Bab 6

Drama Series 2016

Bab 6 ~

Hari ini adalah hari 'public holiday'.Jadi,aku hanya mengambil keputusan untuk duduk di rumah sahaja.Malas untuk ke mana-mana.Aku teringatkan Fatihah.Ada khabar yang perlu aku beritahu kepadanya.Aku cepat-cepat mendailkan nombornya.Dia angkat !

"Hello Teha ! Kau tengah sibuk ke tu? " , aku memulakan perbualan ku sejurus dia mengangkat telefon.

"Aku kat luar ni.Tengah beli barang-barang untuk jamuan ofis esok ni.Kenapa kau telefon?", aku mendengar latar belakang suara Fatihah bunyi muzik yang rancak dan agak bising.

"Oh,ye ke? Sorry kacau kau pulak.Biasalah,aku ada cerita hot untuk kau ! " , aku menjawab dengan penuh rasa teruja.

"Kejap-kejap,aku beli barang-barang dulu.Nanti aku call kau semula ok?",dia mematikan panggilan.Aku hanya melihat skrin telefon sambil menanti mesej dari Rayyan Fahmi.Entah kenapa tiba-tiba aku berasa pelik apabila Rayyan mula menyepi .Kalau tidak,sekejap-sekejap pasti dia akan mesej aku.Biarlah dia.Tak kan lah aku nak mulakan dulu pulak kan? Aku nak tengok sejauh mana usaha dia untuk kenal dengan aku. Tiba-tiba, telefon berdering.Aku sangkakan namanya yang tertera di skrin.Rupanya bukan.Aku menjawab juga.

"Helo,ha Lisa.Kau call aku eh tadi? Ada apa?", kedengaran suara Fatihah.

"Oh,aku nak cita kat kau ni.Ada lelaki dari OMI nak kenal dengan aku."

"Serius lah?Okaylah tu,ada jugak yang berkenan.Boleh la aku merasa nasi minyak hang nanti",beriya Fatihah menjawab.Aku ketawa kecil.

"Eh,mana boleh langkah bendul.Hang tu yang kena bagi abang ipar kat aku cepat.Barulah aku boleh kahwin pulak.",sengaja aku mengenakannya.

Hampir 30 minit kami berbual,akhirnya aku terpaksa untuk mematikan panggilan kerana aku harus bersiap untuk makan malam bersama keluarga malam nanti.

"Okay lah,nanti kita jumpa sambung lagi.Aku kena off dah ni."

Aku segera mencapai tuala biru yang tersidai dan masuk ke bilik mandi.

Sewaktu aku hendak melangkah masuk ke bilik mandi,aku terdengar perbualan mak dan bapak di ruang tamu.Macam serius perbualan antara mereka.Ada hal apa?Harap janganlah berkait dengan diriku.Aku bersembunyi di sebalik pintu bilikku,curi-curi mendengar perbualan mereka.Entah-entah mereka sedang merancang sesuatu.

"Abang,Idah risau lah dengan Lisa sekarang ni.Asyik memanjang dengan telefonnya.Risau kalau kisah lama dia tu berulang lagi.", mak mula mengungkit kisah silamku.Ya,aku yang dulu sangat liar dan mula bebas mengikut rentak kawan-kawan yang digelar 'tomboy' . Ketika itu,aku berasa sangat tenang bersahabat dengan mereka yang sebegitu.Aku hanya mendiamkan diri.Tidak menyampuk.Aku terus berlalu ke bilik mandi.

Selesai mandi dan solat asar,aku duduk sebentar di kusyen panjang yang ada di ruang tamu.Aku menekan suis TV dan mula menonton siaran yang sedia ada.Saat aku mula ralit menonton TV, bapak datang mendekati aku.

"Tengok cerita apa je tu?",bapak duduk di hadapanku,di atas kerusi kayu.

"Entahlah,main tekan je.Tak ada movie yang best pun ",aku cuma menjawab sambil mata masih tertumpu pada TV.

"Lisa,boleh bapak cakap sikit?", aku sudah dapat mengagak apa yang bakal disuarakan.Aku masih berdiam diri.

"Lisa,bapak bukannya nak memaksa Lisa untuk kahwin.Tapi,bapak tak nak Lisa terus hanyut dengan dunia yang salah ni .Banyak lagi kawan yang baik Lisa boleh cari.Kenapa Lisa kena cari mereka yang macam tu jugak untuk dibuat kawan?", bapak bercakap dengan nada yang sangat lembut.Risau kalau aku tidak boleh menerima kenyataannya.

Aku masih berdiam.Enggan bercakap apa-apa.Sudah bertahun aku mengenali mereka yang digelar 'tomboy'. Tapi, bukan semua yang mengambil kesempatan terhadap kebaikanku.Ada juga yang mengambil kesempatan atas kelembutan diriku.Aku mula sedar.Tidak semua orang patut kita percayakan.Bapak menyambung lagi.

"Carilah lelaki yang boleh memimpin kita untuk bawa ke syurga.Bapak pun nak tengan Lisa bahagia.Mak bapak mana yang suka tengok hidup anaknya begini.", ujar bapak lagi.Nadanya sedih.

Aku masih menatap TV,tapi jiwaku bukan lagi di situ.Jiwaku sudah melayang entah ke mana.Agak lama aku diam,akhirnya bapak mula bangun dengan rasa hampa berlalu dari situ.Aku tiada jawapan.Sungguh aku tidak tahu apa yang harus aku buat ! Tiba-tiba,mesej masuk.

"Awak,saya ada sesuatu nak beritahu",beritahu Rayyan Fahmi.

