Bab 28

Drama Series 2016

Bab 28~

Pagi ahad itu berjalan lancar seperti yang dirancang.Keluargaku termasuk aku bersama-sama pergi ke Alor Setar untuk mencuba baju pengantin yang telah dipilih oleh Rayyan bagi majlis resepsi pihak lelaki.

Pada jam 9.30 pagi,kami telah tiba di hadapan tol Alor Setar,menunggu kedatangan Rayyan.Aku menghantar lokasi semasa melalui whatsapp kepadanya.Bagi memudahkannya untuk mencari,aku memberi satu tanda di mana kami sedang berada.

Tidak sampai 10 minit,keretanya sudah pun berada di belakang kereta kami.Dia segera turun dari keretanya,dengan berpakaian T Shirt merah jambu berserta seluar jeans biru yang agak lusuh.

"Mak dengan bapak sihat?",sapanya dengan nada mesra.Dari awal sejak kami bertunang,mak sudah memberitahunya supaya biasakan diri memanggil dengan panggilan 'mak' dan 'bapak' supaya tidak berasa kekok apabila sudah bernikah.

" Alhamdulillah,sihat.Makan dah ke?",mak menyoal kembali dengan senyuman di bibir.

"Ya,makan dah awal tadi.Jum lah ikut sekali tengok baju.",Rayyan mempelawa.

Aku hanya menjegilkan biji mata tanda tidak setuju.Hasrat hati selepas mencuba baju kahwin,aku mahu pergi berjalan-jalan berdua-duaan.Namun,setelah melihat keterujaan adikku itu,Rayyan Fahmi mengajaknya sekali untuk pergi.Aku terpaksa akur.

Kami bertiga menaiki kereta waja silver milik Rayyan,dan mendahului kereta Exora milik bapak.Rayyan Fahmi membuat pusingan U dan melepasi tol Alor Setar untuk menuju ke Mergong.Kira-kira setengah jam dari tol itu.

Pada jam 10.15 pagi,kami tiba di Butik Pengantin Ratu Mempelai yang berdekatan dengan Hotel Grand Alora.Aku dengan perasaan yang teruja mengekori Rayyan naik ke atas bersama adikku yang seorang,Suhaila.

"Tak sangka kakak aku dah nak kahwin.Perangai macam budak-budak,tapi tau-tau dah nak kahwin",seloroh adikku sambil berjalan menaiki ke atas butik.

Kami mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam.Seorang lelaki yang berambut panjang menyambut kami dan bercakap dengan Rayyan berkaitan baju yang sudah pun dipilih.Selepas 5 minit,dia mengeluarkan sebuah patung yang memakai baju gaun songket moden yang berwarna biru tua.Aku memandang baju itu dengan mata yang membulat.Apa benar design yang begini Rayyan pilihkan untukku?Kemudian,aku beralih pandangan pada Rayyan.

"Kenapa?Tak suka ke?",Rayyan mengajukan soalan kepadaku.

"Bukan masalah tak suka,baju memang cantik..Tapi,sesuai ke dengan sayang yang berisi macam ni?",aku berbisik pada Rayyan saat lelaki yang berkerja di butik itu ke belakang sekejap untuk mengambil sesuatu.

"Sesuai je abang tengok.Mesti sayang cantik kalau pakai design macam ni", sungguh-sungguh Rayyan meyakinkanku.

"Alah,tengok yang lain je tak boleh ke?Banyak lagi pilihan kat patung-patung tu..",aku cuba memujuknya.

Setiap satu baju yang aku tunjuk,semuanya menjadi tidak berkenan di mata Rayyan.Aku sedikit hampa,kerana dia tidak mempersetujui dengan pilihan aku.

Mahu atau tidak,aku terpaksa akur dengan kehendaknya.Iyalah,majlis sanding belah pihak lelaki,biarlah mereka yang memutuskan.Janji,belah aku nanti dia jugak akan setuju dengan pilihan kami.

Selepas aku mengambil ukuran badan,kami terus beredar dari butik itu dan dibawa ke kedai makan di hujung bangunan butik itu.Aku duduk berhadapan dengan adikku,Suhaila,sementara Rayyan pergi ke kaunter pesanan.

"Hang tengok lawa ke baju tu dengan aku?",aku meminta pendapat Suhaila pula.

"Okey je.Apa yang masalahnya?Aku rasa sesuai je dengan hang .Tak dak yang tak perfect.",Suhaila menjawab sambil melihat sekekeling kedai.Rayyan yang sudah memesan makanan terus kembali duduk di sebelahku.Aku tidak mampu untuk bersuara tentang itu di hadapannya.

"Pernah datang Alor Setar tak sebelum ni?", Rayyan berbual dengan adikku.Sekadar untuk memulakan perbualan antara kami.

"Tak pernah lagi.Ni baru first time.Apa yang best je kat Alor Setar ni?",Suhaila melontarkan pula soalan kepada Rayyan.

Aku hanya mendengar mereka berdua berbual sambil sesekali menyampuk.Tiba-tiba soalan dari adikku membuatkan aku agak terkedu.

"Lepas ni,Kak Lisa stay sekali dengan abang Rayyan kat Langkawi la kan?Bestnya dapat pi sana.",Suhaila memandangku sambil tersenyum.Aku cuma melirik ke arah Rayyan yang sedang memerhatiku.

"InshaAllah,memang niat nak ajak kakak stay dengan abang kat sana.Tapi,dia kena berhenti kerja lah.Jadi suri rumah sepenuh masa.",Rayyan memandangku dengan pandangan redup,tapi masih tersenyum.Dan,aku membulatkan mata serta merta mendengar kalimatnya itu .

Berhenti kerja?Aku yang selama ini hidup pernah ada duit hasil titik peluh sendiri,lepas ni nak kena duduk di rumah sahaja tanpa pendapatan?Oh,tidak! Mustahil!

Kira-kira selepas 15 minit,semua makanan yang terhidang sudah pun habis dimakan oleh kami bertiga.Rayyan Fahmi membawa kami pusing di sekitar Alor Setar sebelum singgah di kampung,di mana mak ayahnya tinggal.

"Abang nak singgah kampung kejap,solat asar dan magrib,lepas tu nanti abang hantar Lisa dan adik balik.Boleh?",Rayyan mencuit daguku sambil memandu di jalan raya.Suhaila tidak sedar kerana sudahpun terlena kekenyangan dan keletihan di bahagian kerusi belakang.Aku hanya senyum dan diam sepanjang perjalanan.

Kereta waja itu membelok ke kanan setelah sampai di perkarangan halaman kampung.Di muka pintu rumah,anak buahnya 3 orang berdiri dan melambai-lambai menyambut kedatangan kami.

Aku turun dari perut kereta dan segera mendapatkan bakal ibu dan ayah mertuaku di muka pintu.Aku bersalaman dengan mereka dan terus masuk ke dalan rumah kampung itu.

Ini bukan kali pertama aku melihat suasana kampung,aku pernah ke kampungku sendiri di Kuala Muda,Kedah.Cuma,aku tidak pernah lagi untuk merasakan tidur di kampung.

"Mak cik dan Pak cik sihat?",aku memulakan perbualan setelah duduk di kerusi panjang yang berada di ruang tamu.

"Alhamdulillah sihat.Datang dengan adik je ka?Yang lain tak ikut ka?", ayah Rayyan bertanya.

"Ha'ah . Kami aje.Pergi fitting baju kahwin tadi ni.Kejap lagi lepas tumpang solat asar dan magrib,kami nak balik dah .",aku mula bersembang dengan mak dan ayah sementara Rayyan menunaikan solat asar terlebih dahulu.

Mereka melayan kami dengan begitu baik dan sebelum pulang,mak Rayyan sempat memberi sebekas kuih bahulu yang masih panas kepadaku.

"Eh,apa ni mak cik? Susah-susah aje bagi kuih bahulu ni.",aku hanya bermanis mulut untuk menolak,padahal di dalam hati sendiri teringin! Aku mengukir senyuman.Dan menunduk tanda ucapan terima kasih.Setelah bersalaman,Rayyan terus menghidupkan enjin kereta dan keluar dari kawasan kampung sebelum hari menjadi lebih gelap.

Aku yang benar-benar berasa letih,sesekali melelapkan mata.Sesekali juga kepalaku melentok-lentok di bahu Rayyan.Rayyan masih tenang memandu di jalan raya.Suhaila sudah lama bermimpi dalam tidurnya.

"Sayang..",tiba-tiba Rayyan memanggil lembut.

Aku mendongakkan kepala.

"I love you..",bisiknya perlahan.Risau kalau tiba-tiba ada yang mendengar selain kami.Kami sama-sama ketawa kecil sambil memandang ke arah Suhaila yang tidur sambil mulutnya ternganga luas.Letih sangat dah tu!

Perjalanan pulang selama 2 jam itu akhirnya sampai ke destinasi.Rayyan memberhentikan keretanya di tepi jalan raya,berhadapan dengan Flat Tingkat Nusantara..

"Sayang..bangun dah sampai ni.", Rayyan mengejutkanku yang sangat lena.Kemudian,dia mengejutkan Suhaila pula.Dia bangun bersama air liur basi di pipinya.Kami sama-sama ketawa besar melihat telatahnya itu.

"Dah,pergi sambung tidur kat rumah pulak.Kalau tidak kang dengan abang sekali kena tidur sini.",Rayyan masih ketawa melihat kami yang mengantuk saat itu.

"Abang balik elok-elok tau?Dah sampai nanti call ya.Thank you for today,love..",aku melayangkan 'flying kiss' kepada Rayyan Fahmi sebelum kami berdua turun dari keretanya.

Tidak sampai 10 saat,keretanya sudah hilang dari pandangan .Aku dan Suhaila yang berasa terlalu letih,terus tidur selepas membasuh kaki dan menyalin baju.Tidak berdaya untuk membuka mata lagi walau sesaat .

"Kesian anak-anak mak,pergi jalan jauh sampai terlena macam ni",aku hanya mendengar sayup-sayup suara mak sebelum aku benar-benar sudah terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience