Bab 17 ~
"Hai sayang,buat apa tu? Sampaikan tak balas mesej dari tadi ni.",suaranya seakan merajuk.
"Sorry,tak perasan mesej masuk.Dari tadi kat luar buat kuih dengan Dzulqarnain.", aku membalas.
"Ada sikit tak untuk kita kat sini? Teringin jugak nak rasa ni."
"Kalau nak,mai lah sini.Boleh la sayang bagi.", aku terus tertawa kecil tanpa menyedari aku telah menyinggung sedikit perasaannya .
"Sorry,abang.Tak niat nak buat abang terasa.Nanti,sayang buatkan untuk abang ya?",aku cuba memujuknya.
"It's okay faham.Ni cuti sampai bila?"
"Tak tahu lagi.Kena tunggu sampai bos umum",jawabku ringkas.
"Tadi mak sayang call dengan mak abang ke?"
"Ya,bincang tentang tarikh pertunangan kita."
Aku mendengar dia mengeluh lagi.Bunyi itu membuatkan diriku sedikit tidak selesa.
"Kenapa ni dari tadi asyik mengeluh?Ada masalah ke?"
Dia menarik nafas panjang sebelum menjawab.
"Lama lagi lah kan kita nak kahwin?",soalannya sudah ku duga dari awal lagi.Aku tergelak kecil.
"Alah,sabarlah.Mungkin sekejap aje PKP ni.Lagi seminggu boleh rentas negeri dah kan?",aku memujuknya lagi.
Dia membuat suara manja mengada-ngada.Adui..Kenapalah begitu lembut sekali suaranya.Jiwaku terusik.
"So,macam mana dengan kerja baru di Langkawi? Dah boleh serasikan diri ke?", aku cuba mengalih perhatiannya.Aku sangka soalan itu boleh meredakan fikiran,rupa-rupanya tidak !
"Tak best lah kerja kat sini.Menyesal terima tawaran kerja klinik pergigian ni! Stress tau buat kerja kat sini.Awal-awal kerja dah kena buli.",dia sudah mula mengadu domba kepadaku.Suaranya agak tidak berpuas hati.
"Lah..kenapa pulak?Apa yang diorang suruh buatkan?Susah sangat ke kerja tu?",aku bertanya kepadanya.
"Hari awal masuk kerja dah suruh pergi sana sini.Abang dah lah tak tahu jalan,bila tanya terus diorang marah-marah.Aduh! Rasa macam nak keluar dari van masa tu jugak!",dia mula bercerita penuh semangat.
"Ha,lepas tu abang keluar tak dari van?Tinggalkan je diorang tepi jalan,suruh diorang drive sendiri.",sengaja aku menambahkan minyak dalam api kemarahannya.
"Ish! Sayang ni..Serius boleh tak? Abang tengah terasa hati ni,tau."
Alah,nada merajuknya kembali lagi.Aku tidak henti-henti ketawa sedari tadi.
"Okey,okey..So,lepas tu apa jadi?",aku cuba mengawal diriku dari terus ketawa.Namun,adakala aku tidak mampu menahan lagi.Dia terus bercerita dengan semangat dan harapan aku mendengar setiap bait ceritanya itu.
"Sabarlah,okey..Biasalah,kita kan orang baru.Pergi kerja mana-mana tempat pun macam tu kan? Lama-lama kita dah kenal,dah tahu selok belok,dah mula mahir,tiada siapa boleh ketawakan kita.Sabar okey?",akhirnya aku bernada serius.Sekadar memberinya semangat yang hampir patah.
"Nasib sayang ada,kalau tidak rasanya abang dah berhenti ! ", nadanya masih penuh rasa geram.
"Ish! Ke situ pulak.Tak baik tau seolah olah kita menolak rezeki.Kerja kerajaan ni bukan senang nak dapat.Ada orang dalaman tolong pun belum tentu dapat kerja.", aku cuba memberikan keyakinan kepadanya.
Dia diam sebentar.Sesekali mendengar nafasnya yang turun naik.Aku terus mengubah topik sebelum dia berasa lebih marah dengan hal yang berlaku.
"Abang,sayang rasa apa kata kita ikut aje tempoh yang sayang bagi.Sempat lah jugak kita nak siapkan barang-barang tunang dengan perfect.", aku memujuknya kembali.
Rayyan Fahmi begitu tidak tenang sekali,dia membebel seorang diri sebelum memberi kata putus.
"Dah kalau macam tu yang sayang nak,tak apa lah.Abang ikut je.Apa-apa yang jadi selama tempoh kita kenal,jangan salahkan abang okay?", ugutan yang sebenarnya merajuk itu sudah ku faham dengan jelas.
Rayyan Fahmi memang terkenal dengan sikapnya yang suka merajuk dari awal aku kenal.Tetapi,dalam rajuknya masih ada keegoaannya.Aku hanya mengiyakan sahaja tanpa bercakap banyak.
"So,masih ada banyak masa untuk kita lebih saling kenal kan sebelum bertunang.Anggap sahaja Allah itu Maha Mengasihi,Dia nak kita betul-betul kenal sebelum nikah.",aku cuba meyakinkannya lagi.
Kali ini,dia benar-benar menerima pujukanku.Ya,dia mengaku akan ayatku.Buat masa sekarang,biarlah waktu mengatur langkah sehari-hari kami.Kami hanya berserah padaNya dengan ujian yang bakal kami terima nanti.
Habis bercakap di telefon,kami sambung bermesej di whatsapp.Rasa bosan itu tidak pernah wujud dalam kamus orang yang sedang bercinta.Siang atau malam juga mereka tidak akan kenal.
"So,apa perancangan tunang hang,Lisa?Bila nak kahwin?", suara kakakku yang tiba-tiba menerjah gegendang telinga membuatkan aku sedikit tersentak.Jika dia datang tanpa sebarang amaran,memang boleh sakit jantung dibuatnya.
"Kalau hang mai mesti tak bagi salam,terkejut aku tau!", nadaku seakan marah dengannya.
Dia masih lagi tersengih.Tidak henti-henti bertanya tentang tarikh yang masih belum ditetapkan.Baru sahaja merancang untuk bertunang,dia sudah sibuk memikirkan tentang kahwin.Hai lah,kakak!
"Bila tarikh? Dah bagitau ke?",dia bertanya lagi.
"Belum lagi lah,kakak.Kan tengah Covid ni.Macam mana nak decide.Apapun,mungkin bulan 6 jugak kot.Sebab banyak lagi duit nak kena simpan ni.Nak kahwin lambat lagi,hujung tahun baru nikah.",aku memberitahunya.
"Hah? Hujung tahun? Sanggup kah Rayyan tunggu? 6 bulan tu lama.Tak takut ke dengan ujian tunang nanti?", kakak seakan akan terkejut dengan kenyataanku,tetapi aku lebih bingung dengan persoalannya.
"Takut?Kenapa nak takut kalau yakin dengan rencana Allah?", aku cuba menetapkan hatiku.Aku tahu,setiap ujian orang bertunang itu berbeza-beza.Tapi,aku berdoa mohon agar Allah meringankan ujian kami nanti .
"Bagus,aku suka dengan semangat hang,Lisa.Hang memang adik yang hebat! Moga Allah mudahkan urusan hampa nah?", bingkas dia bangun terus keluar dari bilikku.
Dari sekarang,cuma bersisa lagi 3 bulan sebelum tarikh bertunang.Masih ada yang perlu aku selesaikan sebelum tempohnya tiba.Berharap Allah permudahkan segala galanya dalam tempoh 3 bulan itu.Semoga kami mampu mengharungi segala ujian yang datang.
'Beri masa pada diri masing-masing untuk lebih saling mengenali dengan lebih mendalam sebelum tekad untuk berkahwin.Ada jodoh kita berdua,tetap tak kemana.
I Love You,Rayyan Fahmi' - Nur Lisa Wahyuni
Aku menekan butang hantar.Kemudian,aku terus merebahkan badan seketika apabila mula berasa lenguh sejak dari tadi bertungkus lumus menyiapkan biskut PKP.
Share this novel