Bab 11 ~
Sebulan sudah berlalu ,bermakna sebulan jugak lah aku dan Rayyan Fahmi berkenalan. Dia yang sentiasa peka denganku dan tidak pernah jemu menghantar whatsapp setiap hari, membuatkan hatiku menjadi semakin berbunga.Kami masih tidak dapat berjumpa lagi antara satu sama lain,kerana sibuk dengan kerja masing-masing.Namun,jarak bukan halangan untuk kami berhubung.
Pagi yang ceria itu menjadikan aku lebih bersemangat untuk menjalankan tugas.Aku mengambil beberapa dokumen di atas meja untuk difotostatkan.Kemudian,aku menyusun senarai kehadiran pekerja bulan lalu ke dalam fail masing-masing. Nazurah melihat aku begitu semangat ,lantas dia memberikanku reaksi pelik.
"Hang dah kenapa hari ni ? Nampak happy semacam ja.Ada apa-apa ka? Kalau tidak bila nak buat kerja ja muka bukan main serius." , Nazurah seakan dapat menghidu perubahanku.
Aku hanya tersenyum.Rasa tidak sabar untuk menceritakan kepada Nazurah tentang Rayyan Fahmi yang pernah aku ceritakan padanya sebelum ini.Aku sekadar menjenguk ke luar pintu office sebelum mula menarik kerusi duduk dekat dengan meja Nazurah.
"Aku dah jatuh cinta lah.", aku memberitahunya dengan perasaan yang sangat gembira.Dia membulatkan matanya tapi masih mengukir senyuman lebar.
"Serius lah? Dengan mamat yang kenal dekat OMI tu ka?", Nazurah sudah dapat menghidu.Aku mengangguk.
"Rayyan Fahmi", aku menjawab sambil menunjukkan gambar kami yang diambil di tepi pantai tempoh hari.
"Maknanya dah sebulan lah hampa kenal? Mak bapak hang setuju ka?Bukan kah mak bapak hang jenis cerewet bab-bab jodoh ni.", Nazurah memang tahu banyak tentangku kerana hanya dia sahabat baik yang aku ada semenjak aku mula bekerja di syarikat ini.
"Aku pun mulanya macam tak percaya,entah apa yang mamat tu buat sampaikan mak bapak aku boleh berkenan.", aku menjawab sambil jari jemariku menaip pantas di atas keyboard.Sesekali aku menyelak profil syarikat Permata Indah sebagai rujukan invois yang aku sedang siapkan.Kerjaku sebagai kerani kontraktor sememangnya tidak pernah berkurang mahupun habis.Sentiasa ada kerja yang menanti.Cuma aku sahaja yang perlu 'alert' akan 'due date' yang ditetapkan.Aku diterima kerja dengan hanya berdasarkan interview yang sangat simple dan santai di rumah bos pada 3 tahun lalu.Tanpa sebarang pengalaman kerja kontraktor,aku diajar dengan penuh kesabaran satu per satu sehingga sekarang aku sudah mahir akan selok belok kerja ini ,walaupun sesekali aku ada membuat kesilapan.
Pada waktu rehat tengah hari,aku sudah menyediakan bekal nasi yang dibawa dari awal pagi dari rumah.Nasi putih bersama lauk sup ayam.Aku dan Nazurah duduk bersama menikmati makanan tengah hari masing-masing.
"Jadi,hang lani nak serius kahwin dengan dia la? ", Nazurah bertanya sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.Waktu itu juga,aku terdengar derapan kaki yang sedang menaiki anak tangga.Berdirinya seorang lelaki muda dalam lingkungan usia 30 an di hadapan kami sambil membawa sebuah kotak yang berisi.
"Tengok saja ka? Mai la tolong sama.Berat tau ! " , Asrul bersuara dalam keadaan mengah.Aku bangun dan membasuh tangan di sinki sebelum membantunya mengangkat kotak-kotak yang berisi set baju hujan.
Nazurah masih di situ menjamah nasinya sehingga licin pinggan.Selesai mengangkat dan menyimpan kotak-kotak itu,aku sambung makan nasi yang belum habis tadi.Kemudian,kami terus masuk ke dalam surau untuk berehat seketika.
Sementara menunggu masuk waktu Zohor,aku hanya bermesej seketika dengan Rayyan.Sekadar bertanya makan tengah hari.
"Saya makan Nasi Goreng Ayam tadi.Petang nanti saya sibuk sikit,saya kena hantar doktor ke hospital nanti.",balas Rayyan.
"Oh,ye ke? Tak pe lah,awak buat kerja elok-elok ya? Hati-hati memandu.Nanti dah free whatsapp saya."
"Okay,sayang.Jumpa lagi nanti,I love you",alangkah terkejutnya aku mendengar ayatnya yang terakhir itu.
Eh! Eh! Budak ni. Dah mula semakin berani ucap ayat-ayat sebegitu.Ingat aku cair ke? Dalam tak sedar,Nazurah mencuit bahuku.
"Oi,tak nak solat lagi ke? Aku dah habis solat pun hang tak berganjak lagi dari tadi.Sibuk mesej siapa?", Nazurah yang masih bertelekung itu memeranjatkan aku.Bila masa dia solat? Aku yang dalam kebingungan terus bangun dan mengambil wudhuk di tandas luar bilik solat itu.
Habis memberi salam terakhir,aku menadah tangan untuk berdoa.Kali ini,aku meminta pada Yang Maha Esa sesuatu yang benar-benar membuatkan jiwaku inginkan.
'Ya Allah,aku hanyalah seorang hambaMu yang banyak dosa.Namun,aku masih mahu yang terbaik dalam hidupku.Aku tak mahu meminta lebih dariMu,aku cuma mahu Kau berikan aku kekuatan dan kebahagiaan yang selama ini aku impikan.Berikan aku jodoh yang mampu membawa aku ke jalanMu.Amin.", aku menekup kedua telapak tanganku ke wajah.
Waktu rehat telah pun tamat.Aku berjalan menuju semula ke dalam pejabat.Tempat aku mencari rezeki.Terlihat dua orang lelaki yang sudah menunggu kami di dalam pejabat untuk menyerahkan semula dokumen sekolah yang diambil tempoh hari.
"Hai,mamu.Dah settle bagi kat sekolah ka?", aku bertanya pada orang tua yang berusia lingkungan 65 tahun,tapi masih gagah bekerja.
"Hang ada buat salah sikit lah , Lisa.Aku dah bagitahu kan,kedatangan dalam borang ni kena ikut kedatangan yang asal.Kan ada 4 orang yang ambil MC dalam bulan lepas?", Mamu Dollah menyerahkan semula dokumen yang salah itu kepadaku.Aku meneliti semula.Aku mengaku itu kesilapanku.Aku yang tidak berhati-hati dan meneliti dengan baik sebelum beri kepadanya.
"Okay,sorry Mamu.Lisa salah.Lisa perbetulkan sekarang ya? Mamu tunggu kejap.",tanpa membuang masa,aku terus membuka folder dalam komputer yang sudah sedia ada,dan terus membetulkan apa yang salah.
Setelah membuat salinan yang baru,aku menyerahkan semula kepada Mamu Dollah yang sedang bersembang dengan Amin di kerusi panjang yang tersedia dalam bilik kami.Dia membaca semula dengan teliti.Lama dia tenung.Kemudian,dia mengangguk tanda okey.Fuh ! Lega.
"Aku pun ada masalah jugak ni,Lisa.", Amin yang berada di hadapan Mamu Dollah bersuara.Aku kembali duduk di tempatku.
"Apa dia pulak masalah hang?", aku bertanya semula.
Walaupun beza umur kami dalam 9 tahun tapi kerana sudah terbiasa dan rapat , aku tidak berasa asing dengan mereka.Seluruh warga pejabat ini tidak pernah melayani aku seperti pekerja,namun seolah-olah aku sebahagian dari keluarga mereka.
Ya,dalam jangka masa 4 tahun berkerja dengan bos, aku sudah 3 kali berpindah tempat mengikut bos.Dari pada mulanya aku bekerja seorang,kemudian diberi seorang teman sekerja lelaki pada awal aku masuk kerja.Tetapi,selepas 5 bulan dia terpaksa berhenti kerana mendapat panggilan sambung belajar.Aku mengikut pula bekerja dalam bangunan kedai motosikalnya.Pejabatku dibuat khas di atas tingkat dua.Hampir setahun lebih di situ,akhir sekali bos menetap di Lebuh Chulia sehingga kini.Penat mengangkat barang-barang pejabat ke ofis baru,hanya Tuhan sahaja yang tahu.Tetapi,pengalaman itu membuatkan aku berasa sangat bahagia bila mengingatnya semula.
"Cikgu Dharma dari Sekolah Tamil tak nak terima dokumen yang cacat macam ni.", dia menyerahkan kertas yang kabur tulisannya dan seakan rosak.Aku hairan.
"Eh,macam mana boleh jadi macam ni? Masa aku bagi haritu,semuanya okay tau.", aku bertegas.
Hampir sahaja kami bergaduh,masing-masing dengan pendirian masing-masing.Tak nak mengaku salah.Sampai saat bos naik ke atas,antara kami tiada yang bersuara.
Bos duduk di kerusinya.Dia membelek dokumen yang mula-mula Amin beri padaku.Dia masih diam.Meneliti dengan baik.Namun,tiada reaksi marah padanya.Malah,dia melemparkan senyuman kepadaku.Tak marah kah dia setelah melihat keadaan kertas yang begitu?
"Okay,tak apa.Masalah kecil je ni.Sekarang,Lisa buat yang baru untuk 1 page ni aja.Kemudian,Lisa tukarkan nama yang pada nombor 8 ini kepada nama pekerja ganti yang baru masuk minggu lepas.Dan,tanda semula.Settle,kan?", bos memberi arahan.Aku hanya mengangguk,tetapi mataku masih melirik ke arah Amin dengan rasa tidak puas hati.Ada saja perkara yang dia nak timbulkan masalah antara aku dan dia.
Selepas 10 minit,aku menyerahkan dokumen itu semula ke tangannya.Dia hanya mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.Mamu Dollah awal-awal lagi sudah keluar untuk pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Zainul Abidin kerana ada cikgu yang menelefonnya tadi.Dia nampak begitu tergesa-gesa.Mungkin ada sesuatu yang berlaku yang memerlukan bantuannya.
Bos masih di kerusinya sambil bermain handphone.Aku di tempat dudukku,meneruskan kerjaku seperti biasa.Suasana sepi seketika,yang terdengar hanyalah bunyi printer dan dan mesin fotostat.
Aku melihat jam di tangan sudah menghampiri pukul 5 petang.Sedari tadi tidak memegang handphone,melihat ada 4 mesej yang masuk.Aku terus membukanya.
'Hai,sayang.Sibuk ke tu?'
'Saya rindulah tiba-tiba.Awak dah makan ke belum?'
'Jum teman saya makan'
'Cepatlah balik.Nanti balas tau mesej saya.Saya tunggu'
Banyak betul dia hantar.Aku ketawa kecil.Saat itu,aku yang tidak sedar diperhatikan,mendengar suara bos yang sedang memberi signal.
Matanya tertumpu padaku.Aduh! Macam mana aku boleh terleka ni? Kan dah kena..
"Lisa,makesure kerja habis.Lepastu,cek betul-betul.Jangan asyik berangan.Rasanya,Lisa ni kena ada boyfriend kot baru nak buat kerja betul-betul?",bos menyakatku.
Aku tersengih seperti kerang busuk.
"Eh mana ada bos.InshaAllah,saya cuba perbaiki kerja saya ye?",aku berkata pada bos sambil menunjukkan ibu jari.Bos hanya mampu menggeleng.Begitu juga Nazurah.Sudah masak dengan janjiku.Aku ketawa lagi.
Tepat 5 petang,kami bertiga mengemas meja masing-masing dan turun ke bawah untuk pulang seperti biasa.Aku orang terakhir menutup suis dan mengunci pintu ofis.Sampai di bawah,semuanya sudah menunggu diluar pejabat.Ah Boon,pomen yang setia dengan bos selama 15 tahun itu,menarik pintu shutter dan terus menguncinya.Kunci kemudian diberikan kepada bos.Telefonku tiba-tiba berdering.Hilang segala lelah melihat nama yang tertera.
Share this novel