"Apa dia?",aku menyoalnya.Dari pagi berdiam diri,tiba-tiba mesej begini seolah-olah ada yang penting untuk diberitahu.

"Sebenarnya saya suka awak", dia membalas.

Aku tersandar.Entah kenapa aku merasa seperti diuji perasaan ini.Lelaki ini benar-benar jatuh cintakah dengan ku?

"Tak rasa cepat sangat ke awak meluahkan perasaan tu?",aku menyoalnya.Dadaku berdebar tiba-tiba.

"Entahlah,saya macam tak mampu nak bendung perasaan ni.Saya rasa seperti tak nak kehilangan awak." , Rayyan meluahkan perasaannya.

Seperti kali pertama seorang lelaki meluahkan perasaan yang benar-benar membuatkan aku rasa sangat asing.Tidak seperti yang sebelumnya.Tapi,aku masih belum bersedia.

"Tapi,kita kenal hati budi dulu boleh?Biarlah at least 2 atau 3 bulan lepas tu,barulah decide.Lagi pun,kita tak pernah jumpa face to face.Macamana awak boleh begitu yakin dengan saya?", aku menyoal sekadar ingin melihat reaksinya.Lama dia mendiam ,tidak menjawab mesejku hampir 30 minit.

Sementara itu,aku menyimpan baju-baju yang sudah kering dan diangkat itu ke dalam almari baju.Aku sempat menyapu lantai bilik tidur sebelum aku kembali berbaring di sofa depan.Dia membalas !

"Saya yakin jodoh Allah.Dia yang menggerakkan hati ni.Saya nak jumpa awak,boleh?",dia menyoal melalui mesej.

"Boleh,datanglah rumah saya.",aku mengalu-alukannya.Hanya sekadar berbasa basi.Aku tidak terlalu mengharap,tapi jika dia benar-benar datang,aku pasti akan mengalu-alukannya.

Aku terus menyambung menonton drama di TV sambil membalas whatsapp Rayyan Fahmi.Lelaki yang baru aku kenal itu melayaniku seolah-olah sudah lama kami berhubungan.Aku makin tertarik dengan caranya .

Selepas menunaiman solat Maghrib,kami sekeluarga bersiap-siap untuk keluar makan malam di sebuah kedai Ikan Bakar di hadapan Queensbay Mall.Kereta Exora yang dipandu oleh Abang Malek itu meluncur perlahan di atas jalan raya yang tidak begitu sesak pada malam itu . Dalam 30 minit,kami tiba di kedai itu. Kami mendapatkan tempat dudum yang berdekatana dengan laut dan tidak begitu sesak dengan orang ramai.Dzulqarnain, anak buahku yang begitu lasak berlari di sekeliling meja menjerit begitu riang.Tidak mempedulikan orang sekeliling.Setelah 20 minit membuat pesanan,satu per satu makanan dan minuman dihidangkan di atas meja.Semangkuk nasi putih,tomyam,ikan bakar,telur dadar serta sayur kailan dihidangkan.Tidak lupa juga sotong goreng tepung favouriteku.

"Abang Zuhri jadi ketua malam ni.Cepat baca doa selamat.",aku terus menadah tangan.Yang lain juga mengikuti gerakku.Setelah selesai membaca doa,kami semua mengaminkannya.

"Cepatlah nak makan.Abang lapar ni.",kedengaran suara kecil Dzulqarnain yang mula menghentak-hentak meja tanda lapar.Kami semua ketawa melihat gelagatnya.

Selesai menikmati makan malam keluarga,kami terus menuju ke Padang Kota untuk sekadar mengambil angin malam.Deru angin yang melambai-lambai itu membuatkan tubuhku berasa kesejukan.Namun,aku tetap menghayati rasa angin itu bersama alunan muzik yang dimainkan oleh lelaki yang tidak jauh dari tempat kami duduk.Dia bermain piano sambil menyanyikan lagu 'All Of Me' nyanyian Jhon Legend.

Dalam saat aku ralit mendengarkan dia bernyanyi lagu itu,tiba-tiba aku terbayangkan wajah Rayyan Fahmi. Ish! Boleh pulak tiba-tiba dia datang dalam kepala aku. Detik hatiku.Namun,aku masih tetap mendengarkan lagu yang dimainkan.

Tepat 11.30malam,kami tiba di rumah.Dzulqarnain yang sudah terlena keletihan itu diletakkan perlahan-lahan di atas katil.Aku terus mencuci kaki dan tangan sebelum masuk ke bilik untuk menyalin pakaianku . Aku menarik cadar katilku agar kedudukannya rapi sebelum aku tidur di atas katil.Cadar yang dibeli oleh aku ketika bekerja di kedai Dreamynights dulu masih kekal elok sehingga sekarang.Biarpun murah,tapi berkualiti.

Aku terus berbaring sambil membaca whatsapp yang masuk.Salah satunya daripada Rayyan !

'Awak,bulan depan saya datang kat awak ya.InshaAllah,saya akan balik Kedah nanti.Saya akan turun Penang semata-mata untuk awak.Tunggu saya tau!'

Mesej yang dihantarnya itu membuatkan perasaanku sedikit kacau bilau.Bersediakah aku nanti untuk menemui lelaki yang tidak langsung aku kenal.Macam mana kalau dia cuma nak 'scam' aku aje? Macam aku pernah hampir dipukau dahulu melalui telefon. Ya Allah,Kau lindungilah aku.Tapi,aku melihat dia bersungguh-sungguh untuk menemuiku.

'Ya Allah,aku berserah segalanya untukMu.' ,kemudian aku terus pejamkan mata.Hari esok merupakan hari Selasa,seperti biasa hari yang sibuk untukku apabila tiba pertengahan bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience