Bab 27~
Aku sedang duduk bersahaja sambil mengenakan air teh o panas dengan roti biskut pada petang Sabtu itu.Hari ini,hari rehatku.Aku perlu kosongkan minda setelah seminggu sibuk dengan kerja yang banyak minggu lepas.Aku masih berasa letih dengan kerja tempoh hari.Aku perlu tenangkan fikiran sekurang kurangnya dalam tempoh 24 jam.Aku tidak mahu serabutkan minda dengan hal-hal yang remeh.Namun,pertemuan aku dengan Rayyan membuatkan jiwaku kacau.Entah apa yang dilakukannya pada hari ini.Seharian mendiamkan diri.Tanpa sebarang mesej,tanpa sebarang panggilan.Apakah dia baik-baik sahaja?
"Lisa!", namaku dilaung.
Aku menoleh ke arah laungan itu.
"Lisa,tolong Kak Long kejap boleh tak?Kak Long tak sempat nak ambil Dzulqarnain balik dari kelas Tae Kwan Do.Tolong ambil dia balik boleh?",muka manja Kak Long membuatkan aku kalah.Terpaksa akur dan turuti .
"Ye lah,ye lah.Pukul berapa dia habis?",aku bertanya sambil menghirup air teh o panas yang kini sudah pun berasa suam.
"Now?",wajahnya begitu mengharap.
Aku hampir tersedak air teh o panas itu.
"What?Now?",aku membulatkan mata.Terkejut dengan arahannya.
"Ha,elok lah.Dah hujan baru nak tadah.Yang dari awal tadi tak nak bagitahu.",aku menjeling ke arah Kak Long.Namun,terus berdiri dan menyalin pakaianku kepada T Shirt tangan labuh berserta seluar jeans hitam.Aku mencapai kunci kereta di atas meja,dan mula melangkah keluar dari rumah.Tapi,langkahku terhenti seketika apabila melihat Kak Long yang masih lagi berbaju T Shirt dan berkain batik.
"Ai,nak ambil anak siapa ni?Tak nak ikut sekali ke?",sengaja aku mengusiknya.
"Alah,Kak Long tak sempat ni.Kak Long nak habiskan dulu masak Sambal udang ni.Kejap lagi kan,adik Kak Long jugak yang nak makan ,kan?", dia mengkebil-kebilkan matanya.Malas nak dilayan.
Aku terus turun ke bawah dan menaiki kereta Exora .Setelah menghidupkan enjin,aku mula memandu perlahan keluar dari perkarangan rumah dan terus menuju ke Jalan Greenlane yang mengambil masa lebih kurang 20 minit itu.
Selepas 20 minit,aku tiba di sebuah bangunan rendah 2 tingkat.Kelas Tae Kwan Do Dzulqarnain berada di tingkat 2.Aku segera menaiki tangga yang tersedia dan berhenti di hadapan pintu masuk kelasnya.
"Hi,nak pick up siapa?", seorang wanita berbangsa Cina senyum menyapaku.
"Saya nak pick up Dzulqarnain", aku membalas lembut dengan senyuman di bibir.Kemudian,dia masuk kembali ke dalam,dan seketika itu juga dia keluar bersama anak buahku.
Aku menunduk tanda terima kasih dan kami turun bersama-sama ke bawah semula.
"Kenapa mak tak ambil abang balik hari ni?",Dzulqarnain yang betah bicara menyoal sambil mengunyah nuget yang dibawanya dari pagi tadi.
"Mak sibuk,tengah masak.Sebab tu Ngah yang ambil abang balik.",jawabku sambil memandu kereta.Dia hanya menganggukkan kepalanya,sambil menghabiskan nugetnya yang terakhir.
Aku tidak memandu terus balik ke rumah,tetapi membelok ke arah jalan menuju ke KFC.Terfikir untuk membeli ayam goreng KFC untuk makan malam nanti,aku parking di dalam kawasan bangunan KFC yang sudah dikhaskan untuk pelanggan.Kami berdua turun dari kereta dan masuk ke dalam premis KFC itu.
Bau aroma ayam goreng mula menusuk hidung.Perut yang sedari tadi baik-baik sahaja mula berkeroncong minta untuk diisi.Aku segera berbaris mengikut giliran untuk menempah pesanan.
"Hai,selamat datang.Nak dine in atau take away?",sapa mesra staf KFC saat giliranku tiba.
Aku memesan 15 ketul ayam goreng,bersama 3 biji burger dan 1kotak besar mashed potato.Diberikan juga 1 botol besar air A&W.Setelah membayar harga yang tertera,aku menunggu giliran untuk mengambilnya pula.
"Ngah order untuk abang sekali tak?Abang lapar ni.",tiba-tiba Dzulqarnain menunjuk muka belas kasihannya.
Aduhai,anak buahku seorang ni.Aku hanya mengukir senyuman untuknya.Selepas menunggu 10 minit,akhirnya aku mengambil bungkusan kami dan terus pulang ke rumah.
Malam itu,segalanya sudah tersedia rapi di atas meja.Nasi putih,ayam goreng,Sambal udang,serta air A&W dilengkapi bersama pinggan dan cawan.Kami sekeluarga yang sudsh bersedia di meja makan,mula membaca doa makan yang diketuai oleh Abang Uni,satu-satunya abang iparku.
"Hah,ayam tu sorang 2 ketul je tau.Jangan tamak-tamak!",aku sengaja menyakat Maryam yang baru hendak mencapai 2 ketul ayam goreng itu.Dia tersengih-sengih seperti kerang busuk.Kemudian,masing-masing mula menjamu selera.
Aku memandang skrin telefon bimbitku.Sepi hari ini tanpa sebarang mesej mahupun panggilan.Apakah dia tidak merindui aku?Atau aku sahaja yang memikirkan tentangnya?Entahlah,hanya Tuhan yang Maha Mengetahui segala isi hati.Aku kembali menyambung makan ayam goreng yang masih lagi terasa panas itu.
Saat aku sedang mencuci pinggan,tiba-tiba Kak Long menjerit dari ruang tamu.
"Lisa!Telefon bunyi ni.Cik abang call ni.",Kak Long melayang-layang telefon bimbitku di hadapanku.
Aku segera berhenti mencuci pinggan di sinki,dan bergegas mendapatkan telefon bimbitku dari Kak Long.
"Sanggup berhenti cuci pinggan semata-mata nak dengar suara cik abang ye?Sabar,tak lama dah nak kahwin", Kak Long ketawa sambil cuba untuk menyakatku dengan menghalang daripada mengambil telefon itu.
Akhirnya,aku dapat juga menangkap telefon bimbit itu sebelum ia berhenti berbunyi.Aku berlari masuk ke dalam bilik dan terus menjawab panggilan.
"Hello..",Rayyan bersuara.
"Ya,hello.."
"Sibuk ke?"
"Baru lepas makan dengan family.Cuci pinggan tadi ni.",aku menjawab,tapi tidak seceria selalu.
"Kenapa tak call langsung satu hari ni?", dia mula mengajukan soalan.Ya,aku sudah maklum pasti dia akan bertanya kenapa.
"Saja.Nak berehat.'',aku menjawab selamba.
"Oh,so sekarang abang ganggu sayang la ni?Tak pe lah,sorry.Abang tak ganggu.",terus dia mematikan panggilan.
Aku tersandar.Cepat betul mamat ni terasa hati.Hati tisu betul ! Getus hatiku.Aku kembali mendail nombornya.Diangkat.
"Hmm..",hanya itu yang dijawabnya. Kemudian,dia menyambung lagi.
"Abang minta maaf dengan sikap abang.",akhirnya dia meluahkan.
Aku tersenyum mendengar kemaafannya.Ya,itu yang aku mahu dengar.Perempuan tidak pernah salah! Tapi,dia cuma mahukan kasih sayang dan perhatian.
"Ye lah,sayang maafkan.Lepas ni,apapun jangan gaduh lama-lama eh?Nanti ,rindu..",aku memulakan ayat romantisku.
Kami bergelak tawa malam itu bersama-sama.Rayyan cukup pandai menghiburkan aku.Dan,aku masih tetap berasa senang dengannya walaupun jarang untuk kami bertemu.
"Entah bila pulak boleh jumpa kan?",Rayyan bertanya sambil mengeluh.
"Nanti kita jumpa lagi masa nak cari baju kahwin ye?",aku memujuknya.Terdengar hela nafas panjangnya.
Sebelum menamatkan panggilan,aku memberikan ciuman kepadanya melalui telefon.Biar jauh,tapi terasa dekat.Esok,Rayyan akan bekerja mengikut jadual negeri Kedah.Negeri Kedah bermula dari hari Ahad,manakala Negeri Pulau Pinang bermula kerja pada hari Isnin.
Share this novel