Bab 46

Drama Series 2016

Bab 46~

Setelah seminggu berada di hospital,akhirnya aku dan anak boleh pulang ke rumah.Aku memangku anakku yang sangat kecil dan comel itu dengan hati-hati di atas kerusi roda.

"Sayang tunggu sini kejap,abang ambilkan kereta.", Rayyan menolak kerusi rodaku di tepi tempat menunggu.Aku hanya mengangguk.Sambil memegang erat anakku dalam pelukan,aku mencuit pipinya yang gebu.

"Anak ibu dah keluar dari perut ibu..Ibu dah ada kawan baru..",aku tersenyum sendirian.

➡️➡️➡️➡️➡️➡️➡️➡️➡️➡️

Sudah sebulan aku keluar dari hospital.Sudah hampir 44 hari aku berpantang di rumah mak aku.Kini,aku hanya menunggu masa untuk Rayyan Fahmi mengambil aku pulang ke pangkuannya seperti yang dijanjikan.

"Sayang tak mampu buat semua ni sorang-sorang tanpa abang.Bawalah sayang balik sana.",aku merintih kepadanya dalam talian.

"Kan abang dah janji akan bawa sayang balik.Kejap je lagi,nanti abang datang ambik lah.",Rayyan Fahmi menjawab sambil matanya menatap ke arah lain dari skrin telefon.Malam itu kami bervideo call.

"Macam nilah,abang ambik Sayang balik,duduk rumah mak abang dulu kat kampung.Nanti abang akan bawa sayang balik Langkawi.",Rayyan memberi pendapatnya.Kerana aku malas untuk memikirkan apa-apa lagi,aku terus mengangguk tanda setuju.

Pada hari ke 44,Rayyan menepati janjinya.Dia datang bersama mak dan ayah nya untuk membawa aku pulang.Aku yang memang sudah sedia semua beg-beg itu beriya untuk ikut pulang bersama.

Bermula hari Ahad itu,aku mula tinggal bersama mertua secara realitinya.Jika sebelum ini,aku hanya sesekali balik.Tapi,kini aku benar-benar tinggal di tempat yang berbeza dengan cara kehidupanku.

Tapi,semakin hari semakin mencabar perasaanku.Adakala apa yang dibuat serba tak kena.Aku mula berasa sedih.Rayyan Fahmi setiap hujung minggu akan pulang ke Alor Setar.

Suatu hari,ketika Rayyan sudahpun berlalu pergi ke jeti Kuala Kedah bersama abangnya,aku hanya sekadar menangis kerana sedih akan ditinggalkan di sini.

"Lisa macam nak ikut Rayyan,mak.Lisa tak boleh jauh macam ni.Emosi Lisa terganggu.",tiba-tiba air mataku mengalir.

"Alah,bukannya Rayyan pi tak balik sini dah.Hujung minggu balik pulak.Menangis macam budak-budak je."

Terkedu aku mendengarnya.Kini,aku sedar yang tak semua akan bersimpati untukku.

Hampir 3 bulan tinggal dengan mertua,akhirnya Rayyan membawa aku pulang ke Langkawi bersama.Itulah kali pertama bagi kami untuk hidup sebumbung dengan sebenarnya.Rayyan hanya tinggal di bilik sewa yang kecil.

"Maaf,abang tak mampu sewa rumah lagi.Nanti abang carikan."

"Eh tak pa abang.Sayang boleh ja hidup kat bilik ni.Perlahan-lahan okey".

Semoga ada sinar cahaya di masa akan datang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience