Bab 18

Drama Series 2016

Bab 18~

Begitu masa berlalu,sudah 3 bulan PKP dijalankan.Kes yang tidak pernah turun itu membuatkan rakyat Malaysia semakin kurang bekalan makanan.Ada yang hampir kehilangan kerja dan ada juga yang sudahpun kehilangan tempat mencari rezeki.Banyak kedai runcit mahupun supermarket kecil yang sudah gulung tikar gara-gara tidak mendapat hasil jualan setiap hari.

Sudah 3 bulan PKP bermakna cuma tinggal lagi sebulan untuk aku menghadap hari pertunangan.Semua barang-barang pertunangan tersimpan rapi di dalam almari khas supaya esok hari mudah untuk aku mencari apa-apa jika ada keperluan.Semua rakyat termasuk kami sekeluarga mengharapkan rentas negeri dibuka semula seperti yang dijanjikan setiap kali dalam media massa.

Dan aku?Hanya 3 kali seminggu masuk office ,atau kadang-kadang cuma sekali seminggu.Itu pun jika ada keperluan mendesak.Janji,gaji tetap masuk seperti biasa yang dinyatakan sepanjang PKP dijalankan.

"Macam mana persiapan nak bertunang nanti?Sorry lah aku tak dapat nak hadirkan diri,dengan situasi semasa.", Nazurah bertanya lewat petang itu melalui telefon.

Hampir 3 minggu lebih tidak bertemu,pasti banyak hal-hal yang mahu digosipkan.Biasalah,perempuan mana boleh duduk diam aje di rumah tanpa bergosip.

"Tak pe,aku faham.Persiapan setakat ni semua dah ada.Cuma tunggu masa je untuk disusun semula.Harap-harap nanti kenduri kahwin aku boleh la diadakan seperti biasa.Tak terbayang aku kalau majlis kahwin pun tak dapat nak buat",aku menjawab tenang walaupun jiwaku gundah gulana.

"InshaAllah,mudah mudahan dipermudahkanlah urusan orang yang nak mendirikan masjid Allah ni.", ujar Nazurah.

"Amin"

"Apa perasaan hang nak jumpa family dia nanti?Bakal mertua hang,tak takut ke?",sengaja Nazurah menambahkan lagi rasa cemas dalam diri.

"Ish,hang ni.Saja kan nak buat aku rasa gelisah.Mestilah takut.Tak pernah bertentang muka face to face,takut-takut tengok je aku terus reject hah! Aku kan tak lawa macam hang", aku ketawa kecil.

"Belum jumpa dah buat andaian.Tak kan lah dia tak tunjuk gambar hang kat family dia?",tanya Nazurah.

Ya,dia pernah beritahu padaku jika dia sudah menunjukkan gambarku kepada keluarganya pada awal pertemuan dulu.Apakah reaksi keluarganya nanti jika bila berdepan denganku,tidak sama seperti yang di dalam gambar.Pastinya malu!

"Memanglah tunjuk,tapi mana lah tahu,dalam gambar nampak lain,jumpa depan-depan lain.Mata setiap orang tak sama.", ujarku pada Nazurah.

"Ya lah,macam aku tengok hang memang tak lawa pun,entah macam mana Rayyan tu boleh kenan",terus dia menghamburkan tawanya.

"Eei!! Jahatnya mulut.Cili nak?",giliran aku pula sama-sama ketawa dengannya.

Aku tidak terasa hati dengan Nazurah jika kata-katanya kedengaran kasar di halwa telinga,tapi aku masih mengerti maksud dan tujuannya itu.

"Bos dah tau ka hang nak bertunang ni?Nak ambil cuti?", tiba-tiba dia teringat.

"Hm,mestilah dia kena tahu dulu.Kalau tidak,mau dia mengamuk tiba-tiba aku nak cuti seminggu."

"Ha?Seminggu cuti?Alaa,jadi kalau apa-apa jadi pada dokumen sekolah,aku lah nak handlekan ni?",Nazurah mula merungut.

Aku ketawa ,tapi aku yakin dia mampu membantuku.Aku sudah memberinya tunjuk ajar dari awal sebelum aku mula bercuti.Pastinya dia faham.

"Kalau ada masalah,rujuk dengan bos.Aku dah tunjuk kan setiap folder sekolah?So,make sure buat betul-betul tau,aku tak nak nanti pening kepala bila masuk ofis balik.Minggu depan,aku ajarkan hang macam mana nak edit time masuk ofis",aku menenangkannya.

Habis kami berbual,aku terus membuka laptop Asus milikku dan menghidupkannya.Aku harus membuat salinan data senarai pekerja terkini,dan emelkan pada Nazurah.Sebelum aku mula bercuti,aku tetap harus menyelesaikan kerja aku yang masih bersisa itu,supaya memudahkan orang lain agar tidak menanggung beban dengan masalah.Melihatkan jam sudah pukul 5.30 petang,aku solat Asar terlebih dahulu sebelum memulakan tugas,supaya aku mampu fokus sepenuhnya nanti pada kerja tanpa gangguan.

Hampir satu jam lebih aku menumpukan perhatian pada kerja,dan aku mula berasa lenguh badan serta haus.Mataku sudah tidak mampu melihat jelas pada skrin apabila ia mula berpinar-pinar.Mataku perlukan rehat.Aku menyandarkan tubuh pada dinding,dan memejamkan mata.Laptop aku letakkan atas katil di sebelah ku,aku tutup skrinnya .

Deringan telefon yang lantang berbunyi mengejutkan aku.Aku terkebil-kebil membuka mata dan melihat ke arah jam,sudah 6.30 petang.Melihatkan skrin telefon yang tertera '10 missed call' dari Rayyan,membuatkan mataku terus segar.Aku menekan nombornya dan ia berbunyi.

"Hello...",suara Rayyan yang manja itu kedengaran.

Aku menjawabnya dalam keadaan yang masih separa sedar.Badanku berasa sedikit letih kerana terus menerus membuat kerja tanpa henti hari ini.

"Hai,abang.Sorry again busy sikit.Tak jawab call tadi sebab terlena letih.", aku menjawab.

Dia masih seperti biasa,diamkan diri.Tapi,kali ini suaranya lebih cergas dari yang selalu ku dengar.

"Tadi,abang pergi Pulau Tuba,sayang.Best pi sana,cantik sangat.Ada rezeki,abang nak bawak sayang datang Langkawi.",ujarnya gembira.

"Hmm,dah lama tak pergi Langkawi.Last i'm going there since 2012 maybe?Buat Family Day kat sana",aku mula teringat memori berkumpul ramai-ramai di sana.

"Tak pe,now we can go together.I will brings you to look around the island sampai sayang sendiri jemu."

"InshaAllah,abang.Ada jodoh kita,we will go around together later.Okay lah,sayang nak mandi dulu.Nanti malam,kita video call macam biasa ek?" ,aku memandang jam di dinding,sudah lewat.

"Okay,sayang.I love you", dia memberiku flying kiss.Terus aku mematikan panggilan dan bergegas ke bilik mandi.

Selepas 25 minit keluar dari bilik mandi,aku mendapat satu pesanan ringkas.Aku tersenyum saat membacanya.Moga janji yang dicipta itu ditepati !

'Abang akan bahagiakan sayang selama mana sayang sentiasa ada dengan abang dalam susah atau senang,tapi abang tak menjanjikan kemewahan,abang janji akan membahagiakan sayang seumur hidup abang'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience