Bab 39~
Selepas Rayyan Fahmi berangkat ke kerja pada pagi itu,aku sudah mula bertekad pada diriku.
'Okey,hari ini aku nak kemas bilik ini supaya nampak bersih dan nak seterika baju-baju abang untuk pujuk hatinya balik',aku mengomel sendiri.
Aku terus mandi awal pagi itu seperti biasa,dan menjamah nasi lemak yang sama.Kemudian,aku mengeluarkan beberapa helai baju kerja Rayyan dari dalam almari,dan menyeterikanya satu per satu.Memandangkan kami tidak mempunyai papan seterika,aku menghamparkan sehelai kain pelikat sebagai alas dan duduk bersila sambil seterika bajunya di atas lantai.Sesekali aku merasa sedikit mengah kerana tertunduk-tunduk menggosok baju Rayyan,namun demi keharmonian antara kami berdua,aku tetap gagahkan diri untuk melakukan kerja rumah.Setelah selesai,aku menggantung semula baju-baju itu dengan rapi di dalam almari.
Selepas selesai menggosok baju,aku menyapu setiap sudut bilik sambil mengemas beg-beg serta barang-barang yang ada di dalam bilik itu.Aku menyusun barang-barang yang berselerak di satu sudut itu ke dalam satu kotak kecil.Aku membersihkan habuk-habuk yang ada tikar di luar rumah.Kemudian,aku menggosok lantai bilik itu menggunakan sehelai kain yang sudah tidak digunakan lagi.Oleh kerana,Rayyan masih belum membeli perkakas rumah,aku memesan pencuci lantai melalui 'panda mart' yang membuat penghantaran ke rumah.
Setelah semuanya selesai,aku terus membersihkan diri dan berehat seketika sementara menanti Rayyan Fahmi pulang dari kerja.Aku memandang sekeliling ,memastikan bilik itu kelihatan kemas dan tersedia.Seperti biasa,aku memesannya makanan untuk makan petang bersama air milo ais.Tekakku hanya dahagakan air ais sepanjang duduk di sini kerana cuaca yang sangat panas.
Tepat jam 5.30 petang,motosikal Rayyan berhenti di hadapan rumah.Aku menyambutnya di muka pintu dengan wajah yang ceria.Aku menyua tangan bersalaman dengannya dan Rayyan terus melabuhkan punggung di atas lantai rumah.Dia memandang sekeliling sambil tersenyum.Kali ini,tangannya kosong tanpa membawa pulang makanan petang.
"Abang tak belikan makanan ke untuk petang ni?",aku menyoal sambil duduk di hadapannya.
Kemudian,pandangannya beralih kepadaku.
"Petang ini makan kat luar.Abang tak sempat beli makanan tadi.",Rayyan hanya berkata selamba dan terus berbaring sebentar di atas lantai itu.Aku segera menyua bantal kepadanya sebelum dia terus terlena keletihan.
Selepas makan petang di sebuah warung sekitar Kedawang,kami hanya berpusing-pusing di Pantai Cenang menaiki kereta.Sepanjang dalam perjalanan,kami hanya berdiam diri dari awal keluar rumah sehinggalah sebelum Rayyan memandu menghampiri pekan Kuah.Ketika sedang memandu,tiba-tiba Rayyan mencapai tanganku dan mengucupnya.Aku terkejut dengan perbuatannya tapi menahan rasa ingin menangis saat itu.
"Abang minta maaf sebab marahkan sayang.Terima kasih sebab seterika baju-baju abang.",sekali lagi dia mengucup tanganku sambil menggenggam erat.Aku hanya senyum lebar dan memandang ke arah luar tingkap.Bandar Kuah yang tidak terlalu sibuk seperti di Pulau Pinang,sangat menenangkan perasaanku.
Malam itu,aku tiba-tiba berasa sangat panas dan tidak selesa.Walaupun kipas angin sudah dihidupkan sehingga paling maksimum,ditambah lagi dengan kipas angin bawah,namun masih jugak tidak dapat menyejukkan diri ini.Aku mengusap perutku yang semakin membentuk itu dengan perlahan.
'Sabar ya nak,ibu tak kan bagi anak ibu kepanasan.Ya Allah,permudahkanlah urusan kami,cukupkanlah rezeki kami.',aku mengipas diriku dengan surat khabar walaupun aku sedang duduk di hadapan kipas angin saat itu.
Keesokannya harinya,Rayyan Fahmi membawa aku untuk membeli sedikit barang masak.Hari ini sudahpun hari Jumaat.Rayyan cuti dan kami berdua keluar makan pagi bersama-sama di warung roti canai.Selepas makan pagi,Rayyan berhenti dia kedai runcit untuk membeli beberapa bahan masakan termasuk bawang,cili,beras,kicap dan udang.
Kemudian,kami terus pulang ke rumah untuk menyiapkan makan tengahari itu.Aku hanya memasak menggunakan dapur gas kecil.Aku membasuh udang dan beras di sinki tandas,dan memasaknya di tengah ruang tamu.
"Berasap lah rumah sayang oi!",Rayyan terbatuk-batuk kerana asap mula berkepul seluruh bilik kecil itu.Dia segera membuka pintu rumah luas-luas supaya asap itu dapat keluar dari setiap sudut bilik.Aku ketawa melihat gelagatnya.Selesai memasak sambal udang,kami berdua mula menjamah makan tengah hari itu bersama-sama dengan nasi panas.
Pada waktu malam,selepas Maghrib Rayyan keluar menaiki motosikalnya untuk mencari makan malam.Aku hanya menanti di dalam rumah itu sambil menyediakan air kopi panas.Oleh kerana,kami tidak dapat membuat ketul ais,jadi aku terpaksa menunggu Rayyan Fahmi untuk membawa pulang ketuk ais bersama makanan pada malam itu.
Aku yang sedang menonton televisyen sementara menanti Rayyan pulang,terdengar bunyi motosikal menghampiri kawasan rumah.Aku hanya membuka kunci pintu rumah dan membiarkan Rayyan Fahmi masuk ke dalam rumah.
"Abang bawak balik Roti Naan.Hujan pulak kat luar.Sejuk",Rayyan menghulurkan makanan itu kepadaku.Aku menyambut bungkusan itu dengan rasa seronok.Alhamdulillah ada juga rezeki untuk makan malam ini.
Aku dan Rayyan duduk di hadapan televisyen dan makan bersama-sama.Setelah jam 10 malam,suasana yang sunyi sepi di luar mendorong kami untuk masuk tidur lebih awal.Hujan yang mulai turun malam itu membuatkan diriku agak kesejukan.Aku mula menarik selimut dan membaluti tubuhku yang kedinginan.Rayyan memadamkan suis lampu dan segera memelukku sekadar untuk menghangatkan badan.
Keesokan pagi,aku menghantar Rayyan di muka pintu seperti selalu.Rayyan mengenakan jaket birunya bersama beg hitamnya.Aku yang teringatkan sesuatu segera kembali ke dalam dan terburu-buru keluar semula .
"Nah,abang.Botol air abang.Lupa lah tu nak bawak.",aku menyerahkan botol air itu ke tangan Rayyan.Dia tersengih-sengih sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Terima kasih sayang.Abang seronok sangat bila sayang dapat hantar abang setiap hari pergi kerja macam ni.Jangan lupa kunci pintu tau.Kalau nak order makan,pastikan suruh rider tu letak jer depan pintu.",Rayyan mengingatkan aku.Sudah berkali-kali dia memesan perkara yang sama hampir setiap hari.
"Ye,abang.Jangan lah risau.Sayang ingat setiap kata-kata abang tu.",aku mengangkat tanganku menandakan aku faham akan kata-katanya.Sejurus motosikalnya berlalu,aku melambai ke arahnya sehingga kelibatnya hilang dari pandangan.
Aku menutup pintu semula memandangkan langit masih lagi kelam.Jam yang baru menunjukkan pukul 7.15 pagi,aku hanya menyapu ruangan bilik itu sebelum aku melelapkan mata untuk sebentar.
Share this novel