Bab 41~
Aku mengenakan dress kuning yang dipadankan dengan tudung bercorak bunga.Menunggu kedatangan Fina pada pagi itu dengan rasa berbunga.Dialah sahabatku yang dikenali semasa belajar di UiTM dulu.Banyak kenangan antara kami tercipta sehingga kami menjadi kawan baik.
Sebuah kereta Avanza hitam berhenti di hadapan lorong rumah.Affina membunyikan hon dan melambai ke arahku.Aku perlahan-lahan berjalan menuju ke arah kereta Avanzanya.
"Sorry lambat ambik,aku buat kerja sikit tadi.",Affina terus memberitahu alasannya.Aku hanya mengangguk faham.Aku sedang menikmati haba sejuk air cond keretanya sambil memejamkan mata.
"Lisa,hang dah kenapa?",suara Affina mengejutkan aku.Aku hanya tersengih sambil menggeleng kepala.
"Best dapat rasa air cond ni.Sejuk",aku memandang ke arah jalan raya sepanjang kereta bergerak.Affina masih memandu keretanya mengikut laluan belakang yang tidak sesak.
"Berapa bulan dah hang sekarang?",Affina sesekali menoleh ke arah perutku yang semakin membesar.
"Dah nak masuk 4 bulan.Nampak ke?",aku bertanya kepadanya sambil mengelus perutku .Dia mengangguk.
"Nampak lah besar sikit.Alhamdulillah lah,tak lama lagi,kita akan ada penyeri hidup.",Affina melemparkan senyuman yang lebar.Aku kehairanan sebentar.Kita?
"Kita?Kenapa kita pulak?",aku melontarkan soalan kepadanya.
"Ya lah,aku pun mengandung jugak sebenarnya ni.",giliran Affina pula menyentuh perutnya.Aku agak terkejut saat itu hampir saja ingin menangis.
"Ya Allah,serius lah Fin?Alhamdulillah.Tahniah weh! Lama hang tunggu kan?Alhamdulillah..",aku mengucapkan rasa syukur itu sambil mengusap bahunya.
Tidak sampai 30 minit,Fina membelok di perkarangan rumahnya.Rumah teres 2 tingkat yang tersergam indah itu dipenuhi ramai orang.
"Ramai sikit hari ni sebab ada kenduri tunang adik aku.Saja lah jemput hang dah hang pun duduj sorang-sorang.",Affina membuka pintu keretanya dan keluar menuju ke arahku pula.
"Oh ya ka? Adik yang mana satu?Yang lelaki ke?",aku menyoal sambil menjenguk ke arah rumahnya yang besar itu.Affina mengangguk.Terus kami berdua berjalan masuk ke dalam rumahnya.
Aku hanya duduk di bahagian belakang ruang tamu bersama Affina sementara di ruang tamu sedang berlangsung acara merisik dan bertunang.Aku memandang barang hantaran yang tersedia di dalam dulang emas yang diletakkan di hadapan anak tangga.Tiba-tiba,Affina menguis bahuku mengajak aku untuk masuk ke dalam bilik.
Penghawa dingin dihidupkan.Aku yang sememangnya ingin merasakan haba sejuk dari penghawa dingin itu berdiri tepat di hadapannya.Affina mengemas bilik itu sambil membebel seorang diri.Aku tidak menghiraukannya,cuma hanya ingin duduk di sini menikmati rasa selesa ini.
"Oi,dengar tak aku cakap ni?",teguran Fina membuatkan aku kembali ke alam nyata.Aku tergelak sambil menggeleng ke arahnya.
"Tak dengar apa pun.Aku tengah syok layan air cond lah.Kacaulah hang ni.",aku terus melabuhkan punggung di atas katilnya.
"Aku tanya,hang akan duduk sini terus ke?Atau nanti balik Penang jugak?",dia menyoal sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah.Mungkin kerana terburu-buru hendak menjemputku,jadi dia tidak sempat untuk mengeringkan rambutnya.
"Hm,entahlah Fin.Biarlah waktu yang menentukan.Ikutkan hati nak je duduk sini dengan suami aku,tapi bila fikir dengan situasi dan keadaan,macam better balik duduk rumah mak aku.Aku pun tak tahu nak buat keputusan.",aku menjelaskan kepada Fina.Aku bercerita tentang kejadian semalam dan Affina hanya memberi respon gelak yang besar.
"Hang laa..Lawak sungguh.Ada ka buat macam tu kat semut tu?Alahan pelik-pelik hang ni.",Affina sambung ketawanya sambil memegang handphonenya.Dia menunjukkan sesuatu.
"Cantik tak?Kalau anak lelaki nanti,aku nak belikan baju macam ni.Ala-ala suit ada tie.Kalau anak perempuan,aku nak belikan dia set dress ni.Ada head band dengan stokin sekali.",Affina menunjukkan gambar baju yang dipilihnya melalui Shopee.
"Ambik jelah mana pun.Janji kita senang hati.Aku tak terfikir lagi nak beli apapun.Tunggu lah nanti dah 6 bulan,baru nak cari."aku hanya membalas sambil berdiri mengenakan angin air cond.
Selepas hampir 3 jam di rumahnya,Rayyan datang untuk menjemput aku pulang.Affina mengirim sedikit makanan dan buah-buahan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.
"Laa,susah-susah ja hang.Tak payahlah,banyak-banyak sangat.Nanti tak habis.Duduk berdua je ni.",aku menyambut sebungkus plastik yang berisikan nasi putih bersama lauk dan sebungkus lagi kuih muih dan buah-buahan.
"Jap,jum selfi dulu seround.Nanti boleh simpan buat kenangan.",aku mengajak Affina untuk mengambil gambar bersama sebelum pulang.Kereta Rayyan sudah tiba di hadapan rumah .Aku bersalaman dengan Fina dan ibunya sebelum keluar dari rumahnya.
Saat aku masuk ke dalam kereta,aku melihat sekeliling kereta yang agak berbeza dari yang sebelumnya.Rayyan masih tenang di sebelahku.
"Macam mana duduk rumah Fina?Dia layan elok tak?",Rayyan bertanya sambil mula bergerak beredar dari kawasan perumahan itu.
"Okey ja.Alhamdulillah,semua layan elok ja.Siap bagi bawak balik makanan lagi.",aku menunjukkan bungkusan yang baru diterima tadi.
"Abang buat tinted ke tadi?Nampak macam cerah ja.",aku melihat sekeliling kereta.
"Abang buang tinted.Gelap sangat.Ada lagi tak habis buang.Nantilah abang sambung.",Rayyan sekadar menjawab sambil matanya masih khusyuk memandang ke hadapan.
Setelah tiba di perkarangan rumah,aku terus masuk dan membasuh kaki terlebih dahulu sebelum menyalin pakaian.Seharian memakai baju jubah itu membuatkan aku berasa panas dan berpeluh.Semenjak aku mengandung,memang cepat berasa panas dan berpeluh.Aku hanya mengenakan T shirt nipis bersama kain batik di dalam rumah.
Rayyan Fahmi berbaring di atas tilam sambil memejamkan matanya.Aku mendekatinya perlahan-lahan sebelum akhirnya berada dalam pelukannya.
"Sayang,abang ada nak cakap sikit.",Rayyan bersuara sambil tangannya membelai perutku lembut.Aku berpaling kepadanya sebentar kemudian memejamkan mata.
"Abang nak hantar sayang balik duduk Penang.",Rayyan memberitahuku.Aku yang terkejut terus berpaling ke arahnya.
"Sampai bila?Bila abang akan ambik balik?",aku bertanya sambil duduk bersila di hadapannya pula.Rambutku yang sedikit kusut di ikat rapi.
"Sampai sayang bersalin.Check up kat sana.Bersalin kat sana.",Rayyan menjawab dengan nada yang mendatar.Aku mendiamkan diri.
"Mak yang suruh balik kan?Mak call abang eh?",aku sekadar menduga.Dia hanya diam.Kemudian,terus lena tanpa sebarang jawapan.
Share this novel