Bab 32~
Sudah sebulan tempoh perkahwinan aku dan Rayyan.Aku sudah mula bekerja sejak awal bulan Januari setelah diberi tempoh cuti yang agak panjang.Kami terpaksa berpisah sebentar demi kerjaya masing-masing.'PJJ' atau perhubungan jarak jauh selepas kahwin lebih amat dasyat yang dirasakan berbanding dalam tempoh bertunang.Perasaan rindu yang sesekali terbit membuatkan jiwaku kacau,dan sesekali juga membuatkan hatiku meronta tidak tenang.Seperti biasa aku membuat kerja hakiki yang sama untuk terus mencari rezeki.
"Lisa,macam mana perasaan bila dah kahwin ni?Best tak?", Nazurah bertanya saat aku sedang leka fotostat dokumen di belakang .Aku memberikan senyuman nakal kepadanya dan tersengih-sengih seorang diri.
"Eh,eh..Kita tanya dia senyum-senyum pulak.Seronok sangat ke?Honeymoon mana?",Nazurah cuba untuk mencungkil satu persatu daripadaku.Nampak reaksi terujanya ingin mengetahui tentang itu.
"Dia bawak pergi Langkawi.3 hari 2 malam aku stay sana.Dia bawak jalan-jalan,sebelun balik singgah bilik sewa yang dia duduk tu.",aku mula teringatkan kembali memori terindah yang tak mungkin aku akan padam.
"So,macam mana?Hang nak terus kerja kat sini ka atau ikut laki hang duduk sana?",soalan Nazurah membuatkan aku berhenti melakukan apa yang sedang aku buat.Aku duduk di hadapannya.Melihat pada jam yang cuma tinggal lagi 10 minit untuk keluar rehat.
"Itulah yang tengah aku fikirkan.Kadang-kadang Rayyan macam nak aku duduk Langkawi dengan dia,tapi kadang-kadang jugak dia minta aku bersabar dan terus PJJ buat sementara waktu.",aku berhenti di situ.Aku memandang Nazurah yang begitu minat untuk mendengar ceritaku yang seterusnya.
"Dia ada cakap jugak,kalau dia nak aku jadi suri rumah aje.Tolong jaga rumah dan jaga anak je nanti.",aku ketawa kecil.
"Eh okey lah tu! Untung hang tak payah kerja penat-penat,duduk je kat rumah tu.Tambah-tambah duduk rumah sendiri.Lagi syok!".
"Eh,jum lah makan nasi.Dah waktu rehat.Aku dah lapar sangat.",aku mengajaknya turun ke bawah untuk keluar mencari makanan tengah hari.
Selepas waktu rehat,kami masing-masing sibuk membuat kerja masing-masing.Aku yang sudah siap menyediakan dokumen untuk serahkan pada bos,berjalan menuju ke bawah.Saat aku menuruni anak tangga,tiba-tiba aku berhenti.Kepalaku menjadi pusing.Mataku seakan akan kabur seketika sebelum kembali cerah.Aku terduduk di tangga.Kak Mariam yang melintasi di hadapanku segera mendapatkan aku.
"Lisa,okey tak ni?Muka nampak pucat je ni.",Kak Mariam bertanya dengan nada resah.
Aku pantas duduk di kerusi yang ada di situ.Aku memejamkan mata dan bersandar.Entah kenapa tiba-tiba aku merasa berpusing.
"Entahlah kak,tiba-tiba ja pening.Jalan pun rasa macam tinggi rendah",aku menjelaskan keadaanku.
"Tak makan pagi lagi ke?Kerja sangat kot sampai tak rehat..",Kak Mariam memicit kepalaku perlahan.
"Makan je tadi.Tapi tak tahu lah kenapa.Rasa nak mual pun ada ni."
"Hah!Baik pergi check hari ni.Entah-entah dah berisi dah kot?",tiba-tiba suara Kak Mariam bertukar ceria.Aku memandang wajahnya.
"Ish,tak mungkin lah ! Cepat sangat..Baru sebulan je kak.Tak kot..",aku menafikannya.
Setelah sedikit lega,aku menyambung kerja ku sehingga habis waktu kerja.
Selepas aku beredar dari pejabat,aku terus singgah ke farmasi.Tiba-tiba teringatkan kata-kata Kak Mariam.
"Cek je Lisa..Ada ke tak ada tu semua takdir.Janji kita waspada awal-awal.Kalau ada,boleh ambil langkah berjaga-jaga dah.Balik satgi pergi farmasi.Nanti esok bagitahu Kak Mariam okey?",Kak Mariam cuba memujukku petang tadi.
Setelah aku membeli 'pregnant test',aku terus pulang ke rumah dengan rasa tidak sabar.Aku memandu kereta dengan berhati-hati walaupun aku masih belum yakin dengan keputusanku.Dalam rasa berdebar,terselit rasa bahagia seandainya apa yang diharapkan itu menjadi kenyataan.
Aku tiba di rumah tepat jam 7 malam.Aku bergegas naik ke atas rumah dan terus mandi.Hatiku berdebar debar saat hendak memeriksa 'pregnant test' itu.Ya Allah,aku memohon keajaiban dariMu.
Dalam masa 10 saat,aku dapat melihat dua garis yang tertera di 'pregnant test' itu .Aku berasa sangat bersyukur saat itu,bibirku tidak henti-henti mengucapkan syukur.Tidak semena-mena ,air mataku mengalir tanda kegembiraan.Aku bagaikan tidak mampu mengawal emosi,terus terjerit-jerit memanggil mak dari bilik mandi.
"Mak!Mak!"
"Apa dia Lisa?Terjerit-jerit macam orang tak waras ni?Eh,ni dah mandi ke belum ni?Rambut pun tak basah",mak memegang rambutku yang masih lagi kering.Belum sempat aku mandi,aku mahu berkongsi berita gembira itu bersama keluargaku dulu.Aku menunjukkan 'test' itu kepada mak.Terbeliak biji mata mak melihatnya sambil menekup mulutnya.
"Alhamdulillah..Ya Allah,syukur! Mak nak dapat cucu lagi..", mak terus menangis di situ sambil memelukku.
"Ish,mak ni.Orang belum mandi lagi ni.Mak jangan bagitahu sesiapa lagi tau.Nanti Lisa nak bagitahu sendiri.",aku terus menutup pintu bilik mandi.
Selepas menunaikan solat maghrib,aku mengajak semua berkumpul.Mereka bagaikan terpinga-pinga memikirkan apa tujuan berkumpul di dalam bilik itu.
"Ada apa ni Lisa?Orang banyak kerja nak buat ni.Rumah tak habis kemas lagi.",Kak Long mula membebel sambil menyimpan buku-buku sekolah Maryam di dalam rak buku.
"Kejap lah,tunggu Rayyan sekali.Aku nak video call dengan dia sekali gus dengan korang semua.",aku ketawa kecil.Tiba-tiba,telefonku berbunyi.
"Assalamualaikum,tengah buat apa?",Rayyan memulakan ucapannya.Dia yang masih tidak tahu jika ada orang disekelilingku.
"Waalaikumsalam.Tengah tunggu abang lah.Ni ha, semua tunggu abang.",ujarku gembira sambil memusing kamera ke arah mak,bapak,kakak dan adikku.
Dia agak terkejut tapi mengukirkan senyuman.
"Ada apa yang nak disampaikan sampai semua perlu berkumpul?",Rayyan bertanya.
"Ha itulah,kak Long pun tak tahu lah apa benda minah ni nak bagitahu.Siap ajak luangkan nasa seketika katanya.",Kak Long membebel tapi masih sabar menanti.Aku masih tersenyum-senyum.Sebelum aku memulakan ucapanku,aku menarik nafas terlebih dahulu .
"Okey..memandangkan semua dah ada di sini,Lisa nak umumkan berita gembira ni dengan semua orang.",aku terus menunjukkan 'pregnant test ' yang bergaris dua itu kepada semua termasuk Rayyan Fahmi melalui video call.Mereka semua mengucapkan syukur dan ada yang bagaikan tidak percaya.Namun,berbeza dengan reaksi Rayyan.Dia kelihatan seakan tidak mengerti.
"Apa benda tu?Pen apa tu?", soalan Rayyan Fahmi membuatkan aku menepuk dahi.
"Abang,ni pregnant test..Sayang positif pregnant..",aku memberitahunya sambil ketawa.
Kali pertama aku melihat dia tersenyum lebar.Dan matanya yang sedikit berair.Aku tahu perasaannya.
"Alhamdulillah,tahniah sayang.", ucap Rayyan selamba.
"Eh,tahniah kat kita pulak.Yang dalam perut ni,anak abang jugak tau.Tahniah untuk kita.",aku ketawa sambil mengesat air mata yang tidak semena-mena mengalir tiba-tiba.
"Dah,jumlah solat isyak.Abang nak buat sujud syukur sekali.",Rayyan Fahmi melambai tangannya ke arahku sekali gus mematikan panggilan video.
Dalam masa seminit,satu mesej masuk.Aku membacanya dengan penuh perasaan.
'Alhamdulillah,sayang.Abang tak tahu macam mana nak cakap.Sekarang ni abang menangis gembira tak henti-henti.Terima kasih sayang,take care of yourself.Anything call me okay?'
Aku bersyukur pada Allah,saat aku berjauhan dari suamiku,Allah hantarkan malaikat kecil dalam rahimku sebagai peneman.Anugerah terindah yang tak akan aku lupa.
Share this novel