.

Aku bermenung seketika.Apa maksudnya aku harus berpisah lagi dengannya buat sementara waktu?Ah! Aku sudah tidak sanggup.Tapi,apa kan daya.Takdir Tuhan menguasai segalanya.Mahu atau tidak,aku tetap perlu hadap masalah dahulu sebelum mencapai nikmatnya bersabar.

Setelah 30 minit,kami sudah pun sampai di rumah.Aku berasa sangat letih,dan ingin berehat.Aku terus menyalin pakaian dan membasuh kaki dahulu.

"Sayang nak tidur jap.Nanti, kejutkan sayang.",terus aku merebahkan badan di atas katil.Mata yang berasa sangat berat,badan yang terlalu letih.Aku benar-benar perlukan rehat yang cukup demi kesihatan diriku.

Rayyan mengejutku perlahan-lahan.Aku menggesek mata dan melihat di luar jendela yang sudah kelihatan senja.Aku terus bangun dan mandi sebelum azan Maghrib bergema.Ketika aku sudah mandi,aku melihat Rayyan yang sedang rancak berborak dengan mak dan bapak di ruang tamu.Aku hanya menjadi pendengar dari jauh.

Selepas maghrib,Rayyan yang bersandar di kusyen panjang sambil menonton televisyen.Tiada siaran yang menarik untuk ditonton,cuma sekadar untuk mengisi masa terluang yang ada.Mak yang juga sedang menonton sketsa melayu itu,sesekali bersembang dengan Rayyan.

"Mak nak cadang kat Rayyan,nak suruh Lisa bersalin dekat Hospital Lam Wah Ee aje.",mak memulakan bicaranya.

"Hospital swasta ke?Tapi Rayyan tak banyak duit,mak..Mahal swasta.Kalau kerajaan percuma lah sebab Rayyan kerja bawah KKM",Rayyan cuba memberi pendapatnya.

"Demi keselamatan Lisa dan anak dia nanti,baik hantar ke swasta je,Rayyan.Tak payah risau la,duit semua mak tanggung."

"Banyak kos tu mak..Mahal.Kurang-kurang pun mau dekat RM3000.Kalau kerajaan tak payah bayar mahal-mahal.Semua boleh letak bawah nama Rayyan,dan boleh dapat first class jugak",Rayyan memandang ke arahku.Matanya tepat melihat anak mataku dengan harapan aku juga akan bersetuju dengan pandangannya.

"Mak faham,tapi mak jugak nak Rayyan tahu.Lisa ada duit insurans yang dia dah simpan selama 3 tahun ni.Jadi,banyak simpanan dia cecah dekat RM40,000.Mak ingat nak keluarkan duit tu untuk tanggung kos selama dia check up dan bersalin di Hospital Lam Wah Ee tu.",mak berusaha untuk meyakinkan Rayyan.

Mahu atau tidak,akhirnya dia terpaksa untuk akur.

"Oh,ya.Esok pagi dah mula appointment pertama di Lam Wah Ee.Jangan lupa pergi ya .",mak mengingatkan kami berdua sebelum beredar ke bilik tidurnya.

Kami saling berpandangan.Aku tidak mampu untuk menolak mahupun membantah.Kerana aku sudah sedia maklum jika mak mengatakan 'ya' ,tiada siapa berani jawab sebaliknya.

Setelah solat isya,mata mula berasa berat.Lampu bilik sudah dipadamkan.Penghawa dingin yang dibuka awal 30 minit sebelum tidur,mula terasa hingga ke tulang rusuk.Aku mula menyelimuti tubuh kami berdua dan saling menghangatkan badan.Satu kucupan singgah di dahiku.

"Abang..",aku memanggil perlahan.

"Hmm..",dia menjawab.

"Sayang nak ikut abang balik Langkawi boleh?Sayang nak duduk dengan abang..",aku sengaja membuat nada memujuk.Dia mengusap kepalaku.

"Nanti lah sayang..Bagi abang cari rumah dulu.Duduk rumah bilik tu tak selesa nanti.Kesian kat sayang",Rayyan mengusap bahuku pula.Sengaja dia mendekatkan tubuhnya lebih dekat denganku.

"Tapi,sayang dah tak sanggup nak tahan rindu macam ni.Rasa rindu ni menyeksa sayang",tiba-tiba air mataku mengalir.Hatiku rasa sebak.

"Jangan lah macam ni sayang.Abang rasa serba salah macam ni tau.Abang bukan tak bagi sayang ikut balik,tapi tunggulah.Satu hari pasti akan stay sekali.",Rayyan memelukku dengan erat.

Seketika saat suasana reda,aku berbaring di atas lengannya.

"Dah jum lena ya?Esok pagi nak pi tengok baby.Kena rest.Jum tidur.",Rayyan mengeratkan lagi pelukannya sambil memejamkan mata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience