BAB 18

Crime Completed 6551

"BOS... TARIKH MATANG CIP NI TIGA HARI LAGI..." Ujar Reeve pada Li Wan. Matanya fokus pada skrin komputer di hadapannya.

Li Wan hanya diam sahaja. Menggangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Jawapan Reeve itu langsung tidak masuk dalam kepalanya.

Dalam kepalanya sekarang hanya ada Amaya sahaja.

"Bos... Bos okay ke? Dari tadi saya tengok bos macam takde mood aje... Bos fikir pasal Cik Amaya lagi ke..." Soal Reeve. Matanya teralih dari skrin komputer ke wajah ketuanya yang kelihatan kusut.

Yelah... Siapa pun akan perasan dengan perangai si Li Wan ni!

"Bos... Perlu ke bos buat semua ni?"

Serta - merta Li Wan memandang wajah Reeve.

"Maksud kau?"

"Perlu ke bos nak sembunyikan semua benda ni dari Cik Amaya? Dan perlu ke bos mendekati dia hanya nak dapatkan semula cip tu?" Bertalu - talu soalan yang diajukan oleh Reeve.

"Kenapa kau tanya macam tu?"

"Tak... Bukan apa... Lambat laun Cik Amaya akan tahu jugak siapa bos sebenarnya... Dan apa tujuan bos mendekati dia..." Terus terang Reeve memberitahu. Dia tidak mahu ada hati yang terluka lagi seperti lima tahun lepas.

"Kau perlu tahu Reeve... Hanya dengan cara ini Amaya akan selamat dari mereka... Mereka ko sindiket paling kejam kau tahu... Aku tak nak Amaya terlibat dalam semua benda ni semula..." Luah Li Wan.

"Cukuplah aku kehilangan dia selama lima tahun ni... Aku tak nak kehilangan dia buat kedua pulak..."

Terdiam Reeve bila mendengar luahan Li Wan itu. Li Wan hanya tersenyum hambar sahaja. Hatinya perit bila teringat kenangan dua tahun lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience