Bab 24 ~
"Masuk lah.",Nazurah memberi isyarat untuk melangkah masuk ke dalam pejabat yang luas itu.Perlahan-lahan lelaki tua yang berkemeja biru itu masuk dan duduk di kusyen panjang.Dia meletakkan beg galasnya di sisinya dan memandang ke arah kami dengan satu senyuman.Aku hanya memandang skrin.Rasa tidak puas hati masih bersarang.Lelaki itu tidakku pandang langsung.Dia masih di situ sambil mengeluarkan sesuatu dari dalam beg bimbitnya.Aku duduk di tempatku tanpa mempedulikannya.
Aku memainkan perlahan lagu Zizi Kirana bertajuk 'Rahsia Hati' yang kini agak popular di seluruh pelosok media.Mamu Dollah mendekatiku.Dia melemparkan senyuman.Aku masih menatap ke arah kertas kerja yang ada di hadapanku.
"Lisa..", panggilnya perlahan.
Aku masih diam.Tidak mendongak mahu pun menyahut.
"Lisa..",panggilnya lagi.Kali ini,aku menatap wajah tuanya.Memang sebelum ini aku sangat kagum dengan usianya yang mencecah hampir 70 tahun,tetapi masih kuat untuk bekerja ke sana dan ke sini.Namun,apabila timbul sesuatu perkara yang melibatkan kepercayaan,pasti sesiapa sahaja akan mula curiga dengan kita.
"Dengar dulu cerita mamu.Mamu bukannya tipu sesiapa.Mamu tak ambik pun duit tu.Mamu memang bagi pada semua pekerja.",Mamu Dollah terang bersungguh-sungguh.
Kasihan pulak kami melihat riak wajahnya yang sayu.Setelah dia menjelaskan segala-galanya kepada kami lantas perlahan-lahan dia kembali ke sofa dan ambil beg bimbitnya dan berlalu dari situ.
"Khamis ni nanti Mamu mai balik office serah dokumen sekolah lain lagi.",terus dia keluar dari pintu pejabat dan menuruni anak tangga itu.
"Lisa!" , tiba-tiba Nazurah memanggil.Aku memusingkan badanku ke arahnya.
"Tu lah hang,tak mau dengar cakap dia dulu.Tengok dia dah merajuk.Lepas ni, tak dak dah lah Nasi Free untuk kita.",Nazurah tersengih-sengih sambil menulis sesuatu.Aku hanya menggeleng kepala.
Aku meneruskan kerjaku yang semakin bertambah.Apabila tiba hujung bulan sememangnya banyak kerja yang perlu diselesaikan.Masih banyak set dokumen yang perlu aku siapkan serta fotostat.Tanpa membuang masa,aku mula menaip dokumen kebersihan untuk setiap sekolah yang diuruskan.
Dalam kesibukan menghabiskan kerja yang perlu disiapkan,jam tepat menunjukkan pukul 5.30 petang.Nazurah yang sedari tadi sudah bersedia untuk pulang,siap menggalas beg tangannya itu.
"Cik Lisa,tak nak balik ke?Nak duduk sini sorang-sorang ke?",Nazurah menegurku sambil menutup suis-suis yang ada di dalam pejabat kami.Pejabat yang aku sendiri ubah suai bersama bos saat kali pertama pindah ke sini.Meja dan kerusi yang disusun mengikut cita rasaku,dipersetujui oleh Bos.
"Hm,jum lah.Tunggu aku kemaskan tempat aku dulu kejap.",aku mula menyimpan barang-barangku dan mengemas meja yang berselerakan dengan kertas-kertas.
"Workerholic betul kawan aku sorang ni.Mentang-mentang dah nak kahwin,sampai tak ingat nak balik rumah",gurau Nazurah sambil dia pun membantu aku mengemas apa yang patut.
"Mestilah,nak kahwin kan..Banyak duit nak pakai.Bukan petik jari je hah semua tersedia.Banyak tau nak kena spend"
"Ye lah tu.Kata nak kahwin tu senang dulu.Macam mana kalau esok-esok nanti laki hang tak bagi kerja?Hang tak dak duit?", soalan Nazurah membuatkan aku berhenti seketika.Aku hanya mengerling ke arahnya sambil menggalas beg tangan dan bersedia untuk keluar dari pejabat.
Setelah suis dan pintu dikunci rapi,kami bersama sama menuruni anak tangga dan keluar dari kedai motorsikal Nom Agency yang sudah puluhan tahun beroperasi.Kami duduk sebentar di tepi kedai yang kosong itu.Aku memandang jalan raya yang sesak saat ini.Jam sudah menunjukkan pukul 6.00 petang.
"Nazurah,kalau nanti laki aku tak bagi aku kerja.Aku tetap kena redha.Rezeki tu kan dari Allah.Tapi kalau aku boleh kerja,aku pun nak sama-sama bantu dia untuk menyempurnakan hidup kami.",ujarku setelah lama mendiamkan diri.
"Laki hang orang kampung kan?Boleh ke hidup dengan orang macam tu?Dah fikir habis-habis?",soalan Nazurah agak sedikit menyentuh jiwa sensitif.
"Ish,hang ni.Orang kampung ke bandar ke sama je.Tak de beza.Tak perlu nak membanding-bandingkan cara kehidupan.Doakan aku kuat dan tabah sudah,hang sebagai kawan aku patutnya beri semangat.",aku menegaskan kepada Nazurah.Tiba-tiba,telefon bimbitku berbunyi.Aku segera bangun menjauhkan diri dari Nazurah sebelum menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum..", aku memulakannya dahulu.
"Waalaikumsalam,dah balik ke tu?"
"Baru lepas tutup kedai tadi ni.Lambat sikit balik hari ini.Banyak sangat kerja nak settle.",aku sudah mula pandai mengadu.Nazurah memandangku dengan perasaan sedikit jelek.Aku hanya ketawa.
"Lah ya ka?Kesiannya sayang abang sorang ni.Nanti,abang datang jumaat ni ya?Abang belanja sayang makan.",suaranya begitu teruja.
"Betul ke?Sukanyaa sayang!Nanti kita jumpa jumaat ni okay?",lantas aku mematikan panggilan itu setelah melihat sebuah kereta Proton Exora berhenti di hadapanku.
"Okay lah,Nazurah.Aku balik dulu tau? Hati-hati duduk sini sorang-sorang.Takut nanti Bangla terpikat!",selorohku sebelum menaiki kereta.Dia hanya mencebik bibirnya.Kereta Proton Exora coklat itu mula meluncur laju mencelah di jalan raya.
"Lisa nak jumpa Rayyan jumaat ni.Dia nak datang Penang.",aku memulakan perbualan ketika sunyi sepi antara aku dan bapak.Bapak masih memandang ke arah jalan raya yang sibuk.
"Dia nak mai dengan sapa?Nak ajak Lisa keluar ke?",Bapak mula bersuara ,tetapi matanya masih menatap ke arah yang sama.
"Ya,datang sorang.Nak ajak pergi makan.Boleh kan bapak?",aku bertanya dengan penuh harapan akan diluluskan.Kemudian,bapak hanya mengangguk.Aku menjerit gembira,kemudian tersengih malu apabila melihat bapak yang memerhatikanku.
Tepat jam 7.15 malam,kami selamat tiba di rumah.Mak sedang menghidangkan makan malam,dan kakak masih lagi di bilik mandi.Aku meletakkan beg dan terus mencuci tangan dahulu.Belum sempat menyentuh ayam goreng yang tersedia,tanganku dipukul lembut oleh mak.
"Mandi dulu,lepas tu baru makan.Kalau tak nanti cepat gemuk.",mak menyusun lauk pauk yang pelbagai jenis di atas meja.
"Mak,jumaat ni Rayyan ambil balik kerja tau.So,pagi tu macam biasalah,bapak hantar okay?",aku berkata sekali lalu sebelum masuk ke bilik mandi.
"Nak ke mana?Jaga diri baik-baik.Fasa bertunang ni macam-macam ujian.Jangan sampai melebihi batas,faham?",mak sekadar mengingatkanku.Aku mengangguk faham.
"Tak pasti lagi.Dia cuma beritahu nak ajak keluar makan.InshaAllah,Lisa tau lah nak jaga diri.",aku menjawab dan terus masuk ke bilik mandi .
Habis mandi dan solat maghrib,aku makan malam bersama-sama dengan keluarga.Kemudian,aku masuk semula ke dalam bilik untuk menemani tunangku melalui video call.
"Jumaat ni pakai baju lawa-lawa tau.Abang nak bawak pergi makan tempat special.",matanya bersinar saat memberitahu plannya untuk jumaat nanti.
"Pergi mana?Hotel ke?",tanyaku separa teruja.
"Adalah,nanti ikut je lah..",Rayyan mengenyitkan matanya kepadaku .
Terasa malu diriku saat ini.
"Jum lah tidur.Abang nak kena hantar doktor pakar esok awal pagi.Jaga diri,sayang.I love you", dia memberikan flying kiss sebelum menamatkan video call malam itu.
Aku membalasnya sambil melambaikan tangan kepada Rayyan Fahmi.Kemudian,aku terus memadamkan lampu bilik dan memejamkan mata.Wajah Rayyan Fahmi mula berlegar legar dalam fikiranku saat aku hampir terlena.Rasa tak sabar menanti hari Jumaat tiba,mengharapkan 'date' kali ini lebih baik dan memberi memori terindah.
Share this novel