Bab 49~EPILOG
Aku mengemas bilik kami yang sedikit bersawang dan bersepah kerana jarang sekali mendiaminya dahulu.Hanya sesekali balik di hujung minggu,baru tidur di bilik yang kecil itu.Sekarang,di sinilah tempat tidurku dan rehatku selama aku masih menumpang di rumah mertuaku.Rayyan membuka pintu bilik dan Aisy Safiya,si kecil itu berjalan sambil menonton siri 'Blippi' melalui handphone,kemudian dia terus memanjat katil dan berbaring.Cerdik betul anak gadis itu.Sejuk perut ibu mengandung,melahirkan anak yang sebijak ini.
"Abang nak sambung buat kerja kat luar kejap.Nanti abang masuk tidur.Sayang nak tidur dulu,tidurlah dengan anak.", Rayyan Fahmi memberitahu kemudian dia menutup pintu bilik.
Kali ini,aku merasakan kelainan dari yang biasa.Entah,aku mula berasa tidak selesa untuk tinggal di rumah ini.Aku menyapu dan membersihkan sawang dan habuk yang melekat sana sini sebelum akhirnya aku mengetuk cadar katil untuk merapikannya.Aisy Safiya yang masih menonton youtube .Aku berbaring di sebelahnya sebentar.
"Jom tidur sayang.Esok bangun awal.",aku menarik perlahan telefonku dan terus anakku memejamkan mata.Alangkah terkejutnya aku.Cepat betul dia tidur.Mungkin sedari tadi lagi dia mengantuk,cuma masih bertahan matanya demi menonton siri 'Blippi' di youtube.Aku mencium pipi gebunya kiri dan kanan.Kemudian,aku menyelimuti tubuhnya.
Aku memulas tombol pintu dan keluar dari bilik tidur.Mencari sosok tubuh yang sangat aku cintai.Melihat dari samar-samar kegelapan di luar rumah,dia sedang berada di dalam kereta membaiki radio yang telah rosak.
"Abang tak habis lagi ke? Dah lewat malam ni.", aku mendekatinya sambil melihat Rayyan begitu khusyuk cuba untuk menyambung wayar.
"Belum lagi,sayang.Tak tahu lagi bila nak habis.Nanti abang masuk lah,sayang pergilah tidur dulu.Tak payah tunggu abang.Kesian sayang abang nanti nak tunggu lama.", Rayyan hanya berkata tetapi matanya masih tertumpu pada apa yang sedang dia lakukan.
Aku meninggalkan dia begitu sahaja dan terus menuju ke kamar mengunci pintu bilik.Hampa rasanya sejak aku tinggal di sini.Terasa segalanya berubah.Saat itulah aku mula mengenang kisah lama kami saat pergi bercuti ke Cameron Highland 3 tahun lalu bersama keluarga yang lain.
"Best kan abang,dapat 'we time' berdua macam ni tengah malam.Lama dah tak rasa macam ni.Dengan angin yang sejuk.", aku berkata sambil menikmati nasi goreng ayam ketika itu.
"Ya lah,sayang.Sejak sayang mengandung,lepas tu bersalin,lama sangat dah kita dah keluar berdua.Tak pe lah,ni pun dinamakan rezeki.", Rayyan Fahmi ketawa.
Tapi,sekarang segalanya mula berubah.Waktu antara kami berdua mulai ada jurangnya.Bila siang Rayyan pergi bekerja,bila malam pulak sibuk dengan hal keretanya.Ada saja benda yang nak dibuatnya.Tak senang duduk selagi kereta itu masih di hadapannya.Aku terus berbaring di atas katil dan menarik selimut.Memaksa mata ini pejam walaupun tidak berasa mengantuk.Rasa seksa selama aku di sini,hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Pintu bilik diketuk.Aku masih membatukan diri.Rasa marah hampir meluap-luap,tapi bila memikirkan di mana aku berada sekarang,terpaksa juga untukku mengalah.Aku bangun dan memulas tombol pintu,kemudian berbaring semula di atas katil tanpa melihat sekali pun dirinya.
Lampu bilik dipadam.Pintu bilik dikunci semula.Rayyan berdiri di hujung kakiku.Aku yang memikirkan bahawa dia di situ untuk memujuk hatiku kembali,rupanya tidak!
"Sorry,abang nak cas fon kat atas ni.",dia memanjat di hujung katil untuk mencapai plug yang berada di kiri dinding kanan katil.Kemudian,dia terus berlalu ke tempat tidurnya di sebelah sisi Aisy Safiya yang sudah pun tidur lena sedari tadi.Aku meletakkan Aisy Safiya di tengah-tengah antara kami untuk keselamatan,supaya dia tidak bergolek jauh ataupun jatuh dari katil.Aku melihat berkali kali dia mengucup anaknya itu sebelum dia terus dibuai mimpi.
'Mudahnya lahai dia tidur.Hmm,dari dulu sampai sekarang sedikit pun tak concern perasaan aku', aku hanya berkata di dalam hati.Aku terus menarik selimut dan juga lena.
Dalam kegelapan malam,aku terdengar bunyi seperti ada yang berjalan di atas bumbung.Berlari-lari entah ke mana tuju.Aku membuka mata dan melihat sekeliling yang begitu kelam dan gelap.Aku mengejutkan Rayyan yang sudah pun tidur lena entah bila masa.
"Abang,bunyi apa tu? Sayang takut lah abang.", aku menepuk bahunya yang begitu lena sekali.Dia bangun terpinga-pinga.Kemudian meletakkan kepalanya semula.
"Musang tu,jalan-jalan atas bumbung.Dia tak masuk rumahlah.Tidurlah..", begitu mudah sekali dia tidur semula.Sekali lagi,dia mengabaikan perasaanku tanpa rasa bersalah di hatinya.
Semenjak hampir 4 tahun kami berkahwin,aku mula berdepan dengan pelbagai serangga dan binatang yang kadang-kadang aku sendiri tidak tahu.Ada masa dan ketika,aku harus memberanikan diri untuk berdepan dengan serangga-serangga itu di saat Rayyan Fahmi keluar mencari rezeki.
Aku bergerak perlahan mengubah posisi tidur di sebelah Rayyan.Aisy Safiya aku angkat tubuhnya perlahan dan meletakkannya di hujung sebelahku. Aku memaut pada pinggangnya dan terus memeluk tubuhnya dari belakang.Tiba-tiba dia mengalihkan badannya menghadapku dan memelukku dalam dakapannya.Dia membisik padaku perlahan.
"Tidurlah,sayang.", kemudian aku terus terbuai dalam dakapannya.Bahagia yang dirasa itu sudah jarang aku dapat sejak mula aku berpindah ke Alor Setar. Namun,tanggungjawabnya tidak pernah terabai.Aku mendoakan agar dia tetap menjadi sebagai pendampingku sepanjang hayat dan ayah yang hebat kepada anak-anakku nanti.
Share this novel