Bab 13

Drama Series 2016

Bab 13~

Tanpa sedar rupanya sudah 3 bulan aku mengenali Rayyan Fahmi.Ya,lelaki yang cuba menggodaku sejak dari awal pertemuan.Lelaki yang sangat perhatian dan manja,tetapi sangat menyenangkan hatiku.

"Sayang,bila kita boleh kahwin?Abang tak mau kawan lama-lama.Kalau boleh nak terus kahwin",nadanya yang seakan merajuk itu mencuit hatiku.

Aku hanya tersengih.Setiap malam,sudah menjadi rutin untuk kami ber'video call' sebelum masing-masing melelapkan mata.

"Abang nak kahwin ni,duit dah cukup ke?",sengaja aku panaskan hatinya dengan persoalanku.

"Abang memang dah lama simpan.Cuma calonnya aje tak ada.Sekarang dah ada,boleh la kahwin kan?", Rayyan Fahmi sengaja mahu mengusikku.

"Okay,kita kahwin hujung tahun ni eh?", sejurus aku mengatakan ayat itu,tiba-tiba Rayyan Fahmi menjerit.

"Ahh!!! Lamanye..Lambat lagi lah boleh nak manja-manja ni.",aku ketawa mendengar omelannya.

Walaupun aku masih tidak mengenali dia sepenuhnya,tetapi dari perwatakannya sahaja aku sudah dapat rasa Rayyan Fahmi ini bagaimana orangnya.

Dia sangat pendiam,tapi dalam dia sangat manja.Dalam diamnya,ada juga tegasnya yang kadang membuatkan aku terasa hati.

"Tak pelah,kita bertunang dulu okay?Nanti sempatlah nak kumpul duit,buat majlis besar-besar.",aku mengatakan kepadanya.

Aku terdengar dia mengeluh.Dia membuat mulut muncungnya itu.Mula lah adegan untuk memujuk si teruna anak mak ni.Dia yang paling bongsu dalam keluarganya,dan kasih sayang keluarga terhadapnya tidak membatasi apa-apa.Aku dapat merasa betapa sayangnya kakak-kakak iparnya kepada Rayyan Fahmi.Begitu juga abang-abangnya.Ya,dia punya 6 orang adik beradik,dan 4 orang abang.Memang manjalah dia kerana apa saja yang dia nak,pastinya keluarganya akan beri.

"Dah,tak payah merajuk.Nanti kita kahwin ye,InshaAllah.Jum tidur,jangan lupa baca doa.Good night sayang", aku memberinya 'flying kiss' sebelum memadamkan panggilan video itu.

Sejurus habis bercakap,aku membuka selendangku dan terus rebah di katil.Tersenyum sendiri memikirkan tentang apa yang diperkatakan oleh Rayyan sebebtar tadi.

"Sayang,abang nak sayang jaga abang.Kalau kita kahwin,abang tak menjanjikan kemewahan,tapi inshaAllah abang akan beri kebahagiaan pada sayang dan anak-anak kita", Rayyan Fahmi bersungguh-sungguh ketika kami bervideo call tadi.

"Sayang harap abang dapat terima kekurangan sayang berbanding kelebihan yang abang nampak pada sayang", aku memberitahunya.

Ya,sama-sama saling berjanji untuk menjaga satu sama lain.Sama-sama berjanji untuk membahagiakan antara satu sama lain.Jika ditakdirkan dia jodohku,pasti aku akan menjaganya hingga nyawaku berakhir dengan kematian.

Memandangkan jam masih lagi awal 10.00 malam,aku keluar dari bilik untuk meneguk segelas air ais kosong.Terasa haus apabila sedari tadi bercakap tanpa henti.Baru tersedar,selama 1 jam aku bercakap dengan Rayyan,tanpa rasa dahaga.Hebat betul penangan cinta yang datang.Semasa aku sedang di dapur menuang segelas air ais kosong itu,mak dari bilik tiba-tiba keluar ke ruang dapur.

"Buat apa dari tadi dalam bilik?Sampaikan bapak panggil tadi tak menyahut.Cakap telefon ka?",mak bertanya sambil mengambil cawan.Mungkin mak berasa haus yang membuatkan mak juga datang ke dapur untuk menghirup sedikit air kosong.Walaupun sekadar air kosong,tapi nikmatnya 1000 kali lebih segar berbanding air manis.

Aku ketawa dan tersenyum

"Ya,tadi call dengan Rayyan.Dia betul-betul sukakan Lisa,mak.Lisa macam tergamam,tahu?Tak pernah ada lelaki ajak kahwin mendadak macam ni.", aku menjelaskan pada mak.

Mak hampir saja menyembur air ke muka ku.Mak terkejutkah dengan berita yang baru saja aku sampaikan tadi.Kakak yang tak tahu dari mana entah juga tiba-tiba datang kepadaku.

"Hah?Lisa dah nak kahwin ke?Kakak nak dapat adik ipar baru.",kakak begitu teruja .Begitu juga dengan mak.Aku melihat wajah kedutnya yang berseri itu dengan senyuman yang sangat indah.

"Eh,sabar lah dulu.Biarlah kenal betul-betul hati budi tu.Zaman sekarang,baik macam mana pun belum boleh dipercayai sepenuhnya.Luar je nampak baik,tetapi hakikatnya hah! Tuhan saja yang tahu.",aku cuba meredakan perasaan teruja mereka sebelum ia menjadi satu paksaan buatku.

Aku tak nak dipaksa untuk berkahwin kerana terdesak atau kerana usiaku yang makin lanjut.Tapi,biarlah perkahwinan yang bakal aku layari nanti adalah sebenar benarnya kerana saling mencintai dan menerima.

"Tapi kan Lisa,mak tengok dia nampak baik aje.Sopan sangat,bila bercakap dengan mak bapak hari tu.Kalau lah dia jodoh Lisa,memang mak pun setuju sangat", mak melemparkan pandangannya.

"Jodoh Tuhan siapa mampu halang,kan mak?", kakakku sempat lagi mengusik sebelum melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya.Mak juga sudah masuk ke biliknya untuk tidur.

Tinggal aku seorang diri yang masih memikirkan tentang ajakan lelaki itu .Bukannya aku tidak mahu mendirikan runah tangga,tetapi aku takut andai hatiku belum bersedia sepenuhnya.Jika mentalku belum menerima kehidupan selepas berumah tangga.Jauh pemikiranku pergi kali ini.Kalau tidak,sebelum ini bila bercakap bab nak kahwin,akulah penasihat rumah tangga nombor satu.Tapi,sekarang bila tiba masa aku,Aku pula yang bercelaru memikirkan masa depanku.

Aku terus menghempaskan badan ke atas katil dan mematikan lampu bilik tidur .Enggan memeningkan kepala terus aku pejam mata dan hanyut dibuai mimpi indah.Yakin,segalanya akan baik-baik saja apabila tiba masanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience