Bab 37

Drama Series 2016

Bab 37~

Hari ini merupakan pengalaman aku naik feri kali kedua selepas dari honeymoon tahun lepas.Pada hari jumaat petang, Rayyan datang untuk menjemputku pulang seperti yang dijanjikannya.Aku hanya membawa pulang sebuah beg besar serta 1 beg plastik yang berisikan sedikit makanan ringan untuk dibawa pulang.

Sepanjang dalam feri,aku hanya memandang ke arah laut yang membiru itu dan sambil menonton movie yang disiarkan di dalam feri.

"Abang,terima kasih tau bawak sayang balik.",aku mengucapkannya sambil mencium tapak tangannya.Dia menggenggam jariku erat dan terus lena di kerusinya.

Feri yang besar memuatkan hampir tiga ratus penumpang itu sudah dipenuhi oleh semua penumpang.Kami yang dapat tempat duduk di tingkat bawah,berdekatan dengan pintu masuk.Penghawa dingin yang ada di kiri dan kanan sudut itu,menyejukkan kami semua .

Selepas 2 jam, akhirnya feri berlabuh di Pulau Langkawi.Aku yang terlena sepanjang perjalanan disedarkan oleh Rayyan,sebelum kami bersama-sama bergerak keluar dari perut feri itu.Aku melihat suasana Pulau Langkawi dengan penuh perasaan gembira untuk kedua kalinya.Aku menarik beg bagasiku sambil berjalan sepanjang ruangan dalam jeti point Pulau Langkawi.

"Bestnya abang dapat dengar bunyi laut.Wah rindunya!",aku teruja sambil melihat sekeliling.Semuanya masih sama seperti mula-mula aku menjejakkan kaki ke sini 2 bulan yang lalu.

Dari jeti Kuah,kami menaiki Grab untuk pulang ke bilik sewanya.Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 25 minit itu membuatkan aku semakin berdebar untuk memulakan sebuah kehidupan yang sebenar.

Ya! Inilah kali pertama aku dan Rayyan akan hidup berdua dalam erti kata yang sebenar.Seperti janji yang diucapkan dulu,susah senang tetap bersama.Setelah kami sampai di bilik sewa yang sudah setahun lebih diduduki oleh Rayyan,dia mengangkat bagasiku serta barang-barang yang lain masuk ke dalam rumah biliknya.

"Maaflah,bilik sewa ni kecik ja.Tak ada kerusi ataupun air cond.Panas lah sikit.",Rayyan berkata sambil tangannya pantas menekan suis kipas siling.Aku hanya senyum sambil duduk di atas katil kayu yang dijadikan sebagai alas Televisyen serta barang-barang penting.Tiada perabot lain kecuali katil kayu dan almari sahaja yang disediakan.

Dalam sebuah bilik disediakan sebuah tandas kecil di belakang.Berhadapan dengan rumah,adalah sebuah semak dan bilik sewa kami dikelilingi hutan.Aku hanya berdiri di hadapan pintu bilik sementara menunggu Rayyan habis mandi petang itu.Tiba-tiba,aku merasakan satu pelukan yang hinggap dari belakangku dengan begitu erat.Tubuhnya yang dingin serta masih basah itu membuatkan aku menjadi asyik dalam pelukannya.

"Dah,pergi mandi.Lepas solat,malam nanti abang bawak pergi makan.",Rayyan terus melepaskan pelukannya dan mengenyitkan mata kepadaku.Dadaku berombak bagaikan kali pertama jatuh cinta.Aku tersipu malu terus mencapai tuala dan membersihkan diri.

Setelah makan malam di sebuah Restoran Tomyam berdekatan kawasan Kuah,Rayyan membawaku bersiar-siar menaiki motosikal Hondanya di sekitar Pantai Cenang.Sepanjang jalan Pantai Cenang yang bertemankan lampu terang serta berderet kedai yang masih beroperasi menampakkan suasana yang begitu meriah.Aku sangat teruja melihat dari jauh ada yang sedang bernyanyi sambil bermain gitar di tepi jalan.Ramai yang menontonnya sambil menderma kepada lelaki itu.Ada juga pertunjukan api daripada beberapa orang di tengah kawasan pantai.Aku memeluk belakang tubuh Rayyan dengan erat sambil mataku liar memandang sekeliling Pantai Cenang.Rayyan hanya menunggang motosikalnya perlahan sambil menikmati suasana malam.

Hampir jam 12 malam,kami segera pulang ke bilik sewa . Esok adalah hari Ahad,Rayyan akan mula bekerja semula.Habis solat Isya,Rayyan menyediakan 2 buah tilam nipis serta menghamparkan kain cadar.Dia meletakkan sebuah bantal kepala di tengah-tengah.

"Abang cuma ada satu bantal kepala aje.Sayang gunalah bantal tu.Selimut pun dah ada.",Rayyan menunjukkan selimut yang terletak di hujung katil.Aku yang baru sudah keluar dari tandas,terus menghempaskan badan di atas tilam itu.Tidak terlalu empuk,juga tidak terlalu nipis.Namun,masih selesa untuk dijadikan sebagai alas tidur.Rayyan mula mematikan cahaya lampu.Hanya bertemankan cahaya dari luar bilik,aku terus berbaring di pangkuan Rayyan.Berasa begitu tenang dan bahagia,dapat memeluk tubuh yang selama ini aku rindui.

"Esok pagi,abang akan keluar pergi kerja.Jadi,malam ni tidur awal ya?Abang dah rasa letih sangat.",Rayyan mengucup dahi dan bibirku ,dan terus dia lena dalam kegelapan malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience