Bab 9 ~
Aku bagaikan tidak senang duduk menanti whatsapp dari Rayyan Fahmi.Entah dia sudah selamat sampai atau tidak di rumahnya.Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8.30 malam.Tiada sebarang mesej yang masuk daripada namanya.Aku yang semakin tidak tenang terus mendail nombornya.
"Hello,Rayyan.Awak dah dekat mana tu?", aku bertanya dengan nada yang perlahan.
Aku terdengar suaranya yang seakan-akan seperti baru bangun dari tidurnya.
"Ya,sorry saya terlelap tadi kejap dekat RNR.Nasib awak call,saya nak teruskan perjalanan saya.Nanti,dah sampai saya whatsapp ya.Jangan risau okay?", dia membalas.
Lega hatiku mendengar suaranya.Ya Allah, selamatkan perjalanannya.Aku kembali sambung menyeterika baju kurung merah untuk dipakai esok hari.Ya,esok kembali bekerja seperti biasa setelah sehari cuti umum.Selesai tugas harianku itu,aku terus mengemas baju-baju kerjaku untuk 4 hari berikutnya,kemudian mula mengemas cadar katil yang sedikit ronyok.
Melihatkan waktu malam masih awal ,aku duduk di bahagian ruang tamu untuk bersama keluarga menonton drama yang ditayangkan di televisyen.Drama bersiri 'Syurga Yang Kedua' yang diulang tayang buat kali kedua itu membuatkan aku tidak jemu menonton walaupun aku sudah tahu jalan ceritanya.Episod yang ditayangkan sebanyak 70 episod itu,serba sedikit menarik perhatianku.Aku terpaksa menonton siaran ulangan kerana terlepas dari melihat episod itu pada jam 6.30 petang setiap hari Isnin hingga Khamis sahaja.
"Macam mana keluar dengan Rayyan? Okay ke?", tiba-tiba ada suara kedengaran.Aku berpusing.Oh,mak rupanya.Aku mengangguk.
"Apa yang korang sembang? Dan macam mana dengan dia? Tak da ambil kesempatan apa-apa ke?" , mak duduk di hujung kakiku yang sedang berbaring menonton TV.Aku segera bangun dan duduk di sebelahnya.
"Alah,mak.Biasa-biasa je.Masing-masing masih malu-malu.Tapi,Lisa berserah je.Kalau dia suka,Lisa kawan je lah.Tak berharap sangat pun." , aku membalas sambil mataku masih menatap drama yang sensasi itu.
"Mak tengok budak tu nampak okay,macam dari keluarga yang baik.Dia yang bongsu kan? Yang lain semua abang dia kan,dan dah berkahwin ya semua?", mak bertanya inginkan kepastian.
"Ya,yang lain semua dah kahwin.Dia ada anak buah seramai 9 orang.Mak ayah Rayyan pun usia lebih kurang beza 9 tahun dengan mak bapak.", aku menjelaskan.
"Dia nampak ikhlas ke kawan dengan Lisa? Mak risau la kan tak pernah kenal,tiba-tiba dah datang rumah.Orang yang berani datang rumah ni,selalunya hatinya ikhlas.Cuma,mak nak kepastian aje.Takut dia hanya sekadar datang dan berjumpa.Lepas tu,ambil kesempatan terhadap Lisa ", mak berseloroh.
Aku ketawa.Tak sangka begitu jauh pemirikan orang tua itu.Ya,bukan semua lelaki bileh dipercayai.Ada yang hanya sekadar ambil kesempatan tapi ada juga yang benar-benar ikhlas.Hanya kita yang mampu menilainya sendiri.
"Alah,mak.Jangan risaulah.Dia tu nampak baik.Okay.Tak macam yang sebelum-sebelum ni.Cuma sekarang Lisa hanya berserah segalanya pada Allah.Baik dia untuk Lisa,maka baiklah.Buruk dia untuk Lisa,moga Allah jauhkanlah dia dari Lisa." , kemudian mak hanya mengaminkannya.Mak memegang bahu dan kepalaku.Kemudian,mencium kepalaku.Terlihat kasihnya seorang ibu kepada anaknya ini.Telefonku berbunyi tanda mesej masuk.
'Awak,saya dah sampai.Nanti esok kita whatsapp lagi ye? Saya nak tidur dah,mengantuk dan letih.Terima kasih awak kerana sudi keluar dengan saya.Jadi,kita masih boleh terus berkawan kan lepas ni?', soalnya di hujung mesej. Aku tersenyum sipu.Ya,mengharapkan kalau itu bukan kali pertama dan terakhir pertemuan kami.
'InshaAllah,ada rezeki jumpa lagi kita', aku membalas padanya.
Selepas masing-masing mengucapkan 'Selamat malam', antara kami terus sepi.Jam berdetak menunjukkan sudah pukul 9.30 malam.Begitu cepat masa berlalu,dan aku harus tidur awal kerana esok sudah mula bekerja semula.
Aku menutup suis TV dan melangkah masuk ke dalam bilik.Aku memadamkan suis lampu kalimantang dan menyalakan suis lampu kecil yang terletak di hujung sudut katil.Sekadar mencerahkan sedikit bilik yang gelap itu.Semejak kecil,sememangnya aku ada perasaan takut pada gelap.Seolah-olah aku menjadi buta seketika.Aku terus naik ke atas katil dan membaca doa tidur sebelum aku melelapkan mata.
Hari yang agak letih ,walaupun petang tadi kami tidak meronda jauh,namun gara-gara bangun awal pagi tadi membuatkan mataku ingin berehat secukupnya.Minggu depan,Rayyan pula akan mula bertugas di tempat kerja barunya.Aku masih teringat perbualan kami petang tadi.
"Lisa,saya ada benda nak bagitahu awak.Hari rabu minggu depan,saya akan lapor diri di Klinik Pergigian Alor Setar.Saya dah berpindah ke sini.Lepas ni,dapatlah saya jumpa awak tiap minggu kan?", Rayyan mengenyitkan matanya padaku.
"Oh yaka? Senanglah awak duduk dekat dengan family kan,tak payah dah nak ulang alik naik bas lagi." , dia yang sebelum ini menceritakan padaku jika dia sedang berkhidmat di sebuah pejabat RISDA di Kuala Lumpur.Dia yang sangat penat ulang alik dari Damansara ke bandaraya KL itu apabila harus meredah sesak lalulintas.
"Alhamdulillah,harap-harap dapat dekatlah dengan awak.Boleh jumpa selalu." , Rayyan begitu pandai mengambil hatiku.
Aku masih lagi tersenyum.Entah perasaan apa yang merasuki aku.Aku membaca doa tidur dan terus memejamkan mata kerana hari esok adalah hari bekerja seperti biasa.
Share this novel