Bab 42~
Cuaca yang mendung pagi itu seolah-olah menenangkan hatiku.Mengharapkan hujan turun membasahi bumi Langkawi.Saat aku berdiri di pintu besi rumah,datang seorang wanita dengan anak perempuannya dari hujung rumah mendekati aku.
"Assalamualaikum,adik..",dia membawa sebuah bekas makanan yang berwarna merah.
"Waalaikumsalam,kak.Ye,kak?Ada apa-apa ke?",aku sedikit takut kerana aku tidak mengenali sesiapa di sini.Tambahan pula,aku hanya tinggal berseorangan.
"Dak aih.Kak saja nak bagi mee goreng ni.Kak buat lebih,tengok adik selalu duduk sorang-sorang dari pagi sampai petang.Tu yang kak masak bagi sikit ni.",wanita itu menyua bekasnya dan aku menyambutnya.
"Susah-susah akak je.Terima kasih kak,lagipun memang tak ada apa kat rumah.Biasalah,bilik sewa.Bukannya boleh masak sangat.",aku menjemputnya masuk ke dalam rumah.
"Eh,tak apa lah.Kak faham.Nama apa ni?Mengandung ye?",wanita itu mula bermesra denganku.
"Nur Lisa Wahyuni,panggil Lisa je.Akak pulak?"
"Kak Qasih.Baru pindah ke sini ke?",Kak Qasih mula berbual denganku seketika.
Kami berbual mesra sambil bertukar nombor telefon.Hatiku sedikit lega setelah mempunyai seorang teman yang dekat di sekelilingku.
"Nanti apa-apa whatsapp je akak.Akak pun tak de buat apa,lepas hantar anak sekolah,akak ada je kat rumah.Bila-bila nanti datang lah.",dia menunjuk rumahnya yang di hujung selang 3 buah rumah dari rumahku.
"InshaAllah kak,kalau ada apa-apa saya pergi rumah akak.Boleh sembang-sembang hilangkan bosan kan?",kami ketawa bersama.
Selepas Kak Qasih berlalu pergi,aku terus menutup pintu bilik dan membuka bungkusan mee goreng tadi.Aku menadah tangan mengucapkan syukur kerana diberi rezeki yang tidak terduga.Terus aku menghantar pesanan ringkas kepada Rayyan.
'Ada jiran bagi mee goreng kat sayang.Abang jangan risaukan sayang eh?'
'Jiran?Jiran mana?Hati-hati sayang,jangan bagi orang sembarangan masuk dalam rumah.'
'Jiran hujung rumah kita.Ye,abang jangan risau.Kerja elok-elok.Abang jangan lupa makan tau?I love you.'
'Ye,sayang.Abang kat sini makan dah.Petang nanti abang balik.Abang nak sambung buat kerja.I Love You too'.
Aku ketawa terkekek-kekek seorang diri sambil menjamah mee goreng itu.Setelah habis makan mee goreng tadi,aku membuangnya ke dalam sebungkus beg plastik besar yang berisikan sampah sarap.Oleh kerana mula berbau busuk,aku hanya membuangnya di hadapan laman rumah,di dalam semak.Monyet-monyet yang bergayutan di atas tiang elektrik itu memerhatikan aku dari awal aku keluar rumah.Dengan kadar cepar,aku berlari masuk ke dalam rumah semula.Aku hanya tersengih seorang diri melihat monyet-monyet itu bermain sesama mereka sendiri.
'Nasib baik tak kena kejar tadi.Kalau tidak,jenuh aku nak lari tak cukup tanah',gumam aku sendiri sambil menutup pintu bilik.
Aku memandang ke arah jam di telefon bimbitku.4.00 petang.Masih ada satu jam sahaja lagi Rayyan hendak pulang.Mata yang agak berat mula meminta untuk dipejam seketika.Namun,perutku berasa seolah olah menolak sesuatu sehingga terasa di anak tekak.Pantas aku berlari ke arah tandas dan memuntahkan semuanya kembali.Badanku berasa lemah.Setelah membersihkan diri,aku terus merebahkan badan di atas tikar beralaskan bantal di kepala.
Dalam antara sedar dan tidak,aku mendengar namaku sedang dipanggil-panggil.
"Lisa! Sayang! Bangun!", Rayyan menjerit dengan kuat menyeru namaku.Aku yang tersedar lantas membuka pintu kepadanya.
"Terlena lagi?Suka sangat lena lepas asar.Dah tu,panggil tak dengar!",keras nadanya sambil memandangku dengan pandangan yang sinis.
"Badan rasa letih tadi.Sayang..",belum sempat aku menghabiskan ayatku,lantas dipotong oleh Rayyan.
"Sayang apa?Tidur?Tak larat?Memanjang aje tak larat.Bukan dia sorang aje yang mengandung,orang lain pun mengandung jugak!",Rayyan menghamburkan marahnya sambil duduk di meja kayu yang rendah itu.Dia memandang ke arah luar.
Aku terkedu mendengar ayatnya.Tidak semena-mena air mataku menitis.Aku bagaikan terhiris dengan ucapannya itu.
"Abang tak dengar pun penjelasan sayang,terus tuduh macam-macam.Abang tak duduk kat tempat sayang,abang tak rasa letih asyik ulang alik muntah.",aku terus menangis di situ jugak.Tanpa menghiraukan lelaki yang masih lagi dengan amarahnya.
"Bila dah muntah,badan ni terasa lemah.Sayang tak larat langsung nak buat apa-apa.Abang tak kesian ke kat sayang?",aku cuba meminta simpatinya.Air mata yang menitis diseka setiap kali jatuh.
"Mana tak muntah nya?Asyik-asyik makan.Nak itu,nak ini.Macam-macam lah teringin.Tapi,ada fikir duit poket ni cukup ke tidak?Yang tahu meminta!",tiba-tiba Rayyan Fahmi mengungkit hal yang tiada kaitan.Aku bagaikan ditampar hebat dengan ucapannya.
"Oh,abang nak ungkit lah sekarang ni tentang duit.Sayang ni tak kerja ,sayang nak cari duit dekat mana untuk makan?"
"Bukan masalah cari duit,tapi nak makan semua sedap-sedap! Order mahal-mahal.Ada ke tanya cukup ke tidak duit abang ni?Yang tahu minta duit je memanjang.Nak itu,nak ini!",Rayyan Fahmi bagaikan sudah tidak mampu menahan sabar.Dadanya berombak naik turun seolah olah menahan diri daripada melakukan sesuatu yang di luar kawalan.
Aku terus terduduk dan menangis di situ.Bagaikan hilang tempat mengadu saat itu.Rayyan Fahmi terus berlalu untuk mandi petang tanpa menghiraukan aku.Dan,aku masih di situ duduk dengan air mata yang tidak henti mengalir.
'Ya Allah,apa dosa aku?Kenapa aku yang harus lalui ujianMu ini?Aku tidak sekuat Aisyah,Ya Allah.Bantulah aku,berikan aku kekuatan'.
Share this novel