Bab 8~
Hari ini merupakan hari yang mendebarkan hatiku.Rayyan Fahmi menghantar mesej pagi itu.
'Saya dah on the way nak pergi kat awak.Moga-moga mudah urusan kita.'
Ya! Hari yang dinanti telah tiba.Awal-awal lagi aku sudah siapkan bihun goreng dan air kopi o panas.Tapi,kerana perjalanannya yang mengambil masa lebih 2 jam itu,menyebabkan makanan yang disediakan itu mula menjadi sejuk.
Aku yang bersiap memakai baju kurung berwarna biru seperti yang dijanjikan bersama Rayyan,menanti di sebalik tingkap.Gelisahku menunggunya disedari oleh ibuku.
"Relax,Lisa.Cuba bawa bertenang.Nanti dia sampai,semuanya pasti baik-baik." , mak cuba menenangkan perasaanku. Aku melihat Kak Long dan adikku yang begitu teruja menanti mengintai di tingkap dapur.
"Pukul berapa dia nak mai ni? Tak sabar aih nak tengok adik ipar aku ni.",Kak Long berseloroh sambil menghidang siap-siap pinggan dan cawan di atas meja. Aku melihat jam sudah menunjukkan pukul 11.00 pagi.Kira-kira mungkin lagi setengah jam dia akan sampai kerana dia sudah mula bertolak dari Alor Setar seawal jam 9.00 pagi tadi.
Aku berdiri di hadapan cermin.Aku melihat wajahku yang agak kusam.Aku mencalit sedikit bedak dan lipstick supaya tidak terlihat kosong.
'Okay lah kot macam ni.', aku bercakap pada diri sendiri.Terus aku keluar dari bilik dan membersihkan ruang tamu sedikit yang berselerak dengan mainan budak-budak.Aku mengutip mainan-mainan itu dan menyimpannya semula ke dalam kotak.Kemudian,aku menghampar karpet besar baldu yang berwarna merah baldu.Suis aircond ditekan.Hanya menunggu ketibaan lelaki yang aku hanya baru kenal 2 minggu itu datang.Sambil menyembur pewangi rumah yang dibeli dari eco shop itu,aku tersenyum sendiri.Ada bunyi whatsapp masuk. Ting !
'Saya dah sampai bawah flat ni.' -Rayyan Fahmi-
Menjerit aku satu rumah memberitahu keluargaku supaya mereka bersiap sedia.Entah tiba-tiba aku menjadi seperti kalut.Nafasku seakan tersekat.Ya Allah, permudahkanlah segalanya.
Terdengar bunyi tapak kasut di hadapan rumah.Ya ! Sosok tubuh lelaki yang tinggi, berbaju T Shirt biru dan berseluar jeans itu berdiri tepat di hadapan pintu rumahku.Dia membawa sebungkus beg plastik yang berisi buah pisang dan buah mangga.
"Assalamualaikum" , suara garaunya membuatkan aku terpana. Aku hanya berdiri di tepi dinding bilik sambil mataku melirik ke arahnya secara nyata untuk kali pertama.
Salamnya disambut oleh mak dan bapak.Mereka begitu teruja melayani Rayyan Fahmi sambil sesekali bergelak tawa.Baru kali pertama jumpa,tapi tampak ramah dan mesra.Mak dan bapak kelihatan begitu senang bersembang dengannya.Aku yang awal-awal lagi sudah menyediakan air kopi o panas tadi beserta bihun goreng terus membawa keluar dari dapur ke meja makan yang sedang Rayyan Fahmi duduk.Kali ini,aku betul-betul dekat dan berada di hadapannya.Dia mengangguk tanda terima kasih,kemudian melemparkan senyuman kepadaku.Aduh! Malunya aku.Berdebar jiwaku saat ini.Aku terus berpaling dan duduk di atas lantai sambil mendengar perbicaraan antara dia dan orang tuaku.
"Pak cik harap,kali ni betul-betul lah Rayyan berkawan elok-elok dengan Lisa.Lisa ni tak ada kawan yang serius lagi.Jadi,pak cik mendoakan yang baik-baik untuk hampa berdua", bapak bersuara dengan nada serius.Mak juga kelihatan sedikit resah,namun tetap melemparkan senyuman terhadap Rayyan Fahmi.
"InshaAllah pakcik dan makcik.Saya pun baru nak kenal-kenal dengan Lisa.Jadi,saya nak minta izin untuk bawa Lisa keluar sekejap boleh? Nanti sebelum Asar,saya akan hantar Lisa balik.", Rayyan Fahmi memberanikan dirinya untuk bertanya.
"Boleh,janji jaga anak dara pakcik elok-elok ya.Jangan sampai apa-apa terjadi.Kalau tak nanti,pakcik hambat Rayyan satu Penang.",bapak berseloroh sambil ketawa.
Saat itu wajah Rayyan sedikit berubah cuak,namun dia juga ikut tertawa.Aku bersalaman dengan orang tuaku diikuti dengan Rayyan Fahmi bersalaman dengan bapak. Kemudian,kami sama-sama melangkah keluar dari rumah.
"Dating elok-elok tau!Semoga berjodoh sampai Syurga!",jerit Kak Long dari belakang dapur.Sempat lagi dia mengusik.Rayyan Fahmi hanya ketawa.Kami sama-sama menaiki lif dan turun ke bawah untuk mendapatkan kereta yang diparking di flat hadapan.
Ketika aku sudah berada di dalam kereta waja yang dipandu olehnya,aku duduk di sebelahnya.Aku berasa sedikit gementar dan takut,sambil berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku sepanjang perjalanan.Aku hanya mendiamkan diri.Rayyan Fahmi yang sedang memandu kereta menuju ke arah Ocean View,sesekali melirik ke arahku lagi.Dia tersenyum seorang diri.Aku mula berasa malu.Merasakan wajahku sudah kemerahan menahan rasa segan.
"Cantiknya awak hari ini.", dia mula bersuara memecahkan kesunyian antara kami.Lagi merah padam wajahku terasa.
"Mana ada,biasa-biasa je.Awak ke sini family awak tahu ke awak datang jumpa siapa?",aku sekadar memulakan perbualan untuk menghilangkan rasa gemuruh yang bersarang dalam diri.
"Tahu,saya dah tunjukkan gambar awak kat family saya sebelum datang sini.", aku terkejut dengan pernyataannya.Rasa malu menyerbu lagi.
"Ish,malu lah saya.Dah lah tak cantik.Lepas tu,family awak tak cakap apa-apa ke?"
"Oh,ada.Diorang tanya bila awak nak kahwin dengan saya.",terus dia ketawa kecil. Baru jumpa dah pandai buat kelakar . Aku tersipu malu.
Keretanya masuk ke perkarangan McDonalds Persiaran Karpal Singh .Dia memarkir keretanya di dalam kawasan McDonalds.Kemudian,kami sama-sama berjalan masuk ke dalam dan terus menuju ke kaunter.Hari itu agak ramai orang.Ramai yang beratur untuk 'take away' dan juga ada yang menunggu untuk mengambil pesanan mereka yang sudah dipesan awal tadi.
Gaya Rayyan Fahmi yang lagak biasa itu membuatkan aku hampir terpesona.Dia berdiri sambil menyilang tangannya,memandang ke arah skrin yang menunjukkan segala menu yang dijual di McDonalds ini.Aku hanya memandangnya sambil tersenyum hinggakan tidak sedar yang dia sedang memanggilku.
"Hello,cik.Nak makan apa? " , Rayyan Fahmi memetik jarinya di hadapanku.Aku tersentak seketika.Aku tersengih sipu malu.
"Em,ambik aje lah untuk saya set burger tu dengan air milo.", aku menjawab sambil mataku meneliti menu yang tertera.
Dia terus ke hadapan kaunter dan membuat pesanan.Dalam masa 10 minit,nombor giliran kami dipanggil.Rayyan Fahmi membawa dulang yang berisikan 2 biji burger,2 paket fries dan 2 cawan air itu ke luar premis.Kami mencari tempat duduk yang berhadapan dengan tempat permainan kanak-kanak.Yang pastinya,angin sepoi tengah hari itu,masih terasa sejuk dan selesa.Aku duduk di kerusi yang berhadapan dengan dirinya.Aku masih tidak mampu bertentang mata dengannya.Tetapi,tanganku laju mengambil satu per satu fries dan suapkan kedalam mulutku.
"Amboi,laju makan sampaikan tak ingat kat kita.Lapar ke? ", Rayyan Fahmi mengusik.
"Eh tak lah.Saya bukan lapar tapi macam sedap pulak fries ni.",aku ketawa kecil sambil menutup rasa gementarku yang masih lagi tidak menghilang.Dia ketawa.Kemudian,aku melihat dia mengeluarkan telefon bimbitnya.
Begitu kusyuk dia menekan-nekan skrin telefonnya.Entah apa yang dibuatnya.Sesekali terbit rasa curiga kalau-kalau hakikatnya dia itu milik orang.
"Awak memang betul-betul single ke?",tiba-tiba soalan yang tak terduga itu terpacul dari bibirku.
Allah! Soalan apa aku tanya ni? Aku mengetap bibir.Rayyan Fahmi hanya tersenyum melihatku.Dia kelihatan tenang.
"Ya single.Sebab single lah saya berani datang kat awak.Em,boleh awak tolong saya seperkara?", Rayyan bertanya dengan serius.Aku mengangkat kening.
"Boleh awak delete semua tentang awak dalam aplikasi OMI? Saya pun akan delete jugak.Saya tak nak awak cari orang lain." , dia melemparkan senyuman kepadaku.
Aku tergamam seketika.Dia tampak begitu serius dengan permintaannya.
"Bo..boleh.Nanti saya delete ya.", aku menjawab sambil membuka kertas burger ayam yang dipesan tadi.
"Bukan nanti,tapi sekarang.", dia serius berkata.
Baru hari pertama jumpa,sudah mengarahkan aku itu dan ini. Entah apa yang dia fikirkan.Aku terus mengeluarkan telefonku pula dan menunjukkan bukti bahawa aku sudah pun membuang aplikasi itu di hadapan matanya. Dia tampak berpuas hati .
"Thank you,sayang.Saya harap awak tak cari yang lain lepas kita dah jumpa."
Apa? Sayang? Tak salah kah aku mendengar dia memanggilku dengan panggilan itu tadi? Sudah makin berani dia terus menjadikan aku seolah-olah miliknya.Aku terus menjamah burger itu sampai habis sebelum kami mula melangkah untuk duduk di tepi pantai.
Bunyi air laut yang sesekali memukul ombak itu membuatkan hatiku sedikit tenang.Rayyan Fahmi memandang jauh ke arah laut itu.Dia seakan-akan menghayati keindahan laut yang terbentang luas.Hebatnya Maha Pencipta yang menjadikan laut itu tiada mula dan tiada penghujungnya.Saat aku menikmati bunyi ombak,bahuku dikuis.Rayyan menunjukkan kamera handphonenya yang memuatkan gambar wajah kami berdua sekarang.
"Saya nak ambil gambar dengan awak.Nak bawak balik tunjuk pada family saya ", sdia mengajak aku duduk di sebelahnya.Aku terus membetulkan kedudukanku dan senyum menghadap kamera.Dua kali dia memetik gambar dan kemudian mengajak aku berjalan semula menuju ke kereta sebelum dia menghantar aku untuk pulang.
Di dalam kereta,kami saling berkongsi cerita masing-masing dengan rancak.Sesekali kami ketawa dan dia teruskan pemanduannya ke lokasi rumahku.Sebelum aku keluar dari kereta,dia menahanku.
"Terima kasih Lisa sebab sudi jumpa dan keluar dengan saya.Harap apa jua keputusan awak lepas ni,saya akan terima dengan redha.Saya faham akan perasaan awak.Jumpa lagi nanti,InshaAllah.", Rayyan Fahmi melambaikan tangannya ke arahku.
Aku keluar dari kereta dan membalas lambaiannya dengan senyuman.
"Nanti dah sampai whatsapp tau? Hati-hati perjalanan pulang ya?", aku melambai ke arahnya sebelum keretanya terus bergerak perlahan meninggalkan aku di belakang.Aku berasa sangat lega kerana hari ini sudah lepas seperti yang dirancang.Aku bersyukur kerana sepanjang pertemuan kami,dia tidak langsung mengambil kesempatan terhadapku.
Aku berjalan dan menaiki lif untuk pulang ke rumah.Sampainya aku dihadapan rumah,aku melihat wajah mereka yang aku sangat sayang begitu teruja menanti cerita daripadaku.Aku melangkah masuk dengan penuh rasa bahagia.Mungkinkah cinta yang ditunggu telah tiba?
Share this novel