Bab 14 ~
Pagi ahad itu,aku mengemop lantai rumah yang kotor gara-gara Dzulqarnain dan Maryam,anak buahku yang menconteng habis menggunakan pen marker.Rasa marah meluak-luak saat aku melihat mereka yang begitu khusyuk dan gembira menconteng lantai.
"Ya Allah ! Dzul! Maryam ! Apa ni? Dah tak ada buku ke nak conteng sampaikan ke lantai nak dicontengnya?",aku melampiaskan rasa marahku sambil berdiri bercekak pinggang di hadapan mereka.Mereka yang masih lagi di bawah umur 4 tahun,tidak mengerti apa-apa masih lagi tersengih di hadapanku saat aku menjegilkan mata kepada mereka.Mereka menyangka kalau aku cuma bergurau dengan mereka.
"Ngah marah ke?Habis tu,abang dan adik nak conteng kat mana?", si abang berkata perlahan sambil kepalanya tunduk ke bawah.Tahu takut !
"Mestilah marah.Banyak kerja nak buat,dah tambah 1 lagi kerja.Sapa tak marah?", aku sengaja menjegilkan mataku.Biarpun aku pada mulanya memang rasa marah ,tetapi setelah melihat wajah mereka berdua,tak tergamak rasanya untuk aku terus menyalahkan mereka.Aku menarik nafas panjang sebelum sambung bercakap.
"Dah,pegi mandi,lepas tu simpan ni semua.Ngah nak mop lantai.Main mainan lain dalam bilik.Jangan main pensil warna.Faham?",aku menegur mereka dengan nada yang perlahan dan dikawal.Mereka berdua mengangguk dan terus lintang pukang lari ke tandas untuk membersihkan diri.
Habis aku membersihkan ruang tamu,aku bersandar sebentar di kerusi sambil menonton berita petang itu.Berita yang memaparkan tentang kes Covid-19 yang mula mencanak di luar negeri,dan sekarang sudah mula memasuki kawasan Malaysia.
Kes penyakit berjangkit itu memang sudah ada sejak hujung tahun 2019,tetapi sekarang sudah 4 bulan kes itu semakin tinggi terutamanya di negara China.Belum pernah negara Malaysia mempunyai masalah penyakit serius yang begini melainkan demam denggi pada suatu masa dahulu.Tetapi,kali ini lebih banyak melibatkan nyawa terutamanya bagi golongan kanak-kanak dan orang tua.
Dan,kali ini berita menggemparkan seluruh negara mengenai 'Lock down' yang bakal diadakan tak lama lagi.Sekiranya kes ini semakin mencanak tinggi,lagi ketatlah kawalan PKP yang diadakan.PKP atau Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak bulan Februari 2020 itu,mungkin akan menjadi lebih serius sekiranya rakyat Malaysia tidak mematuhi peraturan undang-undang.
Sejurus habis berita di televisyen,aku terus memadam TV dan bangun untuk memasak sesuatu untuk makan tengah hari ini.Memandangkan sudah agak lewat untuk makan tengah hari ini,aku hanya memasak lauk simple iaitu kuah Sardin dan juga sayur goreng kacang buncis.Usai memasak,aku masuk ke bilik tidur hanya untuk berehat seketika sebelum masuk waktu Zohor 15 minit lagi.
Aku melihat handphoneku yang sudah masuk begitu banyak miss call dari Rayyan.Mungkin dia rindu yang membuatkannya berkali-kali menelefonku.Aku tersenyum sengih memikirkannya.Tanpa membuang masa aku terus mendail nombornya.
"Hai,cik akak.Sibuk ke kat sana sampaikan tak jawab panggilan saya? ", Rayyan Fahmi mengusik sejurus dia mwnjawab panggilan ku.
"Maaflah,sibuk sikit tadi.Kemas rumah ,lepas tu masak.Awak dah makan belum?", aku menerangkan padanya.
"Tengah tunggu awak hantar makanan lah.Saya dah lapar dari tadi tunggu awak masak.Mana nasi saya?",gurau Rayyan Fahmi dan terus kami gelak bersama.
Dalam masa berbual,kami menceritakan tentang kes Covid 19 serba sedikit.Kemudian,pertanyaannya membuatkan aku terkedu untuk menjawabnya.
"So,jadi ke tak kita nak bertunang nanti bulan 3 ?Janganlah tak jadi..Saya ni dah berkobar-kobar nak kahwin dengan awak tau?",Rayyan mula merajuk.
"Nak buat macam mana?Kena tengok pada situasi sekarang lah.Kalau diorang jadi lock down tu,em entahlah.Mungkin lambatlah kita kahwin", aku sengaja menambahkan lagi perasaan marahnya.
"Mungkin ini ujian untuk kita nak bertunang.Mungkin Allah akan beri masa yang lebih baik untuk kita prepare yang terbaik.",aku memujuknya kembali.
Dia hanya diam.Sesekali terdengar dia mengeluh.Memandangkan waktu juga mencemburui kami,Rayyan Fahmi terpaksa mematikan panggilan itu kerana harus cepat-cepat solat Zohor kemudian,pergi bekerja semula di Klinik Pergigian Langkawi.
Rayyan Fahmi yang pada awalnya mendapat panggilan bekerja di Klinik Pergigian Alor Setar,serta merta pada hari yang sama disuruh untuk berdaftar di Klinik Pergigian Langkawi.Dan,aku masih ingat bagaimana kecewanya dia saat video call dengan aku pada malam sebelum bertolak ke Langkawi keesokkan paginya .
"Ingatkan balik dari KL ke Alor Setar,dapat dekat dengan awak.Boleh jumpa setiap minggu,tapi lain pulak ketentuanNya.Apalah nasib!", dia mengeluh padaku.
Aku hanya ketawa mendengarnya.Aku tidak pernah putus asa memberinya semangat.Walaupun kami berjauhan,jarang bertemu tetapi aku yakin Allah sebaik-baik perancang.Pastinya Dia merancang sesuatu yang lebih baik untuk masa depan kami nanti.Ya! Aku percaya.
"It's okay,Rayyan.Don't be pressure.Awak kena siapkan mental untuk mulakan kerja baru awak esok nanti.Tapi,syok lah kan dapat kerja kat Langkawi.Sambil kerja,boleh jalan-jalan.", aku memberikannya semangat.
"Hmm,hopefully i'm okay.Tak pe lah,nanti kita dah kahwin,saya bawa awak jalan-jalan ye?",dia beria-ia berkata dengan nada gembira.Aku hanya mengiyakan sahaja agar dia tidak terlalu kecewa dengan keputusan yang ditetapkan.
"Oh ya,macam mana dengan proses pertunangan kita?Jadi ke tidak sekarang ni?",Rayyan mula teringat akan rancangan kami untuk berkahwin pada hujung tahun ini.
"Saya nak cepat-cepat kahwin dengan awak.Nanti boleh lah ada yang tolong masakkan untuk saya,jaga saya nanti kat Langkawi.",aku terus ketawa mendengarnya.
"Jadi,awak perlukan 'maid' lah untuk uruskan awak cepat-cepat ni?", sengaja aku menyakatnya.
"Apa pulak maid! Saya tak anggap pun awak macam tu,tau?",nadanya seakan merajuk kembali.
Ah sudah ! Aku harus bersiap sedia untuk memujuknya kembali.Suara azan Zohor yang berkumandang membuatkan kami terpaksa untuk menghentikan perbualan kami.
"Okay lah,saya nak solat Zohor dulu.Lepas kerja nanti,saya whatsapp ya? Tunggu saya tau?I Love You,sayang ! ", Rayyan terus mematikan panggilannya.
Aku tersenyum gembira selepas meletakkan panggilan.Rasa bahagia yang aku rasakan saat ini sangat berbeza berbanding sebelum ini.Benarlah kata ustazah Siti Nor Bahyah,jodoh itu bila kita berasa senang dan tenang bila bersamanya,itu lah namanya jodoh.Moga-moga ,Rayyan Fahmi lelaki terakhir dalam hidupku sampai akhir hayat nanti.
Aku juga terus bangun dan bersiap-siap untuk menunaikan solat Zohor.Aku memakai telekung bewarna ungu kegemaranku dan terus menunaikan solat 4 rakaat itu.Habis memberi salam,aku menadah tangan untuk berdoa sesungguhnya pada Allah SWT supaya diberikan petunjuk jodoh yang baik untukku.
Share this novel