Bab 36~
"Memang orang meroyan macam tu ke mak?",Suhaila mengajukan soalan itu kepada mak.Aku yang baru sudah solat Maghrib curi-curi mendengar perbualan mereka di ruang tamu malam itu.
"Ish,adik ni! Cakap tu pelan-pelan sikit.Dengar kat kakak nanti terguris hati dia .",mak menjenguk ke arah bilikku.Aku hanya berselindung di sebalik pintu.Tiba-tiba air mataku mengalir saat mendengarkan ayat Suhaila sebentar tadi.
Ya Allah,apa dosa aku? Salah kah jika aku hanya ingin suamiku berada bersamaku di saat aku memerlukan.Aku menyeka air mata yang tidak henti-henti mengalir laju .
"Tak lah,orang lain pun ada yang PJJ jugak,tapi tak lah seteruk ni.",Suhaila masih terus mengejekku dan aku terus keluar dari bilik dalam keadaan masih bertelekung.
"Hang tak ada di tempat aku saat ni,jadi hang tak rasa apa yang aku lalui.Dengan mengandung,emosi aku tak stabil.Siapa pun tak faham,hanya tau bercakap dan bercakap tanpa pedulikan perasaan orang lain!",aku terus menerjah adikku yang berada di meja luar bersama mak.
Mak segera mendapatkan aku dan cuba untuk menenangkan aku.Tetapi,apabila emosi menguasai segalanya,aku mula memberontak tidak tentu arah.Aku membaling satu per satu apa yang ada di atas meja itu.Dengan penuh perasaan amarah,aku menangis dan menjerit sekuat hati .
"Lisa!",bapak yang tiba-tiba keluar dari biliknya menjerit namaku.Aku terdiam seketika.Mataku masih membulat memandang Suhaila dengan penuh perasaan benci tika itu.
"Apa dah jadi ni?Sebab tak ikut Rayyan balik aje dah meroyan macam ni! Tak malu ke dengan orang-orang kalau diorang dengar?",bapak memandangku dengan pandangan tajam.
"Suhaila yang mulakan dulu.Kenapa perlu dia ungkit tentang Lisa ? Apa hak dia untuk pertikaikan tentang perasaan Lisa? Lisa yang merasa tau,orang lain tak kan faham! ",aku cuba untuk meluahkan perasaan.Tapi,tiada seorang pun yang faham.Tiada yang cuba untuk menenangkan jiwaku ini.Aku hanya mahu Rayyan ada di hadapan mataku saat ini.
''Lisa cuma nak Rayyan ada dengan Lisa jer,mak.Salahkah?",aku menangis dalam pelukan mak.Mak memelukku tubuhku dengat erat.Dia juga mengalirkan air matanya.
"Jangan diikutkan sangat hati tu! Kan Rayyan dah cakap minggu depan dia balik.Kenapa tak sabar sangat ni?Lagi beberapa hari je pun."bapak cuba menegaskan dan terus berlalu menuju ke bilik air.
Suhaila bangun dari meja makan dan terus masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu.Hanya tinggal aku dan mak di ruang tamu itu .Mak mengusap rambutku yang terurai jatuh itu dengan lemah lembut.Dia memeluk tubuhku dengan erat sambil mengusap bahuku.Aku berasa tenang seketika saat itu sehinggalah bapak kembali bersuara.
"Packing siap-siap semua baju-baju ,lepas tu nanti Rayyan balik suruh dia ambik hang balik sekali.Aku pun rimas asyik menangis memanjang.Huh!",ucap bapak sambil menuding jari ke arah beg bagasi besar yang ada di atas almari itu.Aku yang terlalu berasa hati terus menangis di pangkuan mak tanpa segan silu.Telefon bimbit berbunyi pada masa yang sama.Perlahan-lahan aku menuju ke bilik dan menjawab panggilan itu.
"Assalamualaikum.",Rayyan menyapa di hujung talian.
Aku tidak mampu untuk terus menjawab salamnya.Tetapi,aku terus menangis ketika Rayyan masih di talian sehinggalah aku dapat mengawal keadaanku.
"Sayang tak kuat abang..Sayang nak duduk dengan abang.Sayang tak nak duduk sini.",aku meluahkan perasaanku akhirnya .
Tetapi,aku hanya mendengarkan keluhan Rayyan dalam talian.Aku tahu dia juga berasa tidak senang dengan keadaanku sekarang.
"Sabar sikit sayang.Nanti abang ambil sayang balik.Bagi abang masa.Abang nak kena kemas-kemas dulu bilik ni.Tak kan sayang nak duduk dalam keadaan semak?", Rayyan akhirnya meluahkan alasannya.
"Tak apa .Sayang bokeh tolong abang.Sayang akan jaga bilik tu elok-elok.Janji sayang dapat duduk dengan abang.",aku cuba meyakinkannya.
"Sayang kan mengandung.Risiko sayang.Abang tak mau nanti apa-apa jadi dekat sayang dan anak.",Rayyan memujukku dengan menggunakan ayat 'anak'.
Aku menangis lebih kuat daripada sebelum ini.Aku sudah mati akal dan tidak tahu hendak melakukan apa-apa saat itu.Jiwaku terlalu kacau dan aku hanya ingin bersendirian.
"Abang pun tak faham sayang kan?",aku memarahinya.Namun,dia masih tetap ketawa kecil.Aku menjadi lebih marah dengan reaksinya.
"Bukan tak faham sayang,tapi sayang tu yang tak sabar.Baiklah,kalau dah nak ikut sangat,minggu depan abang bawak sayang balik.Kemas beg-beg semua dan jangan bawak terlalu banyak barang.Kita duduk bilik sewa kecik je.Okey,sayang?",Rayyan memberikan kucupan mesra di hujung talian.Aku hanya tersenyum hambar saat itu.
**************************************
Sudah 2 minggu berlalu, maka rutinku sebagai seorang suri rumah sepenuh masa sudah pun berjalan.Keterujaan untuk pulang tinggal bersama suami tercinta makin membuak-buak.Pakaian dan segala kelengkapan sudah pun tersedia.Cuma menanti waktu untuk dijemput pulang bersama.Rayyan Fahmi yang agak sibuk pada awal bulan itu,berjanji untuk menjemputku hari ini.Janjinya untuk bawa aku tinggal bersamanya.Ya,itulah kali pertama kami selepas sebulan lebih berkahwin.Itulah kali pertama untuk kami saling mengenal hati budi.
"Abang dah tempah tiket feri untuk kita berdua.Nanti abang jemput sayang,esok tu kita balik Langkawi ya?",Rayyan Fahmi berkata melalui corong telefon.
"Ya,abang.Sayang tak sabar nak duduk sekali.Boleh tolong abang nanti.",aku mengucapkan rasa teruja ku terhadapnya.
"Sayang jaga anak kita baik-baik ya.Bagi dia makan cukup-cukup tau! Supaya dia cepat membesar.",Rayyan mengusikku.Aku hanya tersenyum sambil mengusap perutku.
Mengharapkan apa yang dijanjikan itu akan tertunai bila tiba masanya . Aku hanya mahu keluar dari perasaan yang merantai jiwaku saat ini.Aku hanya mahu bebas dari aura negatif yang mengelilingiku.Ya Allah,permudahkanlah urusanku.
Share this novel