BAB 2 ~
Dalam masa 30 minit aku merebahkan badan,tiba-tiba bunyi Whatsapp masuk bertalu-talu. Ish ! Siapa pulak yang mengganggu ketenteraman aku ni ? Belum sempat bermimpi indah,sudah ada yang mengacau. Terusku mencapai telefon bimbit yang diletakkan di tepi katil atas meja laci dengan muka yang masam.
'Ha,Lisa.Kau tidur dah ke? Aku cuma nak ingatkan je.Jangan lupa download tau ! " , dan di hujung ayat ditambahnya emoji kenyit mata. Aku terus tersenyum.
'Ingatkan siapa lah tadi', aku mengomel dalam hati.
Aku mendiamkan diri sejenak.Betul ke dengan apa yang Fatihah tawarkan ni? Kalau aku masih bertembung dengan lelaki yang salah macam mana? Atau kalau jumpa dengan lelaki yang tidak baik ? Ish ! Aku terus mengetuk perlahan kepala ku berkali-kali tanda tidak sepatutnya aku berfikir sampai ke situ.
Tapi, macam mana pulak kalau betul-betul jodoh aku ditakdirkan dari situ ?
' Ting! Ting ! ', kedengaran bunyi whatsapp masuk lagi. Apa lagi lah Fatihah ni.Tak habis-habis berusaha memujukku. Aku terus membuka whatsapp itu.Mataku bagaikan bersinar cahaya.Akhirnya , dia menghubungi ku jugak setelah dua hari menyepi.Rupanya,bukan Fatihah yang mesejku.Aku terus cepat-cepat menekan butang dial ,dan menelefon nombor yang aku tunggu selama dua hari ini.
'Assalamualaikum', kedengaran suara garau sayup-sayup dalam talian.
'Waalaikumsalam', aku menjawab perlahan kerana takut suaraku akan mengganggu adikku yang sudah tidur nyenyak di sebelah ku.
'Kenapa belum tidur lagi? ' , Hazrie memulakan perbualannya dahulu. Seperti biasa , setiap malam sebelum tidur wajib untuk menelefon walaupun sesibuk mana pun sekali.
Hampir sejam berbual kosong,akhirnya aku memutuskan talian itu setelah mendengar cuma dengkuran yang panjang. Aku hanya tertawa kecil. Aku terus berbaring sambil tarik selimutku.Mata dipejam rapat, sambil mengukir senyuman bahagia. Ya, bahagia setiap kali selepas mendengar suaranya.
Tiba-tiba, aku dikejutkan dengan bunyi bising jam loceng yang berulang kali berbunyi. Rupanya,sudah masuk waktu subuh.Hari Isnin yang malas, terpaksa jua aku bangun untuk mencari nafkah atas diriku sendiri.
Sedang aku bersiap-siap untuk berangkat kerja, aku melihat mak yang sudah pun menyiapkan bekalan aku di dalam beg bekal. Orang tua itu tidak pernah sekali pun terlepas dari membekal aku sarapan pagi walaupun sekeping roti dan keju.Aku terus mencium tangan mak yang mula berkedut itu.
"Jangan lupa makan tau,lepas tu bawak balik tupperware tu.Mahal tupperware tu." , sempat lagi mak menyeloroh.Aku hanya ketawa.Meskipun semalam kami ada sedikit perselisihan faham,tapi tiada kuasa yang mampu memisahkan kasih ibu dan anak.
Berjalan menuju ke parkir kereta ,mencari sosok kereta viva silver.Setelah mendapatkannya,tanpa melengahkan masa aku terus menghidupkan enjin dan bergerak perlahan keluar dari perkarangan pangsapuri biru itu.
Hampir 30 minit,aku telah pun sampai di kawasan pejabat.Aku parking kereta ku berdekatan dengan pejabat yang aku mencari rezeki sekarang. Aku mengeluarkan telefon bimbitku dan terus melihat sebaris mesej yang Kak Mariam hantarkan kepadaku.Adik bos merangkap kerani di syarikat motosikal milik abangnya.
'Lisa,dah sampai ke? Akak ada belikan nasi lemak untuk kita.Kejap lagi,kita makan sama-sama.'
Rezeki tak salah alamat.Aku terus berjalan dengan rasa bahagia menuju ke pejabat yang terletak di tingkat atas bangunan syarikat motorsikal itu.
Dalam masa 10 minit menunggu, dari jauh kelihatan dua orang pasangan yang menaiki motosikal besar menghampiri kedai yang aku berdiri di luarnya . Mereka parking di hadapan kedai itu.Aku hanya mengukirkan senyuman.
"Awal sampai hari ni? Kak Mariam tak sampai lagi ke? " , soal lelaki bertubuh besar yang merupakan bos syarikat motosikal itu dan juga syarikat tender yang aku sedang berkhidmat.
