Bab 20

Drama Series 2016

Bab 20 ~

"Jauh datang dari Alor Setar sampai ke Penang,dah makan ke belum semua ni?", Abah Ab memulakan mukadimahnya.Aku curi-curi melihat suasana luar bilik melalui hujung pintu.Aku berselindung di sebalik Kak Long.Kak Long menajamkan matanya padaku mengarah aku untuk duduk semula di atas pelamin.Akhirnya,aku terpaksa akur.Tak dapat aku melihat dan mendengar apa yang dibincangkan dengan jelas.Bapak yang duduk di sebelah Abah Ab hanya mendiamkan diri,membiarkan Abah Ab mengendalikan majlis ini.

"Alhamdulillah,kami semua dah makan sebelum sampai sini.InshaAllah,masih rasa kenyang lagi.", jawab seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 60 an dari pihak lelaki.

Semakin lama suara mereka semakin tenggelam ,sesekali terdengar gelak tawa di luar bilik.Aku masih lagi di atas pelamin dengan penuh debaran.

'Abang tunggu bawah,tak naik lagi.Nanti baru abang naik.' , Rayyan menghantar mesej kepadaku.Sambil aku membalas,aku masih lagi memasang telinga dengan perbualan mereka di luar sana.

"Ramai ke yang datang dari pihak lelaki?",aku bertanya pada Kak Ilah yang berada di hadapan pintu bilik.

"Nampak macam ramai jugak.Tapi kan adik,Kak Ilah tengok ada sorang tu macam Rayyan.Kembar dia ke?", Kak Ilah mula perasan akan seorang lelaki yang bertubuh kurus,yang seakan akan iras Rayyan,duduk bersama pihak lelaki di tengah ruang tamu itu.Aku ketawa kecil.

"Tak lah,mana Rayyan ada kembar.Tu lah abang sulung dia.Mula-mula adik tengok pun adik terkejut.Tapi,tak lah sama sangat.Ada jugak beza tu.Rayyan hensem lagi.",aku tersengih menjawabnya.Kak Ilah hanya mengangguk dan tersenyum,kemudian dia kembali memasang telinga dengan perbincangan yang sedang berlangsung.

"Jadi,saya dari pihak lelaki serahkan sahaja kepada pihak perempuan,berapa sahaja hantaran yang hendak diletakkan'', seorang lelaki bersuara di celah sunyi sepi seketika itu. Aku yang berada di dalam bilik,sesekali menekap telinga untuk curi-curi dengar.Tetapi,suara yang perlahan itu tidak jelas kedengaran sepenuhnya.

"Seperti yang sudah dibincang dan dijanjikan,wang hantaran bernilai RM9000,tidak kurang dan tidak lebih berserta mas kahwin RM101 ringgit tunai", pak cikku atau lebih dikenali Abah Ab itu menjawab tenang.Aku cuma mendengar orang yang saling berbisik antara satu sama lain.

"Baiklah,sekiranya semua sudah setuju,maka dengan ini kita muktamadkan majlis perkahwinan antara Rayyan Fahmi dengan NurLisa Wahyuni pada bulan Disember nanti.Cuma tarikhnya aje yang belum confirm ya?",wakil dari pihak lelaki bersuara lagi.

"Kami setuju dengan apa sahaja yang pihak lelaki putuskan.Selanjutnya boleh dibincangkan kemudian antara mak dan ayah pihak pengantin".

"Kita akhiri dengan bacaan doa selamat.", Abah Ab mula membaca doa.

Saat itu,darah gemuruh mula mencanak naik hingga ke wajah.Benarkah aku bakal berhadapan dengan keluarganya untuk kali pertama?Tambah-tambah lagi,mak Rayyan Fahmi!

Laluan diberikan kepada seorang mak cik tua yang berbaju coklat dan 2 orang wanita yang berusia dalam kalangan 30 an. Aku diperkenalkan mereka berdua itu adalah kakak iparku.

"Saya Kak Hayati,senang panggil Kak Yati.Ni pulak Kak Norma,kak yang sulung.",aku menyua tangan bersalaman dengan mereka.Kemudian,Kak Yati duduk di sebelahku.

"Kak nak sarung cincin merisik dulu.Dah ini merupakan kali pertama kita jumpa,jadi kami datang merisik sekali ikat pertunangan.",dia tersenyum sambil menyarung cincin belah rotan di jari manis kiriku.Aku menunduk bersalaman lagi dengannya.

Kemudian,Kak Norma mengiringi Mak Cik Halijah duduk di sebelahku.Dia tersipu malu dan melemparkan senyuman kepadaku sebelum menyarung sebentuk cincin.

"Okey,lagi satu cincin ni dik cincin tunang na..",Kak Yati tersenyum sambil membuka kotak cincin yang berada di tangannya.

Aku agak terkejut. Dua bentuk cincin?Kenapa Rayyan tidak memberitahuku apa-apa sebelum ini?Patutlah tempoh hari bila aku bertanya tentang harga ,dia memberitahuku hampir RM 3000 lebih.Aku memikirkan jika dia memilih yang paling mahal,mati-mati aku marahkan dia hari itu kerana fikir dia sengaja membazir wang untukku.Rupa-rupanya,dia menghadiahkan aku dua bentuk cincin pada hari yang bermakna ini.
Aku bersalaman dengan bakal mertuaku itu dengan penuh hormat.Cincin yang memuatkan kedua jari manisku akhirnya selamat disarungkan di jari.Gambar kami berdua diambil sebagai tanda kenangan.

Sesi suap gula dimulakan sebagai satu adat melayu.Sekadar ingin memaniskan mulut,mereka yang lebih tua dariku akan menyuap sesudu kecil,dan hanya mengemam di hujung sudu itu.

Aku yang seolah olah menjadi seorang ratu pada hari itu hanya duduk dan mengambil gambar bersama keluargaku yang datang pada hari itu.Tidak terlepas juga untuk bergambar dengan keluarga Rayyan.Kak Yati tergopoh gapah datang dan meminta izin dari kakakku seketika.

"Kak nak panggil bakal pengantin lelaki ambik gambar sekali ni boleh dak?",dia bercakap dalam pelat kedahnya.Aku hanya mengangguk.Sekian beberapa bulan tidak bertemu,aku semakin berdebar menunggu.

Dalam 10 minit,Rayyan Fahmi muncul di hadapan ahli keluargaku.Mereka yang kali pertama bertemu terlihat sangat teruja dengan kesopanan lelaki melayu itu.Kehadiran Rayyan Fahmi disambut baik oleh mereka dan dia terus melangkah masuk ke dalam bilik yang aku sedang duduk di atas pelamin itu.

"Okey,duduk la dekat sikit tapi jangan rapat sangat,belum sah lagi !",usikan bakal kakak iparku itu membuatkan wajahku bertambah kemerahan.Malunya aku saat ini.

Rayyan kelihatan sangat tenang sambil melayan setiap soalan yang dilemparkan padanya saat itu.Bagaikan menjawab soalan wartawan,satu persatu dijawabnya.Beberapa keping gambar kami diambil sebelum dia dipanggil untuk menjamah nasi tengah hari itu.Sebelum Rayyan Fahmi bangun meninggalkan aku,dia sempat berbisik sesuatu.

"You look so different today,cantik sangat sayang hari ni and i can't even take off my eyes from you", kemudian dia terus keluar dari bilik itu.Aku hanya tersenyum.

'Lastly,you is mine', bisik hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience