Bab 21 ~
"Lisa,turun bawah sekarang.Bos nak jumpa.", Nazurah yang masih termengah mengah naik ke atas menghampiriku.
"Hah?Kenapa pulak?Ada apa hal?",aku hairan.Semua kerjaku sudah beres.Setiap dokumen sekolah jugak aku sudah semak sehabis mungkin.Cuma tinggal lagi 6 set dokumen yang masih ada pada tangan penyelia.
"Entah,aku pun tak pasti.Tapi Anwar si botak tu ada dalam bilik bos.",Nazurah memberitahu.Dia sedia maklum jika aku cukup pantang mendengar namanya.
"Ah!Kenapa bos kena panggil aku masa dia ada ni?Ada lah tu kerja nak bagi.", aku yang masih geram mengambil sebatang pen dan kertas terus turun ke bawah menuju ke bilik bos.
Aku mengetuk perlahan biliknya sebelum masuk.Aku melihat ada 3 orang dalam bilik yang kecil itu.Saat aku menolak pintu,rasa dingin air cond terasa menyerap ke dalam tubuhku.Aku berdiri di antara bos,Anwar dan juga lagi seorang lelaki yang aku tidak kenal siapa dia.
"Bos panggil saya ke? Ada apa ya?", aku bertanya saat berdiri di hadapanya.Melihat dia seakan akan sedang mencari kertas yang berselerakan di atas mejanya .Dia menyusun dan stepler satu per satu sebelum menyerahkan kepadaku.
"Sini ada 4 set dokumen tender,Lisa.Setiap set ni ,saya nak Lisa buatkan DO dan invois.Satu original,dan satu lagi copy fotostat.Macam biasalah,jumaat ni boleh siap tak?",bos menghulur set itu kepadaku.
"InshaAllah bos.Saya buat yang terbaik.",jawabku.
"Sorry tak hadir pertunangan Lisa tempoh hari.Tahniah ya,bila pulak kendurinya?",bos menguntumkan senyuman.Baru sahaja sebentar tadi wajahnya benar-benar serius,sekarang boleh tersenyum.
"Tak pe,saya faham. Alhamdulillah,bos.Semua berjalan lancar.InshaAllah nanti kenduri saya panggil.",ujarku sambil tersengih.
"Bila plan kenduri tu?Saya nak tengok kalendar dulu,takut saya bercuti masa tu.",ujar bos sambil melihat ke arah kalendar di hadapannya.
"Oh,planning bulan disember ni.Tarikh belum tentu lagi.Apa-apa nanti pasti saya akan update bos.Kan nak minta cuti lagi nanti.",aku tersengih kerang busuk di hadapannya.Anwar hanya menggelengkan kepalanya,juga tersenyum.Aku terus meminta untuk beredar.
Selepas 5 minit,aku keluar dari biliknya.Kak Mariam yang sedang menghadap komputer menoleh ke arahku.
"Banyak kerja ke Lisa?Macam letih aje?",Kak Mariam menegurku.
"Biasalah kak,buat kerja tender kan? Banyak lah kerja nya.Nak jelaskan pun tak tahu macam mana dengan kak.", aku menjawab perlahan.
"Petang ni makan apa,Lisa?Nak odder online tak?", Kak Mariam mula menggodaku.Dia sudah tahu,kalau bab makanan memang aku nombor satu.Pastinya akan memilih yang sedap-sedap walaupun sedar duit poket bukannya ada beratus ribu.Aku menunjukkannya isyarat OK.
"Kejap lagi meeting dalam group kita", aku terus ketawa dan berlalu naik ke atas.
Jam menunjukkan pukul 12.00 tengah hari tepat.Aku teringatkan janji dengan Kak Mariam.
"Zura,Kak Yam nak order makan.Hang nak makan apa?", aku memusingkan kerusiku yang boleh berputar itu ke arah meja Nazurah.Dia terlihat sangat sibuk menguruskan hal duit syarikat yang keluar masuk pada 3 bulan lalu.
"Order lagi ke?Tak boleh ke cari je makan kat sini je?Asyik-asyik Food panda,pokai lah aku.", Nazurah merungut sambil tangannya sibuk menilik nota di atas meja.
"Hmm,nak makan apa? Nasi ayam ke?Tak jemu?",aku mula memikirkan idea makanan yang ada sekitar office.
Nazurah menggeleng.
"Nasi kandar?", aku bertanya lagi.
Dia menggeleng lagi.
"Western?"
Dia terus membulatkan matanya.
"Banyak lagi ka duit hang?Dah nak kahwin,nak makan sedap-sedap lagi.Kaya sangat !",Nazurah mencebik bibirnya.
Aku ketawa.Aku memuktamadkan dalam group whatsapp kami bertiga untuk order Nasi Ayam sahaja petang itu.
'Ok,nanti Ah Boon dah bawak balik,kak panggil turun' , balas Kak Mariam ringkas.
Kami menyambung buat tugasan yang berlambak di atas meja sebelum waktu rehat menghampiri.
Tepat 1.15 minit petang,suara Ah Boon yang deras kedengaran dari dalam pejabat.Aku yang sedang fotostat dokumen tender terkejut melihat sosok seorang lelaki yang tiba-tiba berada di hujung hadapan pejabat kami.Ah Boon ! Kemudian,dia memberi isyarat 'makan',terus dia berlalu turun ke bawah.
"Jumlah,makan.Lapar dah !" , Nazurah mengajakku selepas 5 minit.
Kami melangkah bersama-sama ke bawah dan duduk semeja dengan Kak Mariam dan Ah Boon.Asrul pomen seorang lagi tidak kelihatan pada hari ini.
"Mana Un?Tak mai ka?",aku menyoal sambil membuka bungkusan nasi.
"Tak mai.Kata rini bini dia ada check up.Dia bawak pi.",ujar Kak Mariam.
Aku mengangguk.Aku sempat menghantar whatsapp kepada Rayyan sebelum mula menyuap nasi ke dalam mulut.
'Abang makan apa tengah hari ni?Keluar lunch ke?'
'Hmm,lunch apa nya ? Abang kena pegi Klinik dekat Kedawang hantar barang tadi.Patah balik nak rehat,dah pulak kena hantar doktor pakar pergi jeti.Penat macam ni.' , balasnya .
Nampaknya seperti dia sedang mengadu manja denganku.Aku yang tersenyum-senyum seorang diri sambil makan ,tidak sedar bila bos ada di hadapanku.Dia memerhatiku sejak tadi.
"Amboi,sakan! Sejak dah jadi milik orang,dok angau ja nah.Jangan pulak nanti kerja pun entah ke mana.",usik bos sambil tersenyum penuh erti.Kak Izan yang ada di situ juga tersenyum-senyum melihatku.
Aku terus menjamah nasi sehingga habis sebelum aku mula menaiki anak tangga untuk kembali ke ofis.Aku menguak pintu ofis dan terus melabuhkan punggung di kerusi roda berwarna hitam itu.
Nazurah bersandar di kerusinya tenang sambil memejamkan matanya seketika.Dan,aku sambung menulis dokumen tender yang aku tinggalkan sementara sebelum keluar berehat tadi.Suasana antara kami sepi seketika sambil ditemani dengan lagu-lagu yang dimainkan melalui youtube.
Jiwaku melayang jauh memikirkan tentang pelamin yang bakal aku duduk,dewan yang serba besar,baju yang begitu mempesonakan.Aku tersenyum seorang diri.
"Hah!Berangan lagi.Bos tengok tu dari CCTV..",Nazurah menyergahku tatkala aku sibuk mengulit impian.Aku hanya menjeling ke arahnya,namun dibalas tawa.
"Jealous lah tu.Tak dapat cinta hati lagi.",aku berkata sambil mula fokus kembali menatap skrin komputer.
"Hello,siapa jealous?Aku ke?Oh please..I'm not that kind of person.",Nazurah meletakkan kedua tangannya di bahu.
Kami terus ketawa bersama.Nazurah yang sejak dari awal aku kenal,memang mudah untuk dijadikan sahabat.Dia tidak pernah berkira denganku,apatah lagi mengambil kesempatan.Bukan mudah untuk mencari sahabat yang sepertinya.Semoga persahabatan kami mampu dibawa hingga ke Syurga.
Share this novel