"Dalam perjalanan katanya.Kak Mariam pergi singgah beli nasi lemak." , aku memberitahu sambil memegang beg sandang bos yang berisikan penuh dengan dokumen-dokumen kerja.
Sudah hampir tiga tahun lebih aku berkhidmat dengannya.Terlalu banyak perkara yang aku pelajari dari awal masuk kerja sehingga kini. Sudah terlalu faham selok belok tentang keluarga ini , dan juga tentang kerja yang sedang aku lakukan sekarang ini.
Aku terus menuju ke bilik bos untuk membuka pintu biliknya dan meletakkan begnya di atas meja. Aku meminta izin untuk terus masuk ke pejabatku di atas.
Kakiku melangkah perlahan menaiki anak tangga dan terus menuju ke bilik pejabat yang terletak di hujung dinding.Di sebelah pejabatku, ada sebuah bilik milik anak perempuan bos dan juga ada sebuah ruang kecil untuk menunaikan solat dan berehat seketika.
Aku menolak perlahan pintu pejabat dan mula membuka setiap suis lampu dan penghawa dingin.Bilik pejabat yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil itu, disusun atur oleh aku dan juga beberapa pekerja pejabat yang lain masa awal-awal pindah ke sini.
Aku duduk di tempat duduk ku sambil membuka suis komputer.Tiba-tiba , aku mendengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada yang berlari menuju ke sini.
Terlihat kelibat gadis berbaju blouse putih serta tudung cerah yang membuatkan aku agak terkejut . Sampainya dia di hadapan pintu, aku terus mengusap dadaku. Rupa-rupanya, Nazurah teman sepejabatku yang datang. Dia masih tersengih-sengih di hadapanku.
"Ish , hang kalau tak buat orang terkejut bukan Nazurah lah namanya. Dah lah,aku lupa nak tekan suis lampu koridor.Hang pulak melulu macamni.Nasib aku tak dak sakit jantung tau.Kalau tidak,tak sempat kahwin aku nanti." ,seloroh aku sambil ketawa.
Nazurah memang seorang yang sangat gelabah dan cepat cemas.Tapi, telatahnya itu tidak membuatkan aku bosan sepanjang hari di pejabat.Kalau tiada dia, memang rasa sunyi bekerja seorang diri di atas.
"Jum lah turun makan sekali.Kak Mariam dah tunggu." , aku mencapai botol air ku dan kami bergegas turun ke bawah untuk makan pagi bersama-sama. Memang sudah menjadi rutin harian kami sepanjang bekerja di sana. Selepas 15 minit,masing-masing kembali ke tempat duduk untuk memulakan tugas harian sepanjang 8 jam itu.
Masa yang berlalu, membuatkan aku tidak sedar dengan kesibukan kerja yang menimbun. Ya, sudah hampir penghujung bulan. Aku harus cepat-cepat menyiapkan dokumen-dokumen sekolah untuk diserahkan kepada setiap penyelia yang bertugas. Seharian menatap skrin komputer membuatkan mataku sedikit berpinar . Aku memejamkan mataku dalam masa 10 minit.
"Eh, Lisa ! Senarai nama pekerja baru dah siap belum? Aku nak update untuk list carta gaji pulak ni." , suara Nazurah membuatkan aku tiba-tiba tersedar.
"Aduh,hang ni. Kalau tak kacau aku mesti tak sah kan? Baru nak lelap dah kena panggil.", aku mendengus marah. Tapi,marahku bagi Nazurah itu tidak terlalu menakutkan. Dia masih lagi tersenyum menunjukkan lesung pipitnya. Aku terus meletakkan sekeping kertas yang bertuliskan nama-nama pekerja terkini di atas mejanya.
"Kejap lagi,jangan lupa bagi balik." , aku mengingatkannya. Dia mengangguk faham. Aku mula menekan butang print di skrin komputer dan fotokopi setiap helaian itu kepada tiga puluh buah set yang berbeza.
Itulah rutin kerja harian ku sejak dari awal mula bekerja dengan bos tender merangkap tauke motosikal sejak tiga tahun lalu. Ada kalanya sikap pelupa ku dan gelabah ku membuatkan bos juga berasa runsing. Dalam sedang menyiapkan kerja kami,tiba-tiba pintu pejabat dikuak luas oleh seorang lelaki yang bertubuh besar diikuti dengan seorang lelaki tua dalam usia pertengahan enam puluh tahun.
"Lisa,dah siap ke dokumen-dokumen Mamu Dollah semua? Dia dah datang nak kutip.", ujar bos sambil duduk di satu sudut hujung pejabat kami.Aku bagaikan termangu seketika.Bukan kah sepatutnya dateline untuk ambil dokumen semua adalah pada hari Jumaat? Sepatutnya lagi empat hari?
"Eh,bos.Saya belum siap sepenuhnya lagi ni.Saya baru siap untuk tiga buah company je ni.Lagi dua masih on the way.", ujarku sambil mengepil kertas-kertas yang difotostat tadi mengikut set.
Bos mengangguk.Dia faham sangat dengan cara kerja ku yang memerlukan masa untuk meneliti satu per satu dengan jelas.Supaya nanti tidak perlu membuat dua kali.
Dalam pada masa aku menyediakan dokumen-dokumen sekolah itu,bos dan Mamu Dollah masih lagi rancak bersembang. Melihatkan jam sudah pun menunjukkan pukul 12.50 minit petang,mereka mula beredar keluar dari pejabat.
"Eh,Lisa.Jum lah cari makan.Aku lapar dah ni.Dari tadi bos duduk sini tak berganjak.Tapi kan, aku tengok bos asyik perhatikan hang ja tau." , Nazurah terus datang menghampiri meja ku. Pelik .
"Apesal pandang aku pulak? Tak pernah-pernah dia nak pandang aku selama ni.Pening dengan aku lagi ada lah . ", terus kami menghamburkan tawa. Aku mengemas kertas-kertas yang sedikit berselerakan di atas meja sebelum turun untuk mencari makanan tengah hari.
Kami berjalan kaki bersama menuju ke sebuah restoran nasi kandar yang paling dekat dengan pejabat.Kapitan's Restaurant.Dari zaman aku bersekolah sehingga sekarang,aku masih lagi setia menyinggah di restoran itu.Kami duduk di tempat yang kosong dan tidak terlalu sesak.Datang seorang lelaki berbangsa Bangladesh menghampiri kami.
" Ya,kakak.Mau order apa?", soalnya dalam pelat Bangladesh.
"Kami nak nasi beriani ayam dua dengan air milo ais dua.Oh ya ! Jangan lupa jugak kuah kari ye." , aku bertutur satu persatu agar pelayan itu faham dengan jelas.
Dalam masa menunggu,aku baru teringat akan aplikasi yang direkemen kan oleh Fatihah.Aku mula buka google play dan downloadkan. Cuba lah nasib kan,siapa yang tahu.
" Em,Lisa. Hang ingat tak mamat yang aku ceritakan hari tu? " , Nazurah mula memecahkan sepi yang seketika antara kami.
Aku mengangguk.Ya ! Aku masih lagi ingat. Selepas Nazurah dikecewakan dengan lelaki yang dinantinya selama lima tahun itu,akhirnya lelaki itu lebih memilih orang lain berbanding dirinya. Sayang sekali bagi yang melepaskan Nazurah yang cantik dan baik ini. Bagi aku, Nazurah memang seorang yang sangat cantik,kulitnya yang cerah,senyumannya yang manis berlesung pipit.Lemah lembut pulak tu.
"Dia nak meminang aku,weh ! " , tersentak aku mendengarnya. Hebat betul lelaki zaman sekarang. Baru kenal belum sempat dua bulan,dah berani nak masuk meminang.
"Ish! Hang terima ka? Cepat sangat tu .", aku bagaikan tidak setuju.Nazurah memang setiap kali bertemu dengan sesiapa akan minta pandangan aku.Bukan lah nak katakan aku ni tukang padankan jodoh,tapi sekadar pandangan tentang ciri-ciri lelaki yang dipilihnya sahaja.
"Dia yang nak cepat.Tapi,aku dah cakap nak kenal dulu."
Aku mengangguk setuju.Pelayan mendekati di meja kami bersama dua pinggan nasi berserta air minuman.Kami menjamah dahulu nasi itu sebelum jam mula bergerak menghampiri pukul 2.00 petang .
Habis menjamah makan tengah hari ,kami pulang semula ke pejabat dan berehat seketika di dalam surau.Waktu menunjukkan pukul 1.30 minit petang.Bermakna,tiga puluh minit kami keluar makan tadi.Kemudian,kami mengambil wuduk dan solat zohor terlebih dahulu sebelum menyambung kerja selama 4 jam lagi.
Waktu terus berganti sehingga menunjukkan pukul 5.30 minit petang.Kami mula terasa letih di saat-saat akhir setelah dari tadi bertungkus lumus untuk menyiapkan kerja yang belum habis tadi pagi.Aku menutup suis komputer ku dan melihat sekeliling bagi memastikan semua suis dimatikan.Kemudian,aku dan Nazurah sama-sama menuruni anak tangga perlahan-lahan dan menyusur keluar dari pejabat.Aku bagaikan lega melihat suasana luar apabila sedari tadi terperuk di dalam pejabat.
"Fuh ! What a very messy day . " ,aku berkata sambil melihat sekeliling. Kami mula membawa langkah masing-masing untuk pulang.Aku membuka pintu kereta Viva yang diparkir di sebelah bangunan dan duduk sebentar di dalam kereta sambil membuka penghawa dingin dan radio untuk menenangkan fikiran seketika.
Jemari aku pantas mendail nombor yang sememangnya wajib aku tekan setiap hari.Panggilan dijawab.
"Ya,hello." , suara garau menjawab.Aku tersenyum bahagia.Hilang segala rasa letih.
"Dah habis kerja ke tu ? ", aku bertanya melalui dalam telefon.
"Belum lagi.Malam nanti abang call okay.Abang kena gerak dah ni.", tiba-tiba talian diputuskan. Aku terdiam.
Bukan kali pertama berlaku macam itu . Seakan sudah terbiasa. Aku terus memandu kereta dan pulang ke rumah . Dalam fikiranku mula berasa ingin membuka semula aplikasi OMI yang diperkenalkan oleh Fatihah.
Setibanya di perkarangan rumah,aku cepat-cepat masuk ke dalam rumah dan terus merebahkan badan di atas katil tanpa menyalin baju.
"Banyak ke kerja hari ni? " , terdengar suara wanita bertanya di saat aku sedang melelapkan mata. Aku hanya mengangguk.
"Rehat lah dulu.Kejap lagi mandi ,lepas tu solat.Jangan terleka sangat takut nanti terlepas waktu asar." , mak mengingatkan aku sekali lalu.Ya,kadang-kadang badan terasa terlalu letih dan ingin berehat sepenuhnya.Tapi,sedar akan tanggungjawab sebagai hambaNya yang perlu dilaksanakan sebelum matahari terbenam itu.Aku cuma memejamkan mata ku selama 30 minit sahaja sebelum terus bangun dan membersihkan diri.
Usai mandi dan solat asar,aku terus duduk di atas kerusi meja makan untuk menjamah nasi berlaukkan gulai ikan yang dimasak oleh ibu ku.Memang menyelerakan bau gulai itu bersama telur dadar yang digoreng.Saat aku sedang menjamu nasi putih bersama lauk gulai ikan,tiba-tiba aku teringat akan pesanan bos untuk esok hari.
"Oh ya,mak.Esok Lisa balik lambat tau.Esok dah mula nak kira gaji.Tak tahu lah pukul berapa nak mula dan habis.", aku berkata sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut.
"Esok bapak hantarkan lah ye? Sebab esok nak guna kereta hantar Yusof ke sekolah.Kakak minta bapak hantarkan Yusof esok.",mak memberitahuku.
Aku hanya mengangguk.Terus menjamah saki baki nasi di dalam pinggan.Saat aku berjalan ke dapur,ingin mencuci piring yang masih di dalam sinki,tiba-tiba anak buah ku menghampiri.Jauh dia merangkak dari ruang tamu mengikutiku hingga ke dapur.Aku mendukungnya dengan penuh kasih sambil mencium pipinya bertalu-talu.
"Sayang Ngah ni nak ke mana? Melepasi kawasan larangan ni." ,aku bergurau dengannya sambil menggomol manja.Aku terus letak Umar Hamzah di atas permaidani.Biarkan dia bebas merangkak.
Aku kembali masuk ke dalam bilik tidurku. Melihat telefon bimbitku yang bertalu mesej masuk.
'Ada mana ni?'
'Kenapa call tak jawab? '
'Sibuk ke?'
'Orang rindu ni'
Aku hanya tertarik dengan ayat terakhirnya itu.Aku tersenyum.Seperti biasa,aku akan menelefonnya.
"Abang nak bagitau ni.Esok abang sibuk seharian tau.Lepas tu,lusa abang akan balik ke Sabah." , Hazrie bersuara setelah kami sepi seketika waktu.
Aku mengeluh perlahan.
"Sampai bila?"
"Sampai hujung bulan depan." ,jawab Hazrie sambil sesekali terdengar dia mula menguap.
Aku terus membisu.Memang wajar aku patut menerima keadaan, siapa suruh bercinta dengan lelaki pilot itu.Bukan baru sebulan aku mengenalinya,tetapi sudah hampir 3 tahun kami berhubungan.Namun,hanya baru 2 kali kami bertemu.Itupun bertemankan dengan Siti Fatihah,teman baikku. Dia tidak pernah putus asa untuk meleraikan hubungan kami.Sedangkan dia tahu,siapa lelaki pilot itu ! Selepas 10 minit berbual,aku terus menamatkan panggilan telefon itu.Meletakkan telefon bimbitku di atas meja sebelah katilku dan terus menghempas tubuh badan ke atas katil.Jam baru menunjukkan pukul 10.30 malam.Letih masih terasa ! Dalam sesaat,mataku terpejam sendirinya.
Share this novel