Bab 30~
Akhirnya hari yang dinanti telah pun tiba. Hari Jumaat yang penuh barakah,ditemani dengan hujan lebat dari awal pagi lagi.
Aku yang sudah siap berhias dan make up cuma menanti masa untuk diijab kabul kan.Tema nude seperti yang diminta oleh ku telah memberi satu hasil sentuhan yang sangat luar biasa.Kak Eyla memang cukup pro dengan pengalamannya selama 12 tahun menjadi seorang jurusolek pengantin.Dia merupakan salah seorang makeup artist yang terkenal di Pulau Pinang .Akhir sekali,kak Eyla memakaikan aku purdah berwarna putih seperti yang aku impikan.Saudara mara yang terdekat sudah pun berkumpul di rumah.Akad nikah yang akan berlangsung 4 jam lagi,dinanti dengan penuh debaran.Hanya 4 jam sahaja lagi yang ada sebelum aku bergelar sebagai isteri orang.
Aku memandang ke arah cermin yang ada di hadapanku.Kelihatan wajahku sangat berbeza dari diri aku yang biasa.Sentuhan make up yang diberikan Kak Eyla sangat-sangat mengujakan orang sekelilingku.
"Wah!Cantik betul Lisa.Nampak berseri-seri sangat wajah tu.Dah nak kahwin pun sepupu Kak Arifah sorang ni.",Kak Arifah yang tak habis-habis memandangku atas dan bawah.Aku hanya gelak kecil.Terasa seperti anak patung pulak dah bila dipuji-puji begini.
Aku mencari sosok tubuh seorang lelaki yang berbadan besar dan berjanggut panjang.Dia sedang sibuk bersiap bersama sampinnya dan menanti waktu di atas kerusi pelamin di ruang tamu yang sudah terhias indah.Aku menyua jari jemariku dan bersalaman dengannya.
"Bapak,Lisa minta maaf dari hujung kaki sampai hujung rambut.Banyak dosa Lisa pada bapak.Doakan Lisa bahagia dunia akhirat dengan pilihan hati Lisa.",aku mencium jari jemarinya yang sudah kedut dan kasar itu.Kemudian,aku memeluk tubuhnya,terasa bagai ingin menangis saat itu.
"Jangan menangis ! Nanti tak lawa,dah nak akad nikah satgi ni.Simpan air mata tu.",bapak segera menahan sambil menekup kedua belah pipiku.Aku berasa geli hati dengan ayat itu.Ya!Memori terindah bakal dirakam sebentar lagi.
Kemudian,aku pergi mendapatkan mak yang sedang kalut bersiap di dalam bilik.Seperti biasa,mak tetap akan memegang perlahan kepalaku dan bibirnya terkumat kamit seperti membaca sesuatu sebelum bibirnya hinggap di dahiku dan pipiku.Aku mencium tangan mak yang mula menampakkan urat hijau dan beralih ke pipinya.
"Mak,doakan Lisa bahagia ya.Ampunkan Lisa sepanjang mak jaga Lisa.Banyak dosa Lisa pada mak,pada bapak.Doakan Lisa tau.",aku mencium jarinya berkali-kali sebelum memeluk tubuhnya.
Hujan masih lagi turun sehingga ke tengah hari.Tok Kadi sudahpun bersedia menunggu di masjid.Pihak lelaki juga sudah pun berada di perkarangan masjid.Aku menyarung kasut setinggi 3 inci dan berjalan perlahan dipimpin oleh sepupu-sepupu sekelilingku.Ada yang cuba untuk menjaga baju putihku itu dari terkena lantai kotor dan ada yang mengelap peluh di dahi.Aku menuruni lif dari Tingkat 2 ke lobi sebelum abang iparku menyambutku bersama payung untuk menuju ke kereta Exora yang sudah tersedia.Aku berlari keanak-anakan tanpa menghiraukan tentang bajuku lagi.Sememangnya tiada ada yang mampu aku lakukan kerana sudah semestinya stokin dan hujung kainku pasti akan basah.
Kereta Exora yang dinaiki bersama mak dan bapak,dipandu oleh Abang Uni menuju ke Masjid Hashim Yahya yang terletak tidak jauh dari rumah,hanya 3 minit untuk sampai ke sana.Apabila kereta Exora itu berhenti di hadapan anak tangga,aku melihat ramai orang berkeliaran menunggu waktu untuk masuk ke dalam.Juru kamera dan juru video pastinya dari awal lagi sudah menanti di sana untuk melakukan tugas mereka.
Jantungku sedari tadi bagaikan nak pecah dengan degupannya yang sangat laju.Aku yang sudah bersedia untuk turun dari kereta,cuba membetulkan posisiku.Ditemani dengan sebuah payung besar yang dipegang oleh Abang Uni,bersama mak di sisiku yang memegang erat jari jemariku.Aku berdiri di hadapan Masjid Hashim Yahya yang bakal menjadi saksi segala ucapan akad nikahku nanti.Juru kamera serta video yang mula mengambil gambar dari saat aku tiba hingga masuk ke dalam ruang akad nikah,berlari-lari keanakkan mengikut setiap langkahku.Seolah-olah tiada satu pun memori yang terlepas dari rakaman serta gambar yang diambil.
Disebabkan kes Covid 19 masih lagi berleluasa,semua yang hadir memakai pelitup muka dan menjaga jarak antara satu sama lain.Benar-benar merasakan sesuatu yang luar biasa dari yang sentiasa aku lihat sebelum ini.
Aku cuba untuk duduk bersimpuh di atas sebuah kusyen bulat yang telah tersedia,namun disebabkan kain baju yang dipakai itu agak sedikit cekang,terpaksa lah aku untuk duduk berlutut.Aku merasa agak kebas kaki apabila duduk begitu dalam jangka masa lama.
Selepas 20 minit,semuanya siap berkumpul di dalam dewan masjid itu.Hanya dalam 20 orang sahaja yang boleh masuk ke dalam untuk menyaksikan ijab kabul itu.Aku hanya memandang Rayyan yang berbaju melayu berwarna putih susu berserta pelitup muka yang diwajibkan.Sesekali matanya melirik ke arahku.
Aku berasa hampir nak pitam apabila merasakan waktu yang diperuntukkan itu sangat lama.Tok kadi memberi serba sedikit ceramah berkaitan rumah tangga dan bertanya beberapa soalan kepada Rayyan.Selepas dia melepasi soalan-soalan yang dikemukakan,Rayyan Fahmi sudah bersedia duduk di hadapan bapak sambil berjabat tangan.Dan saat itulah,dadaku bagaikan berombak laju.
"Rayyan Fahmi Bin Saad", bapak memegang mikrofon sambil mengucapkam kalimat yang mendebarkan setiap saksi yang ada,termasuk aku.
"Aku nikahkan dikau dengan anakku NurLisa Wahyuni Binti Salim dengan mas kahwinnya RM101 tunai.",bapak menyebut satu per satu dengan jelas sebelum menyerahkan pula mikrofon kepada bakal menantunya itu.
Rayyan Fahmi melafazkannya hanya dengan sekali lafaz,dan aku sudah menjadi isterinya yang sah.Hanya Tuhan yang tahu perasaanku tika itu.Air mata yang ingin keluar ,aku cuba menahan sedaya mungkin demi menjaga make upku.
Setelah selesai akad nikah,Rayyan menuju ke saf menghadap kiblat,dia menunaikan solat sunat 2 rakaat dan sujud syukur sebelum upacara pembatalan air sembahyang.Aku hanya menanti di dalam dewan itu sambil memerhatinya yang sedang solat.Ya,dia yang kini sudahpun menjadi suamiku.
Kami berkumpul seketika untuk bergambar bersama seluruh keluarga.Ada yang sudah pulang ke rumah untuk menjamu makanan yang sudah dihidangkan.Hujan lebat di luar sana telah berhenti entah waktu bila.
Aku duduk berhadapan dengan Rayyan Fahmi dan menyua jari jemariku.Dia menghulurkan tangannya dan aku terus mengucup perlahan tangannya itu.Cahaya dari kamera yang ada di pelbagai sudut berkelip setiap kali mereka mengambil foto.Kemudian,kami bersalaman dengan mak ayah,mak bapak,serta lain-lain yang ada di situ.
"Saya nak minta maaf,setelah akad nikah,mohon ambil gambar di luar ya.Tak boleh berkumpul lama-lama dalam dewan.Saya dah nak kunci.",tiba-tiba suara seorang pakcik tua membuatkan semua orang mula beredar seorang demi seorang . Rayyan sempat mencapai tanganku,dan dia menahanku sebentar sebelum masing-masing mula keluar dari situ.
"Thank you for everything.Thank you for choosing me as your husband.",kemudian dia melepaskan tanganku sebelum dia keluar menuju ke keretanya.
Ya Allah,terima kasih atas segala nikmat yang Kau berikan padaku hari ini.
Share this novel