Bab 31~
Setelah selesai makan petang,aku dan Rayyan dipanggil fotographer dan videographer untuk photoshoot di luar kawasan.Kami yang masih berbaju putih ,bersiap sedia keluar dari rumah dan mengikut mereka ke parkir kereta .
"Okey,nak photoshoot kat mana ni?Ada port cantik tak?", Abang Zam bertanya kepadaku.Memandangkan aku sahaja yang tinggal di kawasan Pulau,semestinya aku lebih tahu tempat-tempat menarik untuk bergambar.Aku mencadangkan 'Bangunan Putih' di kawasan Padang Kota Lama kerana pemandangan yang agak sesuai dengan pakaian kami.Lagi pun,di situ sememangnya sudah menjadi port untuk pengantin bergambar.
Kami sama-sama bergerak dengan dua buah biji kereta.Abang Zam dan Abang Man mengikuti kami dari belakang kenderaan.
Tepat jam 7.00 malam,kami tiba di sana.Cuaca yang agak kelam dengan langit yang mendung,menampakkan gambar kami berdua lebih efektif dan cantik.
"Okey,posing sikit.Pegang bahu cik abang.",Abang Zam mengarah kami berdua untuk berposing.Kami turut setiap arahan yang diberikan untuk mendapatkan gambar yang lebih cantik.
"Sekarang,nak ambil video pulak.Ha,posing sikit acah-acah macam tengah bersembang", giliran Abang Man pula untuk mengambil video.
Setelah hampir 1 jam kami bergambar,kami membawa haluan masing-masing untuk pulang dan mandi.Terasa agak rimas dengan make up yang mula membuatkan kulit wajah menjadi gatal.
Kami berdua pulang ke rumah masing-masing.Aku pulang ke rumahku sendiri,dan Rayyan pulang ke homestay yang sudah dibookingkan untuk keluarganya.Esok,adalah hari bersejarah buat kami yang pastinya tidak akan berulang lagi.Semoga hari esok berjalan dengan lancar..
⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐
Hari sabtu yang sangat melelahkan.Setelah selesai majlis resepsi belah aku,kami terus photo shoot di sekitar Spice Arena.Dalam masa 4 jam yang diperuntukkan,mata ini sudah menagih untuk berehat.Rayyan memandu pulang sehingga di hadapan perkarangan flat.
"Sayang,malam nanti jangan lambat.Abang ambil lepas Isya,terus kita ke hotel ya ?",Rayyan mengenyitkan matanya padaku.Aku mengangguk dan bersalaman dengan suamiku.
Setelah aku membersihkan diri,aku mengambil sebuah beg bagasi yang sudah pun disediakan dari awal lagi.Aku cuma meletak beberapa helai pakaian dan tudung untuk dipakai sepanjang 3 hari honeymoon.Ya,malam ini malam yang istimewa buatku.Malam yang diimpikan setiap yang bujang.Malam yang pastinya tak kan pernah berulang.Walaupun badan ini berasa seperti ingin terus rebah di katil,namun memikirkan suamiku yang sedang menanti untuk menyambutku membuatkan aku menjadi segar kembali.
Rayyan Fahmi telah siap sedia berdiri di hadapan pintu rumah.Dia cuma mengenakan T Shirt biru bersama seluar tracksuit.Dia membantuku untuk mengambil bagasi dan bersalaman dengan mak dan bapak.
"Duduk elok-elok na.Dah jadi suami isteri,paling penting dalam rumahtangga adalah sabar dan bertolak ansur.Mak doakan kebahagiaan Rayyan dan Lisa.",Mak mencium kedua belah pipi ku dan juga Rayyan.
Sebelum kami bertolak,kami bertemu dahulu dengan mak dan ayah Rayyan pula.Kemudian,baru kami beredar dari perkarangan rumah menuju ke hotel BayView Penang yang terletak di tengah bandar kota.
Selepas check in dan bersihkan diri,kami bersama-sama menunaikan solat isyak berjemaah.Inilah solat jemaah kami yang pertama dan aku akan pastikan memori ini tersemat rapi dalam ingatan.Usai memberi salam,Rayyan menadah tangan membaca doa bersama-sama,kemudian dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku.Aku menyambut salamnya sambil mengucup penuh kasih sayang telapak tangannya dan kedua belah pipinya.
"Terima kasih sayang,sudi hadir dalam hidup abang.Abang harap sangat yang sayang akan menjaga hati dan perasaan abang selama kita masih bersama.Abang akan usahakan yang terbaik untuk keluarga kita ",ucap Rayyan sambil menggenggam erat jari jemariku.Kemudian,dia mengucup kedua belah tanganku bersilih ganti.
"InshaAllah abang,sayang jugak minta agar hubungan kita ni dijaga oleh Allah selalu,daripada segala keburukan.Amin",terus aku menekup wajahku dengan kedua telapak tangan.
Selepas itu,kami bersama-sama bersandar di atas katil yang besar dan empuk itu sambil melayan drama yang bersiaran di kaca televisyen.Aku hanya memakai baju dress satin tanpa lengan berwarna biru sambil melepaskan rambutku yang panjang setakat bahu itu.Rayyan memelukku erat sambil mencium kepalaku berkali-kali.Aku mendongak menatap matanya dalam samar-samar cahaya malap.
Melihat bibirnya terkumat kamit seakan-akan berkata sesuatu.Dia melemparkan senyuman menggoda sambil mengusap rambutku yang panjang.
"Cantiknya isteri abang ni..Dan sayang cantik sangat hari ni dan semalam.",pujinya bersungguh-sungguh.
Aku tersengih malu sambil melarikan pandangan,namun dia lebih cepat memegang kedua belah pipiku untuk menghadapnya.Jantungku bergerak dengan begitu laju.Nafasku bagaikan ombak yang kuat,tidak menentu.Mataku bertemu dengan matanya dan saat itu lampu terpadam.Kelam.Gelap.Aku tidak dapat melihat apa-apa melainkan cuma mendengar suaranya yang sangat romantis pada malam itu .Rayyan berbisik sesuatu kepadaku sebelum aku terus hanyut dalam kegelapan itu.
"Assalamualaikum,sayang.."
Share this novel